Get Mystery Box with random crypto!

Neuroversiti by Dr Rizal

Logo saluran telegram neuroversiti — Neuroversiti by Dr Rizal N
Logo saluran telegram neuroversiti — Neuroversiti by Dr Rizal
Alamat saluran: @neuroversiti
Kategori: Psikologi
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 43.05K
Deskripsi dari saluran

Tips Otak Cantik Otak Cerdik. Ilmu actionable. Neuroversiti oleh Dr Rizal Abu Bakar. https://neuroversiti.com

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 2

2023-07-04 09:00:00
2.9K views06:00
Buka / Bagaimana
2023-07-04 07:30:00 Penambahan 'kuah banjir' dalam makanan tingkatkan jumlah kalori sebanyak 2 KALI GANDA. Contohnya, juadah nasi dengan kalori 400-600 kcal boleh meningkat kepada 800-1200 kcal apabila ditambah 1@2 senduk kuah berminyak/berlemak. Jadi, mohon surutkan kuah ye.
3.0K views04:30
Buka / Bagaimana
2023-07-04 07:10:55 Ada perokok tegar di sini?
.
Nak tahu apa akan berlaku pada tubuh selepas 7 hari berhenti MEROKOK?
.
Merokok tak elok kerana boleh jadi penyebab KETAGIH nikotin.
.
Setiap puntung rokok yang dihisap, kadar nikotin diserap masuk dalam tubuh 2mg.
.
Itu baru sepuntung, kalau sekotak? Do the math.
.
Apa akan berlaku selepas seminggu?
.
1. Berlaku peningkatan antioksida vitamin C dalam tubuh.
.
2. Saraf deria rasa dan bau lama yang telah rosak mulai tumbuh yang baru.
.
Kalau 2 minggu?
.
3. Pernafasan mulai stabil. Tak mudah lelah.
.
4. Aliran oksigen dan darah mulai lancar.
.
Selepas sebulan?
.
5. Simptom 'nicotine withdrawal' mulai pudar.
.
6. Sistem imun tubuh mulai kuat untuk lawan jangkitan atau luka.
.
Dan bulan/tahun seterusnya?
.
7. Tubuh berasa ringan dan tidak stres.
.
8. Sistem pencucian paru paru mulai diaktifkan.
.
9. Sisa tar, debu dan kotoran hasil dari merokok mulai dibersihkan.
.
10. Batuk mulai pulih. Darah mulai kurang pekat.
.
11. Risiko penyakit jantung koronari & kanser berkurang sebanyak 50%.
.
12. Kulit mulai mencerah dan tak gelap.
.
13. Kualiti tidur mulai pulih. Dengkuran mulai hilang.
.
Luarbiasa betul kesan dia.
.
Nak dengan tak nak je. Pilihan di atas diri masing masing.
.
Boleh begitu?
.
.
P/S:
Promo AidilAdha kini BERLANGSUNG
Selama 10 hari sehingga 7 Julai 2023 sahaja!
Jadikan makanan sihat sebahagian gaya hidup
Dapatkan koleksi buku & produk OCOC
Pada harga paling JIMAT:
PROMO AIDILADHA
3.1K views04:10
Buka / Bagaimana
2023-07-04 07:10:51
2.5K views04:10
Buka / Bagaimana
2023-07-04 05:59:59 Teman teman,
.
Tidak pernah ada kebetulan di dunia ini
.
Semua yang berlaku adalah takdir Allah
.
Yang baik melatih kita bersyukur
.
Yang buruk mengajar kita untuk bersabar
.
Yang tidak pasti mengajar erti bertawakal
.
Bahagia itu bukan kerana semua keinginan tercapai
.
Tapi saat kita memberi makna dan mengerti semua kehendak Allah adalah yang terbaik
.
Itulah bahagia.
2.8K views02:59
Buka / Bagaimana
2023-07-04 05:46:20 Nak rezeki bertambah Allah dah bagi passwordnya. Tahu tak apa passwordnya? Baca dulu.
.
Ada orang kata nak rezeki melimpah kena networking. Kena bergaul dengan geng bisnes contohnya. Kalau kita berkawan dengan 3 orang bisnes, kitalah yang keempatnya.
.
Ada orang tanya saya kenapa tak ber networking? Dia oramg cerita dia orang masuk macam macam program dengan sifu sifu bisnes. Dapatlah ber networking.
