Get Mystery Box with random crypto!

Neuroversiti by Dr Rizal

Logo saluran telegram neuroversiti — Neuroversiti by Dr Rizal N
Logo saluran telegram neuroversiti — Neuroversiti by Dr Rizal
Alamat saluran: @neuroversiti
Kategori: Psikologi
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 43.05K
Deskripsi dari saluran

Tips Otak Cantik Otak Cerdik. Ilmu actionable. Neuroversiti oleh Dr Rizal Abu Bakar. https://neuroversiti.com

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 3

2023-06-13 07:00:00
2.2K views04:00
Buka / Bagaimana
2023-06-13 06:29:59 Kalau anak dok batuk kong kong tak henti elak ambil 3 benda ni - makanan dari 1) tepung putih macam roti, biskut, kuih muih; 2) sosej & frankfurter; 3) air gas, m_lo biasa atau tabur, teh, kopi. Boleh ye? Kalau elak mucus pun akan berkurangan.
2.3K views03:29
Buka / Bagaimana
2023-06-13 05:46:08
Ada peminat terung dekat sini?
Terung secara teknikal masuk kategori buah, bukan sayur.
.
Tahu tak terung ni tinggi antioksida ye.
.
Antioksida anthocyanin, lutein, zeaxanthin atau lebih spesifik lagi, nasunin.
.
Lindungi membran sel otak daripada kerosakan radikal bebas. Bantu pengaliran darah dalam otak dan cegah neuro-inflamasi.
.
Terung tinggi serat. Bantu perlahankan kadar pencernaan dan penyerapan gula dalam darah.
.
Takde lah gula naik mendadak. Terung juga disarankan bagi penghidap diabetik.
.
Sifat terung yang tinggi fiber tapi rendah kalori sesuai bagi yang nak turunkan berat berlebihan.
.
Paling padu pasal terung ni.
.
Ada solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs)...
.
[Sambung baca di https://neuroversiti.com/terung/ ]
2.6K views02:46
Buka / Bagaimana
2023-06-12 11:30:00 Kulit kepala & rambut keluarkan minyak secara alami sama dengan 1 sudu teh minyak masak setiap hari. Kalau tak jaga dengan betul, kulit kepala jadi berminyak. Hujung rambut kering & bercabang. Virgin coconut oil bantu suburkan, hidrasikan rambut & cegah kelemumur. Boleh?
3.3K views08:30
Buka / Bagaimana
2023-06-12 10:59:49 Cuba semak. Ada tak satu dari 10 hal ini?
.
1. Otak rasa lembab
2. Melayang layang
3. Marah tanpa sebab
4. Murung
5. Anxiety
6. Sukar beri tumpuan
7. Mudah lupa
8. Cepat letih
9. Sakit kepala/migrain
10. Jantung degup laju
.
Jika ada, anda kemungkinan ada Leaky Brain Syndrome. Berbeza dengan Leaky Gut Syndrome.
.
Bagaimana nak baiki? Mudah sahaja.
.
1. Ubah diet
Berhenti ambil makanan yang anda selalu dan suka ambil.
.
2. Ubah lifestyle
Cara hidup tak sihat tak bantu hilangkan syndrome ini. Malah tambah lagi.
.
Mulakan dengan:
.
1. Senaraikan apa yang dimakan.
.
Dari pagi hingga malam. Lihat senarai itu. Semak setiap makanan yang diambil. Masuk dalam kategori sihat atau tidak.
.
2. Tulis waktu makanan dan minuman diambil.
.
Mungkin waktu juga perlu ditukar. Lebih lebih lagi kalau makan malam selepas pukul 8.
.
3. Catit setiap aktiviti dari bangun tidur hingga malam.
.
Lihat berapa banyak anda bergerak dan aktif. Kalau tiada, tambah aktivit bergerak dan aktif. Kalau dah ada gandakan.
.
Tukar yang tidak aktif kepada aktiviti libatkan pergerakan.
.
Boleh cuba dulu tips di atas. Lepas mula buat cuba track 10 simptom di atas.
.
Yang mana masih ada. Yang mana dah hilang dari senarai.
.
Macam nilah cara step by stepnya. Sila cuba.
.
.
P/S
FINAL CALL Neuroconference Jun sebelum DITUTUP
Sudahkah Tuan Puan daftar Brain Power 2023?
LIVE SECARA LANGSUNG pada 24 Jun (Sabtu)
Bertempat di Shaftsbury Asteria, Cyberjaya
Daftar di: BRAIN POWER LIVE
.
#DrRizal #Neuroversiti #leakybrainsyndrome
