Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.63K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 52

2022-09-30 03:14:46
Doa Berlindung Dari Fitnah Dajjal

Rasulullah SAW mengajar kita untuk membaca doa ini selepas tahiyyat akhir dan sebelum salam pertama.

Ini menunjukkan kejahatan fitnah Dajjal dapat dielakkan dengan cara berdoa kepada Allah dan memohon kepada-Nya.
#hentikanfitnahdimediasosial
1.3K views00:14
Buka / Bagaimana
2022-09-29 16:11:51 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
29 Sept 2022 / 2 Rabiul Awal 1444H


Pelitup Muka Tidak Lagi Wajib Di Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata arahan itu berkuat kuasa mulai 30 September 2022 (Jumaat).
https://alhijrahnews.com/pelitup-muka-tidak-lagi-wajib-di-masjid-dan-surau-di-wilayah-persekutuan/

Ajaran sesat di Muallim, JAIPk sahkan tiada unsur meragukan
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan tiada unsur meragukan dan bercanggah pada kumpulan yang pada mulanya dikatakan sebagai ajaran sesat yang bertapak di daerah Muallim setakat ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/886654/ajaran-sesat-di-muallim-jaipk-sahkan-tiada-unsur-meragukan-metrotv

Lelaki didenda RM43,000 kerana guna logo halal palsu
Seorang lelaki didenda RM43,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, selepas mengaku bersalah mengguna logo halal palsu pada daging sejuk beku yang diimport.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/09/1006041/lelaki-didenda-rm43000-kerana-guna-logo-halal-palsu

Dari pentas dakwah ke padang bola
Tiada siapa menyangka pegawai serta petugas JAKIM yang sinonim dengan pentas dakwah mampu untuk bersukan secara profesional sama seperti pasukan bola sepak profesional lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/886947/dari-pentas-dakwah-ke-padang-bola

Lupuskan ayat suci lusuh secara tertib
Bahagian Kawalan dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Johor mengambil inisiatif menjalankan seminar tata cara lupus al-Quran lama, buku agama serta perhiasan yang mengandungi ayat al-Quran bagi membantu kariah mendapatkan keberkatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/886893/lupuskan-ayat-suci-lusuh-secara-tertib-metrotv

Dakwaan Penculikan Di Sekolah: KPM Teliti Sesuatu Kes Sebelum Ambil Tindakan
Sebarang dakwaan kononnya berlaku kes penculikan di beberapa negeri ketika ini, perlu disiasat dan diambil tindakan kes mengikut kes dan bukannya secara menyeluruh sehingga timbul pelbagai spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
https://alhijrahnews.com/dakwaan-penculikan-di-sekolah-kpm-teliti-sesuatu-kes-sebelum-ambil-tindakan/

Takaful IKHLAS-BSN jalin kerjasama pacu sektor perkhidmatan kewangan Islam
Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menjalin kerjasama bancatakaful terbaharu yang mampu memacu pertumbuhan perkhidmatan kewangan Islam di negara ini.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2124812

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
286 views13:11
Buka / Bagaimana
2022-09-29 12:11:38
TURUNNYA FITNAH, BAGAIKAN TURUNNYA AIR HUJAN

Hadis Usamah RA : Nabi SAW telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda: Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.

Dunia akhir zaman ini, akan terjadi berbagai fitnah dan orang yang menjauhi fitnah adalah lebih baik dari mereka yang melibatkan diri dengan fitnah tersebut kerana pada fitnah itu terdapat kehancuran dan perpecahan.

Marilah kita mendidik dan mentarbiah diri, keluarga dan masyarakat kita, dengan saling nasihat-menasihati dan tegur menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi yang membawa kepada dosa-dosa besar seperti menabur fitnah.

