Get Mystery Box with random crypto!

*Berita Pilihan Hal Ehwal Islam* *8 April 2023 / 17 Ramadan 14 | JAKIM

*Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*8 April 2023 / 17 Ramadan 1444H*

*Pelantikan Ahli MAINPP, Hakim Syarie Adalah Amanah Menguruskan Pentadbiran Agama Islam – Agong*
Yang di-Pertuan Agong bertitah ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Hakim Syarie perlu menggalas tugas serta peranan mereka dengan penuh tanggungjawab, dan pelantikan mereka ke jawatan itu merupakan satu amanah untuk menguruskan pentadbiran Agama Islam di negeri itu.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2180007

*Al-Quran bukan sekadar dibaca, hayati peristiwa nuzul al-Quran*
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, peristiwa nuzul al-Quran bukan sekadar kisah penurunan kitab suci itu kepada baginda Rasululllah SAW.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/al-quran-bukan-sekadar-dibaca-hayati-peristiwa-nuzul-al-quran/

*Universiti Al-Azhar sumbang kemajuan Islam dalam pelbagai sektor*
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, alumni universiti berkenaan banyak memberi sumbangan signifikan khususnya dalam kemajuan Islam di negara ini.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/universiti-al-azhar-sumbang-kemajuan-islam-dalam-pelbagai-sektor-414625?amp=1

*Alumni Al-Azhar 'kubu pertahanan' akidah umat Islam*
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendidikan, kefahaman dan fikrah Islam yang dipelopori oleh alumni Universiti Al-Azhar, Mesir menjadi 'kubu pertahanan' akidah umat Islam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/954692/alumni-al-azhar-kubu-pertahanan-akidah-umat-islam

*Dasar Kerajaan Perpaduan Mesti Amal Keseimbangan Mengikut Al-Quran - PM*
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap dasar yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan mengamalkan keseimbangan sepertimana ditekankan dalam al-Quran.
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2180121

*1 Syawal: Kekal tenang, tunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja*
Masyarakat Islam dinasihatkan untuk kekal tenang dalam keadaan harmoni menunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/954540/1-syawal-kekal-tenang-tunggu-pengisytiharan-penyimpan-mohor-besar-raja-raja

*MAIWP Peruntuk Hampir RM500,000 Untuk Asnaf Aidilfitri Ini*
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan hampir RM500,000 bagi membantu golongan asnaf menerusi pelbagai kaedah, termasuk pembelian baju raya dan barangan keperluan lain sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2180040

*1 Syawal: Malaysia tidak bergantung cerapan negara lain*
Setiap negara dikatakan mempunyai matla’ rukyah berbeza dalam penentuan tarikh jatuh 1 Syawal dan Malaysia tidak bergantung kepada kenampakan atau data-data kedudukan anak bulan di negara lain.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/1-syawal-malaysia-tidak-bergantung-cerapan-negara-lain/

*'Jangan banding penetapan raya di Malaysia dengan negara lain'*
Umat Islam dinasihatkan tidak membandingkan penetapan 1 Syawal 1444H dengan negara lain kerana ia bergantung kepada banyak faktor termasuk aspek geografi dan kaedah penentuannya yang berbeza.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1087602/jangan-banding-penetapan-raya-di-malaysia-dengan-negara-lain

*MAIPS salur RM4,475,600 bantuan zakat fitrah, manfaatkan lebih 11,000 asnaf*
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan zakat fitrah berjumlah RM4,475,600 bagi tahun 2023.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/maips-salur-rm4475600-bantuan-zakat-fitrah-manfaatkan-lebih-11000-asnaf/

*Peserta Hafazan Malaysia Raih Kemenangan Dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Di Brunei*
Dua peserta hafazan Malaysia telah mengharumkan nama negara selepas meraih kemenangan dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Negara MABIMS, yang berlangsung di Brunei pada 4 hingga 8 April.
https://alhijrahnews.