Get Mystery Box with random crypto!

Neuroversiti by Dr Rizal

Logo saluran telegram neuroversiti — Neuroversiti by Dr Rizal N
Logo saluran telegram neuroversiti — Neuroversiti by Dr Rizal
Alamat saluran: @neuroversiti
Kategori: Psikologi
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 43.16K
Deskripsi dari saluran

Tips Otak Cantik Otak Cerdik. Ilmu actionable. Neuroversiti oleh Dr Rizal Abu Bakar. https://neuroversiti.com

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru

2023-07-06 07:53:31 Ramai fikir kalau gout kena elak makan daging merah sebab tinggi purine. Ramai tak fikir kena hadkan dulu pengambilan gula & makanan berproses. Bila dua ni dikurangkan / tak ambil terus, gout boleh diatasi. Daging merah boleh start diambil dalam kuantiti sederhana.
972 views04:53
Buka / Bagaimana
2023-07-06 05:19:03 Neuroversiti by Dr Rizal pinned «PROMO ISTIMEWA AIDILADHA . . Raya Haji bukan hanya sakan berpesta daging sahaja. . Ini peringatan untuk diri sendiri dan untuk semua yang baca ni. . Ibadat korban itu sendiri ialah untuk dekatkan diri kepadaNya sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat…»
02:19
Buka / Bagaimana
2023-07-06 05:09:38
Perbuatan macam ni jangan ikut. Keluar walking pagi pagi dengan famili ni bukan bagus. Nanti hubungan kekeluargaan jadi baik.
.
Walking 1 jam pula tu. Menyusahkan hidup nanti sebab jadi sihat, nampak muda dan jadi kuat.
.
Buat apalah kan nak dapat penangan macam ni.
.
Baik duduk terbenam atas sofa saja. Sambil sambil layan handphone. Mengudap sikit. Mudah sikit dapat penyakit.
.
Kan?
1.6K views02:09
Buka / Bagaimana
2023-07-05 12:19:23 Nilai sihat low density lipoprotein (LDL) atau kolesterol jahat ialah bawah 3.3 mmol/L. High density lipoprotein (HDL) atau kolesterol baik ialah atas 1.0 mmol/L. Deme ni sebenarnya bukan kolesterol tapi ibarat 'lori' yang angkut keluar masuk kolesterol dari organ darah.
2.4K views09:19
Buka / Bagaimana
2023-07-05 09:56:28
Ini resepi saya buat sosej ayam sihat bebas pengawet.
.
Baru tak was was nak makan sebab sukatan perasa boleh kawal. Anak anak mesti suka.
.
Nanti end product jadi cam gini. Kecil molek je.
.
Yang penting, jauh lebih sedap.
.
Bahan:
Isi ayam (dada)
1 biji onion
3 ulas garlic
1 cawan stok rebusan ayam
1 sudu teh serbuk Ni Lagi Sedap
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh black pepper
1 sudu makan cili flakes
1/2 batang karot
Daun bawang secukupnya
Daun sup secukupnya
Tepung ubi kayu secukupnya
.
Semua bahan di atas kisar guna food processor/blender asal jadi pes.
.
Golekkan kecil kecil. Untuk simpan dalam peti sejuk, boleh kukus dulu.
.
Mudah bukan? Cubalah.
.
Ni Lagi Sedap boleh dapat di: PROMO AIDILADHA
.
Sekarang tengah ada promo sempena raya Haji.
.
#DrRizal #Neuroversiti #sosejayam
2.8K views06:56
Buka / Bagaimana
2023-07-05 07:36:29 Garam (sodium chloride) masuk kategori MIKRONUTRIEN. Nutrien tubuh perlu dalam kuantiti kecil sahaja. Tak boleh kurang tak boleh lebih. Pengambilan tak boleh lebih 6g sehari (1 sudu teh). Label garam pada makanan dalam mg. Had maksima garam ialah 2400mg sehari.
2.6K views04:36
Buka / Bagaimana
2023-07-05 05:59:59
Padu tak padu jus perahan lemon yang ramai tak sedar !
.
Nak legakan mual & pening ?
.
Potong separuh lemon. Perah jus dalam cawan teh.
.
Campur sedikit madu. Kacau dan minum 3 kali sehari.
.
Lemon bantu naikkan balik tenaga. Tinggi vitamin C bantu baikpulih sistem imun tubuh. Pening & loya berkurang.
.
Cubalah...
.
Ada yang nak dapatkan lagi tips/petua kesihatan yang bermanfaat macam tu ?
.
Dalam naskah OTAK 3.0 ada kongsikan 101 petua makanan yang baik untuk tubuh, otak seseorang !
.
Dapatkan sempena aidiladha sekarang di:
» Buku Otak 3.0
.
P/S : PROMO AIDILADHA TINGGAL BEBERAPA HARI JE LAGI . STOK HABIS PROMOSI TAMAT !
2.7K views02:59
Buka / Bagaimana
2023-07-05 05:29:59
Saya suka blend 3 bahan ni.
Beetroot, epal, daun saderi dengan sedikit air.
.
Minum pada waktu pagi sekali dalam seminggu.
.
Kalau tak boleh tahan dengan bau saderi, lebihkan epal atau perah sedikit lemon.
.
Minuman tinggi protein dan fiber bagus untuk usus dan jantung.
.
Bertindak sebagai pencuci darah semula jadi. Dan bagus untuk hidrasikan tubuh.
.
Ramai yang tak familiar dengan beetroot. Jarang orang makan. Lepas ni kena cuba makan.
.
Banyak sangat khast untuk tubuh seperti perlahankan penuaan otak dan turunkan peratus lemak dalam tubuh.
.
Baca artikel penuh:
https://neuroversiti.com/khasiat-ubi-bit-ramai-tak-tahu/
2.6K views02:29
Buka / Bagaimana
2023-07-05 04:50:05 Susu berlabel UHT (Ultra High Temperature) lalui proses basmi kuman guna suhu tinggi dalam waktu singkat. Jika belum dibuka boleh tahan 3 - 4 bulan tanpa letak dalam peti sejuk. Tapi, sejurus dibuka & disimpan dalam peti, susu cuma boleh bertahan selama 3 hari saja.
2.6K views01:50
Buka / Bagaimana
2023-07-04 09:00:00 Daun saderi antara sumber luar biasa bantu turunkan kolesterol secara semula jadi.

