Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 17.37K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 6

2023-04-21 16:59:53
Kaifiyat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
1.6K views13:59
Buka / Bagaimana
2023-04-21 15:24:01
تقبل الله منا ومنكم

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M kepada seluruh umat Islam.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah yang telah kita kerjakan sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

Ingatan tulus ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga JAKIM.
1.4K views12:24
Buka / Bagaimana
2023-04-21 14:14:33
Dengan Siapa Saya Tidak Boleh Bersalam?

Berikut adalah Bukan Mahram yang TIDAK BOLEH bersalaman bagi Wanita.

Semoga bermanfaat kepada kita semua dalam menjaga batas pergaulan semasa meraikan hari raya.
1.8K views11:14
Buka / Bagaimana
2023-04-21 02:11:57
8 Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Menghidupkan malam
Mandi Sunat
Mengemaskan diri
Memperbanyakkan Takbir
Memakai pakaian yang terbaik
Berwangi-wangian dan berhias
Bersarapan
Menunaikan Solat Hari Raya

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan sunnah ini.
2.0K views23:11
Buka / Bagaimana
2023-04-20 12:08:07
Hargai Makanan Elak Pembaziran

Pembaziran akan mencacatkan keberkatan bulan Ramadan. Pembaziran di dalam sudut perbelanjaan juga boleh menyebabkan seseorang itu tergolong dari kalangan syaitan-syaitan.

Semoga kita dapat mengawal diri supaya sederhana dalam berbelanja dan tidak berlebih-lebihan mengikut nafsu.
632 views09:08
Buka / Bagaimana
2023-04-20 10:29:42
Dengan Siapa Saya Tidak Boleh Bersalam?

Berikut adalah Bukan Mahram yang TIDAK BOLEH bersalaman bagi lelaki.

Semoga bermanfaat kepada kita semua dalam menjaga batas pergaulan semasa meraikan hari raya.
976 views07:29
Buka / Bagaimana
2023-04-20 02:43:29
Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Matahari

Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka berlaku hari ini 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444H.

Islam menganjurkan umatnya untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari.
3.2K views23:43
Buka / Bagaimana
2023-04-19 12:23:20
GERHANA MATAHARI SEPARA

Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka berlaku pada 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444H. Matahari, bulan, siang dan malam merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.

Islam menganjurkan umatnya untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari.

Fenomena Gerhana Matahari Separa di Putrajaya pada kali ini dapat disaksikan dalam tempoh 1 jam 44 minit bermula jam 11.04 pagi dan berakhir 12.47 tengahari.
1.7K views09:23
Buka / Bagaimana
2023-04-18 17:46:13 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
18 April 2023 / 27 Ramadan 1444H


Ketetapan Pemakaian Pelitup Muka Semasa Solat Aidilfitri Diumum Dalam Masa Terdekat – Mohd Na’im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri.
https://alhijrahnews.com/ketetapan-pemakaian-pelitup-muka-semasa-solat-aidilfitri-diumum-dalam-masa-terdekat-mohd-naim/

Solat Aidilfitri di Perlis digalak di tanah lapang
Solat sunat Aidilfitri di seluruh Perlis tahun ini digalakkan dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan pada 8 pagi seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/solat-aidilfitri-di-perlis-digalak-di-tanah-lapang-415951

PPZ-MAIWP kutip RM90 juta zakat, dijangka meningkat menjelang Aidilfitri
Sebanyak RM90 juta dikutip oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) setakat ini hasil bayaran zakat daripada umat Islam di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/958391/ppz-maiwp-kutip-rm90-juta-zakat-dijangka-meningkat-menjelang-aidilfitri

Pencapaian STAM 2022 meningkat
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022 menunjukkan peningkatan dengan gred purata nasional adalah 3.13 berbanding pada tahun sebelumnya iaitu 3.15.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/pencapaian-stam-2022-meningkat/

PM Anwar: Satu Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan hari raya dan pulang ke kampung halaman.
https://alhijrahnews.com/pm-anwar-satu-hari-kelepasan-am-tambahan-sempena-hari-raya-aidilfitri/

280,000 Jemaah Palestin Penuhi Masjid Al-Aqsa Pada Malam 27 Ramadan
Kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin mencatat kedatangan 280,000 jemaah pada malam 27 Ramadan (17 April) yang merupakan malam ganjil yang sinonim dengan malam Lailatul Qadar bagi umat Islam.
https://alhijrahnews.com/280000-jemaah-palestin-penuhi-masjid-al-aqsa-pada-malam-27-ramadan/

Pelajar Tahfiz Maut, 11 Cedera Ketika Pulang Membeli Baju Raya
Seorang pelajar tahfiz maut, manakala 11 lagi cedera apabila van dinaiki mereka terbabas memasuki parit dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, dekat sini pada 11.32 pagi tadi.
https://alhijrahnews.com/pelajar-tahfiz-maut-11-cedera-ketika-pulang-membeli-baju-raya/

Hadiah buat banduan Islam, pulang beraya bersama keluarga
Peluang istimewa kepada penghuni penjara beragama Islam 'terpilih' apabila mereka dibenarkan merayakan Aidilfitri bersama keluarga.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/958343/hadiah-buat-banduan-islam-pulang-beraya-bersama-keluarga-metrotv

Kedutaan AS ucap Selamat Hari Raya kepada umat Islam Malaysia
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dan seluruh warga kerjanya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di negara ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1091418/kedutaan-ucap-selamat-hari-raya-kepada-umat-islam-malaysia?utm_source=bh&utm_medium=terkinitabhp

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
379 views14:46
Buka / Bagaimana
2023-04-18 04:07:34
PERBANYAKAN DOA DI DALAM SUJUD

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah), oleh itu perbanyakan doa dalam sujud.”

Manfaatkanlah sujud dalam setiap solat kita sebaik mungkin dengan merintih dan memohon ampun kepada Allah SWT.
2.9K views01:07
Buka / Bagaimana