Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.63K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 54

2022-09-23 04:46:59
DOSA BESAR MENGHINA ORANG

Wahb bin Munabbih rahimahullah berkata: "Sesungguhnya Dosa Terbesar di sisi Allah SWT setelah syirik adalah MENGHINA ORANG LAIN".

Antara perkara negatif yang sering digunakan dalam platform media sosial ialah untuk memudahkan seseorang merendahkan, menghina serta mencaci orang lain.Marilah sama-sama kita menjaga lisan dengan baik dan bijak supaya dilindungi dan diredai Allah SWT di dunia dan akhirat.

#hentikanfitnahdimediasosial
1.7K views01:46
Buka / Bagaimana
2022-09-22 18:20:21 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
22 Sept 2022 / 25 Safar 1444H


Meningkatkan daya juang asnaf
IDRIS Ahmad menyantuni golongan gelandangan dalam program turun padang bersama JAKIM, Yapeim, MAIWP, Jawi dan pertubuhan bukan kerajaan di ibu negara, baru-baru ini.
https://www.utusan.com.my/rencana/2022/09/meningkatkan-daya-juang-asnaf/

TH Catat Pendapatan RM1.47 Bilion Separuh Pertama 2022
Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan pendapatan berjumlah RM1.47 bilion bagi tempoh separuh pertama 2022 dengan jumlah deposit sebanyak RM88.09 bilion, iaitu paras tertinggi sejak 59 tahun penubuhannya.
https://alhijrahnews.com/th-catat-pendapatan-rm1-47-bilion-separuh-pertama-2022/

MIHAS 2022 berjaya atasi sasaran jualan RM1.9 bilion
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2022 (MIHAS 2022) sekali lagi memecahkan rekodnya dengan menjana jualan sebanyak RM2.36 bilion, melepasi sasaran asal RM1.9 bilion.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/09/1003431/mihas-2022-berjaya-atasi-sasaran-jualan-rm19-bilion

Kutipan semasa zakat di Melaka meningkat
Prestasi kutipan semasa zakat di Melaka meningkat 24.36 peratus setakat 31 Ogos lepas, sekali gus menunjukkan komitmen positif pembayar zakat terutama majikan dalam menunaikan rukun Islam keempat itu.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2122534

Zakat Emas, Kewajipan Yang Jarang Diperkatakan
Mengeluarkan zakat adalah wajib bagi umat Islam yang memenuhi syarat-syaratnya dan antara zakat lazim ialah zakat fitrah, pendapatan dan harta.
https://alhijrahnews.com/zakat-emas-kewajipan-yang-jarang-diperkatakan/

Doktrin Struktur Asas mengelirukan gugat kedudukan Mahkamah Syariah
MUTAKHIR ini, sistem kehakiman negara dihangatkan isu Doktrin Struktur Asas atau 'Basic Structure Doctrine' (BSD) sehingga sebuah petisyen dibuat bagi membantah cadangan amalan BSD oleh beberapa peguam.
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/09/1003299/doktrin-struktur-asas-mengelirukan-gugat-kedudukan-mahkamah

Zakir Naik mahu umat Islam manfaat media sosial demi dakwah
Kemunculan semula pendakwah asing terkenal, Dr. Zakir Naik ternyata menjadi antara tarikan Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Gerakan Dakwah 2022.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/09/zakir-naik-mahu-umat-islam-manfaat-media-sosial-demi-dakwah/

Istiqamah, yakin ketika berdoa
Doa yang terbaik ialah doa yang dilakukan pada setiap masa dalam keadaan tanpa jemu untuk memohon kepada-Nya.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/884306/istiqamah-yakin-ketika-berdoa

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.2K views15:20
Buka / Bagaimana
2022-09-22 11:51:02
Pengadu domba ialah seorang yang menyampaikan sesuatu bicara daripada seseorang kepada orang lain bertujuan untuk merosakkan hubungan antara mereka.

Daripada Huzaifah Al-Yamani RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Tidak Masuk Syurga orang yang mengadu domba.

Sentiasalah berdoa agar kita tidak tergolong dalam kalangan manusia yang suka mengadu domba.
#hentikanfitnahdimediasosial
2.0K views08:51
Buka / Bagaimana
2022-09-22 01:51:27
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : INFAQ DUNIA JUTAWAN AKHIRAT

Jom hadir beramai-ramai ke Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari Khamis, 22 September 2022 jam 9.00 malam.

Forum tersebut disiarkan secara langsung di TV 1 dan menampilkan ahli panel Dato' Haji Badli Shah Alauddin dan Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail serta moderator Ustaz Haji Zakaria bin Othman dengan tajuk Infaq Dunia Jutawan Akhirat.

Saksikan juga secara langsung di Facebook rasmi JAKIM.

Jangan lupa temu janji kita malam ini !
1.6K views22:51
Buka / Bagaimana
2022-09-22 00:33:03 *Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*21 Sept 2022 / 24 Safar 1444H*

*10 hospital KKM diiktiraf sebagai Hospital Mesra Ibadah*
Sebanyak 10 hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menerima pengiktirafan sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) kerana menyediakan fasiliti serta khidmat bimbingan untuk pesakit menunaikan ibadah ketika menerima rawatan.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2122316

*Hospital swasta diseru sertai program Hospital Mesra Ibadah*
Kementerian Kesihatan akan terus menggalakkan penyertaan hospital swasta dalam program Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang penyertaannya agak kurang ketika ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/hospital-swasta-diseru-sertai-program-hospital-mesra-ibadah/

*Ucapan RIP: Jadikan Pandangan Mufti Sebagai Rujukan*
Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk mendengar padangan mufti dan ulama tempatan berhubung ucapan ‘rest in peace’ (RIP) bagi menzahirkan takziah kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.
https://alhijrahnews.com/ucapan-rip-jadikan-pandangan-mufti-sebagai-rujukan/

*JAKIM sentiasa sokong usahawan tembusi pasaran global*
Ecosystem Sdn. Bhd. (WISE) adalah sebuah syarikat tempatan bertaraf global yang mempunyai rangkaian niaga antarabangsa bagi pasaran di negara-negara Eropah terutama import dan eksport produk makanan halal.
https://www.kosmo.com.my/2022/09/21/jakim-sentiasa-sokong-usahawan-tembusi-pasaran-global/

*PM ketuai delegasi Malaysia ke Unga ke-77*
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga) ke-77 di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/883987/pm-ketuai-delegasi-malaysia-ke-unga-ke-77

*Bakal haji tidak boleh terus bergantung pada bantuan kewangan*
Sejurus berakhirnya musim haji tahun ini, isu kemungkinan akan berlaku lagi peningkatan bayaran mengerjakan ibadah itu untuk jemaah muassasah di negara ini kembali dibicarakan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1002812/bakal-haji-tidak-boleh-terus-bergantung-pada-bantuan-kewangan

*Zakir Naik tampil konvensyen antarabangsa Yadim*
Selepas kali terakhir muncul memberikan ceramah awam di Perlis awal tahun ini, pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik bakal berucap di sini esok dalam Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Gerakan Dakwah 2022.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/zakir-naik-tampil-konvensyen-antarabangsa-yadim/

*RUU Keselamatan Siber dijangka ke Parlimen tahun depan*
Kerajaan sedang menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber bagi menyelaras dan memperkukuh pengurusan keselamatan siber di Malaysia, yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai tahun depan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1002961/ruu-keselamatan-siber-dijangka-ke-parlimen-tahun-depan

*Haram ganggu, runtuhkan rumah tangga orang*
Islam menjaga kepentingan kesucian nasab sebagai salah satu maqasid syariah yang terpenting.
https://www.utusan.com.my/gaya/2022/09/haram-ganggu-runtuhkan-rumah-tangga-orang/

*Beri nasihat biar berhikmah*
Amalan menasihati sesama Muslim adalah amalan yang baik lagi disukai dalam Islam.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/883940/beri-nasihat-biar-berhikmah

*Kurator Berita *
*Unit Komunikasi Korporat JAKIM*
1.4K views21:33
Buka / Bagaimana
2022-09-21 05:09:12
LARANGAN MENGGELAR DENGAN GELARAN YANG TIDAK BAIK

Islam amat menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengucapkan perkataan-perkataan yang baik kepada saudaranya sama ada muslim atau bukan Islam.