#hentikanfitnahdimediasosial
828 views09:11
Buka / Bagaimana
2022-09-29 06:12:42
[Kenyataan Media]

Pemakaian Pelitup Muka Di Masjid Dan Surau Di Wilayah-Wilayah Persekutuan
418 views03:12
Buka / Bagaimana
2022-09-29 04:49:52
BALASAN BAGI ORANG YANG MEMBUAT FITNAH

Allah SWT memberi amaran kepada setiap manusia yang suka melaga-lagakan orang lain sama ada dengan penulisan ataupun pengucapannya melalui firman-Nya dalam Surah al-Nur ayat 19 yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”

Berhati-hatilah apabila berkata-kata atau menyebarkan kata sama ada melalui lisan atau penulisan supaya tiada tercetusnya api fitnah yang bermula kecil dan akhirnya membesar sehingga membakar diri sendiri.
978 views01:49
Buka / Bagaimana
2022-09-28 15:06:59 my/rencana/forum/2022/09/suburkan-budaya-islam-tolak-pemikiran-kafir-mengkafir/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
618 views12:06
Buka / Bagaimana
2022-09-28 15:06:58 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
28 Sept 2022 / 1 Rabiul Awal 1444H


Penerapan fiqh al ta'ayush harus diaplikasi dalam gagasan MABIMS
Penerapan fiqh al ta'ayush harus diaplikasikan dalam gagasan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1005601/penerapan-fiqh-al-taayush-harus-diaplikasi-dalam-gagasan-mabims

Kes pengkid pakai ihram selesai - JAIPk
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata wanita berperwatakan lelaki atau 'pengkid' berkenaan tampil bersama ibu bapanya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak Tengah, Seri Iskandar dan melalui sesi kaunseling.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/886642/kes-pengkid-pakai-ihram-selesai-jaipk

MAIK mulakan program penarafan masjid seluruh negeri tahun depan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan memulakan program penarafan di 608 masjid mukim seluruh negeri secara berperingkat, mulai tahun depan.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/09/1005817/maik-mulakan-program-penarafan-masjid-seluruh-negeri-tahun-depan

Tiada kompromi madrasah dera ala militan – Idris
Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap madrasah yang melakukan penderaan ala militan terhadap penghuninya seperti yang didakwa berlaku terhadap seorang bekas penghuni sebuah madrasah di Selangor baru-baru ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/tiada-kompromi-madrasah-dera-ala-miltan-idris/

Rayuan MAIPS mencelah prosiding perceraian Siew Hong didengar Februari 2023
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Februari tahun depan bagi mendengar rayuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tidak membenarkannya mencelah prosiding perceraian Loh Siew Hong dan bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy yang memeluk agama Islam.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/09/1005543/rayuan-maips-mencelah-prosiding-perceraian-siew-hong-didengar-februari

Hormati Proses Mahkamah Kes Perbicaraan Individu Dikenali
Orang ramai dinasihatkan untuk menghormati proses mahkamah berhubung perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan insan yang dikenali.
https://alhijrahnews.com/hormati-mahkamah-kes-perbicaraan-individu-dikenali/

Kes Ebit Lew: Jangan menangguk di air keruh hingga jejas imej agama
Orang ramai diminta untuk tidak menangguk di air keruh terhadap kes perbicaraan membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, sehingga tanpa sedar memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1005862/kes-ebit-lew-jangan-menangguk-di-air-keruh-hingga-jejas-imej-agama

My #Qurantime Sasar 5,000 Peserta Sertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur
My #QuranTime mensasarkan seramai 5,000 peserta akan menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang akan dilaksanakan di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Okt depan.
https://alhijrahnews.com/my-qurantime-sasar-5000-peserta-sertai-majlis-konvokesyen-khatam-tadabbur/

Festival Islam Dan Halal Antarabangsa Johor 2022 Bermula 29 September
Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) meneruskan penganjurannya tahun ini selepas kejayaan edisi lepas (2019) yang telah berjaya merancakkan ekonomi negeri itu.
https://alhijrahnews.com/festival-islam-dan-halal-antarabangsa-johor-2022-bermula-29-september/

Raja Saudi Lantik Putera Mahkota Sebagai Perdana Menteri
Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Selasa melantik Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri baharu, Xinhua memetik laporan Saudi Press Agency (SPA).
https://alhijrahnews.com/raja-saudi-lantik-putera-mahkota-sebagai-perdana-menteri/

Suburkan budaya Islam, tolak pemikiran kafir mengkafir
Pemikiran kafir mengkafir sesama Muslim mendatangkan kesan buruk sehinggan boleh memberi imej negatif terhadap masyarakat bukan Islam.
https://www.utusan.com.
632 views12:06
Buka / Bagaimana
2022-09-28 06:24:40
Peringatan Rasulullah SAW Terhadap Orang Yang Menyampaikan Berita Tanpa Selidik Terlebih Dahulu

Kasihnya Rasulullah SAW kepada umatnya agar tidak melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT kerana berdusta adalah antara sifat munafik dan sangat dicela oleh Allah SWT.

