Get Mystery Box with random crypto!

JAKIM

Logo saluran telegram myjakim — JAKIM J
Logo saluran telegram myjakim — JAKIM
Alamat saluran: @myjakim
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.63K
Deskripsi dari saluran

Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 53

2022-09-27 09:14:37
JAGA AIB SESAMA MUSLIM

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.

Sentiasalah berdoa agar Allah SWT pelihara aib kita daripada tersebar.
#hentikanfitnahdimediasosial
1.6K views06:14
Buka / Bagaimana
2022-09-27 04:32:14
BALASAN KEPADA PENGUMPAT DAN PENGAIB

Islam melarang umatnya berakhlak buruk seperti mengumpat serta mengaibkan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Ketika aku dinaikkan ke langit (pada malam Israk dan Mikraj), aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku dari tembaga dan mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka, maka aku berkata : Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab : Merekalah orang-orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan mengaibkan maruah mereka.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Islam seperti mengumpat dan membuka aib orang Islam.
#hentikanfitnahdimediasosial
2.1K views01:32
Buka / Bagaimana
2022-09-26 14:25:55 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
26 Sept 2022 / 29 Safar 1444H


TH sumbang van kepada pusat tahfiz
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sebuah van kepada Pondok Fii Dzilalil Qu'ran, Kota Belud, Sabah untuk kegunaan pelajar di situ.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1005000/th-sumbang-van-kepada-pusat-tahfiz

NGO watak penting laksana kerja dakwah di Sabah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berharap agar semua NGO sentiasa turun kepada masyarakat serta menjadi duta penyatuan untuk kerja dakwah dan kebajikan.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/09/26/ngo-watak-penting-laksana-kerja-dakwah-di-sabah/

Maybank Islamic perkukuh operasi pengusaha produk halal
Maybank Islamic Bhd memperkemaskan operasi perniagaan halal dikenali sebagai Halal Route to Market Programme 2.0 (Halmap 2.0) kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi kerjasama strategik bersama syarikat e-dagang tempatan, eLOKAL Sdn Bhd.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/09/1004929/maybank-islamic-perkukuh-operasi-pengusaha-produk-halal

Peneroka haram Yahudi mahu ubah sejarah Masjid Al-Aqsa
Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Hussein berkata pada Ahad bahawa peningkatan pencerobohan para peneroka haram Yahudi ke pekarangan Masjid Al-Aqsa adalah satu percubaan untuk mengubah status quo bersejarah dan agama di dalam tapak suci itu.
https://www.sinarharian.com.my/article/222937/global/peneroka-haram-yahudi-mahu-ubah-sejarah-masjid-al-aqsa

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
513 views11:25
Buka / Bagaimana
2022-09-26 05:11:28
FITNAH DI HUJUNG JARI

Jika dahulu fitnah disebarkan secara ‘telinga ke telinga’ atau melalui lisan, mungkin mengambil masa yang agak lama untuk disebarkan, namun pada zaman serba canggih ini,gejala fitnah berleluasa dengan semakin pantas melalui pelbagai platform media sosial dan internet di hujung jari.

Allah SWT memerintahkan golongan beriman memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan.
#hentikanfitnahdimediasosial
1.8K views02:11
Buka / Bagaimana
2022-09-25 01:58:03
DOA KETIKA HUJAN

Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat. Amin.
1.5K views22:58
Buka / Bagaimana
2022-09-24 17:43:33 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
24 Sept 2022 / 27 Safar 1444H


JAKIM Disyor Perkenal SKM Pendidikan Islam Untuk OKU
JAKIM melalui Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di bawah jabatan itu disyor supaya memperkenalkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pendidikan Islam bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti pendengaran, penglihatan, pertuturan dan autisme.
https://alhijrahnews.com/jakim-disyor-perkenal-skm-pendidikan-islam-untuk-oku/

LZS proaktif kesan, bantu asnaf menerusi Skuad Jejak Kemiskinan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan terus proaktif mengesan individu dan keluarga yang layak didaftarkan sebagai golongan asnaf di negeri itu menerusi program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK).
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/09/1004268/lzs-proaktif-kesan-bantu-asnaf-menerusi-skuad-jejak-kemiskinan

PM Cipta Sejarah Berucap Dalam Bahasa Melayu Pada Perhimpunan Pbb Di New York
Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta sejarah apabila muncul mewakili negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini seorang lagi dengan nama sama muncul melakar satu lagi sejarah.
https://alhijrahnews.com/pm-cipta-sejarah-berucap-dalam-bahasa-melayu-pada-perhimpunan-pbb-di-new-york/

Malaysia, Palestin Meterai Empat MoU Perkukuh Hubungan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyaksikan majlis menandatangani empat MoU mengenai Penubuhan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama, Kerjasama dalam Bidang Kesihatan, Pelancongan dan Hal Ehwal Islam.
https://alhijrahnews.com/malaysia-palestin-meterai-empat-mou-perkukuh-hubungan/

