Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 17.37K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 2

2023-07-19 02:14:51
Hijrah bukan pelarian, sebaliknya tuntutan dari Allah SWT. Berhijrahlah kerana Allah, bukan kerana mengejar sesuatu. Ayuh, sama-sama kita berdoa agar 1445H menjanjikan sesuatu yang lebih baik penuh keberkatan dan kerahmatan dari allah. SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1445H DI PUSAT DAGANGAN DUNIA, KUALA LUMPUR PADA HARI RABU 19 JULAI 2023 PUKUL 8.30 PAGI DI TV1. PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI.
1.9K views23:14
Buka / Bagaimana
2023-07-18 14:36:15
Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1445H / 2023M kepada semua umat Islam

Tema Sambutan Ma’al Hijrah 1445H ialah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”.

Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan kepada umat Islam termasuk masyarakat bukan Islam di negara ini.

Marilah kita menjadikan hijrah kita dari tahun 1444H ke tahun 1445H dengan lebih bermakna serta meningkatkan semangat dan azam yang baik.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati umat Islam di Malaysia.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM
2.6K views11:36
Buka / Bagaimana
2023-07-18 08:32:15
Majlis Bacaan Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah Sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2023M

18 Julai 2023M / 29 Zulhijjah 1444H

6.00 Petang

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Saksikan secara langsung di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM bermula jam 6.00 petang.

Orang ramai dijemput hadir…
3.5K views05:32
Buka / Bagaimana
2023-07-17 04:03:54
2 HARI LAGI!!!

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2023M pada 1 Muharam 1445H bersamaan 19 Julai 2023M bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Tema Maal Hijrah Tahun 1445H “Perpaduan Teras Malaysia Madani”

Saksikan secara langsung bermula jam 7.00 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.
#malaysiamadani
#maalhijrah14445
#pelantransformasialfalah
2.8K views01:03
Buka / Bagaimana
2023-07-16 17:58:38 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
16 Jul 2023 / 27 Zulhijjah 1444H


Pentauliahan Agamawan, Ulama Di Bawah Perkenan Raja-Raja Melayu, Bukan Kuasa PM
Pemberian tauliah kepada tokoh agamawan dan ulama Islam di negara ini adalah di bawah perkenan Raja-Raja Melayu dan bukan kuasa Perdana Menteri seperti yang didakwa oleh segelintir pihak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
https://alhijrahnews.com/pentauliahan-agamawan-ulama-di-bawah-perkenan-raja-raja-melayu-bukan-kuasa-pm/

PM Anwar Umum Bantuan Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang Sebanyak RM4.61 Juta
Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.61 juta bagi Bantuan Sekolah Agama Rakyat (BSAR) Negeri Pulau Pinang untuk tahun ini, dalam usaha memperkukuhkan institusi pendidikan agama di negeri itu.
https://alhijrahnews.com/pm-anwar-umum-bantuan-sekolah-agama-rakyat-pulau-pinang-sebanyak-rm4-61-juta/

Saya Tidak Pernah Guna Kuasa Sebagai PM Untuk Khianati Bangsa Melayu, Agama Islam – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk mengkhianati bangsa Melayu dan agama Islam.
https://alhijrahnews.com/saya-tidak-pernah-guna-kuasa-sebagai-pm-untuk-khianati-bangsa-melayu-agama-islam-anwar/

Melaka bantah penganjuran 'ratu pondan' - Exco
Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’ yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/268529/edisi/melaka-ns/melaka-bantah-penganjuran-ratu-pondan---exco

Kuliah maghrib UAI bukan batal tetapi ditangguh
Program kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadual diadakan di sebuah masjid di Bandar Tun Razak, Cheras di sini, malam ini bukan dibatalkan, sebaliknya ditangguhkan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1127458/kuliah-maghrib-uai-bukan-batal-tetapi-ditangguh

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.7K views14:58
Buka / Bagaimana
2023-07-13 18:06:19 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
13 Jul 2023 / 24 Zulhijjah 1444H

Maidam larang program berunsur politik di masjid, surau
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melarang sebarang program berunsur politik di semua masjid dan surau di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/maidam-larang-program-berunsur-politik-di-masjid-surau/

PRN: Larangan berpolitik di masjid, surau di Selangor diperketat
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuat ketetapan agar masjid dan surau tidak dijadikan sebagai medan berpolitik dan pusat propaganda politik kepartian.
https://www.sinarharian.com.my/article/268104/edisi/selangor-kl/prn-larangan-berpolitik-di-masjid-surau-di-selangor-diperketat

Bulan Menyantuni Mualaf: Sebar Keindahan, Penjelasan Tentang Islam
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Bulan Menyantuni Mualaf 2023 bermula 1 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023.
https://alhijrahnews.com/bulan-menyantuni-mualaf-sebar-keindahan-penjelasan-tentang-islam/

Majlis Hak Asasi Manusia PBB kutuk serangan ke atas al-Quran
Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan terhadap kitab suci umat Islam, al-Quran baru-baru ini walaupun negara-negara Barat mengundi menentangnya.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2023/07/1125926/majlis-hak-asasi-manusia-pbb-kutuk-serangan-ke-atas-al-quran

