Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 8 Jun 2023 / 19 Zulkaedah 1444H | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
8 Jun 2023 / 19 Zulkaedah 1444H


Malaysia-Indonesia Tingkatkan Kerjasama Dalam Sektor Perdagangan, Pelaburan Dan Halal
Ketua Pengarah JAKIM YBhg. Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal Indonesia Muhammad Aqil Irham menandatangani kerjasama secara bersama dalam pengiktirafan pensijilan halal untuk produk halal.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2196165

Malaysia-Indonesia Meterai Enam Kerjasama Perkukuh Hubungan Dua Negara
Perjanjian rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia merupakan antara enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara sempena lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2196218

Dua pengecualian bagi jemaah bukan dalam giliran haji
Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan dua keadaan pengecualian kepada jemaah yang membuat rayuan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/975364/dua-pengecualian-bagi-jemaah-bukan-dalam-giliran-haji

Peningkatan Kos Tidak Jejas Kualiti Makanan Jemaah Haji
Peningkatan kos haji termasuk akibat faktor kenaikan harga barangan mentah di Arab Saudi tidak menjejaskan kualiti pek sajian makanan kepada jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1444 Hijrah ini.
https://alhijrahnews.com/peningkatan-kos-tidak-jejas-kualiti-makanan-jemaah-haji/

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Sebagai pengguna jalan raya, adab dan akhlak perlu dijaga agar dapat mengelakkan diri daripada terbabit kejadian buruk, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/06/1111480/jaga-adab-akhlak-ketika-di-jalan-raya-mohd-naim

Pembekal, kontraktor lantikan JAIS ikrar bebas rasuah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Unit Integriti dan Tatatertib telah menganjurkan Program Integriti Bersama Pembekal/Kontraktor Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
https://www.sinarharian.com.my/article/262485/edisi/selangor-kl/pembekal-kontraktor-lantikan-jais-ikrar-bebas-rasuah

Hospital mesra ibadah pertama di Perlis
Memberi fokus kepada kemudahan pesakit serta waris pesakit menunaikan kewajiban beribadah sepanjang berada di hospital.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/975305/hospital-mesra-ibadah-pertama-di-perlis

Ditemani Alunan Al-Quran Ketika Ulang Kaji Resipi Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM
Rutin mendengar alunan bacaan al-Quran ketika mengulang kaji pelajaran menjadi resipi seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, di sini, muncul sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Kelantan.
https://alhijrahnews.com/ditemani-alunan-al-quran-ketika-ulang-kaji-resipi-kejayaan-pelajar-cemerlang-spm/

Jemaah Muda Gembira Peroleh Keputusan SPM Di Makkah
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang Nur Saffiyah Nasuha Ramlan memperoleh kegembiraan berganda di Tanah Suci apabila mendapat 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.
https://alhijrahnews.com/jemaah-muda-gembira-peroleh-keputusan-spm-di-makkah/

Haji mabrur jadi taruhan
Perjalanan ke Tanah Suci ini tidaklah sama seperti pergi ke negara dan tempat yang lain walaupun mempunyai kesamaan dari aspek sebagai musafir kerana wujud perbezaan perjalanan bersifat kerohanian untuk mengerjakan ibadah yang agung iaitu haji.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/06/975258/haji-mabrur-jadi-taruhan

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM