Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 17.37K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 4

2023-05-28 17:48:20 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
28 Mei 2023 / 8 Zulkaedah 1444H


Cadangan Tubuh Pusat Mediasi Selesai Pertikaian Islam, Bukan Islam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mencadangkan satu pusat media di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan orang Islam dan bukan Islam.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2193217

Cuaca baik sempurnakan fenomena Istiwa A'dzam
Penentuan arah kiblat yang tepat menerusi kaedah Istiwa A'dzam atau kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah pada 5.18 petang tadi, berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/971839/cuaca-baik-sempurnakan-fenomena-istiwa-adzam-metrotv

Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran - Pemangku Raja Perlis
Pendakwah Islam perlu sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran dan ilmu supaya dihormati dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/971666/pendakwah-perlu-lengkapkan-diri-dengan-ilmu-dan-kemahiran-pemangku-raja

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Mainkan Isu Perkauman, Agama - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata justeru, kerajaan akan terus menunjangi soal berkaitan Islam dan bangsa Melayu tanpa mengetepikan agama serta bangsa lain.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2193050

TH Sasar 10,000 Penyertaan Bagi Ibadah Korban Tahun Ini
Tabung Haji (TH) menyasarkan 10,000 penyertaan bagi ibadah korban menerusi perkhidmatan digital THiJARI dan pejabat cawangan, tahun ini.
https://alhijrahnews.com/th-sasar-10000-penyertaan-bagi-ibadah-korban-tahun-ini/

Pahang minta penasihat undang-undang teliti kes tuntutan hak jagaan anak
Kerajaan Pahang meminta penasihat undang-undang negeri untuk meneliti secara terperinci bidang kuasa sedia ada dan bertepatan dengan undang-undang yang ada di mahkamah berhubung kes perebutan hak penjagaan anak Orang Asli.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1107051/pahang-minta-penasihat-undang-undang-teliti-kes-tuntutan-hak-jagaan

Majlis Ilmu Madani hapuskan kekeliruan, ekstremisme
Majlis Ilmu Madani membawa impak positif yang sangat besar dalam negara dan juga kepada masyarakat kerana ia mampu mengatasi kekeliruan mengenai agama Islam dan menghalang kewujudan ekstremisme.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/majlis-ilmu-madani-hapuskan-kekeliruan-ekstremisme/

Ada cubaan teruskan pesta tidak bermoral di JB - AMK Johor
Polis diminta menyiasat dan menghalang penganjuran pesta seks 'Gang Bang JB Party' kerana didakwa akan tetap diadakan pada masa dan tarikh baharu di satu lokasi rahsia.
https://www.sinarharian.com.my/article/260656/edisi/johor/ada-cubaan-teruskan-pesta-tidak-bermoral-di-jb---amk-johor

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.9K views14:48
Buka / Bagaimana
2023-05-27 17:22:36 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
27 Mei 2023 / 7 Zulkaedah 1444H


Du’at Al Falah, 250 Pendakwah Dilantik Bimbing Kefahaman Masyarakat Malaysia Madani
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini melancarkan Du’at Al-Falah, sebuah gabungan pendakwah terdiri dari kalangan ahli ilmuwan, golongan profesional dan para asatizah.
https://alhijrahnews.com/duat-al-falah-250-pendakwah-dilantik-bimbing-kefahaman-masyarakat-malaysia-madani/

Pantau, sekat sebaran video ajaran sesat di media sosial
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan bekerjasama dengan JAKIM serta majlis-majlis agama negeri dalam usaha mengenal pasti dan mengekang penularan bahan seperti itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/971220/pantau-sekat-sebaran-video-ajaran-sesat-di-media-sosial

Majlis Ilmu Madani Perlu Diperbanyak, Diperluas Ke Seluruh Negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI seperti yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya semalam perlu berterusan kerana ia dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2192998

