Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.63K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 56

2022-09-06 17:17:18 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
6 Sept 2022 / 9 Safar 1444H

Keperluan, Kebajikan Penguat Kuasa Agama & Pendakwa Syarie Dilihat Lebih Dekat
JAKIM telah diminta untuk melihat dengan lebih dekat keperluan tugasan serta kebajikan penguat kuasa agama dan pendakwa syarie.
https://alhijrahnews.com/keperluan-kebajikan-penguat-kuasa-agama-pendakwa-syarie-dilihat-lebih-dekat/

Penguat kuasa agensi agama perlu ada uniform tersendiri
Pegawai dan anggota penguat kuasa agensi agama di seluruh negara disyorkan mempunyai pakaian seragam tersendiri sebagai identiti dan imej pasukan ketika bertugas.
https://www.kosmo.com.my/2022/09/06/penguat-kuasa-agensi-agama-perlu-ada-uniform-tersendiri/

Hukuman diyat: Perlu kajian dari aspek undang-undang sebelum dilaksana
Kerajaan sedang mengadakan sesi libat urus bagi mengkaji kesesuaiaan dari aspek undang-undang sebelum hukuman diyat dapat dilaksanakan.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2118039

Isu guru Kafa: Jakim diminta beri penjelasan
JAKIM diminta memberi penjelasan berhubung tular isu pembayaran elaun membabitkan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Sabah.
https://www.sinarharian.com.my/article/220070/berita/nasional/isu-guru-kafa-jakim-diminta-beri-penjelasan

Pelakon Remaja Perlu Buat Laporan Polis Isu Jenayah Seksual
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, tindakan itu perlu kerana jenayah seksual merupakan kesalahan yang berat dari sudut undang-undang.
https://alhijrahnews.com/pelakon-remaja-perlu-buat-laporan-polis-isu-jenayah-seksual/

Pelakon remaja seharusnya tutup aib, tidak buat pendedahan kepada orang ramai
Pelakon remaja yang mendakwa dicabul bapa sepatutnya melaporkan segera kejadian itu kepada polis dan bukan membuka aib mendedahkannya kepada orang ramai.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/997101/pelakon-remaja-seharusnya-tutup-aib-tidak-buat-pendedahan-kepada

Terengganu, JAKIM buka ruang semarak agenda dakwah
Kerajaan Terengganu melalui Exco Dakwah dan agensi-agensi yang bernaung di bawahnya bersama JAKIM membuka ruang kerjasama menyemarakkan agenda dakwah antara kerajaan Persekutuan dan negeri.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/09/06/terengganu-jakim-buka-ruang-semarak-agenda-dakwah/

Maidam agih RM3.634 juta bantuan musibah
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengagihkan sebanyak RM3.634 juta untuk bantuan musibah kepada golongan asnaf di negeri ini sepanjang tahun ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/maidam-agih-rm3-634-juta-bantuan-musibah/

Lebih 600 keluarga di Hulu Langat, Hulu Selangor terima fidyah
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM67,700 kepada 677 keluarga yang memerlukan di daerah Hulu Langat dan Hulu Selangor.
https://www.sinarharian.com.my/article/220061/edisi/selangor-kl/lebih-600-keluarga-di-hulu-langat-hulu-selangor-terima-fidyah

Diyat tidak terpakai dalam semua kesalahan jenayah
Diyat atau ganti rugi tidak terpakai dalam semua kesalahan jenayah, tetapi khusus kepada jenayah yang membabitkan mangsa seperti pembunuhan atau mendatangkan kecederaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/879277/diyat-tidak-terpakai-dalam-semua-kesalahan-jenayah

Musim Baru Dakwah Live Janjikan Pengisian Muhasabah Diri
Dakwah LIVE, program terbitan TV AlHijrah yang membincangkan isu-isu semasa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam kembali dengan musim kedua yang menjanjikan kandungan untuk penonton muhasabah diri.
https://alhijrahnews.com/musim-baru-dakwah-live-janjikan-pengisian-muhasabah-diri/

