Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.64K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 5

2023-06-12 06:19:43 Kenapa gaji tak cukup?

Tonton video baharu saya di https://vt.tiktok.com/ZSLj5eEd9/
828 views03:19
Buka / Bagaimana
2023-06-12 05:51:08
Cerita Tuan Saiful Nang, pun ada dalam buku Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E.

Ia dalam bab Identiti FIRE: CINTAI SEPENUH HATI APA YANG DILAKUKAN.

Beliau pernah menjadi juru foto termahal di Malaysia.

Minat beliau yang mendalam bidang fotografi menjadikan beliau idola bagi para fotografer lain.

Dengan skil fotografinya yang unik, beliau pernah menjadi fotografer di-raja Sultan Brunei Darussalam dan fotografer di-raja Sultan Kelantan.

Bukan calang-calang orang dapat peuang menjadi fotografer di-raja ni.

Bukan itu sahaja, syarikat-syarikat gergasi seperti Canon dan Nokia sering menghadiahkan beliau kamera untuk diuji. Malah syarikat beliau, Candid
Syndrom telah mencapai tahap antarabangsa apabila berjaya mendapat tempat di Indonesia, Brunei, Sweden, Singapura dan Asia Barat.

Apakah persaman antara Khairul Aming yang saya kongsikan semalam dan Saiful Nang?

Meraka ada PASSION dalam bidang yang mereka lakukan, dan perkara yang mereka lakukan mendatangkan wang kepada mereka.
901 views02:51
Buka / Bagaimana
2023-06-09 18:00:13
Ada yang berminat tak kalau saya organize program bagaimana memilih dana UNIT TRUST berkualiti dan monitor sendiri pelaburan kita?


Ada yg berminat?

Isi borang ini dulu utk saya survey sambutan

https://forms.gle/seN8Nvi1maSnjxLTA
929 viewsedited  15:00
Buka / Bagaimana
2023-06-09 16:23:33 "Kenapa penting urus wang sebaik sahaja dapat gaji pertama?"

Tonton video baharu saya di https://vt.tiktok.com/ZSL2awjxH/
956 viewsedited  13:23
Buka / Bagaimana
2023-06-09 04:46:37 Sudah mula! Boleh tonton di sini https://fb.watch/l2pbx5fDSK/?mibextid=Nif5oz
1.1K viewsedited  01:46
Buka / Bagaimana
2023-06-09 03:51:35
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan saya di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di saluran TV3!

Saya akan membahaskan topik yang sangat relevan, iaitu Formula Gaji Mula Bekerja.

Pada tarikh 9 Jun 2023, pada hari Jumaat, jam 9.00 pagi.

Bersama saya, Afyan Mat Rawi, IFP, merangkap Perunding Kewangan INFAQ Consultancy akan membincangkan segala perkara berkaitan kewangan dan memberikan panduan berharga kepada anda.

Boleh tonton stream di sini: https://fb.watch/l2pbx5fDSK/?mibextid=Nif5oz
1.1K viewsedited  00:51
Buka / Bagaimana
2023-06-08 10:06:57 - Saya jadi ejen unit trust pertama kali sejak 2009, tapi setahun je la lepas tu stop, sebelum aktif balik 2016 dan kemudian slow down pada tahun 2019 sehingga kini. Saya naik dari satu anak tangga ke satu anak tangga, daripada peringkat ejen hingga ke GAM.

- Pengalaman saya, memang dalam mana-mana pelaburan (dan bisnes) tidak kira unit trust, saham, hartanah, Kripto, emas, private mandate, I RPS dsb, majoriti akan balik modal atau rugi. Hanya minoriti sahaja yang berjaya buat untung.

- Apa yang membezakan semua? Ilmu

- Saya tahu, ramai ejen akan kongsikan keuntungan klien mereka. Saya pun begitu. Banyak kali tunjukkan perihal keuntungan pelaburan. Tapi saya amalkan dan galakkan, kongsikan juga perihal kerugian unit trust, termasuk posting ini.

- Saya mula aktif kembali pada tahun 2016 melalui platform Single License Investment yang memasarkan produk unit trust daripada lebih 30 kompeni pelaburan dengan beratus fund.

- Biasanya orang hanya kenal 2 ke 4 kompeni unit trust. Tapi dengan platform ini, pelabur boleh melabur dalam lebih 30 syarikat unit trust di Malaysia. Rujuk https://afyan.com/single-license-investment.html/

- Melalui platform Single License Investment Ini, klien boleh pilih dan compare fund yg terbaik daripada pelbagai kompeni. Yang bestnya lagi, klien boleh switch dari satu fund ke satu fund tanpa sebarang caj.

- Namun ia bukan jaminan keuntungan. Platform tetap sebuah alat. Bak kata Ejen Aliya kepada Ejen Ali, "Iris memang mampu meningkatkan keupayaan seseorang ejen, namun ia tetap sebuah gajet. Yang tentukan keberkesanannya ialah pemakainya".

- Sama juga dgn platform Single License Investment, Ia tetap sebuah alat, bukan penentu keuntungan.