SKMM kekang penyebaran video 'Al Zaytun' - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengenal pasti serta mengekang penyebaran video ajaran sesat 'Al Zaytun' yang disebarkan menerusi media sosial.
https://www.sinarharian.com.my/article/260496/berita/nasional/skmm-kekang-penyebaran-video-al-zaytun---fahmi

31 individu beragama Islam minum arak dicekup
Seramai 31 individu beragama Islam yang leka meminum arak diberkas oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur malam tadi.
https://malaysiagazette.com/2023/05/27/31-individu-beragama-islam-minum-arak-dicekup/

Doktrin Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen ‘Sauh’ Kerajaan Stabil – Sultan Nazrin
Pemahaman terhadap doktrin raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen berupaya menjadi ‘sauh’ dalam mewujudkan kerajaan yang stabil, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
https://alhijrahnews.com/doktrin-raja-berperlembagaan-demokrasi-berparlimen-sauh-kerajaan-stabil-sultan-nazrin/

Raja bertanggungjawab pastikan kedaulatan negara, lindungi rakyat
Raja dan sultan yang ditabalkan sebagai ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong, memiliki kedudukan dan keupayaan mendaulatkan negeri atau wilayah pemerintahannya serta memberi perlindungan kepada rakyat yang berada di bawah naungan pemerintahan baginda.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1106654/raja-bertanggungjawab-pastikan-kedaulatan-negara-lindungi-rakyat

Jemaah Haji Malaysia Alami Dehidrasi
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengesahkan terdapat jemaah haji negara yang mengalami dehidrasi akibat cuaca panas di Arab Saudi.
https://alhijrahnews.com/jemaah-haji-malaysia-alami-dehidrasi/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.1K views14:22
Buka / Bagaimana
2023-05-24 16:32:06 Perkukuhkan hubungan persaudaraan sesama Muslim dan jauhi kebencian
ISLAM menganjurkan supaya dipertingkatkan amalan bantu-membantu sesama manusia dan sentiasa melatih diri untuk sedia memaafkan kesalahan.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/05/970141/perkukuhkan-hubungan-persaudaraan-sesama-muslim-dan-jauhi-kebencian

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.7K views13:32
Buka / Bagaimana
2023-05-24 16:32:06 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
24 Mei 2023 / 4 Zulkaedah 1444H


Imej Halal Malaysia jadi tumpuan di Forum Kazan
Walaupun prosedur label Halal Malaysia dianggap ketat di dunia, namun imej itu menyaksikan negara ini diberikan penghormatan di Kazan, Tatarstan minggu lalu di Forum Rusia – Dunia Islam 2023.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/imej-halal-malaysia-jadi-tumpuan-di-forum-kazan/

Kerajaan Persekutuan perlu cermat dalam isu kalimah Allah - Sultan Johor
Kerajaan Persekutuan perlu memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan keputusan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan isu kalimah Allah, titah Sultan Ibrahim Iskandar.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1105409/kerajaan-persekutuan-perlu-cermat-dalam-isu-kalimah-allah-sultan

Di Johor kalimah Allah hanya untuk umat Islam – Sultan Ibrahim
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah di negeri ini hanya boleh digunakan oleh umat Islam.
https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/di-johor-kalimah-allah-hanya-untuk-umat-islam-sultan-ibrahim/

Parti maksiat: JAINJ siasat ambil tindakan segera
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) diarahkan mengambil tindakan segera ke atas satu penganjuran majlis berunsur maksiat yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/970191/parti-maksiat-jainj-siasat-ambil-tindakan-segera

Ulama Besar Habib Umar Bin Hafidz Selamat Tiba Di Malaysia
Tokoh ulama besar dunia Islam, Al Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz selamat tiba di Malaysia, pagi tadi.
https://alhijrahnews.com/ulama-besar-habib-umar-bin-hafidz-selamat-tiba-di-malaysia/

PBAKL ibarat Aidilfitri kepada penerbit buku ilmiah
Kehadiran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada setiap tahun, diibaratkan seperti sambutan Aidilfitri kepada penerbit buku, terutama penerbit buku ilmiah di negara ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1105319/pbakl-ibarat-aidilfitri-kepada-penerbit-buku-ilmiah