Tiada 'sial' dalam bulan Safar
Dalam lipatan sejarah Islam, bulan Safar mencatatkan pelbagai peristiwa besar dan penting yang sewajarnya menjadi bahan renungan bersama setiap Muslim dalam kehidupan seharian.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/879061/tiada-sial-dalam-bulan-safar

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
512 views14:17
Buka / Bagaimana
2022-09-06 02:52:49
Doa Paling Kerap Diucapkan Oleh Nabi SAW

“Ya Allah, Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

Sentiasa amalkan membaca doa ini selepas solat.
1.5K views23:52
Buka / Bagaimana
2022-09-04 16:50:44 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
4 Sept 2022 / 7 Safar 1444H


MUIP agih bantuan RM107.2 juta
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan bantuan kewangan lebih RM107.2 juta kepada 137,524 penerima dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/09/996391/muip-agih-bantuan-rm1072-juta

Ketetapan Baharu Pemakaian Pelitup Muka Diumum Rabu Ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka selewat-lewatnya Rabu ini.
https://alhijrahnews.com/ketetapan-baharu-pemakaian-pelitup-muka-diumum-rabu-ini/

30 anak Orang Asli teruja berkhatan
Pasangan kembar Orang Asli berusia 13 tahun teruja ketika menyertai program berkhatan beramai-ramai dan gembira kerana mereka kini sama seperti rakan sebaya lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/878630/30-anak-orang-asli-teruja-berkhatan

Pastikan ada bukti 'peruntuh masjid'
Orang ketiga yang mengganggu keharmonian rumah tangga boleh didakwa.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/09/878519/pastikan-ada-bukti-peruntuh-masjid

Isu konsert, letakkan Islam di tempat sepatutnya – Akhil Khay
Tidak salah berhibur tetapi letaklah agama Islam di tempat yang sepatutnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/09/04/isu-konsert-letakkan-islam-di-tempat-sepatutnya-akhil-khay/

Duopharma Biotech sasar potensi produk halal
Segmen halal mempunyai potensi besar untuk berkembang seiring dengan pertambahan penduduk Islam yang mencecah lebih satu pertiga daripada penduduk global, demikian menurut Duopharma Biotech Bhd.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/09/996435/duopharma-biotech-sasar-potensi-produk-halal

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
468 views13:50
Buka / Bagaimana
2022-09-04 04:28:14
Doa Memohon Agar Amal Ibadah Diterima Allah SWT

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Amalkan membaca doa ini setiap kali selepas solat. Semoga Allah SWT menerima amal ibadat kita.
1.1K views01:28
Buka / Bagaimana
2022-09-03 18:27:46 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
3 Sept 2022 / 6 Safar 1444H


KSN dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan MKI
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), untuk tempoh dua tahun bermula 30 Jun lalu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/996252/ksn-dilantik-pengerusi-jawatankuasa-pengurusan-hal-ehwal-islam

G2G perluas sijil halal
Kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) adalah langkah ke hadapan bagi Malaysia untuk mengembangkan pensijilan halalnya serta memanfaatkan hubungan perdagangan dengan negara lain, kata Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/09/878188/g2g-perluas-sijil-halal

Anak Mangsa MH370 Sangkal Dakwaan Gambar Tular Sebagai Bapanya
Anak kepada ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014, tampil menafikan berkenaan gambar mirip dengan bapanya yang tular di media sosial baru-baru ini.
https://alhijrahnews.com/anak-mangsa-mh370-sangkal-dakwaan-gambar-tular-sebagai-bapanya/

Lima fasa sebelum kiamat
Akan tiba masanya bumi ini menemui titik noktahnya dan berlakulah apa yang disebut sebagai kiamat dan hari kebangkitan oleh semua makhluk.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/878199/lima-fasa-sebelum-kiamat

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
485 views15:27
Buka / Bagaimana
2022-09-03 04:01:55
Doa Mohon Dikurniakan Akhlak Yang Baik

Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini agar Allah SWT mengurniakan kepada kita akhlak yang baik.
1.5K views01:01
Buka / Bagaimana
2022-09-02 17:39:26 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
2 Sept 2022 / 5 Safar 1444H


Alimuddin dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan MKI
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkuat kuasa mulai 30 Jun lalu sehingga 29 Jun 2024.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/alimuddin-dilantik-pengerusi-mki/

Jangan jadikan masjid gelanggang politik - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah supaya masjid tidak dijadikan sebagai tempat untuk mencerca sesama umat, bertelingkah dan gelanggang politik.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/878042/jangan-jadikan-masjid-gelanggang-politik-agong

MAIS peruntuk RM21.1 juta pulih, bimbing asnaf riqab
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan RM 21.2 juta untuk melaksanakan pelbagai program membabitkan golongan asnaf riqab tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/877900/mais-peruntuk-rm211-juta-pulih-bimbing-asnaf-riqab-metrotv

'Jumaat berdarah' segar dalam ingatan
Berpantang maut sebelum ajal. Demikian situasi dilalui pesara polis hutan, Sarjan (B) Rosidi Semail, 74, ketika bertugas menentang komunis yang sedang mengganas di Sik, Kedah pada 16 Jun 1972.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/09/877880/jumaat-berdarah-segar-dalam-ingatan

Siap sedia hadapi kematian
Kematian dan masuknya manusia ke alam barzakh adalah ketentuan Allah SWT yang pasti akan terjadi.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/877875/siap-sedia-hadapi-kematian

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.2K views14:39
Buka / Bagaimana
2022-09-02 01:52:40
HARI JUMAAT PENGHAPUS DOSA

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.”

Marilah kita perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan di hari Jumaat yang mulia. Semoga dosa-dosa kita diampun oleh Allah SWT.

#PasukanMenteriAgama
#harijumaatpenghulusegalahari
1.4K views22:52
Buka / Bagaimana
2022-09-01 15:27:32 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
1 Sept 2022 / 4 Safar 1444H


JAKIM Yakin Tan Sri Zaharah Mampu Galas Tanggungjawab
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yakin Tan Sri Zaharah Ibrahim yang baru dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) mampu menggalas tanggungjawabnya dengan baik.
https://alhijrahnews.com/jakim-yakin-tan-sri-zaharah-mampu-galas-tanggungjawab/

JAKIM hantar pasukan audit halal ke Australia bulan ini
JAKIM akan menghantar pasukan ke Australia bulan ini bagi melakukan pengesahan audit halal di loji sembelihan Thomas Foods Industries (TFI) yang membekalkan daging ke Malaysia.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/995565/jakim-hantar-pasukan-audit-halal-ke-australia-bulan-ini

2,529 asnaf riqab termasuk LGBT dibimbing ke pangkal jalan
Seramai 2,529 golongan asnaf riqab termasuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Selangor mendapat bimbingan serta bantuan kebajikan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
https://www.sinarharian.com.my/article/219365/edisi/selangor-kl/2529-asnaf-riqab-termasuk-lgbt-dibimbing-ke-pangkal-jalan

1,110 pegawai syarak negeri Melaka bakal nikmati kenaikan elaun
Seramai 1,110 pegawai syarak di Melaka bakal menikmati kenaikan elaun antara RM50 hingga RM200 berkuat kuasa Oktober depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2116584

Kawal selia aktiviti budaya, kesenian elak menyimpang ajaran Islam – Mufti
Pihak berkuasa perlu mengambil langkah mengawal segala aktiviti kebudayaan dan kesenian yang diadakan di negara ini dengan mengadakan garis panduan tertentu supaya aktiviti-aktiviti itu tidak menyimpang daripada ajaran agama dan nilai-nilai murni budaya timur.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/kawal-aktiviti-budaya-kesenian-elak-menyimpang-ajaran-islam/

MAIWP terkejut aduan keluarga susah tapi tinggal di kondo mewah
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegur tindakan golongan yang berada dalam kesempitan supaya bersikap bijak menyesuaikan diri dan keluarga dalam memenuhi keperluan serta kehendak seiring dengan kemampuan semasa.
https://www.sinarharian.com.my/article/219348/edisi/selangor-kl/maiwp-terkejut-aduan-keluarga-susah-tapi-tinggal-di-kondo-mewah