Semoga Allah SWT memelihara lidah kita daripada mengucapkan perkataan yang boleh menyakiti saudara kita. Amin.
#hentikanfitnahdimediasosial
2.9K views02:09
Buka / Bagaimana
2022-09-20 17:39:28 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
20 Sept 2022 / 23 Safar 1444H


Isu RIP: 'Pakai pandangan mufti kita'
Umat Islam di negara ini perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berkait ucapan rest in peace atau RIP bagi menzahirkan takziah kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/883878/isu-rip-pakai-pandangan-mufti-kita

Prestasi baik Tabung Haji cerminkan kepentingan urus tadbir yang cekap - Idris
Keupayaan Tabung Haji (TH) meningkatkan saiz dana sehingga RM88.09 bilion pada Jun tahun ini, berbanding RM86.5 bilion pada Mac sebelumnya, dilihat mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap instrumen ekonomi Islam itu.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prestasi-baik-tabung-haji-cerminkan-kepentingan-urus-tadbir-yang-cekap-idris-381923

Tafsiran mahkamah sivil tidak syariah bercanggah prinsip kedaulatan undang-undang
Konotasi bahawa mahkamah kehakiman persekutuan yang dipopularkan dengan panggilan mahkamah sivil sebagai forum tidak syariah untuk mengadili kes perbicaraan adalah bercanggah prinsip kedaulatan undang-undang di negara ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/tafsiran-mahkamah-sivil-tidak-syariah-bercanggah/

Hubungan rapat dengan syariat
Tasawuf menurut perspektif Islam ialah satu kaedah tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/883625/hubungan-rapat-dengan-syariat

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.8K views14:39
Buka / Bagaimana
2022-09-20 14:56:32
Umat Islam disaran agar menghentikan berita dan kandungan berunsur fitnah dan bersikap tabayyun atau menyelidik terlebih dahulu setiap berita yang diterima.

Katakan tidak kepada FITNAH kerana hukum fitnah jelas Haram dan ditegah dalam Islam.
#hentikanfitnahdimediasosial
2.4K views11:56
Buka / Bagaimana
2022-09-19 18:17:16 *Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*19 Sept 2022 / 22 Safar 1444H*

*JAKIM lancar kempen kesedaran hentikan fitnah di media sosial*
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melancarkan kempen kesedaran hentikan fitnah bagi membendung berita tidak benar yang semakin berleluasa di media sosial.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1002304/jakim-lancar-kempen-kesedaran-hentikan-fitnah-di-media-sosial

*Selebriti bantu Jakim jayakan kempen antifitnah media sosial*
Beberapa selebriti terkenal tanah air tampil membantu JAKIM menjayakan kempen Hentikan Fitnah Media Sosial anjuran agensi itu.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/selebriti-bantu-jakim-jayakan-kempen-antifitnah-media-sosial/

*Dakwah dalam dunia siber perlu digerakkan dengan terancang – Menteri Agama*
Dakwah dalam dunia siber perlu digerakkan dengan terancang dan dinamik kerana masyarakat hari ini tidak terpisah dengan teknologi komunikasi.
https://malaysiagazette.com/2022/09/19/dakwah-dalam-dunia-siber-perlu-digerakkan-dengan-terancang-menteri-agama/

*Wifi Percuma Di Masjid, Surau Dan Sekolah Agama Johor Mulai Tahun Depan*
Kerajaan Johor akan menyediakan kemudahan Wi-fi percuma di masjid dan surau serta sekolah agama di negeri itu secara berperingkat bermula tahun depan.
https://alhijrahnews.com/wifi-percuma-di-masjid-surau-dan-sekolah-agama-johor-mulai-tahun-depan/

