Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.63K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 13

2023-04-02 01:57:47
DOA MOHON HIDAYAH ALLAH SWT

“Wahai Tuhan Kami, Janganlah Engkau Memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.”

Marilah sama-sama kita menghafal, mengamalkan dan memunajatkannya kepada Allah SWT setiap waktu.
546 views22:57
Buka / Bagaimana
2023-04-01 18:40:33 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
1 April 2023 / 10 Ramadan 1444H

Malaysia kutuk serangan terhadap al-Quran di Denmark
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang berulang terhadap al-Quran di Denmark dengan insiden terbaru berlaku pada Jumaat.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/952183/malaysia-kutuk-serangan-terhadap-al-quran-di-denmark

Agong, Permaisuri serah rumah untuk asnaf di Labuan
Penyerahan 140 unit kondominium Ganggarak Permai 14 tingkat di bawah skim bantuan perumahan MAIWP kepada penerima layak itu, membabitkan peruntukan RM30.6 juta dan inisiatif itu adalah yang pertama seumpamanya dilaksanakan di tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/952044/agong-permaisuri-serah-rumah-untuk-asnaf-di-labuan

MAIWP salur RM1.7 juta bantu golongan mualaf
MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan sebanyak RM1.7 juta kepada golongan mualaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/maiwp-salur-rm1-7-juta-bantu-golongan-mualaf/

Sultan Nazrin berkenan terima RM1.64 juta zakat perniagaan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.64 juta daripada lima syarikat korporat di Istana Iskandariah di sini pada Sabtu.
https://www.sinarharian.com.my/article/252526/edisi/perak/sultan-nazrin-berkenan-terima-rm164-juta-zakat-perniagaan

World #QuranHour ajak masyarakat baca al-Quran sejam sehari
Program World #QuranHour 1444H disifatkan sebagai platform terbaik untuk mengajak masyarakat membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu jam dalam kehidupan seharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/252482/berita/nasional/world-quranhour-ajak-masyarakat-baca-al-quran-sejam-sehari

Tempat solat khas bagi jemaah berkeperluan khas disediakan di Masjidil Haram
Pejabat Penjaga Dua Masjid Suci memperuntukkan beberapa kawasan solat khas untuk jemaah berkeperluan khas dan golongan wanita lanjut usia di Masjidil Haram, lapor Saudi Gazette.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2023/04/1084827/tempat-solat-khas-bagi-jemaah-berkeperluan-khas-disediakan-di-masjidil

Jom imarahkan masjid
Saban tahun masjid dan surau di seluruh negara menawarkan pelbagai program menarik untuk meningkatkan kekuatan ruhiyah umat Islam sepanjang bulan Ramadan.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/04/951900/jom-imarahkan-masjid

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
816 views15:40
Buka / Bagaimana
2023-04-01 15:27:44
Doa Memohon Keampunan Sepanjang Ramadan

اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan amat suka akan pengampunan, maka ampunilah daku.”
1.1K views12:27
Buka / Bagaimana
2023-04-01 06:51:36
AR-RAYYAN UNTUK YANG BERPUASA

Allah SWT menyediakan pintu khas untuk memasuki syurga yang dinamakan Ar-Rayyan hanya untuk mereka yang berpuasa.

Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk memasuki syurga melaluinya.

Marilah kita melaksanakan ibadah puasa dengan sungguh-sungguh. Semoga kita menjadi salah seorang yang memasuki syurga Ar-Rayyan.
602 views03:51
Buka / Bagaimana
2023-04-01 01:43:49
Doa Diberi Kesabaran Dan Keteguhan

“Wahai Tuhan Kami, Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

Surah Al-Baqarah (250)
1.1K views22:43
Buka / Bagaimana
2023-03-31 06:18:05
Puasa Menghapuskan Dosa

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Solat lima waktu, hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut sekiranya seseorang itu menjauhi dosa-dosa besar.

Marilah kita banyakkan berdoa di bulan Ramadan ini memohon keampunan daripada Allah SWT.
1.3K views03:18
Buka / Bagaimana
2023-03-31 04:56:19
Sesama Mukmin Ibarat Cermin

Seorang Mukmin apabila melihat akhlak mulia pada diri saudara mukminnya, maka dia akan mencontohinya.

Seorang mukmin juga akan saling tolong bantu sesama mukmin jika berada di dalam kesusahan dan membela mukmin yang lain jika mereka dianiaya atau dizalimi.
#jumaatmubarak
1.3K views01:56
Buka / Bagaimana
2023-03-31 02:40:04
Siapakah Golongan Yang Dicela

Daripada Abu Hurairah RA, Beliau Berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Binasalah seseorang apabila namaku disebut-sebut dihadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku,

Dan binasalah seseorang apabila bulan Ramadan menemuinya kemudia berlalu pergi sebelum dia mendapat keampunan,

Dan binasalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana kebaktiannya).”

Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang dicela oleh Allah SWT.
1.5K views23:40
Buka / Bagaimana
2023-03-30 03:40:37
Doa Makbul Dengan Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda : Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa-doa mereka.

Pertama : Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.
Kedua : Imam atau pemerintah yang adil.
Ketiga : Orang yang dizalimi

Allah SWT akan mengangkat doanya ke atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit dan Allah SWT akan berfirman : “Demi kemuliaan dan keagunganKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika.”
929 views00:40
Buka / Bagaimana
2023-03-29 13:59:52 my/mutakhir/2023/03/950985/nasihat-buat-sajat

Aktiviti Ramadan
Para pelajar tahfiz tekun membaca Al-Quran ketika tinjauan hari ketujuh Ramadan di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/252014/galeri/aktiviti-ramadan

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.3K views10:59
Buka / Bagaimana