Zakat Pulau Pinang peka denyut nadi asnaf
Zakat Pulau Pinang (ZPP) bercadang untuk menaikan kadar bantuan zakat kepada asnaf melalui skim-skim agihah tertentu sesuai dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/219286/berita/nasional/zakat-pulau-pinang-peka-denyut-nadi-asnaf

Jalur Gemilang Terpancar Pada Burj Khalifa
Satu penghormatan buat Malaysia apabila bendera Jalur Gemilang dipancarkan pada bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa, di Dubai.
https://alhijrahnews.com/jalur-gemilang-terpancar-pada-burj-khalifa/

MRA Lancar Tabung Bantuan Banjir Pakistan
Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Bantuan Banjir Pakistan bagi membantu mangsa bencana alam yang disifatkan salah satu situasi terburuk dalam sejarah Pakistan.
https://alhijrahnews.com/mra-lancar-tabung-bantuan-banjir-pakistan/

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
468 views12:27
Buka / Bagaimana
2022-08-31 16:40:38 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
31 Ogos 2022 / 3 Safar 1444H


Hanya wakil JAKIM bantah konsert artis Barat
Hanya wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang membantah penganjuran konsert artis Barat dalam sesi mesyuarat bersama pelbagai agensi baru-baru ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/995146/hanya-wakil-jakim-bantah-konsert-artis-barat

Fitnah di media sosial lebih dahsyat daripada fitnah lisan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menasihatkan umat Islam di negara ini supaya membebaskan diri daripada dijajah atau dipengaruhi oleh perbuatan tidak bermoral dan mengelak daripada mencetuskan perbalahan khususnya di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/877142/fitnah-di-media-sosial-lebih-dahsyat-daripada-fitnah-lisan

Keluarga Malaysia perlu bersatu padu pertahan keharmonian - PM
Keluarga Malaysia perlu terus kekal bersatu padu dan mempertahankan keharmonian dalam semua aspek sebagai rencah utama kestabilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2116320

Awas dengan ancaman penjajahan baharu seperti berita palsu, fitnah
Rakyat dinasihati supaya berwaspada dengan ancaman penjajahan moden yang muncul hasil arus globalisasi yang menyerang pemikiran dan budaya khususnya generasi muda.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/877357/awas-dengan-ancaman-penjajahan-baharu-seperti-berita-palsu-fitnah-metrotv

Keluarga Malaysia Teguh Bersama, Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Luar Biasa
Sambutan luar biasa rakyat pelbagai kaum yang menyertai dan menghadiri acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, di sini hari ini berjaya menterjemahkan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
https://alhijrahnews.com/keluarga-malaysia-teguh-bersama-sambutan-hari-kebangsaan-2022-luar-biasa/

Masjid Jamek Dipenuhi Jemaah Sebelum Sambutan Hari Kebangsaan
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini, dipenuhi orang awam bagi menunaikan solat Subuh berjemaah sebelum menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
https://alhijrahnews.com/masjid-jamek-dipenuhi-jemaah-sebelum-sambutan-hari-kebangsaan/

Pemilihan Al-Sajdah tepat, dekat di hati rakyat
Pemilihan surah Al-Sajdah pada program Malaysia #QuranHour 2022 disifatkan amat tepat dan dekat di hati masyarakat Malaysia pada ketika ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/219115/khas/wacanaquran/pemilihan-al-sajdah-tepat-dekat-di-hati-rakyat

100,000 jemaah umrah sudah tiba di Madinah
Lebih 100,000 jemaah umrah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Abdulaziz di Madinah sejak awal tahun baharu Islam, 1 Muharam (pada 30 Julai), lapor Saudi Press Agency pada Isnin.
https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/08/877230/100000-jemaah-umrah-sudah-tiba-di-madinah

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
1.3K views13:40
Buka / Bagaimana