Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.63K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 12

2023-04-05 07:34:48
RAMADAN BULAN PEMURAH

Ramadan adalah kesempatan untuk kita meningkatkan amalan kebaikan kerana ganjaran pahalanya akan digandakan.

Antara amalan kebaikan yang selalu dilakukan oleh Nabi SAW
pada bulan Ramadan adalah bertadarus (belajar dan mengajar) al-Qur’an dan bersedekah.

#ramadanalfalah
521 views04:34
Buka / Bagaimana
2023-04-05 02:14:30
Doa Nabi Ibrahim AS Agar Keluarga Taat Menunaikan Solat

Mari kita hafal dan amalkan membaca doa ini setiap kali lepas solat.

#ramadanmubarak
#ramadanalfalah
1.2K views23:14
Buka / Bagaimana
2023-04-04 17:45:03 *Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*4 April 2023 / 13 Ramadan 1444H*


Kenyataan Tular Tarikh Hari Raya Adalah Palsu – JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan agama itu adalah palsu.
https://alhijrahnews.com/kenyataan-tular-tarikh-hari-raya-adalah-palsu-jakim/

Pengumuman Agihan Dividen TH Tahun Ini Dijangka Lewat
Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2022 dijangka sedikit lewat berbanding tahun lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.
https://alhijrahnews.com/pengumuman-agihan-dividen-th-tahun-ini-dijangka-lewat/

Melayu Islam diingatkan tidak terlalu selesa, angkuh hingga pinggirkan minoriti – PM
Kumpulan majoriti Melayu Islam di negara ini diingatkan tidak terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap kelompok minoriti lain tidak boleh diraikan untuk hidup bersama dalam sebuah negara.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/majoriti-melayu-islam-diingat-tidak-terlalu-selesa-angkuh-raikan-minoriti-pm/

Bakal Haji Perlu Muat Turun Aplikasi Saudi Visa Bio Untuk Permohonan Visa
Bakal jemaah haji perlu memuat turun aplikasi Saudi Visa Bio di telefon pintar masing-masing bagi tujuan permohonan visa haji pada tahun ini susulan penguatkuasaannya oleh kerajaan Arab Saudi.
https://alhijrahnews.com/bakal-haji-perlu-muat-turun-aplikasi-saudi-visa-bio-untuk-permohonan-visa/

70 bakal jemaah umrah tuntut Emraz kembalikan wang RM1.8 juta
Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut kembali wang dianggarkan berjumlah RM1.8 juta selain passport selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1086052/70-bakal-jemaah-umrah-tuntut-emraz-kembalikan-wang-rm18-juta

‘Port’ Kaki Ponteng Puasa Kantoi Jual Makanan Seawal Pagi
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Saiful Azizi Abd Manap berkata, kedai-kedai makan tersebut dipercayai menjual makanan kepada individu beragama Islam yang tidak berpuasa sejak awal pagi.
https://alhijrahnews.com/port-kaki-ponteng-puasa-kantoi-jual-makanan-seawal-pagi/

Pendedahan ilmu fardu ain sejak kecil benteng cegah murtad
KERUNTUHAN moral dan akhlak dalam kalangan masyarakat terutama Melayu Islam sangat membimbangkan dewasa ini. Antara keruntuhan moral yang ketara ialah isu murtad atau disebut sebagai riddah.
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2023/04/1085790/pendedahan-ilmu-fardu-ain-sejak-kecil-benteng-cegah-murtad

'Ladang pahala' di sekeliling kita
Antara amalan pada bulan Ramadan yang boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim ialah apabila kita dianjurkan untuk menjamu orang yang berpuasa ketika berbuka.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/04/952963/ladang-pahala-di-sekeliling-kita

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.2K views14:45
Buka / Bagaimana
2023-04-04 14:59:08
Kelebihan Solat Sehingga Imam Selesai

Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalan (seumpama bersolat sepanjang malam).”

Riwayat al-Tirmizi, 734
1.5K views11:59
Buka / Bagaimana
2023-04-04 09:08:30
FADILAT PUASA DI JALAN ALLAH SWT

Antara kelebihan berpuasa yang dilakukan dengan ikhlas adalah dijauhkan daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun jarak perjalanan.

Daripada Abu Sa'id al Khudri RA, beliau berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah , maka Allah SWT akan menjauhkannya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun jarak perjalanan.”

#ramadanmubarak
#ramadanalfalah
801 views06:08
Buka / Bagaimana
2023-04-04 01:37:45
Doa Ketika Dalam Kesulitan

Saat kita diuji dengan kesusahan, kita akan rasa dunia ini seperti gelap gelita.

