Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 17 Mei 2023 / 26 Syawal 1444H | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
17 Mei 2023 / 26 Syawal 1444H


MKI Akan Bermesyuarat Berhubung Pembayar Cukai Meninggal Dunia
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi mencari kesepakatan mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia.
https://alhijrahnews.com/mki-akan-bermesyuarat-berhubung-pembayar-cukai-meninggal-dunia/

Isu kalimah Allah: Kabinet persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja
Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah 'Allah' kepada Majlis Raja-Raja.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/967820/isu-kalimah-allah-kabinet-persembah-cadangan-kepada-majlis-raja-raja

Selangor kekal larangan kalimah Allah bagi bukan Islam
Penganut bukan Islam di negeri ini dilarang menggunakan kalimah ‘Allah’ berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dizahirkan pada 23 Mac 2021.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/selangor-kekal-larangan-kalimah-allah-bagi-bukan-islam/

Kalimah Allah: MAIS Tidak Setuju Keputusan Kerajaan Tarik Balik Rayuan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan kes melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian baru-baru ini.
https://alhijrahnews.com/kalimah-allah-mais-tidak-setuju-keputusan-kerajaan-tarik-balik-rayuan/

'Kenapa tarik rayuan kes isu kalimah Allah tanpa berunding dengan pihak berkepentingan dalam kes ini'
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kesal dengan tindakan unilateral pihak kerajaan menarik balik rayuan kes membabitkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di Mahkamah Rayuan, tanpa berunding dengan pihaknya dan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam kes itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1102448/kenapa-tarik-rayuan-kes-isu-kalimah-allah-tanpa-berunding-dengan

Selaras fatwa, harmoni beza pendapat
Sembilan kertas kerja akan dibentangkan pada Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i 1444H/2023M mulai 17 hingga 18 Mei ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
https://sarawakvoice.com/selaras-fatwa-harmoni-beza-pendapat/

Selangor Peruntuk RM1.65 Juta Untuk Program Insentif Haji Muassasah
Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan sebanyak RM1.65 juta untuk program Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M.
https://alhijrahnews.com/selangor-peruntuk-rm1-65-juta-untuk-program-insentif-haji-muassasah/

Raja Perlis pemerintah jujur terhadap agama Islam
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang menyambut ulang tahun keputeraan ke-80 hari ini adalah seorang pemerintah yang jujur terhadap agama Islam dan mempunyai pandangannya tersendiri.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/raja-perlis-pemerintah-jujur-terhadap-agama-islam/

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq menang Anugerah Muhibah (NPC)-MACROKIOSK
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (MSABA) di Bangsar hari ini menerima Anugerah Muhibah Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC)-MACROKIOSK kerana usahanya menyantuni masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1102627/masjid-saidina-abu-bakar-siddiq-menang-anugerah-muhibah-npc

Menuju fasa terakhir!
Selangkah demi selangkah, tanpa kita sedar atau tidak, semakin hampir kita dengan pengakhiran kita iaitu ajal dan semakin hampir juga dengan pengakhiran dunia iaitu kiamat.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/05/967677/menuju-fasa-terakhir

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM