Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.63K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 57

2022-08-31 01:51:25
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 Tahun

“Keluarga Malaysia – Teguh Bersama”

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM
61 views22:51
Buka / Bagaimana
2022-08-29 15:47:31 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
29 Ogos 2022 / 1 Safar 1444H


Hakim Perlu Bebas Pengaruh, Tekanan – Sultan Nazrin
Sistem penghakiman yang telus menggambarkan proses keadilan yang berwibawa dan tidak dibayangi dengan perasaan gusar dan gentar pada sesiapa, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
https://alhijrahnews.com/hakim-perlu-bebas-pengaruh-tekanan-sultan-nazrin/

Habib, PPZ-MAIWP lancar Kempen Zakat Emas
Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan untuk mengutip sebanyak RM500,000 zakat emas melalui Kempen Zakat Emas yang dianjurkan bersama kerjasama strategik dengan syarikat barangan kemas tempatan, Habib.
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/08/876687/habib-ppz-maiwp-lancar-kempen-zakat-emas

Pengurusan MAIPs perlu guna prinsip SMART
Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) perlu menggunakan prinsip ‘SMART’ dalam menetapkan usaha dan matlamat agensi itu.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/pengurusan-maips-perlu-guna-prinsip-smart/

Keputusan SPM asnaf tidak memuaskan, MAINS tambah baik program tuisyen
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan menambah baik program Aspirasi Kecemerlangan Asnaf anjurannya selepas mendapati keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diterima baru-baru ini yang melibatkan golongan berkenaan tidak begitu memuaskan.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/keputusan-spm-asnaf-tidak-memuaskan-mains-tambah-baik-program-tuisyen/

Pikul mayat terburai perut
Memikul mayat komunis secara bergilir-gilir yang terburai isi perut sejauh tiga kilometer adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Pegawai Waran II Tengku Hamzah Engku Husin, 76, sepanjang 22 tahun berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/08/876420/pikul-mayat-terburai-perut

Semoga bumi ini terus dirahmati
Penting supaya kita terus berdoa agar Malaysia dikurniakan nikmat keamanan dan kesejahteraan berpanjangan.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/876399/semoga-bumi-ini-terus-dirahmati

Palestin kecam pencerobohan perkarangan Masjid Al-Aqsa
Kementerian Luar Palestin semalam mengecam penduduk Israel kerana menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu pagar yang dikatakan media Palestin 'khusus digunakan untuk orang Islam' di Kota Lama Baitulmaqdis.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/08/994085/palestin-kecam-pencerobohan-perkarangan-masjid-al-aqsa

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.2K views12:47
Buka / Bagaimana
2022-08-29 05:40:45
MALAYSIA #QURANHOUR

Malaysia #QuranHour kali ke-8 di bawah naung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama rakan sinergi akan membawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya buat kali ke-4 menjadi lokasi perdana bagi program #QuranHour. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos 2022 (Selasa) bersamaan 2 Safar 1444H bermula jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari.

Bersama pemegang panji Al-Sajdah yang terdiri daripada barisan Pentadabbur, barisan Qari, Pesan Tokoh dan Pembaca Ikrar Bersujud oleh Dato’ Haji Adi Putra.

Program ini juga akan disiarkan secara langsung bermula jam 11.30 pagi di saluran TV Alhijrah dan media sosial rasmi JAKIM.
2.4K views02:40
Buka / Bagaimana
2022-08-28 16:54:16
Di antara kelebihan membaca surah al-Waqiah seperti yang diceritakan oleh Ibnu Mas’ud RA:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَداً
Maksudnya: Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya

Lihat al-Jamie’ al-Soghir, al-Suyuti (12546)
2.9K views13:54
Buka / Bagaimana
2022-08-28 15:59:57 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
28 Ogos 2022 / 30 Muharam 1444H


JAKIM, pempengaruh kerjasama elak kandungan agama dipermainkan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengadakan kerjasama dengan pempengaruh bagi mengelakkan kandungan agama dipermainkan di media sosial.
https://www.sinarharian.com.my/article/218672/berita/semasa/jakim-pempengaruh-kerjasama-elak-kandungan-agama-dipermainkan

