Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.64K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 3

2023-07-06 06:45:20
Dah fikir masak-masak nak beli kereta?

Beli kereta atau pelaburan?

Baca ni!

Kalau sedang berkira-kira nak beli kereta baru tu, cuba kira balik, kalau duit ansuran atau duit tambahan ansuran itu dibuat simpanan setiap bulan.

Contoh,

Jika ansuran kereta RM250 sebulan, setahun dah jadi RM3,000. Selepas 5 tahun boleh dapat RM15,000.

Kalau simpan di instrumen yang boleh berikan pulangan 6%, boleh cecah RM17,790.

Jika RM500 sebulan, ia menghasilkan RM35,000 dalam masa 5 tahun.

Jika RM750 sebulan, boleh menghasilkan RM53,000+.

Jika RM1,000 sebulan, ia boleh jadi RM75,000+
Selepas 5 tahun simpan, buat beli kereta baru atau guna untuk deposit.

Tangguhkan kepuasan.

Ingat, beli kereta bukan sekadar ansuran.

Tak masuk lagi petrol, parking, maintainance, tayar, bateri, takaful, roadtax dan segala macam belanja.

Apa macam? Ada berani?
459 views03:45
Buka / Bagaimana
2023-07-05 12:30:03 Anda nak kahwin??? Baca ni dulu!!!

15 Step Perancangan Kewangan Suami Isteri

1. Ia bermula sebaik sahaja memulakan perancangan untuk berkahwin dan hidup bersama.

2. Rancang majlis perkahwinan dengan kos yang bersesuaian dan bukan ikut trend atau fikir apa kata orang. Jauhkan dari berhutang. Pedulikan kata-kata pakcik dan makcik bawang. Biar majlis tak grand, asal tak berhutang.

3. Selepas berkahwin, boleh mula menabung untuk beli rumah pertama, bukan untuk beli kereta pertama. Selalu berlaku, tak dapat beli rumah sebab duit dah habis banyak untuk ansuran dan maintenance kereta. Jadi, rancang untuk beli rumah dulu baru beli kereta, bukan sebaliknya. Pastikan installment rumah lebih rendah oleh kadar sewa.

4. Tak perlu malu kalau rumah pertama ialah rumah pangsa. Ia jauh lebih baik dari menyewa sampai tua. Lepas ada rumah pertama, kita akan bernafsu untuk rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Masa tu tak kisah pun kalau pakai kereta buruk sahaja.

5. 5. Pilih kenderaan yang sesuai, fungsinya untuk bergerak dari titik A ke titik B. Kalau baru berdua tak perlu sampai pakai MPV. Harganya jangan lebih setahun gaji.

6. Gabungkan gaji bersama untuk rancang kos kehidupan berkeluarga. Bahagikan ikut formula 30% untuk belanja isi rumah, 30% untuk hutang, 5% ekstra, 5% pemberian dan 30% lebihan.

7. Pastikan perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang piutang tak lebih dari 30% setiap satu atau maksima 60% kombinasi kedua-duanya. Ekstra 5% sebagai tambahan jadi 65%. Jika dari awal dapat susun, makin lama makin mudah.

8. Rancang minima 30% lebihan untuk 3 perkara penting ini; 10% simpanan, 10% perlindungan takaful, 10% pelaburan. Ia perancangan sepanjang masa hingga akhir usia.

9. Langgan takaful income protection untuk suami isteri. Pastikan coverage mencukupi 10 tahun gaji. Jika langgan “loving couple policy” – jika salah seorang mati, polisi satu lagi jadi free. Baca di sini kemudian baru rancang untuk medical card pula.

10. Boleh mula untuk buat perancangan pusaka dan harta sepencarian. Kita tidak tahu usia kita sampai bila, maka permudahkan urusan pasangan.

11. Rancangan persaraan. Dari sekarang perlu buat tabungan. Ini penting supaya kelak tua kita tidak terbeban. Boleh mula pelaburan yang paling mudah dan murah; emas dan unit trust sebelum beralih kepada yang lebih sukar dan sukar; saham dan hartanah.

12. Apabila mula menimbang cahaya mata, boleh mulakan perancangan dana pendidikan mereka. Ada banyak cara; takaful pendidikan, TH, ASB dan SSPN-I antara pilihannya.

