Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 17.37K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 10

2023-04-10 08:06:45
Kelebihan Menunggu Waktu Solat

Beruntungnya orang yang sedang menunggu waktu untuk menunaikan solat.

Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah seseorang di antara kalian menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, melainkan para malaikat akan mendoakannya :

“Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah sayangilah dia”

(Riwayat Muslim, no : 469)
858 views05:06
Buka / Bagaimana
2023-04-10 01:39:55
Doa Berlindung Dari Dukacita

Nabi SAW mengajarkan doa ini untuk diamalkan pada waktu pagi dan petang.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua.
#ramadanalfalah
1.4K views22:39
Buka / Bagaimana
2023-04-10 00:00:11 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
9 April 2023 / 18 Ramadan 1444H


Banyakkan Aktiviti Baca, Hayati Al-Quran – Mohd Na’im
Aktiviti membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan belia perlu diperbanyak bagi melahirkan modal insan masa depan yang berkualiti, berdaya tahan serta memiliki sahsiah kukuh melalui pengamalan nilai-nilai kitab suci itu.
https://alhijrahnews.com/banyakkan-aktiviti-baca-hayati-al-quran-mohd-naim/

Umat Islam disaran tidak tunggu saat akhir bayar zakat
Umat Islam di negeri ini disaran tidak menunggu sehingga saat akhir untuk membayar zakat fitrah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1087765/umat-islam-disaran-tidak-tunggu-saat-akhir-bayar-zakat

'Buru lailatulqadar lebih afdal dari teka tarikh raya'
Umat Islam dinasihat menumpukan ibadat bagi memburu malam lailatulqadar daripada berpolemik mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri.
https://www.sinarharian.com.my/article/253691/edisi/perak/buru-lailatulqadar-lebih-afdal-dari-teka-tarikh-raya

OIC Beri Amaran ‘konfrontasi Agama’ Ekoran Serbuan Israel Ke Atas Al-Aqsa
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sabtu memberi amaran tentang "konfrontasi agama" berikutan serbuan Israel ke atas kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2180157

Agong, Raja Permaisuri santuni asnaf
Yang di-Pertuan Agong hari ini berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Asnaf dan Miskin yang menetap di Tanah Kesultanan Pekan di sini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1087962/agong-raja-permaisuri-santuni-asnaf

Maik tampil ringan beban empat beradik
Kisah empat beradik yang menumpang kasih ibu saudara selepas keadaan ibu mereka kritikal di hospital akibat diserang angin ahmar mendapat perhatian pelbagai pihak.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/954953/maik-tampil-ringan-beban-empat-beradik-metrotv

Aktiviti Keagamaan Meriahkan Ramadan Di Pos Hendrop
Walaupun berada di kawasan pedalaman, penempatan masyarakat Orang Asli Temiar di Pos Hendrop, dekat sini, tetap meriah dengan aktiviti ibadah dan mengimarahkan Masjid Al-Hidayah di kampung berkenaan sepanjang bulan Ramadan.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2180174

Pendatang Yahudi Serbu Masjid Al-Aqsa
Pendatang Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur sambil dikawal ketat polis Israel pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
https://alhijrahnews.com/pendatang-yahudi-serbu-masjid-al-aqsa/

Raya Jumaat atau Sabtu?
Serahkan kepada autoriti agama, jangan pula kita marahkan mereka (autoriti agama) kerana kita ada prosedur dan kriteria, malah ini bukan kali pertama kaedah itu digunakan, sebaliknya sudah lama.
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/954836/raya-jumaat-atau-sabtu

Peluang tingkatkan zuhud, taubat
UMAT Islam sepatutnya bersyukur diberikan kesempatan bertemu dengan penghulu segala bulan iaitu Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan.
https://www.utusan.com.my/pancaindera/jejak-ulama/2023/04/peluang-tingkatkan-zuhud-taubat/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.2K views21:00
Buka / Bagaimana
2023-04-09 01:52:57
Peristiwa Bersejarah Bulan Ramadan
#ramadanalfalah
2.5K views22:52
Buka / Bagaimana
2023-04-08 18:04:33 com/peserta-hafazan-malaysia-raih-kemenangan-dalam-musabaqah-menghafaz-al-quran-di-brunei/