Timbalan Menteri Agama jumpa pempengaruh media sosial
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pempengaruh media sosial atau 'influencer' bagi memberi pendidikan berkaitan agama.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/993796/timbalan-menteri-agama-jumpa-pempengaruh-media-sosial

Hina Islam, kerajaan akan cari hingga ‘lubang cacing’
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan itu mencerminkan ketegasan kerajaan dalam membendung perkara tersebut daripada terus berlaku pada masa depan.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/hina-islam-kerajaan-akan-cari-hingga-lubang-cacing/

Lima tan abu al-Quran dilupus ke dalam laut
Sebanyak lima tan abu al-Quran dilupuskan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di perairan kira-kira dua batu nautika dari Pelabuhan Tanjung Beruas, Tanjung Kling, dekat sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/993689/lima-tan-abu-al-quran-dilupus-ke-dalam-laut

Syeikh Osama imarahkan Malaysia #Quranhour di Perak
Guru al-Quran di Masjidil Haram, Syeikh Osama Mohamad Iqbal antara yang hadir menyertai Malaysia #Quranhour 2022 peringkat negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, Selasa ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/218613/khas/wacanaquran/syeikh-osama-imarahkan-malaysia-quranhour-di-perak

SMA Makarimul Akhlak perlukan RM4 juta siapkan bangunan baharu
Sekolah Menengah Agama (SMA) Makarimul Akhlak Alor Setar memohon sumbangan wakaf daripada orang ramai untuk membina sebuah bangunan empat tingkat yang menelan belanja sehingga RM4 juta di Jalan Langgar, dekat sini
https://www.sinarharian.com.my/article/218697/edisi/utara/sma-makarimul-akhlak-perlukan-rm4-juta-siapkan-bangunan-baharu

Usah cerca, tertawakan individu dihukum bersalah
Islam melarang umatnya daripada mencela orang lain secara umumnya apatah lagi mentertawakan individu yang sedang ditimpa musibah atau dijatuhkan hukuman.
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2022/08/993649/usah-cerca-tertawakan-individu-dihukum-bersalah

Boleh berhibur, tapi perlu ada batasnya
Islam sentiasa menepati keperluan fitrah dan tidak menghalang umat manusia berhibur selagi mana genre hiburan itu berpaksikan garis pandu dan nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam.
https://www.utusan.com.my/pancaindera/jejak-ulama/2022/08/boleh-berhibur-tapi-perlu-ada-batasnya/

Ketatkan kelulusan konsert artis luar negara
Kerajaan diminta lebih tegas dan memperketatkan kelulusan sebarang penganjuran hiburan dan konsert terutama membabitkan artis dari luar negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/876230/ketatkan-kelulusan-konsert-artis-luar-negara

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.7K views12:59
Buka / Bagaimana
2022-08-27 16:48:45 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
27 Ogos 2022 / 29 Muharam 1444H


Siasatan peniaga nasi ayam dan itik di Sungai Ara hampir selesai
Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Mohd Hanif Omar @ Wahab, berkata laporan siasatan dijangka selesai pada pertengahan September depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/875913/siasatan-peniaga-nasi-ayam-dan-itik-di-sungai-ara-hampir-selesai-metrotv

Masjid Taman Industri Sri Sulong lokasi utama di Johor
Malaysia #QuranHour di negeri ini memilih Masjid Taman Industri Sri Sulong, Batu Bahat sebagai lokasi utama penganjuran program pada 30 Ogos ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/218500/khas/wacanaquran/masjid-taman-industri-sri-sulong-lokasi-utama-di-johor

Pahang rekod 6,914 kes cerai sejak 2020 hingga Jun 2022
Pahang merekodkan 6,914 kes penceraian yang didaftarkan di 14 Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dalam tempoh 2020 hingga Jun tahun ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/218519/edisi/pahang/pahang-rekod-6914-kes-cerai-sejak-2020-hingga-jun-2022

Piagam Madinah dan anjuran toleransi
Kemerdekaan adalah suatu nikmat yang perlu disyukuri kerana membawa kemakmuran dan keamanan dalam sesebuah negara.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/875815/piagam-madinah-dan-anjuran-toleransi

Ulama Islam India terkemuka Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun
Ulama Islam India terkemuka Maulana Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun di New Delhi pada petang Jumaat.
https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2115098