*Serah kerajaan negeri siasat penganjuran konsert di Kelantan*
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memaklumkan pihaknya menyerahkan kepada kerajaan Kelantan untuk menyiasat sama ada penganjuran Konsert Riuh Sokmo! di negeri itu pada Jumaat hingga Ahad lalu, melanggar peraturan negeri berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1002339/serah-kerajaan-negeri-siasat-penganjuran-konsert-di-kelantan

*Hapus doktrin ganggu hal ehwal Islam*
Kerajaan perlu campur tangan bagi menghentikan penggunaan Doktrin Struktur Asas (BSD) oleh mahkamah sivil yang disifatkan mengganggu hal ehwal Islam di negara ini.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/09/hapus-doktrin-ganggu-hal-ehwal-islam/

*Kedudukan Islam, bahasa Melayu dan raja-raja perlu ada dalam manifesto PRU15*
Menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan mesti diberi pertimbangan serius dalam manifesto oleh setiap parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/islam-bahasa-melayu-dan-raja-raja-perlu-ada-dalam-manifesto/

*30 Orang Asli selesai proses tukar status agama*
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, isu status itu berjaya diselesaikan melalui kerjasama pasukan Mobile Ehsan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pahang.
https://www.sinarharian.com.my/article/221919/edisi/30-orang-asli-selesai-proses-tukar-status-agama

*Kurator Berita *
*Unit Komunikasi Korporat JAKIM*
1.9K views15:17
Buka / Bagaimana
2022-09-17 17:23:01 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
17 Sept 2022 / 20 Safar 1444H


Dakwah Santai Tapi Sampai – Idris Ahmad
Hampir 100 peserta menyertai program dakwah santai menerusi Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2022 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pagi tadi.
https://alhijrahnews.com/dakwah-santai-tapi-sampai-idris-ahmad/

89 motosikal sertai Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera
Seramai 89 peserta konvoi motosikal menyertai Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2022 ke Barat Daya Pulau Pinang, yang bertujuan menyampaikan dakwah secara santai kepada golongan sasaran.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2121211

Jawatankuasa fatwa setiap negeri berkuasa tetapkan Amanat Haji Hadi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, isu yang berkaitan hukum masih lagi tertakluk kepada bidang kuasa jawatankuasa fatwa setiap negeri.
https://www.kosmo.com.my/2022/09/17/jawatankuasa-fatwa-setiap-negeri-berkuasa-tetapkan-amanat-haji-hadi/

Peniaga Diingat Jangan Salah Guna Logo Halal – Idris Ahmad
Peniaga diingatkan untuk tidak menyalahguna logo halal di produk-produk keluaran mereka sebagai alat untuk melariskan jualan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
https://alhijrahnews.com/peniaga-diingat-jangan-salah-guna-logo-halal-idris-ahmad/

Kalau betul produk ada babi, tolong jujur – Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta para peniaga agar lebih telus memberitahu pelanggan mengenai status produk yang dijual.
https://www.utusan.com.my/berita/2022/09/kalau-betul-produk-ada-babi-tolong-jujur-bagitahu-idris/

JAIS sahkan surat arah kibar bendera separuh tiang
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan surat yang tular pada Jumaat berkenaan arahan kepada masjid dan surau untuk mengibarkan bendera Selangor separuh tiang bermula Sabtu hingga Isnin.
https://www.sinarharian.com.my/article/221672/edisi/selangor-kl/jais-sahkan-surat-arah-kibar-bendera-separuh-tiang

Umat Islam dilarang ucap R.I.P
Umat Islam tidak berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam atau dilarang mengucapkan ‘Rest in Peace’ atau singkatannya R.I.P.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/umat-islam-dilarang-ucap-r-i-p/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.1K views14:23
Buka / Bagaimana