*Agong Zahir Dukacita, Kutuk Sekeras-kerasnya Serangan Terbaharu Rejim Israel*
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.
https://alhijrahnews.com/agong-zahir-dukacita-kutuk-sekeras-kerasnya-serangan-terbaharu-rejim-israel/

*Program Ihya' Ramadan dan penghayatan al-Quran OKU penglihatan*
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menganjurkan program Ihya' Ramadan bagi meraikan golongan kurang upaya (OKU) penglihatan di Kompleks MAB, Brickfields, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/954680/program-ihya-ramadan-dan-penghayatan-al-quran-oku-penglihatan

*Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan Laung Azan Maghrib Awal Dua Minit*
Penduduk di sekitar kawasan Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan perlu menggantikan puasa susulan azan Maghrib yang dilaungkan masjid itu pada 30 Mac lalu, terawal dua minit.
https://alhijrahnews.com/masjid-jame-badlishah-pekan-yan-laung-azan-maghrib-awal-dua-minit/

*Cari kebahagiaan dengan mukjizat al-Quran*
MEMBACA al-Quran merupakan ibadah yang diberikan pahala bukan hanya kepada pembaca bahkan orang yang mendengarnya.
https://www.utusan.com.my/rencana/2023/04/cari-kebahagiaan-dengan-mukjizat-al-quran/

*Al-Quran braille peneman Muhammad Taufik*
Biarpun dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) penglihatan, ia tidak menjadi penghalang bagi Muhammad Taufik Azman, 22, untuk mendalami ilmu al-Quran.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/954600/al-quran-braille-peneman-muhammad-taufik

*Curang adalah penderaan emosi, boleh mohon cerai*
Undang-undang Keluarga Islam memberi ruang untuk sesuatu permohonan perceraian dilakukan atas alasan penderaan emosi.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/curang-adalah-penderaan-emosi-boleh-mohon-cerai/

*Pahala & dosa online*
UMAT Islam yang berhadapan dengan teknologi dan media sosial perlu mendidik diri menggunakannya untuk kebaikan.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/04/954450/pahala-dusa-online

*Kurator Berita*
*Unit Komunikasi Korporat JAKIM*
1.4K views15:04
Buka / Bagaimana
2023-04-08 18:04:33 *Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*8 April 2023 / 17 Ramadan 1444H*

*Pelantikan Ahli MAINPP, Hakim Syarie Adalah Amanah Menguruskan Pentadbiran Agama Islam – Agong*
Yang di-Pertuan Agong bertitah ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Hakim Syarie perlu menggalas tugas serta peranan mereka dengan penuh tanggungjawab, dan pelantikan mereka ke jawatan itu merupakan satu amanah untuk menguruskan pentadbiran Agama Islam di negeri itu.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2180007

*Al-Quran bukan sekadar dibaca, hayati peristiwa nuzul al-Quran*
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, peristiwa nuzul al-Quran bukan sekadar kisah penurunan kitab suci itu kepada baginda Rasululllah SAW.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/al-quran-bukan-sekadar-dibaca-hayati-peristiwa-nuzul-al-quran/

*Universiti Al-Azhar sumbang kemajuan Islam dalam pelbagai sektor*
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, alumni universiti berkenaan banyak memberi sumbangan signifikan khususnya dalam kemajuan Islam di negara ini.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/universiti-al-azhar-sumbang-kemajuan-islam-dalam-pelbagai-sektor-414625?amp=1

*Alumni Al-Azhar 'kubu pertahanan' akidah umat Islam*
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendidikan, kefahaman dan fikrah Islam yang dipelopori oleh alumni Universiti Al-Azhar, Mesir menjadi 'kubu pertahanan' akidah umat Islam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/954692/alumni-al-azhar-kubu-pertahanan-akidah-umat-islam

*Dasar Kerajaan Perpaduan Mesti Amal Keseimbangan Mengikut Al-Quran - PM*
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap dasar yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan mengamalkan keseimbangan sepertimana ditekankan dalam al-Quran.
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2180121