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
610 views13:48
Buka / Bagaimana
2022-08-26 16:11:55 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
26 Ogos 2022 / 28 Muharam 1444H


Perjuangan Mempertahankan Islam Dan Negara Tanggungjawab Bersama
Petikan amanat Syeikh Abdullah itu antara isi kandungan teks khutbah Jumaat bertajuk ‘Keluarga Malaysia: Teguh Bersama’ yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.
https://alhijrahnews.com/perjuangan-mempertahankan-islam-dan-negara-tanggungjawab-bersama/

AJK masjid, surau pantau ajaran sesat di Selangor
Semua ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor diminta membantu pihak berkuasa agama memantau ajaran sesat dilaporkan berkembang di negeri itu.
https://www.sinarharian.com.my/article/218374/edisi/selangor-kl/ajk-masjid-surau-pantau-ajaran-sesat-di-selangor

Kajian penganjuran Bon Odori ambil masa enam bulan
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, kajian yang mula dilaksanakan pada 8 Julai lalu itu perlu dilaksanakan secara terperinci sepertimana perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
https://www.sinarharian.com.my/article/218356/berita/semasa/kajian-penganjuran-bon-odori-ambil-masa-enam-bulan

Pembentangan Bajet 2023 7 Oktober ini – PM
Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober akan dibentang tiga minggu lebih awal iaitu pada 7 Oktober ini.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/pembentangan-bajet-2023-7-oktober-ini-pm/

LGBTQ+: Umat Islam di Singapura perlu kekal teguh
Masyarakat Muslim, alim ulama dan persatuan-persatuan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Singapura disaran agar kekal teguh mempertahankan syiar agama suci ini, susulan kerajaan negara itu bakal mewartakan bahawa perlakuan seks antara sesama lelaki sebagai bukan lagi suatu kesalahan dari segi jenayah.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/08/26/lgbtq-umat-islam-di-singapura-perlu-kekal-teguh/

*Jangan berlembut dengan individu persenda hukum Islam'
Kerajaan seharusnya tidak berlembut dengan mana-mana individu yang sering mempermain atau mempersendakan hukum-hakam Islam kerana ia menjadikan rakyat tidak selamat dan negara porak-peranda.
https://www.sinarharian.com.my/article/218397/edisi/pahang/jangan-berlembut-dengan-individu-persenda-hukum-islam

Masjid Kariah Paroi Jaya lokasi utama Malaysia #QuranHour di NS
Masjid Kariah Paroi Jaya di sini menjadi lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour yang diadakan di Negeri Sembilan sempena Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/218392/khas/wacanaquran/masjid-kariah-paroi-jaya-lokasi-utama-malaysia-quranhour-di-ns

400 peserta Malaysia #QuranHour dijangka di Taiping
Rumah Ngaji Taiping menganggarkan seramai 400 peserta termasuk kanak-kanak akan menyertai Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Laman Toh Puan Halimah, Pejabat Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Taiping pada 30 Ogos ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/218342/khas/wacanaquran/400-peserta-malaysia-quranhour-dijangka-di-taiping

Umat Islam perlu yakin terhadap sistem institusi zakat
Masyarakat terutamanya umat Islam perlu ada keyakinan terhadap kemampuan sistem institusi zakat dalam negara ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/218345/berita/nasional/umat-islam-perlu-yakin-terhadap-sistem-institusi-zakat

Ibrah nikmat kemerdekaan
Tahun ini negara kita Malaysia yang tercinta akan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-65.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/08/875538/ibrah-nikmat-kemerdekaan

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.2K views13:11
Buka / Bagaimana
2022-08-25 18:24:24 Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman pada Rabu melancarkan ‘Visi Madinah’ untuk membangunkan sayap timur Masjid Nabawi, Madinah bagi menerima kedatangan 30 juta jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi.
https://alhijrahnews.com/arab-saudi-lancar-visi-madinah-sedia-sambut-30-juta-jemaah-umrah-menjelang-2030/

Jangan pamer kemewahan di media sosial
Aduan mengenai kegiatan penipuan di media sosial serta urus niaga atas talian di Selangor meningkat apabila sebanyak 4,608 kes direkodkan bermula 1 Januari hingga 31 Julai lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/875379/jangan-pamer-kemewahan-di-media-sosial