.
Tengok orang ni pakai kereta apa? Orang tu beli rumah kat mana? Orang yang sana tu melancung ke mana? Atau macam mana dapat juta juta sales.
.
Nanti geng geng ni kongsilah caranya.
.
Bila dah networking barulah rezeki bertambah. Bisnes akan up tinggi lagi. Ni kata mereka lah.
.
Cuma saya tanya balik. Networking dengan Allah macam mana? DIA pemilik rezeki. Logiknya kalau kita bernetworking dengan Allah kencang lagi lah rezeki kita.
.
Allah bagi dah passwordnya. Apa dia password rezeki?
.
Allah sebut dalam surah At Toha ayat 132. Ayatnya:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْـَٔلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَٱلْعَٰقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
Maksudnya:
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan Solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.
.
Passwordnya ialah solat. Ber ONLINE dengan Allah. Natijahnya jadi dapat akses menjadi orang bertaqwa. Bila bertaqwa Allah sediakan jalan keluar. Allah hadiahkan rezeki yang tidak permah terlintas dalam hati.
.
Pakai kereta mewah, rumah macam istana, melancung sakan, sales juta juta tu semua yang kita pernah terlintas dalam hati.
.
Tak percaya?
.
Ni Allah rakamkan dalam surah At-Talaq ayat 2-3:
.
وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
.
Maksudnya: "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) (ayat:2)
.
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(ayat:3)
Nak akses tanpa expired? Tak perlu sambung subscription? Kalau nak banyakkan sujud. Sebab Nabi sebut:
Rasulullah ﷺ bersabda,
عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لِلَّهِ، فَإِنَّكَ لَا تَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً، إِلَّا رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرَجَةً، وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً
“Hendaklah engkau memperbanyak sujud kepada Allah, karena sungguh dengan setiap sujudmu kepada Allah, Allah ﷻ akan mengangkat satu derajatmu dan menghapuskan satu dosamu.” (Muslim: 488)
.
Orang diangkat darjat ni duduk dalam kategori lifetime akses. Password tak expired. Rezeki tak terlintas di hati. Jalan keluar tak tergambar dek mata.
.
Nak tambah rezeki, ber networking lah dengan Allah. Banyakkan solat. Bukan kita saja banyakkan solat. Termasuk famili.
.
Allahu A’lam.
.
#DrRizal
2.9K views02:46
Buka / Bagaimana
2023-06-13 15:00:00
Siapa sangka MCT Oil boleh bagus untuk diabetes. MCT Oil boleh baiki insulin resistence. Kalau ada Type 2 diabetes bolehlah cuba.
.
Kajian pasal kebaikan MCT Oil ni ada dalam jurnal Metabolism tahun 2007. Kajian ni dibuat ke atas pesakit diabetes di China. MCT Oil berjaya turunkan gula dalam darah pesakit pesakit ni.
.
Kita pun kalau jenis susah elak gula, kena lah ambil MCT Oil. Buat sebagai prevention atau mencegah.
.
Kalau ada anak ada autism pun boleh cuba MCT Oil ni. Kajian dalam jurnal Physiology & Behaviour tahun 2018 kata baiki simptom utama autism.
.
Sama juga kalau anak ada epilepsi. Dalam jurnal Epilepsia tahun 2008 sebut MCT Oil bantu kurangkan serangan epilepsi.
.
Bolehlah cuba.
.
P/S: Nak kenalpasti bahagian otak anda yang bermasalah yang perlu diperbaiki.