Wanita Muat Naik Gambar Tatu Kalimah Allah Ditahan
Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun di Gombak semalam kerana disyaki memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di media sosial Facebooknya.
https://alhijrahnews.com/wanita-muat-naik-gambar-tatu-kalimah-allah-ditahan/

‘Jadi manusia yang bertoleransi walaupun dengan bukan Islam’
Bekas Mufti Besar Mesir, Professor Dr Ali Jum'ah Muhammad Abdul Wahab menegaskan bahawa tidak seharusnya umat Islam mempunyai had toleransi kepada individu bukan Muslim.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/260097

Umat Islam perlu jadikan Kitab Turath sebagai panduan hidup
Kitab Turath perlu dijadikan sebagai contoh mahupun panduan bagi melahirkan prinsip ilmu dan memahami realiti yang berlaku pada masa sekarang.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/260080

MAIWP Lancar Projek Laman Cendawan Untuk Asnaf Di Labuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan melancarkan projek Laman Cendawan bernilai RM193,720 di Kampung Sungai Buton hari ini.
https://alhijrahnews.com/maiwp-lancar-projek-laman-cendawan-untuk-asnaf-di-labuan/

Kandungan Lucah: KKD cadang dialog bersama penyedia platform media sosial
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang mengadakan sesi dialog bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan peruntukan undang-undang mengenai perkongsian kandungan berunsur lucah di negara ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/970183/kandungan-lucah-kkd-cadang-dialog-bersama-penyedia-platform-media-sosial

Jemaah syukur dapat ziarah, hayati perjuangan Rasulullah, sahabat
Perasaan sebak dan sayu mengusik hati kira-kira 1,100 jemaah haji Malaysia yang menjejakkan kaki ke beberapa tempat suci dan bersejarah melalui program Ziarah Dalam serta Ziarah Luar di sini, semalam dan kelmarin.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1105544/jemaah-syukur-dapat-ziarah-hayati-perjuangan-rasulullah-sahabat
2.4K views13:32
Buka / Bagaimana
2023-05-24 01:28:35 Sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026, umum Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
https://alhijrahnews.com/sesi-persekolahan-pada-januari-bermula-2026/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.1K views22:28
Buka / Bagaimana
2023-05-24 01:28:35 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
23 Mei 2023 / 3 Zulkaedah 1444H


Bincang Topik Berbaur Lucah Di Telegram: JAKIM Kemuka Aduan Rasmi Kepada MCMC
JAKIM telah mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2191353

Pemilihan Pulau Pinang sebagai tuan rumah MTHQK tiada elemen politik
Keputusan bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai tuan rumah pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) kali ini sudah diputuskan sebelum penubuhan Kerajaan Perpaduan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/969987/pemilihan-pulau-pinang-sebagai-tuan-rumah-mthqk-tiada-elemen-politik

PM Dijangka Rasmi Tilawah Al-quran Peringkat Kebangsaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2023 Masihi di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth dekat sini pada 11 Jun.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2191551

PM perjelas penarikan rayuan kes kalimah 'Allah' hari ini
Tindakan kerajaan untuk menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan oleh penganut Kristian akan dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/969798/pm-perjelas-penarikan-rayuan-kes-kalimah-allah-hari-ini

Kalimah Allah: PM nafi tak rujuk Agong, Raja-raja
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal sama sekali dakwaan bahawa keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes kalimah 'Allah' di mahkamah tidak merujuk kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1104870/kalimah-allah-pm-nafi-tak-rujuk-agong-raja-raja

Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.
https://www.sinarharian.com.my/article/259979/edisi/johor/johor-beri-amaran-jangan-anjur-program-tidak-bermoral

