Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 18 April 2023 / 27 Ramadan 1444 | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
18 April 2023 / 27 Ramadan 1444H


Ketetapan Pemakaian Pelitup Muka Semasa Solat Aidilfitri Diumum Dalam Masa Terdekat – Mohd Na’im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri.
https://alhijrahnews.com/ketetapan-pemakaian-pelitup-muka-semasa-solat-aidilfitri-diumum-dalam-masa-terdekat-mohd-naim/

Solat Aidilfitri di Perlis digalak di tanah lapang
Solat sunat Aidilfitri di seluruh Perlis tahun ini digalakkan dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan pada 8 pagi seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/solat-aidilfitri-di-perlis-digalak-di-tanah-lapang-415951

PPZ-MAIWP kutip RM90 juta zakat, dijangka meningkat menjelang Aidilfitri
Sebanyak RM90 juta dikutip oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) setakat ini hasil bayaran zakat daripada umat Islam di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/958391/ppz-maiwp-kutip-rm90-juta-zakat-dijangka-meningkat-menjelang-aidilfitri

Pencapaian STAM 2022 meningkat
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022 menunjukkan peningkatan dengan gred purata nasional adalah 3.13 berbanding pada tahun sebelumnya iaitu 3.15.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/pencapaian-stam-2022-meningkat/

PM Anwar: Satu Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan hari raya dan pulang ke kampung halaman.
https://alhijrahnews.com/pm-anwar-satu-hari-kelepasan-am-tambahan-sempena-hari-raya-aidilfitri/

280,000 Jemaah Palestin Penuhi Masjid Al-Aqsa Pada Malam 27 Ramadan
Kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin mencatat kedatangan 280,000 jemaah pada malam 27 Ramadan (17 April) yang merupakan malam ganjil yang sinonim dengan malam Lailatul Qadar bagi umat Islam.
https://alhijrahnews.com/280000-jemaah-palestin-penuhi-masjid-al-aqsa-pada-malam-27-ramadan/

Pelajar Tahfiz Maut, 11 Cedera Ketika Pulang Membeli Baju Raya
Seorang pelajar tahfiz maut, manakala 11 lagi cedera apabila van dinaiki mereka terbabas memasuki parit dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, dekat sini pada 11.32 pagi tadi.
https://alhijrahnews.com/pelajar-tahfiz-maut-11-cedera-ketika-pulang-membeli-baju-raya/

Hadiah buat banduan Islam, pulang beraya bersama keluarga
Peluang istimewa kepada penghuni penjara beragama Islam 'terpilih' apabila mereka dibenarkan merayakan Aidilfitri bersama keluarga.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/958343/hadiah-buat-banduan-islam-pulang-beraya-bersama-keluarga-metrotv

Kedutaan AS ucap Selamat Hari Raya kepada umat Islam Malaysia
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dan seluruh warga kerjanya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di negara ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1091418/kedutaan-ucap-selamat-hari-raya-kepada-umat-islam-malaysia?utm_source=bh&utm_medium=terkinitabhp

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM