Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 17.37K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 8

2023-04-13 15:34:36 my/berita/nasional/2023/04/1089325/pegawai-kdn-menyamar-beli-al-quran

Jumlah pembaca al-Quran di Malaysia melonjak
Penganjuran World #QuranHour yang diasaskan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berjaya membentuk masyarakat Islam di Malaysia yang membudayakan bacaan al-Quran.
https://www.sinarharian.com.my/article/254308/khas/wacanaquran/jumlah-pembaca-al-quran-di-malaysia-melonjak

World #QuranHour satukan umat Islam
Program World #QuranHour mendapat sokongan dan penyertaan lebih daripada 100 orang di Masjid Bandar Diraja Klang pada tahun ini.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/254328

Palestin seru Malaysia pengaruhi dunia pertahan Masjid Al-Aqsa
Palestin menyeru Malaysia supaya menggunakan pengaruh dan kelantangan bersuaranya untuk mengajak dunia untuk bersama mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada serangan rejim Zionis.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/palestin-seru-malaysia-pengaruhi-dunia-pertahan-masjid-al-aqsa/

Menjiwai al-Quran sebagai pegangan hidup
Penawar, keberkatan dan rahmat yang terkandung di dalam al-Quran bagi orang yang beriman tidak dapat disangkal lagi.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/04/956284/menjiwai-al-quran-sebagai-pegangan-hidup

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
222 views12:34
Buka / Bagaimana
2023-04-13 15:34:36 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
13 April 2023 / 22 Ramadan 1444H


Laporan Cerapan 1 Syawal 1443h Tidak Sah, Terbatal Dinafikan JAKIM
JAKIM menafikan laporan akhbar berkenaan hasil cerapan 1 Syawal 1443H atau 2 Mei 2022 yang lalu tidak sah dan terbatal.
https://alhijrahnews.com/laporan-cerapan-1-syawal-1443h-tidak-sah-terbatal-dinafikan-jakim/

Bayaran Kenaikan Elaun Guru Kafa Diberi Secara Tunggakan – JAKIM
Pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibuat secara tunggakan bermula Januari 2023 kepada semua guru KAFA di seluruh negara, kata Ketua Pengarah JAKIM.
https://alhijrahnews.com/bayaran-kenaikan-elaun-guru-kafa-diberi-secara-tunggakan-jakim/

Raja Permaisuri Agong Berkenan Berangkat Ke World #Quranhour 2023
Raja Permaisuri Agong hari ini berkenan berangkat menyertai program World #QuranHour 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2181443

JAKIM akui situasi hilal Syawal 2022 cuma 50/50 sebelum disahkan
JAKIM mengakui hanya satu syarat kriteria imkanur rukyah di Labuan yang dipenuhi ketika cerapan hilal Syawal tahun lepas.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/jakim-akui-situasi-hilal-syawal-2022-cuma-50-50-sebelum-disahkan/

Isu raya 2022 tidak sah: 30 saksi nampak hilal Syawal di Labuan
Umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1443H pada tahun lalu adalah sah dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/isu-raya-2022-tidak-sah-30-saksi-nampak-hilal-syawal-di-labuan/

29 Ramadan Penentu 1 Syawal – Mufti Wilayah
Penentuan tarikh sambutan Hari Raya di negara ini berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun.
https://alhijrahnews.com/29-ramadan-penentu-1-syawal-mufti-wilayah/

1 Syawal: Kenampakan anak bulan antara negara tidak sama
Timbalan Mufti Perak berkata, hitungan bagi setiap negara dalam perkara itu tidak sama kerana terdapatnya perbezaan ketara terutama dari segi waktu yang boleh mempengaruhi kenampakan anak bulan.
https://www.sinarharian.com.my/article/254349/berita/1-syawal-kenampakan-anak-bulan-antara-negara-tidak-sama

MUIS Rekod Pungutan Zakat Sebanyak RM133 Juta Tahun Lepas
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merekodkan pungutan zakat sebanyak RM133.4 juta dan agihan berjumlah RM122 juta pada tahun lepas.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2181341

Kariah Masjid Jame’ Badlishah buka puasa awal perlu qada
Jabatan Mufti Negeri Kedah meminta umat Islam yang berbuka puasa berpandukan kepada azan Masjid Jame’ Badlishah Yan, Jerai pada 30 Mac lalu perlu menggantikan puasa itu atau qada.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/kariah-masjid-jame-badlishah-buka-puasa-awal-perlu-qada/

27 masjid di Wilayah Persekutuan anjur World #QuranHour
Sebanyak 27 masjid di Wilayah Persekutuan mengadakan program World #QuranHour yang diadakan serentak pada Khamis.
https://www.sinarharian.com.my/article/254362/khas/wacanaquran/27-masjid-di-wilayah-persekutuan-anjur-world-quranhour

