Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.63K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 11

2023-04-07 14:20:21
Peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan merupakan tarikh penting kepada umat Islam seluruh dunia untuk memperingatinya.

Marilah kita memperbanyakkan amalan membaca al-Quran dan menghayatinya di bulan Ramadan yang mulia ini.

Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk memahami segala ajaran Rasulullah SAW dengan berpandukan al-Quran.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.
1.7K views11:20
Buka / Bagaimana
2023-04-07 11:02:29
PAHALA DIGANDAKAN 10 KALI GANDA

Rasulullah SAW bersabda : "Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya keranaKU (Allah).

(Ganjaran) Puasa adalah milikKU dan Akulah yang akan membalasnya dan setiap kebaikan akan digandakan dengan sepuluh kali ganda kebaikan seumpamanya." (Hadith Riwayat Al-Bukhari 1894)

Kelebihan dan ganjaran yang besar yang ditawarkan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan ialah kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT.
#ramadanalfalah
546 views08:02
Buka / Bagaimana
2023-04-07 04:39:33
Ringan Di Lisan Berat Di Timbangan

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Allah dengan Segala Puji Baginya

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah Yang Maha Agung

Semoga kita sama-sama dapat amalkan zikir ini.
#ramadanalfalah
1.4K views01:39
Buka / Bagaimana
2023-04-07 03:49:37
Sesama Mukmin Umpama Sebuah Bangunan

Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya (bandingan) seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebahagiannya saling menguatkan satu sama lain.” Kemudian Baginda SAW menyilangkan jari jemarinya.”

Nabi SAW memberikan satu perumpamaan yang sangat jelas menunjukkan betapa pentingnya persaudaraan sesama umat Islam, kesatuan, saling menyayangi, saling kuat-menguatkan dan prihatin antara satu sama lain.
#jumaatmubarakah
#ramadanalfalah
1.3K views00:49
Buka / Bagaimana
2023-04-07 01:01:44 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
6 April 2023 / 15 Ramadan 1444H

Solat Hajat Hari Ini Dan Esok Di Masjid, Surau Wilayah Persekutuan Untuk Rakyat Palestin
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan solat hajat selepas solat Isyak pada 6 April 2023 serta bacaan Qunut Nazilah dan solat Hajat selepas solat Jumaat pada 7 April 2023 bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.
https://alhijrahnews.com/solat-hajat-hari-ini-dan-esok-di-masjid-surau-wilayah-persekutuan-untuk-rakyat-palestin/

Solidariti Palestin: Solat Hajat Selepas Jumaat Di Masjid, Surau Di Selangor
Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis Israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa semalam.
https://alhijrahnews.com/solidariti-palestin-solat-hajat-selepas-jumaat-di-masjid-surau-di-selangor/

630,000 Pek Makanan Iftar Rahmah Ramadan Percuma Untuk Golongan Memerlukan
Sebanyak 630,000 pek makanan akan diedarkan sepanjang Program Iftar Rahmah Ramadan 1444 Hijrah yang dianjurkan JAWI untuk membantu masyarakat yang memerlukan.
https://alhijrahnews.com/630000-pek-makanan-iftar-rahmah-ramadan-percuma-untuk-golongan-memerlukan/

Cadangan Pendekkan Tempoh Kerjakan Haji Tidak Mampu Kurangkan Kos
Cadangan untuk memendekkan tempoh mengerjakan haji terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos bagi menunaikan ibadah berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.
https://alhijrahnews.com/cadangan-pendekkan-tempoh-kerjakan-haji-tidak-mampu-kurangkan-kos/

Malaysia Kutuk Sekeras-kerasnya Serangan Tentera Israel Terhadap Jemaah Di Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah dan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa pada Rabu.
https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2179380

Agong Berkenan Terima Sembah Taklimat MAIM
Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan menerima sembah taklimat daripada pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Hotel Casa Del Rio di sini sempena lawatan hari terakhir selama dua hari ke negeri ini.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2179370

Serangan Masjid Al-aqsa: UNSC Perlu Pastikan Regim Israel Bertanggungjawab, Desak Pembebasan Tahanan Palestin – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, Rabu lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.
https://alhijrahnews.com/serangan-masjid-al-aqsa-unsc-perlu-pastikan-regim-israel-bertanggungjawab-desak-pembebasan-tahanan-palestin-anwar/

