Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 17.37K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 61

2022-06-15 18:08:22 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
15 Jun 2022/ 15 Zulkaedah 1443H

Akta Profesion Guaman Syarie dikuat kuasa 21 Jun ini
Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Akta 814) yang akan dikuat kuasa pada 21 Jun ini akan diterima pakai oleh negeri lain untuk penyeragaman undang-undang berkaitan di Malaysia.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/06/966356/akta-profesion-guaman-syarie-dikuat-kuasa-21-jun-ini

JHEAIPP Nafi Lewat Serah Buku Teks KAFA
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menafikan berlaku kelewatan penyerahan buku teks Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di negeri itu seperti didakwa ibu bapa dan tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.
https://alhijrahnews.com/jheaipp-nafi-lewat-serah-buku-teks-kafa/

Khutbah Arafah diterjemah ke 10 bahasa
Inisiatif terjemahan langsung Khutbah Hari Arafah dari Makkah, Arab Saudi ke 10 bahasa termasuk Bahasa Melayu akan diteruskan pada musim haji kali ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/966300/khutbah-arafah-diterjemah-ke-10-bahasa

Mahkamah tolak permohonan MAIPs tukar perintah hak penjagaan anak Loh
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mendapatkan kebenaran menukar perintah hak penjagaan tiga anak yang diperoleh ibu tunggal Loh Siew Hong.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/852246/mahkamah-tolak-permohonan-maips-tukar-perintah-hak-penjagaan-anak-loh

Guna Saluran Betul Untuk Berkahwin – Raja Muda Perlis
Baginda bertitah perkahwinan yang teratur dan mengikut undang-undang akan menjadikan sesebuah keluarga hidup aman dan harmoni.
https://alhijrahnews.com/guna-saluran-betul-untuk-berkahwin-raja-muda-perlis/

Bekas isteri SM Faisal cabar prosiding komital di Mahkamah Syariah
Bekas isteri ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnya kerana menghina mahkamah.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/06/966375/bekas-isteri-sm-faisal-cabar-prosiding-komital-di-mahkamah-syariah

Waspada pakej ibadah korban palsu
Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/852097/waspada-pakej-ibadah-korban-palsu

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.2K views15:08
Buka / Bagaimana
2022-06-14 18:06:26 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
14 Jun 2022/ 14 Zulkaedah 1443H


Penggiat seni disaran manfaat bakat dengan berbuat kebaikan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata dengan memberikan fokus kepada kebaikan, ia dapat mendidik masyarakat dengan mesej yang positif.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/851836/penggiat-seni-disaran-manfaat-bakat-dengan-berbuat-kebaikan-metrotv

Konsep diyat akan dibincang lebih mendalam - Idris
Pertimbangan menggunakan konsep diyat (pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan penjenayah) sebagai hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori akan dibincangkan secara lebih mendalam.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/966024/konsep-diyat-akan-dibincang-lebih-mendalam-idris

Malaysia masih menanti keputusan kuota tambahan jemaah haji – Idris
Malaysia masih menantikan keputusan rayuan kuota haji dari Arab Saudi agar dapat menghantar lebih jemaah haji ke tanah suci pada tahun ini.
https://malaysiagazette.com/2022/06/14/malaysia-masih-menanti-keputusan-kuota-tambahan-jemaah-haji-idris/

My #Qurantime Ditangguh Sempena Majlis Tilawah, Hafazan Al-quran
Program My #QuranTime di TV AlHijrah ditundakan dari 12 Jun hingga 16 Jun 2022.
https://alhijrahnews.com/my-qurantime-ditangguh-sempena-majlis-tilawah-hafazan-al-quran/

Rasulullah dihina antara cabaran semasa murabbi ummah
Senator Datuk Idris Ahmad berkata, penghinaan kepada Rasulullah SAW yang berlaku baru-baru ini adalah antara cabaran semasa para murabbi ummah untuk terus menjaga Islam dan umat Islam.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/06/14/rasulullah-dihina-antara-cabaran-semasa-murabbi-ummah/

Terap elemen jujur, amanah, integriti dalam jiwa mahasiswa
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menerapkan elemen kejujuran, amanah dan integriti dalam setiap jiwa mahasiswa.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/851780/terap-elemen-jujur-amanah-integriti-dalam-jiwa-mahasiswa

Tokoh Pendidikan, Pengarah Pertama ITM Tun Arshad Meninggal Dunia
Tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub meninggal dunia pada pukul 2.06 pagi tadi.
https://alhijrahnews.com/tokoh-pendidikan-pengarah-pertama-itm-tun-arshad-meninggal-dunia/