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.7K views15:24
Buka / Bagaimana
2022-08-25 18:24:23 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
25 Ogos 2022 / 27 Muharam 1444H


JAKIM peruntukkan RM1 juta untuk SPH 2022
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntukkan lebih RM1 juta bagi Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2022.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/875462/jakim-peruntukkan-rm1-juta-untuk-sph-2022

Akta sedia ada mencukupi untuk denda individu hina Islam - Idris
Akta-akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengenakan denda terhadap individu yang menghina agama Islam sebagai Agama Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Senator Idris Ahmad.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2114441

Ajaran sesat Hadi Minallah masih dalam siasatan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang memperincikan siasatan berkaitan ajaran sesat Hadi Minallah dan laporan mengenainya dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/992684/ajaran-sesat-hadi-minallah-masih-dalam-siasatan

'Masyarakat Islam cukup marah, kecewa'
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang melakukan provokasi terhadap Islam di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/992549/masyarakat-islam-cukup-marah-kecewa

Sensitiviti agama, kaum bukan bahan mainan
Teguran itu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad yang menyelar tindakan seorang lelaki berbangsa Cina memakai songkok sambil dipadankan dengan pakaian menjolok mata ketika menyertai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022, hingga tular di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/875296/sensitiviti-agama-kaum-bukan-bahan-mainan

Malaysia #QuranHour bawa solusi dari surah Al-Sajdah
Malaysia #QuranHour kali ke-8 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan membawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
https://www.sinarharian.com.my/article/218268/khas/wacanaquran/malaysia-quranhour-bawa-solusi-dari-surah-al-sajdah

LZS Menyebarluaskan Pendidikan Zakat Di 553 Sekolah
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyebarluaskan pendidikan zakat dalam kalangan pelajar sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi Modul Pendidikan Zakat Selangor yang diperkenalkan tahun ini.
https://alhijrahnews.com/lzs-menyebarluaskan-pendidikan-zakat-di-553-sekolah/

Maik belanjakan lebih RM95 juta wang zakat untuk ringankan beban penerima
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sudah membelanjakan wang zakat berjumlah RM95,277,429 sejak Januari hingga Jun lalu bagi membantu meringankan beban rakyat di negeri ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/875377/maik-belanjakan-lebih-rm95-juta-wang-zakat-untuk-ringankan-beban-penerima

Golongan belia antara paling ramai bayar zakat dengan MAIK
Golongan belia antara kumpulan yang paling ramai membayar zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan 33 peratus atau 20,603 daripada jumlah keseluruhan yang berbuat demikian.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/golongan-belia-antara-paling-ramai-bayar-zakat-dengan-maik/

50 pelajar Pondok Moden Al-‘Abaqirah 1444H sukses tamat pengajian
Seramai 50 orang lagi pelajar berjaya menamatkan pengajian di Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) bagi sesi 1444H/2022M, sekali gus membuktikan graduan kelahiran pondok moden ini mempunyai kebolehpasaran yang tinggi serta memberikan imej yang positif kepada institusi pendidikan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/08/25/50-pelajar-pondok-moden-al-abaqirah-1444h-tamat-pengajian/

Arab Saudi Lancar ‘Visi Madinah’, Sedia Sambut 30 Juta Jemaah Umrah Menjelang 2030
1.6K views15:24
Buka / Bagaimana
2022-08-25 04:51:00
KIAMAT PASTI DATANG

Beriman kepada hari Kiamat merupakan satu daripada rukun Iman yang wajib diyakini bahawa hari Kiamat pasti akan berlaku. Sekiranya mengingkarinya bererti seseorang itu terkeluar daripada agama Islam.

Allah SWT merahsiakan tarikh sebenar berlakunya hari Kiamat adalah untuk memastikan manusia sentiasa membuat persediaaan untuk menghadapi saat getir tersebut agar tidak tergolong dalam kalangan manusia yang rugi.

Menjadi kewajipan ke atas kita untuk sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan Allah SWT dengan cara meningkatkan serta mempersiapkan sebanyak-banyaknya amal soleh.
2.6K views01:51
Buka / Bagaimana