*1 Syawal: Kekal tenang, tunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja*
Masyarakat Islam dinasihatkan untuk kekal tenang dalam keadaan harmoni menunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/954540/1-syawal-kekal-tenang-tunggu-pengisytiharan-penyimpan-mohor-besar-raja-raja

*MAIWP Peruntuk Hampir RM500,000 Untuk Asnaf Aidilfitri Ini*
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan hampir RM500,000 bagi membantu golongan asnaf menerusi pelbagai kaedah, termasuk pembelian baju raya dan barangan keperluan lain sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2180040

*1 Syawal: Malaysia tidak bergantung cerapan negara lain*
Setiap negara dikatakan mempunyai matla’ rukyah berbeza dalam penentuan tarikh jatuh 1 Syawal dan Malaysia tidak bergantung kepada kenampakan atau data-data kedudukan anak bulan di negara lain.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/1-syawal-malaysia-tidak-bergantung-cerapan-negara-lain/

*'Jangan banding penetapan raya di Malaysia dengan negara lain'*
Umat Islam dinasihatkan tidak membandingkan penetapan 1 Syawal 1444H dengan negara lain kerana ia bergantung kepada banyak faktor termasuk aspek geografi dan kaedah penentuannya yang berbeza.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1087602/jangan-banding-penetapan-raya-di-malaysia-dengan-negara-lain

*MAIPS salur RM4,475,600 bantuan zakat fitrah, manfaatkan lebih 11,000 asnaf*
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan zakat fitrah berjumlah RM4,475,600 bagi tahun 2023.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/maips-salur-rm4475600-bantuan-zakat-fitrah-manfaatkan-lebih-11000-asnaf/

*Peserta Hafazan Malaysia Raih Kemenangan Dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Di Brunei*
Dua peserta hafazan Malaysia telah mengharumkan nama negara selepas meraih kemenangan dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Negara MABIMS, yang berlangsung di Brunei pada 4 hingga 8 April.
https://alhijrahnews.
1.2K views15:04
Buka / Bagaimana
2023-04-08 13:38:45
BERBUKA DENGAN ROTAB, TAMAR ATAU AIR?

Sunnah Nabi SAW ketika berbuka puasa adalah dengan mendahuluinya dengan buah tamar.

Berbuka dengan tamar akan memperolehi banyak keberkatan dan kebaikan daripada Allah SWT.

Sekiranya buah tamar sukar didapati maka memadai berbuka dengan beberapa teguk air.
#ramadanalfalah
1.7K views10:38
Buka / Bagaimana
2023-04-08 10:36:03
IBRAH PERANG BADAR

Kemenangan dalam Perang Badar dengan pertolongan Allah SWT telah menjadi bukti akan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Antara ibrah melalui perang badar kepada umat Islam ialah agar sentiasa berpegang teguh dan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT.
1.9K views07:36
Buka / Bagaimana
2023-04-08 05:19:11
PERANG BADAR

Perang Badar Kubra berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah. Punca perang badar berlaku apabila Umat Islam diusir dari Makkah, Umat Islam ditindas oleh kaum kafir Quraisy dan untuk memberi pelajaran kepada kaum Quraisy.

Seramai 1000 orang tentera Quraisy manakala tentera Islam hanya 313 orang sahaja. Tentera Islam diketuai oleh Baginda Nabi SAW manakala tentera Quraisy diketuai oleh Abu Jahal. Dengan izin Allah SWT, tentera Islam yang diketuai oleh Baginda SAW telah memenangi peperangan ini.

Seramai 14 orang tentera Islam telah Syahid dan 70 orang tentera Quraisy terbunuh (termasuk Abu Jahal) manakala 70 lagi ditawan.
747 views02:19
Buka / Bagaimana
2023-04-08 02:18:50
Peristiwa Nuzul Al-Quran

Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah.
5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surau Al-‘Alaq.
Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadan. Marilah kita perbanyakkan membaca al-Quran kerana amalan itu dapat menjadi penyelamat kepada manusia bagi setiap kesulitan.
1.5K views23:18
Buka / Bagaimana