Rakyat Melaka bersatu baca al-Quran
Penganjuran program World #QuranHour di negeri ini memberi peluang kepada warga Melaka bersatu mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran serta menyemarakkan Ramadan yang berbaki beberapa hari lagi.
https://www.sinarharian.com.my/article/254341/khas/wacanaquran/rakyat-melaka-bersatu-baca-al-quran

Penghantaran Makanan Halal Kukuh Kedudukan Malaysia Sebagai Hab Halal Global
Platform perkhidmatan penghantaran makanan berstatus halal mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal di peringkat global.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2181318

Pegawai KDN menyamar beli al-Quran
Anggota Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melakukan penyamaran dan risikan bagi mengesan peniaga yang menjual al-Quran tanpa kelulusan agensi berkenaan di negara ini.
https://www.bharian.com.
225 views12:34
Buka / Bagaimana
2023-04-13 04:01:13
MENDOAKAN ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN

Mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita adalah sebahagian daripada ajaran Islam.

Ucapan جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا adalah ucapan yang paling baik kerana ia disebut oleh Rasulullah SAW sebagai suatu doa yang cukup dapat membalas kebaikan seseorang.
1.2K views01:01
Buka / Bagaimana
2023-04-12 16:16:17 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru masyarakat Islam untuk mengejar malam Lailatul Qadar dengan beriktikaf dan melakukan qiamullail di masjid.
https://www.sinarharian.com.my/article/254098/edisi/melaka-ns/mb-negeri-sembilan-ajak-iktikaf-di-masjid-kejar-lailatul-qadar

PPZ-Maiwp hargai komitmen dan peranan pengamal media
Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Majlis Iftar PPZ-MAIWP Bersama Media di Hotel Seri Pacific, di sini, semalam.
https://malaysiagazette.com/2023/04/12/ppz-maiwp-hargai-komitmen-dan-peranan-pengamal-media/

Masjid di Bangsar buat kelainan, jemput doktor Sikh beri ceramah henti merokok
Tular video doktor Sikh menyampaikan ceramah berhenti merokok di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1088925/masjid-di-bangsar-buat-kelainan-jemput-doktor-sikh-beri-ceramah

Malaysia alami gerhana matahari separa pada 21 April ini
Malaysia akan mengalami gerhana matahari separa pada 20 April ini bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.
https://www.sinarharian.com.my/article/254161/berita/nasional/malaysia-alami-gerhana-matahari-separa-pada-21-april-ini

Solat Jumaat masih wajib jika ‘raya terkejut’ Jumaat
Hukum tuntutan fardu solat Jumaat kekal wajib walaupun jika tarikh 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/solat-jumaat-masih-wajib-jika-raya-terkejut-jumaat/

Sembilan premis jual makanan sebelum pukul 3 petang diberi amaran
Sembilan buah kedai makan di sekitar pusat bandar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa di sini diberi amaran selepas disyaki menjual makanan terlalu awal dalam Operasi Patuh Sempena Ramadan hari ini.
https://www.utusan.com.my/berita/2023/04/sembilan-premis-jual-makanan-sebelum-pukul-3-petang-diberi-amaran/

Ayam sejuk beku Thailand, peniaga, pengguna risau
Peniaga dan pelanggan yang menggunakan keratan ayam sejuk beku yang diimport daripada Thailand meminta pihak berkuasa memeriksa dan mengesahkan semula status halal produk berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1089168/ayam-sejuk-beku-thailand-peniaga-pengguna-risau

Bukan Islam diharamkan dari Al-Aqsa sepanjang Ramadan
Israel melarang kunjungan orang bukan Islam ke perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sehingga akhir Ramadan.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2023/04/1089140/bukan-islam-diharamkan-dari-al-aqsa-sepanjang-ramadan

Keluarga dibenar lawat penghuni penjara hari raya ketiga, keempat
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Aidilfitri pada hari raya ketiga dan keempat.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1089036/keluarga-dibenar-lawat-penghuni-penjara-hari-raya-ketiga-keempat

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
720 views13:16
Buka / Bagaimana
2023-04-12 16:16:16 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
12 April 2023 / 21 Ramadan 1444H


JHEAINS bangunkan mesin kira jemaah masjid
Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengambil inisiatif membangunkan mesin prototaip untuk mengira bilangan jemaah masjid.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1089009/jheains-bangunkan-mesin-kira-jemaah-masjid

25 tan kurma diagih bawah inisiatif Hadiah Penjaga Dua Masjid Suci sempena Ramadan
Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada Selasa merasmikan program agihan kurma sebanyak 25 tan, di bawah inisiatif Hadiah Penjaga Dua Masjid Suci bersempena Ramadan 1444H.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1089218/25-tan-kurma-diagih-bawah-inisiatif-hadiah-penjaga-dua-masjid-suci

MAIPs peruntuk RM505,000 pengurusan 101 masjid di Perlis
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan bantuan berjumlah RM505,000 bagi tujuan pengurusan 101 masjid di seluruh Perlis bagi tahun ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1088971/maips-peruntuk-rm505000-pengurusan-101-masjid-di-perlis