Inisiatif Ibu Bapa Daftar Awal Haji, Beri Peluang Anak Muda Ke Tanah Suci
Inisiatif ibu bapa membuat pendaftaran haji sejak anak-anak masih kecil memberi kelebihan kepada anak muda menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
https://alhijrahnews.com/inisiatif-ibu-bapa-daftar-awal-haji-beri-peluang-anak-muda-ke-tanah-suci/

Elemen LGBT: Filem animasi baharu Hollywood diharamkan di Malaysia
Filem animasi terbaharu Hollywood, Lightyear diharamkan di 14 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) susulan menayangkan adegan ciuman sejenis antara wanita dengan wanita berunsur lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).
https://harakahdaily.net/index.php/2022/06/14/elemen-lgbt-filem-animasi-baharu-hollywood-diharamkan-di-malaysia/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.2K views15:06
Buka / Bagaimana
2022-06-14 02:14:50
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2022M

Senarai Peserta Hafazan 14 Jun 2022 (Selasa) Sesi Pagi :

1. MUHAMMAD ZIYAD BIN MOHD HUSNI - WILAYAH PERSEKUTUAN

2. HANNAN BINTI AHMAD MIZAM - TERENGGANU

3. HAIKAL FIRDAUS BIN MOHD JAAFARUDIN - WILAYAH PERSEKUTUAN

4. NURUL AIDA MARDHIAH BINTI AB KADIR - KELANTAN

5. MUHAMMAD ASHIFF BIN YAAKOB - PERLIS

6. HANIS BINTI MUHAMMAD RADHI - SELANGOR

7. ABDULLAH AFIF BIN MOHD ARIFFIN - MELAKA

8. FATIMAH AZZAHRA BINTI MOHD SHAHROL - JOHOR

9. ABDURRAHMAN BIN HISHAM - PULAU PINANG

10. DIAN KARISMA BINTI MOHD JAPAR - SABAH

11. MUHAMMAD ADAM BIN RADIN - SABAH

12. UMMU HABIBAH BINTI TUAH - MELAKA

Saksikan secara langsung di TVAlhijrah dan media sosial rasmi JAKIM bermula jam 9.00 pagi.
2.4K views23:14
Buka / Bagaimana
2022-06-13 18:19:26 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
13 Jun 2022/ 13 Zulkaedah 1443H

Projek Rintis Belia Imarahkan Masjid, Surau Solat Jumaat
Terdapat keperluan dalam mengadakan projek rintis membabitkan golongan anak muda dalam usaha untuk mengimarahkan masjid dan surau solat Jumaat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
https://alhijrahnews.com/projek-rintis-belia-imarahkan-masjid-surau-solat-jumaat/

Johor benar rapat saf tanpa ikut saiz sejadah
Johor membenarkan saf solat berjemaah di masjid dan surau seluruh negeri ini dirapatkan dan bukan lagi mengikut saiz sejadah, bermula hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/965465/johor-benar-rapat-saf-tanpa-ikut-saiz-sejadah

Johor Benarkan Ibadah Korban Di Masjid, Surau Terpilih
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata sebanyak 64 masjid dan 68 surau seluruh Johor telah mendapat permit dan digezetkan sebagai pusat aktiviti penyembelihan yang lengkap pada sambutan ibadah korban kali ini.
https://alhijrahnews.com/johor-benarkan-ibadah-korban-di-masjid-surau-terpilih/

Pembudayaan Islam di Johor merangkumi pentadbiran, pendidikan
Menurut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pembudayaan ajaran Islam juga dipupuk secara konsisten menerusi pelbagai program berkaitan al-Quran.
https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/41589-pembudayaan-islam-di-johor-merangkumi-pentadbiran-pendidikan

Tiada Penerbangan Ke Madinah Selepas Rabu Ini
Tiada sebarang penerbangan membawa jemaah haji Malaysia akan mendarat di Madinah selepas Rabu ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
https://alhijrahnews.com/tiada-penerbangan-ke-madinah-selepas-rabu-ini/

Lili manfaatkan YouTube, media sosial dalami Islam
Keputusan untuk memeluk agama Islam empat tahun lalu disifatkan satu keputusan tepat walau memerlukan pengorbanan dan berdepan cabaran besar buat Lili Alek, etnik Orang Asli dari Pos Balar, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/851417/lili-manfaatkan-youtube-media-sosial-dalami-islam

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.2K views15:19
Buka / Bagaimana