3.4K views07:59
Buka / Bagaimana
2023-06-12 10:59:45
3.0K views07:59
Buka / Bagaimana
2023-06-11 11:00:21 Habbatus Sauda masuk kategori tumbuhan herba. 'Thymoquinone' & 'dithymoquinone' antara kandungan bioaktif utama. Antara ciri utama ialah anti-virus termasuk virus Covid & SARS-CoV2 serta anti-kanser (bantutkan pertumbuhan & cegah perebakan sel kanser)
3.9K views08:00
Buka / Bagaimana
2023-06-11 10:20:10 Saya tengok ramai orang dok ambil Habbatus Sauda. Baguslah tu.
.
Tapi tahu tak apa yang bagusnya dalam Habbatus Sauda?
.
Ramai tak tahu yang buatkan Habbatus Sauda bagus ialah komponen Thymoquinone (TQ).
.
Nak beli kena tengk dulu berapa banyak TQ ni ada. Baca ingredient. Tanya pada penjual ada ke tidak TQ ni.
.
Kalau tak ada atau kurang dari 30mg atau sekurang kurangnya 3% carilah yang lain.
.
Kalau tidak kita tak dapat impak sihat yang kita nak tu.
.
Selain TQ dalam Habbatus Sauda juga ada dithymoquinone, thymo hydroquinone (THQ), Omega fatty acids dan thymol.
.
Ada tak tertulis benda ni? Kena tanya.
.
Thymoquinone ni adalah powerful antioxidant bersifat anti kanser, antibacterial, antimutagenic dan anti-inflammatory.
.
Banyak sangat kajian pasal Habbatus Sauda ni.
.
Masa saya semak dulu tahun 2012, ada lebih 300 research paper pasal Habbatus sauda.
.
Bila semak tahun 2018, ada hampir 700 research paper pasal Habbatus sauda ni.
.
Apa research sebut pasal HS lagi?
.
1. Orang yang ambil 2000mg-3000mg sehari lebih cepat kurus berbanding mereka yang tidak ambil.
.
2. Bersifat anti jangkitan. Cegah benda benda yang berjangkit. Kajian sebut efektif lawan Gram-negative, Gram-positive bacteria, viruses, parasites, Schistosoma dan fungi.
.
3. Bantu suburkan abam abam dengan kuatkan pergerakan sperma dan tingkatkan jumlahnya.
.
4. Bantu sihatkan jantung. TQ turunkan bad cholesterol (LDL), total cholesterol dan blood pressure, stabilkan tekanan darah systolic dan tekanan darah diastolic
.
5. Kajian juga dapati TQ ni berkesan dalam rawatan arthritis, fibromyalgia, IBS, colitis, peritonitis, alergik dan asthma.
.
6. Kalau nak hilang kedut kena ambil HS yang ada TQ. Kajian sebut TQ hilangkan kedut pada wajah dengan lembapkan kulit jauh ke dalam. Jadikan kulit lebih fleksibel dan glowing.
.
7. Kajian lain pula dapati TQ dalam HS dapat rawat acne, eczema, kulit kering dan psoriasis.
.
8. Antara lain TQ juga bantu keluarkan sisa dan toksin dengan cara melalui urin.
.
9. TQ juga bantu kurang perut berangin dan bantu keluarkan angin dari perut.
.
10. Journal of Endocrinology & Metabolism sebut bagus untuk diabetes. Baiki turunkan gula dalam darah tanpa kesan sampingan.
.
11. TQ dalam HS juga berkesan lawan sel kanser pada pesakit kanser kolon, pankreas, dan prostate.
.
Poin di sini mudah. HS ni makanan tambahan bagus.
.
Benar kata Rasullullah (baca selawat). Cuma kita perlukan apa yang kita beli itu ada bahan-bahan yang beri impak bagus pada kita.
.
Dibuat secara teliti untuk jamin kebaikan dari HS tidak hilang.
.
Boleh begitu?
.
ARTIKEL PENUH:
https://neuroversiti.com/kebaikan-habbatus-sauda/
.
#DrRizal #Neuroversiti #habbatussauda
4.4K views07:20
Buka / Bagaimana
2023-06-11 10:20:06
3.7K views07:20
Buka / Bagaimana
2023-06-11 06:08:13 Gemar membaca tapi mudah sakit kepala? Ini tanda jarak mata terlalu dekat penyebab otot mata menegang. Pastikan jarak mata 30cm hingga 40cm dari bahan bacaan. Cahaya tak terlalu malap atau tak terlalu terang Elak baca sambil baring & ketika kenderaan bergerak.
3.8K views03:08
Buka / Bagaimana