Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 17.37K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 7

2023-04-17 13:46:13
MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Rebutlah peluang di sepuluh akhir Ramadan ini dengan bersungguh- sungguh memperbanyakkan amal ibadah agar kita tergolong daripada orang yang mendapat keampunan di sisi Allah SWT.

Malam ini merupakan malam ke-27 (malam ganjil), jangan sia-siakan untuk meraih ganjaran 1000 bulan.
914 views10:46
Buka / Bagaimana
2023-04-17 06:43:16
IKTIKAF ADALAH SUNNAH

Amalan iktikaf merupakan satu amalan sunnah yang dilakukkan oleh Nabi SAW,ahli keluarga dan para sahabat Baginda SAW.

Nabi SAW akan beriktikaf terutamanya pada sepuluh hari terakhir daripada Ramadan bagi mengasingkan diri daripada urusan dunia dan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada malamnya serta mengejutkan ahli keluarganya dalam memburu lailatuqadar.
#ramadanalfalah
1.9K views03:43
Buka / Bagaimana
2023-04-16 09:30:11
PUASA YANG SIA-SIA

Orang yang berpuasa, apabila memperbanyakkan amal kebaikan seperti membaca al- Quran, berzikir dan lain-lain amalan akan memberikan natijah kepada pembentukan diri seorang muslim yang bertaqwa.

puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi juga menahan diri daripada perbuatan, perkataan yang boleh merosakkan pahala puasa.
1.7K views06:30
Buka / Bagaimana
2023-04-16 01:56:51
Setiap detik sepanjang Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.

Marilah kita memanfaatkan baki Ramadan yang tinggal ini untuk merebut ganjaran pahala dengan memperbanyakkan amal soleh.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita pertemuan dengan malam al-Qadar dan diisi dengan amal kebajikan yang melayakkan kita untuk mendapat keampunan daripada-Nya.
2.2K views22:56
Buka / Bagaimana
2023-04-15 18:54:38 Minneapolis Bandar Raya Pertama Di AS Benarkan Laungan Azan Lima Waktu
Minneapolis menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan laungan azan lima waktu menggunakan pembesar suara, lapor Agensi Anadolu.
https://alhijrahnews.com/minneapolis-bandar-raya-pertama-di-as-benarkan-laungan-azan-lima-waktu/

Ramadan 2023: 43 juta jemaah kunjungi dua masjid suci
Sejumlah 43 juta umat Islam menunaikan solat di dua masjid paling suci, di Arab Saudi, sepanjang 20 hari pertama Ramadan.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2023/04/957180/ramadan-2023-43-juta-jemaah-kunjungi-dua-masjid-suci

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.5K views15:54
Buka / Bagaimana
2023-04-15 18:54:38 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
15 April 2023 / 24 Ramadan 1444H


Sumbangan Khas RM600 Diberi Kepada Imam, Siak, Guru Kafa Dan Takmir Isnin Ini
Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir akan dibuat mulai Isnin ini (17 April).
https://alhijrahnews.com/sumbangan-khas-rm600-diberi-kepada-imam-siak-guru-kafa-dan-takmir-isnin-ini/

Sultan Nazrin Berkenan Sampaikan Tauliah Pelantikan Hakim Syariah, Anggota MAIPk
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan menyampaikan tauliah pelantikan hakim-hakim syariah negeri Perak serta anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2182123

PM sertai Qiyamullail Perdana di Masjid Putra
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim awal pagi ini menyertai majlis Qiyamullail Perdana di Masjid Putra, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/957151/pm-sertai-qiyamullail-perdana-di-masjid-putra-metrotv

Agong Serah Rumah Sumbangan MUIP Kepada Asnaf
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyerahkan rumah baharu sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada asnaf.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2182076

'Rekod baharu jika anak bulan kelihatan Khamis ini'
Jabatan Mufti Pulau Pinang menjangkakan anak bulan bagi menentukan tarikh 1 Syawal dapat dilihat Khamis ini, dengan bantuan alat cerapan, kemahiran pencerap dan cuaca yang baik.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1090229/rekod-baharu-jika-anak-bulan-kelihatan-khamis-ini