1,755 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah sejak Ahad
Seramai 1,755 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah melalui enam penerbangan sejak Ahad lalu hingga semalam dengan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin turut menerima panggilan sebagai Dhuyufurrahman tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/969887/1755-jemaah-haji-malaysia-tiba-di-madinah-sejak-ahad

Saudi bakal tangkap jemaah tanpa visa haji mulai 19 Jun depan
Jemaah warga Malaysia yang ketika ini sedang menunaikan umrah di Mekah dinasihatkan supaya keluar dari Tanah Suci itu selewat-lewatnya pada 18 Jun depan.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/saudi-bakal-tangkap-jemaah-tanpa-visa-haji-mulai-19-jun-depan/

Tipu Pakej Umrah: PDRM Terima Lebih 100 Laporan Sejak Januari
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.
https://alhijrahnews.com/tipu-pakej-umrah-pdrm-terima-lebih-100-laporan-sejak-januari/

Forum Kazan 2023 kukuh kerjasama Malaysia - Russia
Forum Ekonomi Antarabangsa Dunia Islam Russia 2023 di Kazan, Russia atau dikenali Forum Kazan 2023 selama tiga hari bermula 18 Mei lalu nyata membuka lembaran baru kepada ekonomi negara.
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/05/970078/forum-kazan-2023-kukuh-kerjasama-malaysia-russia

PPZ-MAIWP, Bank Rakyat, Umskal Lancar Projek Bantu Usahawan Asnaf, Jihad Pendidikan Di Labuan
Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Bank Rakyat dan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, UMSKAL hari ini melancarkan Projek Asnafpreneur Bank Rakyat di Menara UMSKAL.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2191475

Sesi Persekolahan Pada Januari Bermula 2026
2.0K views22:28
Buka / Bagaimana
2023-05-22 16:50:11 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
22 Mei 2023 / 2 Zulkaedah 1444H


Dua Ulama Besar Dunia Tampil Dalam Majlis Ilmu Madani
Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan Jumaat ini akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam.
https://alhijrahnews.com/dua-ulama-besar-dunia-tampil-dalam-majlis-ilmu-madani/

Larangan terbit al-Quran dalam tulisan rumi kekal - KDN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sama sekali naskhah al-Quran diterbitkan dalam tulisan rumi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1104581/larangan-terbit-al-quran-dalam-tulisan-rumi-kekal-kdn

Status Agama: Mahkamah Persekutuan Beri Kebenaran Untuk Wanita Kemuka Rayuan
Seorang wanita berusia 37 tahun mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai orang Islam.
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2191240

Malaysia Ambil Langkah Proaktif Tangani Islamofobia - PM Anwar
Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2190988

Cuaca Panas: Aktiviti Ziarah Disusun Pada Waktu Pagi
Berikutan cuaca panas ketika ini, Tabung Haji (TH) menyusun jadual aktiviti ziarah jemaah haji ke tempat bersejarah di sini pada sebelah pagi.
https://alhijrahnews.com/cuaca-panas-aktiviti-ziarah-disusun-pada-waktu-pagi/

'Serambi Saudi' bolehkan 107,000 jemaah tawaf dalam sejam
Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan kelulusan bagi menamakan projek naik taraf Mataf di Masjidil Haram sebagai 'Serambi Saudi,” lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
https://www.sinarharian.com.my/article/259724/global/serambi-saudi-bolehkan-107000-jemaah-tawaf-dalam-sejam

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.4K views13:50
Buka / Bagaimana
2023-05-22 02:07:59 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
21 Mei 2023 / 1 Zulkaedah 1444H


JAKIM sahkan rumah sembelihan Australia lulus audit halal
Pengiktirafan semula Thomas Food International (TFI) Lobethal, Australia untuk mengeksport daging ke Malaysia diberikan selepas rumah sembelihan itu melepasi semakan audit halal yang dilaksanakan JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/jakim-sahkan-rumah-sembelihan-australia-lulus-audit-halal/

NGO Islam perlu tangani sentimen keagamaan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyarankan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini untuk memainkan peranan dalam usaha menangani sentimen keagamaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/969257/ngo-islam-perlu-tangani-sentimen-keagamaan-metrotv