Tunai Zakat Simpanan Untuk Keberkatan Harta
Dalam kesibukan menjalani ibadat Ramadan serta persiapan menyambut hari lebaran yang berbaki kira-kira dua minggu lagi, umat Islam turut diingatkan untuk menunaikan segera zakat fitrah dan tidak melengahkan-lengahkannya pada saat akhir.
https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2179336

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.1K views22:01
Buka / Bagaimana
2023-04-06 11:06:07
Berguguran Dosa Saat Sujud dan Rukuk
#ramadanalfalah
1.1K views08:06
Buka / Bagaimana
2023-04-06 09:37:28
DOA QUNUT NAZILAH

Doa Qunut Nazilah Bagi Mendoakan Kesejahteraan Dan Keselamatan Rakyat Palestin Di Masjid Al-Aqsa
1.5K views06:37
Buka / Bagaimana
2023-04-06 03:53:10
Lima Amalan Yang Boleh Dilakukan Jika Uzur Daripada Berpuasa

Menyiapkan hidangan berbuka puasa
Memperbanyak zikir dan doa
Membantu orang lain
Memperbanyak sedekah
Mencari Ilmu

Semoga bermanfaat khususnya kepada kaum Hawa.

#ramadanalfalah
1.7K views00:53
Buka / Bagaimana
2023-04-06 01:29:41 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
5 April 2023 / 14 Ramadan 1444H


Masjid, surau diminta solat hajat untuk rakyat Palestin
Masjid di bawah seliaan JAKIM diarahkan untuk melaksanakan solat hajat esok susulan peristiwa serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/953658/masjid-surau-diminta-solat-hajat-untuk-rakyat-palestin

Serangan Israel Biadap, Tidak Bertanggungjawab – Mohd Na’im
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel yang menyerang dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu sehingga menyebabkan kecederaan awam.
https://alhijrahnews.com/serangan-israel-biadap-tidak-bertanggungjawab-datuk-dr-mohd-naim/

Umat Islam Perlu Pertahan Institusi Masjid Daripada Jadi Gelanggang Politik – Agong
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar umat Islam terus mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak.
https://alhijrahnews.com/umat-islam-perlu-pertahan-institusi-masjid-daripada-jadi-gelanggang-politik-agong/

Bank Islam, Bumitra Sediakan Penyelesaian Kewangan Kepada Bakal Jemaah Haji
Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) bagi menyediakan penyelesaian kewangan kepada bakal jemaah haji.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2179181

World#QuranHour dapat sambutan memberangsangkan
World #QuranHour yang akan berlangsung di setiap Rumah Ngaji seluruh Malaysia pada 13 April ini bakal mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada kalangan pencinta al-Quran.
https://www.sinarharian.com.my/article/253149/berita/nasional/worldquranhour-dapat-sambutan-memberangsangkan

Polis Israel ceroboh al-Aqsa, serang umat Islam
Polis Israel menyerang puluhan umat Islam di perkarangan Masjid al-Aqsa sebelum subuh pada Rabu, kata saksi.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2023/04/953370/polis-israel-ceroboh-al-aqsa-serang-umat-islam-metrotv

Wanita Warga Emas Palestin Dikasari, Dihalau Israel
Polis negara haram Israel bertindak biadap dengan menghalau jemaah yang sedang beriktikaf di perkarangan Masjid Al-Aqsa hari ini.
https://alhijrahnews.com/wanita-warga-emas-palestin-dikasari-dihalau-israel/

OIC Kutuk Keganasan Terhadap Komuniti Islam Di India, Bakar Madrasah Dan Perpustakaan
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keganasan anti-Islam yang berlaku di beberapa tempat di India dan menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang menyasarkan komuniti itu.
https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2179020

Warga UPSI imarah Ramadan, al-Quran
Lebih 3,000 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berhimpun di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah hari ini menghadiri program Imarah Ramadan dan Nuzul Al-Quran sempena Perhimpunan Bulanan April.
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2023/04/1086475/warga-upsi-imarah-ramadan-al-quran

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
221 views22:29
Buka / Bagaimana
2023-04-05 11:43:26
Pahala Menjamu Orang Berbuka Puasa

Amalan memberi dan bersedekah terutamanya di bulan Ramadan amatlah digalakkan.

Besarnya kelebihan dan pahala orang memberi makan kepada orang yang berpuasa walaupun hanya dengan sebiji tamar ataupun seteguk air.
#ramadanalfalah
1.1K views08:43
Buka / Bagaimana