Cerap anak bulan ikut kriteria Malaysia
Penetapan tarikh awal bulan Hijrah di setiap negara berbeza-beza kerana konsep matla’ atau tempat terbit anak bulan yang amat berlainan di seluruh dunia.
https://www.utusan.com.my/berita/2023/04/cerap-anak-bulan-ikut-kriteria-malaysia/

Bank Muamalat Bank Pertama Tawar Khidmat Ejen Fidyah
Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan perkhidmatan kutipan fidyah di kaunter cawangannya di Wilayah Persekutuan dan negeri Selangor.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2182133

Anwar solat Isyak di Masjid UniSZA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, malam ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/anwar-solat-isyak-di-masjid-unisza/

Kejar ibadah akhir puasa
Antara amalan terbaik yang boleh dilakukan di penghujung Ramadan adalah beriktikaf di masjid.
https://www.hmetro.com.my/addin/2023/04/957113/kejar-ibadah-akhir-puasa

Yayasan Islam Darul Ehsan sumbang RM1.4 juta
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini selesai menyalurkan RM1.4 juta sumbangan Aidilfitri kepada 9,081 anak yatim di semua daerah di Selangor.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1090245/yayasan-islam-darul-ehsan-sumbang-rm14-juta

Imarahkan al-Quran di Masjid Muadz Bin Jabal
Seramai 450 kariah menyertai World #QuranHour & Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, pada 13 April 2023.
https://www.sinarharian.com.my/article/254623/khas/wacanaquran/imarahkan-al-quran-di-masjid-muadz-bin-jabal

Malaysia Dijangka Alami Cuaca Panas Hingga Ogos
Malaysia dijangka mengalami cuaca panas kering berpanjangan sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.
https://alhijrahnews.com/malaysia-dijangka-alami-cuaca-panas-hingga-ogos/

Pembantu Rumah Permaisuri Selangor Lafaz Syahadah
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menyaksikan majlis ringkas pendaftaran pengislaman pembantu rumah baginda yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini semalam.
https://alhijrahnews.com/pembantu-rumah-permaisuri-selangor-lafaz-syahadah/

Tanggungjawab Muslim hasil inovasi manfaat ummah
Penciptaan alatan teknologi masa kini memberikan banyak kemudahan kepada manusia.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2023/04/1090150/tanggungjawab-muslim-hasil-inovasi-manfaat-ummah
1.4K views15:54
Buka / Bagaimana
2023-04-15 05:15:46
5 Kerugiaan Orang Berpuasa

Bangun Sahur tanpa mendirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat solat sunat
Meninggalkan hari-hari di bulan Ramadan tanpa bersedekah
Menunggu waktu berbuka puasa tanpa berdoa
Menghabiskan waktu pahi dan petang dengan berbaring & tidur atas alasan letih puasa
Langsung tidak membuka / membaca / mendengar al-Quran
2.6K views02:15
Buka / Bagaimana
2023-04-14 14:11:18
DOA MUSTAJAB

Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak.”

Jangan sia-siakan waktu ini dan perbanyakkan doa memohon keampunan daripada Allah SWT.
2.5K views11:11
Buka / Bagaimana
2023-04-14 05:57:46
BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH SWT

Untuk meninggkatkan nilai ketaqwaan, Allah SWT memerintahkan kepada hambaNya agar sentiasa berpegang teguh dengan tali Allah SWT.

Mengikuti apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT serta mengikuti syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
919 views02:57
Buka / Bagaimana
2023-04-14 05:27:05
Keistimewaan Lailatul Qadar

Malam lebih baik daripada 1000 bulan
Malaikat Jibril turun bersama para malaikat membawa rahmat dengan perintah Allah SWT.
Orang yang menghidupkan malam ini akan diampuni dosanya oleh Allah SWT.
Mendapatkan keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga terbitnya fajar.

Marilah kita gandakan amalan di sepuluh akhir Ramadan dengan bangun berqiyamullail untuk meraih ganjaran 1000 bulan.
1.1K views02:27
Buka / Bagaimana