Saya selalu pekena buat jus atau letak dalam air rebusan tulang.

Apa yang hebat sangat pasal daun saderi?

Ada 3-n-butylphthalide (BuPh). BuPh ni ada kuasa rendahkan lipid kolesterol jahat.

Bantu besarkan lagi saluran darah. Elakkan arteri daripada tersumbat disebabkan pembentukan plak dan lemak.

Kesihatan jantung bergantung pada tahap kolesterol.

Kalau kolesterol tinggi, bahaya menanti. Risiko serangan jantung mengejut.

Daun saderi ni bagus untuk legakan migrain. Masalah sakit kepala berlaku apabila paras nitric oxide tinggi.

Kandungan coumarin dalam saderi bantu rendahkannya.

Kalau nak turunkan berat, wajib makan saderi. Tinggi serat fiber mudah hadam.

Perut lebih cepat kenyang. Keinginan nak mengudap benda benda manis berkurang.

ARTIKEL PENUH:
https://neuroversiti.com/37-khasiat-saderi/


P/S:
Inginkan 101 petua macam diatas?
Dapatkan buku OTAK 3.0 sekarang
Harga istimewa R̶M̶5̶9̶ kini RM39 sahaja!
Jimat 85% khas bagi yang TERAWAL
Buku Otak 3.0
3.2K views06:00
Buka / Bagaimana