Produk bakeri AEON BiG terima sijil halal JAKIM
AEON BiG terus memacu usaha membawa produk halal kepada para pelanggannya apabila produk bakeri LaBoheme di pasar raya besar itu menerima sijil pengesahan halal daripada JAKIM.
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/09/produk-bakeri-aeon-big-terima-sijil-halal-jakim/

Banduan Khatam Al-Quran 10 Kali, Berubah Di Sebalik Tirai Besi
Banduan yang dikenali sebagai Din, 62, telah 10 kali khatam membaca al-Quran sepanjang 25 tahun berada di sebalik tirai besi setelah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
https://alhijrahnews.com/banduan-khatam-al-quran-10-kali-berubah-di-sebalik-tirai-besi/

Jauhi terpalit fitnah
Para pendakwah atau kadangkala digelar sebagai 'orang agama' harus menjaga perwatakan dan tutur bicaranya pada setiap masa.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/885044/jauhi-terpalit-fitnah

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
290 views14:43
Buka / Bagaimana
2022-09-24 02:10:00
ANTARA KESAN BURUK FITNAH

Jika kita menelusuri lipatan sejarah, kita akan dapati banyak kesan buruk yang menimpa sesuatu masyarakat kesan dari fitnah. Antaranya, punca kematian Saidina Uthman bin
Affan RA yang seterusnya membawa kepada beberapa siri peperangan sesama umat Islam pada zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib RA.

Jangan pandang remeh budaya fitnah-memfitnah dan tuduh-menuduh kerana kesannya sangatlah besar dan berpanjangan.
#hentikanfitnahdimediasosial
885 views23:10
Buka / Bagaimana
2022-09-23 16:24:34 Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
23 Sept 2022 / 26 Safar 1444H

ZPP lancar aplikasi MaiZakat
Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengorak langkah ke depan dengan memperkenalkan aplikasi khusus iaitu MaiZakat untuk kemudahan pengguna telefon pintar di negeri ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/zpp-lancar-aplikasi-maizakat/

Zakat Emas, Kewajipan Yang Jarang Diperkatakan
Mengeluarkan zakat adalah wajib bagi umat Islam yang memenuhi syarat-syaratnya dan antara zakat lazim ialah zakat fitrah, pendapatan dan harta.
https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2123134

Ramai tokok tambah madrasah ala militan - Exco Selangor
Tidak wujud dakwaan penderaan ala militan ke atas pelatih di Pertubuhan Kebajikan Darussolihin sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/884942/ramai-tokok-tambah-madrasah-ala-militan-exco-selangor

Bantu 30 pusat kebajikan Islam berdaftar dengan PBT
Kerajaan Selangor akan membantu 30 pusat kebajikan Islam di seluruh negeri supaya dapat berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/bantu-30-pusat-kebajikan-islam-berdaftar-dengan-pbt/

Pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli Dalam Pendidikan Satu Keperluan
Tinjauan sejarah memaparkan bahawa Pendidikan Islam dilihat kurang menekankan kaedah pemikiran saintifik dalam memahami sesuatu kebenaran dalam pedagogi pembelajaran.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2122909

Kini hampiri zaman terakhir
Manusia akhir zaman akan diperlihatkan dengan lima peringkat zaman yang dibayangkan oleh Baginda Nabi SAW telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/09/884713/kini-hampiri-zaman-terakhir

Berantakan tanpa tasamuh
Antara dasar paling penting dalam pembentukan keluarga Muslim ialah sifat pemaaf dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan.
https://www.hmetro.com.my/rencana/2022/09/884710/berantakan-tanpa-tasamuh

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM
828 views13:24
Buka / Bagaimana
2022-09-23 11:51:58
Petikan daripada khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM hari ini 23 September 2022 (Bau Busuk Tak Berbangkai)

Perbuatan fitnah adalah Haram dan dikecam dengan keras oleh Nabi SAW berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)”

Ayuhlah, kita bersama-sama menjadi pemutus kepada mata rantaian fitnah agar generasi yang akan datang dapat diselamatkan.
#hentikanfitnahdimediasosial
758 views08:51
Buka / Bagaimana
2022-09-23 10:48:15
Petikan daripada khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM hari ini 23 September 2022 (Bau Busuk Tak Berbangkai)

Fitnah berlaku dalam dua keadaan;

Apabila seseorang mengada-adakan sesuatu berita tentang seseorang lalu menyebarkannya kepada orang lain dengan tujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang tersebut.

Apabila seseorang menerima berita tentang seseorang tanpa menyelidiki kesahihannya lalu menyebarkannya kepada orang lain sama ada dengan niat untuk memburuk-burukkan atau tidak.

Dalam kedua-dua situasi inilah fitnah berlaku dan ia dilihat berleluasa sekali dalam masyarakat kita pada hari ini khususnya melalui saluran media sosial.
#hentikanfitnahdimediasosial
835 views07:48
Buka / Bagaimana