Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 15 Jun 2022/ 15 Zulkaedah 1443H | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
15 Jun 2022/ 15 Zulkaedah 1443H

Akta Profesion Guaman Syarie dikuat kuasa 21 Jun ini
Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Akta 814) yang akan dikuat kuasa pada 21 Jun ini akan diterima pakai oleh negeri lain untuk penyeragaman undang-undang berkaitan di Malaysia.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/06/966356/akta-profesion-guaman-syarie-dikuat-kuasa-21-jun-ini

JHEAIPP Nafi Lewat Serah Buku Teks KAFA
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menafikan berlaku kelewatan penyerahan buku teks Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di negeri itu seperti didakwa ibu bapa dan tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.
https://alhijrahnews.com/jheaipp-nafi-lewat-serah-buku-teks-kafa/

Khutbah Arafah diterjemah ke 10 bahasa
Inisiatif terjemahan langsung Khutbah Hari Arafah dari Makkah, Arab Saudi ke 10 bahasa termasuk Bahasa Melayu akan diteruskan pada musim haji kali ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/966300/khutbah-arafah-diterjemah-ke-10-bahasa

Mahkamah tolak permohonan MAIPs tukar perintah hak penjagaan anak Loh
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mendapatkan kebenaran menukar perintah hak penjagaan tiga anak yang diperoleh ibu tunggal Loh Siew Hong.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/852246/mahkamah-tolak-permohonan-maips-tukar-perintah-hak-penjagaan-anak-loh

Guna Saluran Betul Untuk Berkahwin – Raja Muda Perlis
Baginda bertitah perkahwinan yang teratur dan mengikut undang-undang akan menjadikan sesebuah keluarga hidup aman dan harmoni.
https://alhijrahnews.com/guna-saluran-betul-untuk-berkahwin-raja-muda-perlis/

Bekas isteri SM Faisal cabar prosiding komital di Mahkamah Syariah
Bekas isteri ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnya kerana menghina mahkamah.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/06/966375/bekas-isteri-sm-faisal-cabar-prosiding-komital-di-mahkamah-syariah

Waspada pakej ibadah korban palsu
Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/852097/waspada-pakej-ibadah-korban-palsu

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM