Get Mystery Box with random crypto!

Neuroversiti by Dr Rizal

Logo saluran telegram neuroversiti — Neuroversiti by Dr Rizal N
Logo saluran telegram neuroversiti — Neuroversiti by Dr Rizal
Alamat saluran: @neuroversiti
Kategori: Psikologi
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 43.05K
Deskripsi dari saluran

Tips Otak Cantik Otak Cerdik. Ilmu actionable. Neuroversiti oleh Dr Rizal Abu Bakar. https://neuroversiti.com

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 4

2023-06-10 14:19:44
Layan banana bread pagi ni. Guna gula kelapa, tepung barli. Orang Sarawak kata nang nyaman.
4.2K views11:19
Buka / Bagaimana
2023-06-08 12:00:36 Pemakanan harian tinggi gula & makanan berasaskan tepung putih boleh bentuk jangkitan kuman dalam usus dipanggil SIBO. Penyebab masalah sembelit, cirit birit, angin, kembung, perut tak selesa, kerap kentut, letih, ekzema, kerap demam, susah turun berat.
5.3K views09:00
Buka / Bagaimana
2023-06-08 11:36:41 RESEPI SALAD JAGUNG
.
.
Jagung kaya serat dietary. Bagus untuk penghadaman usus. Sesuai untuk buasir.
.
Mengandungi vitamin B3, B12, vitamin C, potassium dan magnesium. Sumber protein tumbuhan.
.
Vitamin B3 penting untuk perbaiki DNA. Baiki kulit. Boost fungsi otak. Kawal paras lemak dalam tubuh.
.
Vitamin B3 sukar diserap oleh tubuh. Cara untuk tingkatkan penyerapan?
.
Perahkan jus limau/lemon ke atas jagung.
.
Jagung sesuai dijadikan sebagai pengganti sumber karbo kompleks termasuk nasi putih untuk pesakit diabetik.
.
Jagung juga tinggi vitamin B12, folic acid dan iron untuk cegah risiko anemia.
.
Bahan:
Jagung (ambil isi saja)
1/2 bawang besar (dadu halus)
1/2 timun batang (dadu halus)
1/2 capsicum hijau (dadu halus)
3 biji tomato ceri (potong 2)
2 sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan MCT oil
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk jintan manis
Serbuk Ni Lagi Sedap cukup rasa
Daun ketumbar (potong kasar)
.
Cara:
1. Mula mula, panggang kilas jagung dalam pan. Asing dan letak tepi.
2. Campur jus limau, MCT oil, madu, jintan manis & Ni Lagi Sedap dalam mangkuk.
3. Masukkan jagung dalam mangkuk besar. Masukkan kesemua sayur selebihnya.
4. Gaul rata. Untuk hidang, perah sedikit jus limau dan siap.
.
Resepi sesuai untuk citarasa anak dan galakkan mereka makan sayur.
.
Cubalah di rumah.
5.2K views08:36
Buka / Bagaimana
2023-06-08 11:36:36
4.6K views08:36
Buka / Bagaimana
2023-06-08 05:47:58 Bila Allah bagi kita berduit sikit, berharta sikit bukan nak suruh menunjuk. Tapi menguji samada kita mahu bantu orang yang memerlukan atau tidak. Nak uji kita ni kedekut atau pemurah. Nak suruh kita audit diri.
5.1K views02:47
Buka / Bagaimana
2023-06-07 16:00:36 Dalam tubuh ada trillion bakteria. Bakteria baik dalam usus bantu hasilkan vitamin K dalam bentuk Menaquinones (MKn). Penting untuk 'blood clotting', tulang kuat & cegah keradangan usus. Kandungan tertinggi vitamin K; kale, brokoli, kobis, bendi, pir, kiwi, asparagus.
5.4K views13:00
Buka / Bagaimana
2023-06-06 11:30:00 Gula tinggi penyebab diabetes. Diabetes penyakit progresif. Tak dikawal buruk padah. Apa kesan diabetes bagi abam abam? Risiko Erection Dysfunction atau mati pucuk. Risiko kemerosotan sperma berkualiti akibat kerosakan DNA. Penurunan paras testosteron. Hati hati ye.
1.8K views08:30
Buka / Bagaimana
2023-06-06 11:00:00
Mainbaca sat. Biasanya orang kita tak suka baca benda benda macam ni. Nanti sangkut dan kena pada diri sendiri.
.
Yang jumpa ni saintis dari North Carolina State University. Yang dikata rosakkan DNA tu ialah SUCRALOSE. Deme kata sucralose ni genotoxic.
.
Nak tahu detail baca kat link ni
https://news.ncsu.edu/.../genotoxic-chemical-in-sweetener/
.
Cuba check produk dan makanan yang kita ambil. Ada tak sucralose. Kalau ada tepuk dada tanya iman nak teruskan ambil atau tidak.
.
Saya kongsi maklumat terkini dan terNOW saja. Kalau baik ambil dan bertindak. Kalau tidak, buat dek jer.
.
Info ni untuk yang ambil berat pasal kesihatan sendiri saja. Yang nak elak kena bil tinggi beli prescription drugs. Yang elak ulang alik masuk wad.
.
Info ni juga untuk mereka yang nak cuba hidup tanpa penyakit. Yang cari penyakit sila abaikan info ni.
.
Tu jer. Terima kasih.
2.0K views08:00
Buka / Bagaimana
2023-06-06 10:22:55
SEAWEED TIADA KOLAGEN TAPI...
.
.
Siapa penggemar seaweed? Bukan seaweed segera di pasaran.
.
Tapi seaweed yang fresh dan organik dalam bentuk asli macam gambar di bawah.
.
Antara makanan ruji di negara Asia seperti Jepun, Taiwan dan Korea Selatan.
.
Ni ke antara 'rahsia' kenapa kulit deme tu cantik molek halus mulus?
.
Tahu tak?
.
Seaweed ni tiada kolagen tapi ada 3 bahan power yang berikannya 'kuasa' untuk cantikkan kulit.
.
Dengan kekalkan kelembapan kulit iaitu Alginat, Carrageenan dan Hydrocolloid.
.
Walaupun seaweed di laut ibarat 'lalang' di tanah.
.
Seaweed kaya zink, selenium dan magnesium. Bantu kurangkan rosacea (kulit bintik merah).
.
Bersifat antiradang untuk kurangkan kesan pembentukan jerawat akibat ketidakseimbangan hormon.
.
Seaweed untuk bagus untuk cegah kulit kering.
.
Dah boleh masukkan seaweed segar dalam diet harian kalau nak kulit cantik sihat.
.
Boleh begitu?
2.1K views07:22
Buka / Bagaimana
2023-06-06 05:34:46 Apa petua hilangkan selesema dan demam secara alami? Guna 3 bahan sahaja iaitu air kunyit yang diperah, madu asli & air suam. Sumber immune booster curcumin, flavonoid, polyphenol dan fitonutrien cepatkan proses sembuh. Minum pada waktu pagi selepas bangun tidur.
2.5K views02:34
Buka / Bagaimana