JAIPk buat semakan segera aduan maahad tahfiz
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuat semakan lanjut aduan pengurusan sebuah maahad tahfiz di Langkap, Teluk Intan berhubung pembinaan rumah di hadapan pintu masuk sekolah itu sejak bulan lalu.
https://www.sinarharian.com.my/article/268075/edisi/perak/jaipk-buat-semakan-segera-aduan-maahad-tahfiz

Pendakwah Indonesia, Ustaz Abdul Somad Bertemu Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara di pejabatnya di sini hari ini.
https://alhijrahnews.com/pendakwah-indonesia-ustaz-abdul-somad-bertemu-anwar-ibrahim/

MAINS, KPJ Healthcare buka sebuah lagi pusat dialisis wakaf
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membuka sebuah lagi Pusat Dialisis Waqaf An-Nur MAINS bagi membantu menyediakan rawatan dengan harga rendang kepada golongan asnaf dan fakir miskin yang memerlukan.
https://www.utusan.com.my/berita/2023/07/mains-kpj-healthcare-buka-sebuah-lagi-pusat-dialisis-wakaf/

Wajar guna Akta Profesion Guaman Syarie di semua negeri
Profesion guaman syarie di setiap negeri perlu diseragam di bawah Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Akta 814) bagi memperkasa dan memartabatkan institusi perundangan syariah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1125942/wajar-guna-akta-profesion-guaman-syarie-di-semua-negeri

Syamsul tarik balik saman terhadap JAWI, MAIWP
Pengarah filem, Syamsul Yusof, hari ini menarik balik saman difailkan terhadap pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang didakwa menyebarkan fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibunya, Datin Patimah Ismail.
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/07/987251/syamsul-tarik-balik-saman-terhadap-jawi-maiwp

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
3.0K views15:06
Buka / Bagaimana
2023-07-13 05:08:07
BERBUAT BAIK KEPADA AHLI KELUARGA

Diriwayatkan daripada Saidatina 'Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku."

Riwayat al-Tirmizi (3895)
3.6K views02:08
Buka / Bagaimana
2023-06-08 17:44:03 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
8 Jun 2023 / 19 Zulkaedah 1444H


Malaysia-Indonesia Tingkatkan Kerjasama Dalam Sektor Perdagangan, Pelaburan Dan Halal
Ketua Pengarah JAKIM YBhg. Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal Indonesia Muhammad Aqil Irham menandatangani kerjasama secara bersama dalam pengiktirafan pensijilan halal untuk produk halal.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2196165

Malaysia-Indonesia Meterai Enam Kerjasama Perkukuh Hubungan Dua Negara
Perjanjian rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia merupakan antara enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara sempena lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2196218

Dua pengecualian bagi jemaah bukan dalam giliran haji
Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan dua keadaan pengecualian kepada jemaah yang membuat rayuan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/975364/dua-pengecualian-bagi-jemaah-bukan-dalam-giliran-haji

Peningkatan Kos Tidak Jejas Kualiti Makanan Jemaah Haji
Peningkatan kos haji termasuk akibat faktor kenaikan harga barangan mentah di Arab Saudi tidak menjejaskan kualiti pek sajian makanan kepada jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1444 Hijrah ini.
https://alhijrahnews.com/peningkatan-kos-tidak-jejas-kualiti-makanan-jemaah-haji/

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Sebagai pengguna jalan raya, adab dan akhlak perlu dijaga agar dapat mengelakkan diri daripada terbabit kejadian buruk, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/06/1111480/jaga-adab-akhlak-ketika-di-jalan-raya-mohd-naim

Pembekal, kontraktor lantikan JAIS ikrar bebas rasuah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Unit Integriti dan Tatatertib telah menganjurkan Program Integriti Bersama Pembekal/Kontraktor Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
https://www.sinarharian.com.my/article/262485/edisi/selangor-kl/pembekal-kontraktor-lantikan-jais-ikrar-bebas-rasuah

Hospital mesra ibadah pertama di Perlis
Memberi fokus kepada kemudahan pesakit serta waris pesakit menunaikan kewajiban beribadah sepanjang berada di hospital.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/975305/hospital-mesra-ibadah-pertama-di-perlis

Ditemani Alunan Al-Quran Ketika Ulang Kaji Resipi Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM
Rutin mendengar alunan bacaan al-Quran ketika mengulang kaji pelajaran menjadi resipi seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, di sini, muncul sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Kelantan.
https://alhijrahnews.com/ditemani-alunan-al-quran-ketika-ulang-kaji-resipi-kejayaan-pelajar-cemerlang-spm/

Jemaah Muda Gembira Peroleh Keputusan SPM Di Makkah
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang Nur Saffiyah Nasuha Ramlan memperoleh kegembiraan berganda di Tanah Suci apabila mendapat 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.
https://alhijrahnews.com/jemaah-muda-gembira-peroleh-keputusan-spm-di-makkah/