Bersama-sama kita mengambil pengajaran melalui hadis ini dengan menyelidik dahulu berita yang ingin kita sampaikan kepada orang lain.
#hentikanfitnahdimediasosial
1.1K views03:24
Buka / Bagaimana
2022-09-27 14:48:05 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
27 Sept 2022 / 30 Safar 1444H

JAKIM Anjur Solat Jenazah Ghaib Buat Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi Malam Ini
JAKIM akan mengadakan solat jenazah ghaib buat ulama tersohor Allahyarham Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, selepas solat Isyak malam ini (27 September).
https://alhijrahnews.com/jakim-anjur-solat-jenazah-ghaib-buat-sheikh-yusuf-al-qaradhawi-malam-ini/

Pulau Pinang buat solat jenazah ghaib Yusuf al-Qaradawi
Seluruh surau dan masjid di Pulau Pinang diminta supaya mengadakan solat jenazah ghaib ke atas ulama tersohor dunia, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi yang meninggal dunia pada Isnin.
https://www.sinarharian.com.my/article/223206/edisi/utara/pulau-pinang-buat-solat-jenazah-ghaib-yusuf-al-qaradawi

Perlis Laksana Solat Jenazah Ghaib Ke Atas Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melimpahkan kurnia dan perkenan agar dilaksanakan solat jenazah ghaib ke atas Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradhawi di seluruh masjid di negeri ini selepas solat zohor, esok.
https://alhijrahnews.com/perlis-laksana-solat-jenazah-ghaib-ke-atas-sheikh-yusuf-al-qaradhawi/

Pemergian Yusuf Al-Qaradhawi Kehilangan Besar Dunia Islam – Idris Ahmad
Pemergian tokoh Islam Antarabangsa Sheikh Yusuf al-Qaradhawi merupakan kehilangan besar buat umat Islam di seluruh dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
https://alhijrahnews.com/pemergian-yusuf-al-qardawi-kehilangan-besar-dunia-islam-idris-ahmad/

Dunia ucap takziah atas pemergian Al Qaradawi
Turkiye, Qatar dan beberapa orang kenamaan dari negara-negara Arab dan Islam menyifatkan pemergian ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi sebagai satu kehilangan besar bagi umat Islam dunia.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/09/886176/dunia-ucap-takziah-atas-pemergian-al-qaradawi

Keganasan, ekstremisme perlu diberi perhatian - Idris
Ancaman keganasan dan ekstremisme perlu diberikan perhatian setara dengan isu-isu lain, bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara anggota Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2123996

Mesyuarat SOM MABIMS wadah rangka inisiatif tingkat ekonomi umat Islam- KM Sabah
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) ke-46 di sini, wajar dijadikan wadah merangka inisiatif bagi meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di negara anggotanya.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2123847

RM167 juta diperuntukkan bagi buku teks KAFA percuma di Sabah
Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM167 juta bagi Skim Pinjaman Buku Teks KAFA secara percuma di Sabah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1005211/rm167-juta-diperuntukkan-bagi-buku-teks-kafa-percuma-di-sabah

LZS hantar 12 pelajar Dermasiswa Zakat ke Mesir, Jordan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghantar 12 pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara menerusi program Dermasiswa Zakat pada Ahad.
https://www.sinarharian.com.my/article/223129/edisi/selangor-kl/lzs-hantar-12-pelajar-dermasiswa-zakat-ke-mesir-jordan

Mengenang Syeikh Yusuf Al-Qaradawi
Ulama tersohor, Sheikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi gemar membawa keharmonian dan berusaha menjernihkan kebencian.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/09/886163/mengenang-syeikh-yusuf-al-qaradawi

Liga Arab kutuk tentera, penduduk Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa
Liga Arab mengutuk tindakan tentera dan penduduk Israel menceroboh perkarangan Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmaqdis, lapor portal Xinhua.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/09/1005477/liga-arab-kutuk-tentera-penduduk-israel-ceroboh-masjid-al-aqsa

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
614 views11:48
Buka / Bagaimana
2022-09-27 13:31:42
Kaifiat Solat Jenazah Ghaib
917 views10:31
Buka / Bagaimana