Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.63K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 55

2022-09-16 18:06:07 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
16 Sept 2022 / 19 Safar 1444H


Ribuan Hadir Program Pahang Berselawat Sempena Sambutan Hari Malaysia
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang diimarahkan dengan program berselawat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang semalam.
https://alhijrahnews.com/ribuan-hadir-program-pahang-berselawat-sempena-sambutan-hari-malaysia/

Proses bina Keluarga Malaysia bersatu padu, miliki identiti nasional perlu dipertahan - PM
Proses membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu dan memiliki satu identiti nasional perlu terus dipertahan demi menjamin kelangsungan kedaulatan negara bangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2121151

Taman Halal Malaysia tarik pelaburan lebih RM16 bilion
Taman Perindustrian Halal Malaysia (Halal Malaysia Industrial Parks), iaitu sebuah inisiatif pertumbuhan industri halal Malaysia, telah berjaya menarik lebih daripada RM16 bilion pelaburan setakat ini, dengan RM9.5 bilion atau 59 peratus daripada jumlah ini adalah pelaburan langsung asing (FDI).
https://www.sinarharian.com.my/article/221540/bisnes/taman-halal-malaysia-tarik-pelaburan-lebih-rm16-bilion

Ustazah Taslimah Meninggal Dunia Ketika Pimpin Tahlil, Khatam Al-Quran
Seorang ustazah meninggal dunia ketika sedang memimpin bacaan tahlil dan khatam al-Quran di Masjid As Syafiiyah, Jalan Al Barkah, Tebet, Jakarta Selatan, semalam.
https://alhijrahnews.com/ustazah-taslimah-meninggal-dunia-ketika-pimpin-tahlil-khatam-al-quran/

Warga emas panjat siling elak ditahan berkhalwat
Warga emas lelaki berusia 73 tahun sanggup memanjat siling rumah setinggi lebih satu meter bagi mengelak ditahan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) yang melakukan Ops Banteras untuk mencegah maksiat sempena Hari Malaysia, malam tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/882562/warga-emas-panjat-siling-elak-ditahan-berkhalwat

Tiada bukti Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa mendiang Ratu Elizabeth II ialah keturunan Nabi Muhammad SAW atau daripada keturunan Bani Hashim di Semenanjung Arab, kata penerbit salasilah golongan bangsawan British kepada Middle East Eye baru-baru ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/221531/global/tiada-bukti-ratu-elizabeth-ii-keturunan-nabi-muhammad

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.1K views15:06
Buka / Bagaimana
2022-09-16 02:15:57
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022 buat seluruh Keluarga Malaysia.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

16 September 2022 | Keluarga Malaysia Teguh Bersama
2.1K views23:15
Buka / Bagaimana
2022-09-14 16:20:22 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
14 Sept 2022 / 17 Safar 1444H


MAIM cadang bina pusat jagaan warga emas
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bercadang untuk membina sebuah pusat penjagaan warga emas di negeri ini khusus mereka yang tidak mempunyai waris.
https://www.sinarharian.com.my/article/221240/edisi/melaka-ns/maim-cadang-bina-pusat-jagaan-warga-emas

Tabung Haji perkasa perkhidmatan melalui Cawangan Bergerak
Bagi mengukuhkan kedudukannya selaku sebuah institusi pengurusan dana Islam yang “dekat” dengan masyarakat, ia melancarkan Cawangan Bergerak TH yang bukan sahaja memudahkan pendeposit sedia ada berurusan, tetapi juga untuk menarik pendeposit baharu.
https://www.bernama.com/bm/b_fokus/news.php?id=2120304

Ganjil tak semestinya 'karamah' wali
Mutakhir, akhbar melaporkan berkaitan pergerakan sebuah kumpulan ajaran sesat dari negara jiran iaitu Hadi Minnallah yang kini dikesan aktif di beberapa negeri di Malaysia.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/881657/ganjil-tak-semestinya-karamah-wali

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.4K views13:20
Buka / Bagaimana
2022-09-13 17:10:51 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
13 Sept 2022 / 16 Safar 1444H


Nasihat Menteri Agama buat pendakwah selebriti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, hari ini memberi empat nasihat kepada pendakwah selebriti bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral dan tidak lagi dipercayai masyarakat.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/999765/nasihat-menteri-agama-buat-pendakwah-selebriti

Sehari boleh siap kad nikah
Pasangan pengantin baru di negeri ini tidak perlu menunggu sehingga tiga bulan bagi mendapatkan kad perakuan nikah apabila Negeri Sembilan menjadi negeri pertama memperkenalkan pemberian dokumen itu dalam masa sehari.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/881585/sehari-boleh-siap-kad-nikah