Namun sebagai umat Islam, Allah SWT telah mengajar kita cara untuk keluar dari kesusahan iaitu dengan berdoa.

Berdoalah kepada Allah, kerana doa itu senjata bagi orang mukmin.
1.6K views22:37
Buka / Bagaimana
2023-04-04 00:45:31 *Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*3 April 2023 / 12 Ramadan 1444H*

*Jabatan, Agensi Kerajaan Diminta Anjur Majlis Ilmu Sepanjang Ramadan*
Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2178441

*Surah Al-Insan ingatkan manusia kepada keagungan ALLAH SWT*
Surah Al-Insan yang diangkat sebagai surah pilihan pada program World #QuranHour 1444H dapat membawa umat Islam kembali mengingati bukti keagungan ALLAH SWT dalam penciptaan manusia.
https://www.sinarharian.com.my/article/252781/khas/wacanaquran/surah-al-insan-ingatkan-manusia-kepada-keagungan-allah-swt

*PM hos Majlis Iftar di Kompleks Seri Perdana*
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan majlis iftar bersama barisan Jemaah Menteri dan penjawat awam di Kompleks Seri Perdana, di sini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/pm-hos-majlis-iftar-di-kompleks-seri-perdana/

*4 individu dapat surat perintah hadir ke Jawi kerana tak puasa*
Empat individu yang tidak menghormati Ramadan termasuk tidak berpuasa dikenakan tindakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/952883/4-individu-dapat-surat-perintah-hadir-ke-jawi-kerana-tak-puasa

*Polis Terengganu Terima Laporan Penipuan Umrah Babit Kerugian Lebih RM200,000*
Polis menerima lima laporan berkaitan kes penipuan pakej umrah dan haji oleh dua syarikat dengan jumlah kerugian RM214,315.
https://alhijrahnews.com/polis-terengganu-terima-laporan-penipuan-umrah-babit-kerugian-lebih-rm200000/

*Azan dan wuduk jentik hati peluk Islam*
Melihat rakan di pusat pemulihan dadah mengambil wuduk untuk solat dan melaungkan azan menjadi titik tolak seorang lelaki untuk mengenali dan mendekati Islam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/952766/azan-dan-wuduk-jentik-hati-peluk-islam

*Warung 'port' kaki ponteng puasa lengkap CCTV diserbu*
Warung dalam kampung berhampiran sawah padi yang menjadi 'port' kaki ponteng puasa diserbu pegawai Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/952742/warung-port-kaki-ponteng-puasa-lengkap-cctv-diserbu-metrotv

*Tak Mampu Bayar Bil Rawatan, Jemaah Umrah Malaysia Terkandas Di Hospital Makkah*
Seorang jemaah umrah Malaysia ditahan di Hospital al-Shefa Syarif Mansour di Makkah, akibat tidak dapat melunaskan bil rawatan sepenuhnya selepas mengalami sesak nafas sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air.
https://alhijrahnews.com/tak-mampu-bayar-bil-rawatan-jemaah-umrah-malaysia-terkandas-di-hospital-makkah/

*Iftar percuma, makan dalam talam jadi tumpuan*
SETIAP kali tiba Ramadan, sudah menjadi tradisi dan pemandangan biasa di Masjid Jamek Kampung Baru, menjadi tumpuan warga kota beratur panjang seawal Asar untuk mendapatkan bubur lambuk percuma.
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/selera/2023/04/1085452/iftar-percuma-makan-dalam-talam-jadi-tumpuan

*Kurator Berita*
*Unit Komunikasi Korporat JAKIM*
1.2K views21:45
Buka / Bagaimana
2023-04-03 12:28:57
Pembebasan Pada Setiap Waktu Berbuka Puasa

Allah SWT akan memberikan pembebasan ini kepada semua hamba-hamba-Nya yang ikhlas
dalam melakukan ibadah puasa, melakukan amal kebaikan dan menghindari keburukan pada bulan ramadan.
918 views09:28
Buka / Bagaimana
2023-04-03 08:01:23
7 Perkara Yang Membatalkan Puasa

Makan dan minum dengan sengaja di siang hari
Masukkan sesuatu ke dalam rongga badan
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh di siang hari
Mengeluarkan mani
Keluar darah haid atau nifas
Gila atau murtad

“Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal.”
220 views05:01
Buka / Bagaimana
2023-04-02 11:19:59
PINTU SYURGA DIBUKA

Apabila masuknya bulan Ramadan, pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya bagi menyambut orang yang berpuasa dengan bersungguh-sungguh dengan melakukan amal kebaikan di bulan Ramadan.

Marilah kita bersungguh-sungguh menunaikan ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini untuk merebut segala ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT.
751 viewsedited  08:19
Buka / Bagaimana