Klik» Kuiz Otak
1.3K views12:00
Buka / Bagaimana
2023-06-13 11:47:59
Ramai tak tahu bahawa pemanis tiruan/sintetik boleh trigger rasa cepat lapar.
.
Bila cepat lapar maka tubuh makan lebih banyak daripada sepatutnya.
.
Sebab cara tubuh proses gula ori dengan gula palsu ni berbeza.
.
Kajian di Sydney University pada tahun 2016 dapati,
.
Sistem otak iaitu mesolimbic yang merupakan 'reward centre' menyeimbangkan rasa manis dan keperluan tenaga.
.
Tapi apabila keseimbangan diganggu oleh pemanis tiruan, otak perlu lebih banyak kalori untuk baikinya.
.
Otak akan kawal selera untuk makan banyak lagi.
.
Kajian juga dapati pemanis tiruan rangsang hyperactivity. Perlakuan lebih agresif dan tak duduk diam.
.
Kualiti tidur merosot. Kerap terjaga sewaktu tidur dan alami masalah insomnia.
.
Jadi, hati hati ye.
.
Amalkan makanan seimbang dari sumber semula jadi. Elak makanan berproses ada artificial sweeteners.
.
Ambil alternatif lebih sihat seperti madu atau gula kelapa secara besederhana.
.
P/S: Nak kenalpasti bahagian otak anda yang bermasalah yang perlu diperbaiki.

Klik» Kuiz Otak
1.9K views08:47
Buka / Bagaimana
2023-06-13 07:59:59 Kajian terbaru UKM tahun 2022 dapati ulam raja berpotensi tinggi cegah masalah nyanyuk, kecelaruan kognitif & gangguan emosi. Ada sebatian quercetin & quercitrin untuk aktifkan Dorsolateral Prefrontal Cortex. Punyai polifenol & antioksida paling tinggi daripada ulam lain.
2.4K views04:59
Buka / Bagaimana
2023-06-13 07:00:00 RESEPI TERUNG SUMBAT
.
Terung tinggi serat. Bantu perlahankan kadar pencernaan dan penyerapan gula dalam darah
.
Takdela gula naik mendadak. Terung disarankan bagi penghidap diabetik.
.
Terung juga kaya acetylcholine – bantu baiki tekanan darah tinggi.
.
ARTIKEL PENUH:
https://neuroversiti.com/terung/
.
Ini resepi mudah buat terung sumbat.
.
Bahan:
3 biji terung saiz sederhana
2 sudu teh minyak zaitun
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 bawang Holland (potong dadu)
3 biji cendawan Portobello (cincang halus)
Keju mozarella (disagat halus)
3 keping dada ayam (cincang kasar)
6 biji tomato ceri (potong 2)
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil
1/2 sudu teh lada hitam
Garam Ni Lagi Sedap
.
Cara:
1. Terung belah dua. Korek isi letak dalam mangkuk.
2. Jangan korek tebal sangat. Kulit terung guna untuk sumbat isinya.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang. Goreng sampai lembut.
4. Masukkan isi ayam, isi terung & cendawan. Goreng sampai ayam masak.
5. Baru masukkan tomato, herba & sedikit garam Ni Lagi Sedap.
6. Bila dah masak, sumbat inti dalam setiap kulit terung.
7. Tabur sedikit keju dan bakar dalam oven selama 30 minit.
.
Resepi ni juga sesuai untuk yang ingin turun berat badan.
.
Kalau tak nak guna ayam, boleh ganti dengan chickpea atau mana mana jenis kacang.
.
Cubalah!
.
P/S:
Nak dapatkan DISKAUN 60 Resipi Sihat?
Harga asal R̶M̶4̶7̶ kepada hanya RM1* ??
Hanya klik & download? Jika nak tekan: RESEPI VIRAL PERCUMA
2.6K views04:00
Buka / Bagaimana