JAIS masih jalankan siasatan ajaran ‘Hadi Minallah’
Pemantauan terhadap ajaran sesat ‘Hadi Minallah’ belum berakhir, sebaliknya pergerakan kumpulan itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/jais-masih-jalankan-siasatan-ajaran-hadi-minallah/

JAWHAR komited bantu semua negeri urus, bangunkan tanah wakaf
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sedia membantu kerajaan negeri mengurus serta membangunkan tanah wakaf bagi membantu usaha meningkatkan ekonomi umat Islam setempat.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/999668/jawhar-komited-bantu-semua-negeri-urus-bangunkan-tanah-wakaf

Jangan cetus spekulasi hingga jatuhkan maruah figura lain
Orang ramai diseru tidak membuat sebarang spekulasi mengenai identiti selebriti lelaki yang terlibat dengan jenayah seksual sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada figura agama yang lain.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/jangan-cetus-spekulasi-hingga-jatuhkan-maruah-figura-lain/

MAIWP lancar Program Bijaktani Hidroponik Asnaf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, MAIWP telah memberi peluang kepada asnaf yang tinggal di PPR untuk memanfaatkan ruang dan kemudahan yang ada untuk bertani secara moden.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/09/13/maiwp-lancar-bijaktani-hidroponik-asnaf/

Kembali Status Agama: Keputusan Rayuan Mais, Kerajaan Selangor Pada 28 Nov
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menetapkan 28 November ini untuk menyampaikan keputusannya berhubung rayuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan status agama Islam seorang wanita berusia 35 tahun.
https://alhijrahnews.com/kembali-status-agama-keputusan-rayuan-mais-kerajaan-selangor-pada-28-nov/

Kerajaan Tidak Lagi Saman Individu Tidak Pakai Pelitup Muka
Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.
https://alhijrahnews.com/kerajaan-tidak-lagi-saman-individu-tidak-pakai-pelitup-muka/

Tunai umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II
Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya datang ke Makkah untuk menunaikan umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/09/881571/tunai-umrah-bagi-pihak-mendiang-ratu-elizabeth-ii

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.4K views14:10
Buka / Bagaimana
2022-09-13 04:02:45
Doa Memohon Petunjuk Kebenaran

Dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT, doa dan permohonan kepada Allah SWT mampu menolong seseorang untuk menghadapinya dan diberi jalan petunjuk kebenaran oleh Allah SWT.

Marilah kita mengamalkan doa ini agar Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kebenaran dalam kehidupan seharian kita.
3.2K views01:02
Buka / Bagaimana
2022-09-12 16:39:53 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
12 Sept 2022 / 15 Safar 1444H


Najmuddin dilantik Ex Officio MAIPs
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) yang baharu, Najmuddin Abdul Karim dilantik sebagai ahli Ex Officio Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkuat kuasa 1 September lalu.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/najmuddin-dilantik-ex-officio-maips/

Fatwa Harus Bawa Kestabilan Kepada Masyarakat
Itu merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam Kursus Fatwa Bagi Ulama Semalaysia dianjurkan Darul Ifta Mesir bermula pada 5 September hingga 17 September 2022 di Markas Latihan, Darul Ifta Mesir.
https://alhijrahnews.com/fatwa-harus-bawa-kestabilan-kepada-masyarakat/

PPZ-MAIWP, PTPN Jalin Kerjasama Tingkat Pembayaran Zakat, Simpanan Pendidikan
Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meningkatkan kesedaran tentang pembayaran zakat dan menabung untuk pendidikan.
https://alhijrahnews.com/ppz-maiwp-ptptn-jalin-kerjasama-tingkat-pembayaran-zakat-simpanan-pendidikan/

Tiada Kicap Abc Mengandungi Sulfur Dioksida Dikesan Dalam Negara
Tiada sampel produk kicap soya termasuk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng jenama ABC di negara ini dikesan mengandungi sulfur dioksida berdasarkan pemantauan di semua pintu masuk dan pasaran tempatan dari Jun 2021 sehingga kini.
https://alhijrahnews.com/tiada-kicap-abc-mengandungi-sulfur-dioksida-dikesan-dalam-negara/

Tolak kejahatan dengan kebaikan
Rasulullah juga diperintahkan oleh Allah supaya membalas kejahatan dan kekerasan dengan dengan kebaikan, manakala kekerasan dan kejahatan adalah berlawanan sama sekali dengan perintah Ilahi itu.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/880976/tolak-kejahatan-dengan-kebaikan

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.1K views13:39
Buka / Bagaimana
2022-09-12 03:41:27
Doa Ditambahkan Kebaikan

اَللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya: "Wahai Allah, Tambahkanlah buat kami dan jangan engkau kurangkan, Muliakanlah kami, jangan hinakan kami, Berilah buat kami, jangan dicegahnya, Pilihlah kami, jangan engkau biarkan, Dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami."

Hadis Riwayat Al-Tirmizi, 3173
3.8K views00:41
Buka / Bagaimana
2022-09-11 16:28:31 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
11 Sept 2022 / 14 Safar 1444H


PDRM kenal pasti tahap penguasaan al-Quran, solat pelatih
Seramai 470 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) menjadi kumpulan pertama yang menjalani ujian Pra Penilaian Modul Integriti (Pendidikan Islam) bagi mengenal pasti tahap penguasaan bacaan al-Quran dan solat.
https://www.sinarharian.com.my/article/220746/berita/nasional/pdrm-kenal-pasti-tahap-penguasaan-al-quran-solat-pelatih

Syor cuti sehari untuk saringan kesihatan
Kementerian Kesihatan mengesyorkan supaya setiap majikan di negara ini menyediakan cuti sehari dalam setahun kepada setiap kakitangan melakukan saringan kesihatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/880899/syor-cuti-sehari-untuk-saringan-kesihatan

Tadah tangan ketika doa dibaca hanya sunat
Umat Islam di Selangor tidak perlu bertelagah dalam isu makmum menadah tangan ketika khatib membaca doa semasa khutbah kedua kerana hukumnya adalah sunat.
https://www.utusan.com.my/terkini/2022/09/tadah-tangan-ketika-doa-dibaca-hanya-sunat/

Kembalikan amalan sunnah bersalaman
Sunnah yang diamalkan iaitu berjabat salam dilihat terabai kesan terikut-ikut dengan penetapan SOP ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
https://www.utusan.com.my/pancaindera/jejak-ulama/2022/09/kembalikan-amalan-sunnah-bersalaman/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
2.2K views13:28
Buka / Bagaimana
2022-09-07 15:46:54 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
7 Sept 2022 / 10 Safar 1444H


Berdosa sebar aib ibu bapa kepada umum – Mufti Kedah
Islam melarang sekeras-kerasnya tindakan individu untuk menyebar keaiban ibu bapa masing-masing kepada umum sehingga menjatuhkan maruah kedua-duanya.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/berdosa-sebar-aib-ibu-bapa-kepada-umum-mufti-kedah/

Pemegang visa pelancong boleh tunai umrah, tapi bukan di musim haji
Kementerian Haji dan Umrah (Mohu) Arab Saudi sekali lagi menegaskan bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dibenar menunaikan ibadah umrah semasa berada di negara itu, tetapi tidak ketika musim haji.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/09/879544/pemegang-visa-pelancong-boleh-tunai-umrah-tapi-bukan-di-musim-haji

Tidak Wajib Pakai ‘Face Mask’ Di Kawasan Tertutup
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, individu boleh memilih untuk memakai pelitup muka mengikut pilihan sendiri.
https://alhijrahnews.com/tidak-wajib-pakai-face-mask-di-kawasan-tertutup/

Lidah, hati manusia boleh membawa kebaikan atau keburukan
Islam melarang perbuatan melontarkan kata-kata berbaur kejian terhadap individu disabitkan kesalahan secara keterlaluan.
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2022/09/997365/lidah-hati-manusia-boleh-membawa-kebaikan-atau-keburukan

Jangan terus jatuh hukum!
Pengacara dan pendakwah, Ustaz Don Daniyal berharap golongan agamawan atau asatizah dan artis saling bermuafakat terutama dalam membangunkan sektor seni berlandaskan Islam.
https://www.hmetro.com.my/rap/2022/09/879363/jangan-terus-jatuh-hukum

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
408 views12:46
Buka / Bagaimana
2022-09-06 17:56:27
DOA KETIKA TERJAGA DI TENGAH MALAM

Sesiapa terjaga pada waktu malam, kemudian membaca: "Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tak ada sekutu bagiNya, milikNya semua kerajaan dan bagiNya semua pujian. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala puji hanya milik Allah, Maha Suci Allah, tak ada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan Allah. Kemudian berdoa, "Ya Allah, ampunilah aku" atau lalu berdoa maka doanya akan diterima. Jika ia berwudhu lalu solat, maka solatnya akan diterima." Sahih Al-Bukhari (1154)

#doawaktumalam
#jakim
#keluargamalaysia
647 views14:56
Buka / Bagaimana