Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 23 Mei 2023 / 3 Zulkaedah 1444H | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
23 Mei 2023 / 3 Zulkaedah 1444H


Bincang Topik Berbaur Lucah Di Telegram: JAKIM Kemuka Aduan Rasmi Kepada MCMC
JAKIM telah mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2191353

Pemilihan Pulau Pinang sebagai tuan rumah MTHQK tiada elemen politik
Keputusan bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai tuan rumah pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) kali ini sudah diputuskan sebelum penubuhan Kerajaan Perpaduan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/969987/pemilihan-pulau-pinang-sebagai-tuan-rumah-mthqk-tiada-elemen-politik

PM Dijangka Rasmi Tilawah Al-quran Peringkat Kebangsaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2023 Masihi di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth dekat sini pada 11 Jun.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2191551

PM perjelas penarikan rayuan kes kalimah 'Allah' hari ini
Tindakan kerajaan untuk menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan oleh penganut Kristian akan dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/969798/pm-perjelas-penarikan-rayuan-kes-kalimah-allah-hari-ini

Kalimah Allah: PM nafi tak rujuk Agong, Raja-raja
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal sama sekali dakwaan bahawa keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes kalimah 'Allah' di mahkamah tidak merujuk kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1104870/kalimah-allah-pm-nafi-tak-rujuk-agong-raja-raja

Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.
https://www.sinarharian.com.my/article/259979/edisi/johor/johor-beri-amaran-jangan-anjur-program-tidak-bermoral

1,755 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah sejak Ahad
Seramai 1,755 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah melalui enam penerbangan sejak Ahad lalu hingga semalam dengan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin turut menerima panggilan sebagai Dhuyufurrahman tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/969887/1755-jemaah-haji-malaysia-tiba-di-madinah-sejak-ahad

Saudi bakal tangkap jemaah tanpa visa haji mulai 19 Jun depan
Jemaah warga Malaysia yang ketika ini sedang menunaikan umrah di Mekah dinasihatkan supaya keluar dari Tanah Suci itu selewat-lewatnya pada 18 Jun depan.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/saudi-bakal-tangkap-jemaah-tanpa-visa-haji-mulai-19-jun-depan/

Tipu Pakej Umrah: PDRM Terima Lebih 100 Laporan Sejak Januari
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.
https://alhijrahnews.com/tipu-pakej-umrah-pdrm-terima-lebih-100-laporan-sejak-januari/

Forum Kazan 2023 kukuh kerjasama Malaysia - Russia
Forum Ekonomi Antarabangsa Dunia Islam Russia 2023 di Kazan, Russia atau dikenali Forum Kazan 2023 selama tiga hari bermula 18 Mei lalu nyata membuka lembaran baru kepada ekonomi negara.
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/05/970078/forum-kazan-2023-kukuh-kerjasama-malaysia-russia

PPZ-MAIWP, Bank Rakyat, Umskal Lancar Projek Bantu Usahawan Asnaf, Jihad Pendidikan Di Labuan
Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Bank Rakyat dan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, UMSKAL hari ini melancarkan Projek Asnafpreneur Bank Rakyat di Menara UMSKAL.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2191475

Sesi Persekolahan Pada Januari Bermula 2026