Haji mabrur jadi taruhan
Perjalanan ke Tanah Suci ini tidaklah sama seperti pergi ke negara dan tempat yang lain walaupun mempunyai kesamaan dari aspek sebagai musafir kerana wujud perbezaan perjalanan bersifat kerohanian untuk mengerjakan ibadah yang agung iaitu haji.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/06/975258/haji-mabrur-jadi-taruhan

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.5K views14:44
Buka / Bagaimana
2023-06-06 16:29:18 Suami pelawak wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika melakukan persembahan di kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video jelik di Instagram dan YouTube, tahun lepas.
https://alhijrahnews.com/suami-siti-nuramira-didenda-rm16000-buat-hantaran-video-jelik-di-laman-sosial/

Hayati persaudaraan ummah
Ibadah haji adalah salah satu cara praktis yang telah disediakan oleh Islam untuk mengintegrasikan seluruh umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa, bahasa pangkat dan darjat.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/06/974506/hayati-persaudaraan-ummah

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.7K views13:29
Buka / Bagaimana
2023-06-06 16:29:18 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
6 Jun 2023 / 17 Zulkaedah 1444H

Sultan Selangor mahu isu agama diselesaikan secara bijak
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak mengambil pendekatan yang bijak, tertib dan dengan semangat toleransi yang tinggi dalam berhadapan isu agama.
https://www.sinarharian.com.my/article/262042/berita/nasional/sultan-selangor-mahu-isu-agama-diselesaikan-secara-bijak

SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan JAKIM bagi menangani penyebaran video berunsur ajaran sesat di negara ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/261964/berita/semasa/skmm-kerjasama-kekang-video-berunsur-ajaran-sesat

Khutbah Jumaat bawa mesej anti rasuah setiap minggu
JAKIM mengambil inisiatif untuk memastikan pengisian khutbah Jumaat nanti, akan diselitkan mesej mengenai bahaya budaya rasuah yang membawa kesan kepada kehancuran sesebuah tamadun agama dan bangsa pada setiap minggu khutbah dibacakan.
https://www.sinarharian.com.my/article/262030/khas/rasuah-busters/khutbah-jumaat-bawa-mesej-anti-rasuah-setiap-minggu

Agong, Permaisuri Ucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1444H/2023.
https://alhijrahnews.com/agong-permaisuri-ucap-selamat-jalan-kepada-jemaah-haji/

Agong seru jemaah, rakyat Malaysia ambil pengajaran perpaduan dalam ibadat haji
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, perhimpunan haji yang merupakan satu manifestasi syiar perpaduan ummah yang maha agong, boleh dijadikan tauladan dan pengajaran di Malaysia.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-seru-jemaah-rakyat-malaysia-ambil-pengajaran-perpaduan-dalam-ibadat-haji-422690

Hormati Titah Agong, Jangan Jadikan Islam Polemik Politik – Mufti P.Pinang
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata titah baginda itu tentunya lahir daripada keinsafan tentang betapa pentingnya kesucian agama Islam dipelihara, di samping mengekalkan keharmonian antara warganegara berbilang kaum.
https://alhijrahnews.com/hormati-titah-agong-jangan-jadikan-islam-polemik-politik-mufti-p-pinang/

Waspada, usah tertipu iklan meragukan tawar pakej haji visa furada - TH
Umat Islam di Malaysia diingatkan supaya berwaspada dan tidak mudah tertipu dengan pelbagai promosi meragukan berkait tawaran pakej menunaikan haji menggunakan visa furada pada musim ibadah kali ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1110947/waspada-usah-tertipu-iklan-meragukan-tawar-pakej-haji-visa-furada-th

Lebih 19,000 jemaah sudah berada di Tanah Suci – Mohd. Na’im
Lebih 19,000 jemaah haji Malaysia sudah pun selamat sampai dan berada di Tanah Suci sejak penerbangan pertama bermula 21 Mei lalu.
https://www.utusan.com.my/terkini/2023/06/lebih-19000-jemaah-sudah-berada-di-tanah-suci-mohd-naim/

Syor wujudkan peraturan baharu kawal sebar agama bukan Islam
Kerajaan disaran memasukkan cadangan mewujudkan akta, enakmen dan ordinan kawalan pengembangan agama bukan Islam khususnya di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak kepada Majlis Raja-Raja dalam memperkemaskan peraturan berhubung penggunaan kalimah Allah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1110897/syor-wujudkan-peraturan-baharu-kawal-sebar-agama-bukan-islam

Malaysia, Bahrain Hasrat Tingkatkan Perdagangan Pelbagai Sektor Termasuk Tenaga, Komoditi Halal
Malaysia dan Bahrain berazam untuk meningkatkan lagi perdagangan dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, kewangan Islam, infrastruktur dan komoditi halal, kata Kuasa Usaha Kedutaan Bahrain untuk Malaysia, Rashad Alshaikh.
https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2195539

Suami Siti Nuramira Didenda RM16,000 Buat Hantaran Video Jelik Di Laman Sosial
2.5K views13:29
Buka / Bagaimana