- Jika tidak monitor, switching, cut loss dan lock profit, agak sukar untuk membuat untung. 4 perkara ini sangat penting untuk memastikan kelestarian keuntungan.

- Rujuk posting https://afyan.com/strategi-yang-sepatutnya-dilakukan-untuk-pelaburan-unit-amanah.html untung keterangan lanjut strategi ini.

- Saya selalu pesan kepada rakan-rakan pelaburan, lakukan monitoring sendiri dan jangan harapkan ejen. Ejen hanya pemudah cara. Hampir mustahil untuk ejen monitor SEMUA klien serentak untuk memastikan keuntungan.

- Sepanjang saya mempromosi unit trust, banyak kali saya dedahkan sisi gelap dalam industri unit trust ini yang jarang diceritakan, sehingga ramai juga ejen-ejen yang tidak selesa dengan cara saya.

- Saya kongsikan misleading dan misselling ejen-ejen contohnya di https://afyan.com/ajaran-sesat-dalam-industri-unit-trust-kalau-guna-cara-kiraan-ajaran-sesat-ini-return-asb-kwsp-th-pun-boleh-dapat-12-setahun.html/

- Tujuan saya adalah untuk memberi awareness kepada orang awam supaya berhati-hati dalam membuat pelaburan. Jangan mudah percaya dengan janji bulan dan bintang oleh segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab.

- Saya juga pernah kongsikan satu berita yang jarang dikongsi oleh mana-mana ejen unit trust berkenaan majoriti pencarum KWSP yang keluarkan daripada akaun KWSP mereka hanya balik modal dan mendapat pulangan yang kurang daripada pulangan KWSP. Rujuk https://afyan.com/tip-pelaburan-unit-trust-melalui-kwsp.html/

- Namun cara saya agak agresif, sehingga saya diambil tindakan oleh autoriti selepas ada pihak yang membuat laporan kepada FIMM dan saya dikenakan public reprimand. Saya menginsafi perkara ini dan menerima dengan hari terbuka.

- Selepas itu, saya mula perlahan mempromosikan unit trust sehingga sekarang. Saya explore peluang pelaburan lain, selain unit trust.

Nak saya sambung cerita ni?

IKLAN: Belajar ilmu-ilmu kewangan secara advance untuk mencapai financial freedom, menggunakan Buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:

www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com

1.1K viewsedited  07:06
Buka / Bagaimana
2023-06-08 10:06:54
831 views07:06
Buka / Bagaimana
2023-06-08 09:48:22
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan saya di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di saluran TV3!

Saya akan membahaskan topik yang sangat relevan, iaitu Formula Gaji Mula Bekerja.

Pada tarikh 9 Jun 2023, pada hari Jumaat, jam 9.00 pagi.

Bersama saya, Afyan Mat Rawi, IFP, merangkap Perunding Kewangan INFAQ Consultancy akan membincangkan segala perkara berkaitan kewangan dan memberikan panduan berharga kepada anda.
844 views06:48
Buka / Bagaimana
2023-06-08 06:41:54 Prinsip ‘delay gratification’: Menjimatkan gaji & mencapai kecemerlangan masa hadapan

Delay gratification atau menangguhkan kepuasan ini adalah kemampuan diri sendiri mengawal kepuasan segera demi untuk mencapai kejayaan dan kepuasan masa hadapan.

Ia juga mengajar erti kesabaran.

Lawan kepada perkara ini adalah “instant gratification” iaitu keinginan untuk mendapat kepuasan segera.

Orang yang mempunyai habit mendapat kepuasan segera biasanya tidak mampu untuk menyimpan, bersikap boros, mudah berhutang dan segala macam habit yang membawa ke #nerakawang

Bagi orang yang mempunyai habit “delay gratification”, mereka biasanya mampu mengamalkan tabiat menyimpan, berjimat cermat, berbelanja berhemah, tidak ada hutang keliling pinggang dan sebagainya.

Habit dan mindset ini boleh dilihat sedari muda dan akan membawa ke alam pekerjaan sehingga akhir sekali membawa kepada usia persaraan.

Jika ketika belajar, selalu menghabiskan wang biasiswa untuk bertukar gajet dan mengejar trend, ia akan dibawa ke alam pekerjaan apabila mendapat gaji.

Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, mereka berkira-kira untuk berbelanja kononnya “reward” diri sendiri. Beli kereta melebihi setahun gaji, seterusnya boros belanja dan akhir sekali tidak mampu untuk menyimpan.

Kesannya, duit gaji sentiasa tidak cukup, kemudian membawa kepada hutang keliling pinggang dan akhir sekali akan bersara dalam keadaan tertekan.

Bagi yang mengamalkan “delay gratification” sejak daripada zaman belajar lagi boleh aturkan kewangan dengan baik setiap kali menerima wang saku / PTPTN / biasiswa dan sebagainya.

Apabila bekerja, mereka tidak terikut-ikut trend kopi hipster, bertukar gajet dan sebagainya. Hasilnya, mereka mampu untuk menyimpan dengan baik.

Pilihan di tangan masing-masing.
855 views03:41
Buka / Bagaimana