Kedah Umum Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Pegawai MKK, Masjid
Kerajaan Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima terdiri daripada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di negeri ini.
https://alhijrahnews.com/kedah-umum-bantuan-khas-aidilfitri-kepada-pegawai-mkk-masjid/

Permaisuri Agong dijangka hadir ke World #QuranHour 2023
Raja Permaisuri Agong dijangka berkenan berangkat menghadiri program World #QuranHour yang dianjurkan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Khamis.
https://www.sinarharian.com.my/article/254203/khas/wacanaquran/permaisuri-agong-dijangka-hadir-ke-world-quranhour-2023

World#QuranHour panduan masyarakat hidup berakhlak
Pemilihan surah Al-Insan bagi program World #QuranHour berlangsung esok boleh menjadi panduan dan iktibar kepada masyarakat sekali gus mengangkat martabat al-Quran agar dijadikan amalan bukan sekadar baca dan faham malah turut diamalkan.
https://www.utusan.com.my/berita/2023/04/worldquranhour-panduan-masyarakat-hidup-berakhlak/

Kejar Lailatulqadar, Bukan Berbalah Tarikh 1 Syawal
Tempoh 10 malam terakhir Ramadan perlu digunakan umat Islam untuk fokus mengejar malam Lailatulqadar bukannya berdebat atau berbalah berhubung tarikh 1 Syawal.
https://alhijrahnews.com/kejar-lailatulqadar-bukan-berbalah-tarikh-1-syawal/

Kedudukan anak bulan dijangka tidak penuhi syarat 1 Syawal pada 21 April
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Amran Awaludin berkata, sehubungan itu umat Islam dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu keputusan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.
https://www.utusan.com.my/berita/2023/04/kedudukan-anak-bulan-dijangka-tidak-penuhi-syarat-1-syawal-pada-21-april/

World #QuranHour suntik semangat al-Quran
Program World #QuranHour bakal berlangsung pada 13 April bersamaan 22 Ramadan merupakan satu gerakan bagi menyuntik semangat dan menghidupkan gelombang al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.
https://www.sinarharian.com.my/article/254159/khas/wacanaquran/world-quranhour-suntik-semangat-al-quran

Orang ramai diseru luang masa sertai World #QuranHour
Orang ramai yang berkelapangan diseru meluangkan masa selama sejam pada 13 April bersamaan 22 Ramadan, di lokasi masing-masing untuk berinteraksi dengan al-Quran sempena World #QuranHour.
https://www.sinarharian.com.my/article/254133/khas/wacanaquran/orang-ramai-diseru-luang-masa-sertai-world-quranhour

Kegemilangan World #QuranHour kembali
Program World #QuranHour yang tidak dapat diadakan secara besar-besaran akibat penularan Covid-19 sejak tiga tahun lalu dijangka kembali gemilang dan mendapat sambutan luar biasa.
https://www.sinarharian.com.my/article/254070/berita/nasional/kegemilangan-world-quranhour-kembali

MB Negeri Sembilan ajak iktikaf di masjid kejar Lailatul Qadar
656 views13:16
Buka / Bagaimana
2023-04-12 12:53:17
Menyegerakan Berbuka

Daripada Sahl Bin Sa’di RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana mereka tidak melewatkan berbuka puasa.”

Bagi yang berpuasa disunatkan untuk menyegerakan berbuka setelah masuknya waktu berbuka puasa tanpa menangguhkannya dengan amal ibadah yang lain.
1.0K views09:53
Buka / Bagaimana
2023-04-12 07:36:12
Pahala Menjamu Orang Berbuka Puasa

Besarnya ganjaran pahala kepada orang yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.

Di sepuluh akhir Ramadan ini, marilah kita gandakan amalan dengan perbanyakkan bersedekah.
#ramadanalfalah
1.3K views04:36
Buka / Bagaimana
2023-04-12 05:40:55
Gandakan Amalan Di 10 Akhir Ramadan

Baca Al-Quran
Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa
Beri’tikaf di Masjid
Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam
Banyakkan bersedekah

Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata : “Adalah Rasulullah SAW lebih bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada Sepuluh Hari Terakhir (Ramadan) tidak sebagaimana Baginda bersungguh-sungguh pada hari-hari lainnya.”

(Hadith Riwayat Muslim 1175)
1.8K views02:40
Buka / Bagaimana
2023-04-12 04:50:54
Sekalung Tahniah kepada YBrs. Encik Ameer Ali bin Vali Mohamed atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Semoga dengan pengalaman dan kepakaran dimiliki beliau mampu memacu YaPEIM ke tahap yang lebih tinggi.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.
1.2K views01:50
Buka / Bagaimana
2023-04-12 04:21:58
Zikir Selepas Solat

Selepas selesai menunaikan solat, amat digalakkan untuk kita melafazkan zikir dan berdoa kepada Allah SWT.

Semoga kita istiqamah untuk mengamalkannya.
1.5K views01:21
Buka / Bagaimana