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Madinah
Kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia musim 1444 Hijrah tiba di hotel penginapan di Saja Al Madinah di sini pada 8.10 pagi waktu tempatan.
https://alhijrahnews.com/kumpulan-pertama-jemaah-haji-malaysia-tiba-di-madinah-2/

Pelukis pelan dituduh muat naik kenyataan jelik hina Islam
Seorang pelukis pelan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memuat naik kenyataan jelik menghina Islam di Facebook, dua tahun lalu.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/pelukis-pelan-dituduh-muat-naik-kenyataan-jelik-hina-islam/

Keluarga Mohon Doa Rakyat Malaysia Agar Muhammad Hawari Ditemui Selamat
Keluarga peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023), yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu, Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang Jumaat lepas memohon seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama berdoa agar beliau ditemui selamat.
https://alhijrahnews.com/keluarga-mohon-doa-rakyat-malaysia-agar-muhammad-hawari-ditemui-selamat/

Hotel lima bintang lokasi penginapan jemaah Malaysia
Tiga hotel bertaraf lima bintang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pemandangan ke Masjid Nabawi bakal menjadi tempat penginapan jemaah haji Malaysia di sini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/hotel-lima-bintang-lokasi-penginapan-jemaah-malaysia/

Cercaan terhadap ulama Salaf petanda akhir zaman
Antara tanda akhir zaman ialah munculnya golongan yang mencaci dan mencerca golongan umat Islam yang awal iaitu golongan Salaf.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/05/969118/cercaan-terhadap-ulama-salaf-petanda-akhir-zaman

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.3K views23:07
Buka / Bagaimana
2023-05-20 01:42:25 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
19 Mei 2023 / 28 Syawal 1444H


Teladani perjuangan, sumbangan Imam Syafie - Anwar
Sesuatu pandangan yang ingin dipegang harus mengikut kepada kupasan, kefahaman dan tuntutan semasa atau 'waqi' sebagaimana Imam Syafie yang dikenali dengan dua pandangan saling bertentangan iaitu 'qaul qadim' atau pandangan terdahulu dan pandangan baharu atau 'qaul jadid'.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/968402/teladani-perjuangan-sumbangan-imam-syafie-anwar

Isu kalimah Allah sudah diputuskan sejak 1986 - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penggunaan kalimah Allah sudah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan kerajaan sejak 1986.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/968571/isu-kalimah-allah-sudah-diputuskan-sejak-1986-pm-metrotv

Status quo penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kekal - Ewon
Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibolehkan menggunakan kalimah Allah dalam doa agama mereka seperti 'status quo' sedia ada sebelum ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1103401/status-quo-penggunaan-kalimah-allah-bagi-penganut-kristian-di-sabah

Penerbangan pertama jemaah haji tiba di Madinah 21 Mei ini
Penerbangan pertama membawa seramai 284 jemaah haji dari tanah air akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di sini, 21 Mei ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1103277/penerbangan-pertama-jemaah-haji-tiba-di-madinah-21-mei-ini

Imigresen Buka Kaunter Khas Untuk Kelancaran Dokumentasi Jemaah Haji
Jabatan Imigresen akan membuka 10 kaunter khas mulai Ahad ini hingga 21 Jun bagi melancarkan proses dokumentasi jemaah haji Malaysia, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
https://alhijrahnews.com/imigresen-buka-kaunter-khas-untuk-kelancaran-dokumentasi-jemaah-haji/

Pewaris Bayar Cukai: K'jaan Belum Cadang Pinda Akta - Ahmad Maslan
Kerajaan belum bercadang untuk meminda Akta Cukai Pendapatan berhubung pentadbir atau pewaris harta kepada pembayar cukai pendapatan yang sudah meninggal dunia untuk membayar cukai si mati.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2190551

INSKEN, PIBB, MAIWP berkolabosi bantu usahawan asnaf
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) menjalin kerjasama strategik menerusi Perjanjian Kerjasama Dalam Pelaksanaan Program Pemangkin Usahawan Asnaf (PEMANGKIN) dengan Public Islamic Bank Berhad (PIBB) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu usahawan asnaf menambah pengetahuan dan meningkatkan perniagaan mereka.
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2023/05/insken-pibb-maiwp-berkolabosi-bantu-usahawan-asnaf/

Memuliakan, meraikan ibu tanggungjawab sepanjang hayat
SEORANG wanita yang bergelar ibu perlu sentiasa ditabalkan sebagai insan yang paling dikasihi tanpa perlu ada hari khusus untuk berbuat demikian.
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2023/05/1103206/memuliakan-meraikan-ibu-tanggungjawab-sepanjang-hayat

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.5K views22:42
Buka / Bagaimana
2023-05-18 00:56:56 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
17 Mei 2023 / 26 Syawal 1444H


MKI Akan Bermesyuarat Berhubung Pembayar Cukai Meninggal Dunia
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi mencari kesepakatan mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia.
https://alhijrahnews.com/mki-akan-bermesyuarat-berhubung-pembayar-cukai-meninggal-dunia/

Isu kalimah Allah: Kabinet persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja
Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah 'Allah' kepada Majlis Raja-Raja.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/967820/isu-kalimah-allah-kabinet-persembah-cadangan-kepada-majlis-raja-raja

Selangor kekal larangan kalimah Allah bagi bukan Islam
Penganut bukan Islam di negeri ini dilarang menggunakan kalimah ‘Allah’ berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dizahirkan pada 23 Mac 2021.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/selangor-kekal-larangan-kalimah-allah-bagi-bukan-islam/

Kalimah Allah: MAIS Tidak Setuju Keputusan Kerajaan Tarik Balik Rayuan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan kes melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian baru-baru ini.
https://alhijrahnews.com/kalimah-allah-mais-tidak-setuju-keputusan-kerajaan-tarik-balik-rayuan/

'Kenapa tarik rayuan kes isu kalimah Allah tanpa berunding dengan pihak berkepentingan dalam kes ini'
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kesal dengan tindakan unilateral pihak kerajaan menarik balik rayuan kes membabitkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di Mahkamah Rayuan, tanpa berunding dengan pihaknya dan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam kes itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1102448/kenapa-tarik-rayuan-kes-isu-kalimah-allah-tanpa-berunding-dengan

Selaras fatwa, harmoni beza pendapat
Sembilan kertas kerja akan dibentangkan pada Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i 1444H/2023M mulai 17 hingga 18 Mei ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
https://sarawakvoice.com/selaras-fatwa-harmoni-beza-pendapat/

Selangor Peruntuk RM1.65 Juta Untuk Program Insentif Haji Muassasah
Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan sebanyak RM1.65 juta untuk program Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M.
https://alhijrahnews.com/selangor-peruntuk-rm1-65-juta-untuk-program-insentif-haji-muassasah/

Raja Perlis pemerintah jujur terhadap agama Islam
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang menyambut ulang tahun keputeraan ke-80 hari ini adalah seorang pemerintah yang jujur terhadap agama Islam dan mempunyai pandangannya tersendiri.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/raja-perlis-pemerintah-jujur-terhadap-agama-islam/

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq menang Anugerah Muhibah (NPC)-MACROKIOSK
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (MSABA) di Bangsar hari ini menerima Anugerah Muhibah Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC)-MACROKIOSK kerana usahanya menyantuni masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1102627/masjid-saidina-abu-bakar-siddiq-menang-anugerah-muhibah-npc

Menuju fasa terakhir!
Selangkah demi selangkah, tanpa kita sedar atau tidak, semakin hampir kita dengan pengakhiran kita iaitu ajal dan semakin hampir juga dengan pengakhiran dunia iaitu kiamat.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/05/967677/menuju-fasa-terakhir

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.6K views21:56
Buka / Bagaimana