13. Aset penting dalam sebuah keluarga ialah ilmu. Penuhi rumah dengan buku. Kena ada perpustakaan mini di satu bucu. Bukan TV, Astor, pinggan, mangkuk, sudu atau garfu.

14. Jangan lupa rancang untuk pergi haji. Pastikan dah daftar dengan Tabung Haji. Daftar untuk anak-anak sekali. Semoga dapat panggilan ilahi.

15. Perancangan pusaka, pelaburan, takaful dan lain-lain tadi perlu di”review” sekali-sekala. Supaya ia dikemaskini sentiasa. Sebaiknya 2-3 tahun secara berkala.

IKLAN: Belajar ilmu-ilmu kewangan secara advance untuk mencapai financial freedom, menggunakan Buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
1.0K views09:30
Buka / Bagaimana
2023-07-05 12:30:00
720 views09:30
Buka / Bagaimana
2023-07-05 12:28:34 BAGAIMANA MERANCANG KEWANGAN?

Perkara biasa yang saya saya hadapi apabila berhadapan dengan masalah kewangan ialah, “tak tau nak start dari mana.”

Sebenarnya, merancang kewangan ni macam kita guna GPS.

Masa guna GPS, apa perkara pertama yg perlu kita lakukan?

Yes, kita akan masukkan lokasi destinasi yang kita nak pergi. Betul tak?

Sama macam dalam perancangan kewangan. Semua orang ada matlamat masing-masing.

- Nak selesaikan hutang.
- Nak beli rumah.
- Nak gaji besar.
- Nak kereta besar.
- Nak jadi jutawan.
- Nak menunaikan haji.
- Dan segala macam matlamat lagi.

Tapi adakah kita letak matlamat itu secara praktikal dan realistik?

Contoh, kita di KL, adakah kita akan letak lokasi “Mekah” sebagai destinasi kita dalam GPS?

Tentu tidak. Kita akan letakkan lokasi yang memang kita nak pergi dan praktikal.

Apa yang seterusnya?

Selepas kita masukkan lokasi, GPS akan mengesan lokasi kita sekarang secara spesifik.

Maka, begitulah juga dalam kewangan peribadi.

Kena kenal pasti lokasi spesifik kita berada sekarang.

Cuba bayangkan, GPS yang kita gunakan tak dapat kesan lokasi kita sekarang? Sudah tentu ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebagaimana GPS, begitu juga untuk kewangan peribadi.

Kita kena tahu di mana kedudukan kita sekarang. Kedudukan kewangan kita sekarang boleh dikenal pasti melalui 2 maklumat ini:

1. Penyata Aliran Tunai / Cashflow
2. Penyata Aset Bersih / Networth

PENYATA ALIRAN TUNAI mengandungi duit masuk dan duit keluar.

Manakala PENYATA ASET BERSIH pula mengandungi maklumat aset dan hutang-piutang kita.

IKLAN: Belajar ilmu-ilmu kewangan secara advance untuk mencapai financial freedom, menggunakan Buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
681 viewsedited  09:28
Buka / Bagaimana
2023-07-05 12:28:31
566 views09:28
Buka / Bagaimana
2023-07-05 12:27:34
Tip Kewangan Agung 2023

IKLAN: Belajar ilmu-ilmu kewangan secara advance untuk mencapai financial freedom, menggunakan Buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
576 views09:27
Buka / Bagaimana
2023-07-05 10:16:08
Saya baru create Community WhatsApp ni.
Bukan group tapi community.

Mirip Channel Telegram, saluran informasi sehala.

Member dalam community tak nampak nombor kontek membe lain kecuali admin.

Jadi, ia lebih privasi berbanding group wassap.

Ada sesiapa nak join? Cer komen.

Klik https://tiprm.wasap.my/ dan Admin akan bagi link
745 viewsedited  07:16
Buka / Bagaimana
2023-07-04 05:52:51
964 views02:52
Buka / Bagaimana
2023-07-04 05:18:34
Apabila saya kongsikan tips membeli kereta dan kos sebenar membeli kereta, ialah adalah untuk golongan majoriti rakyat Malaysia.

Inilah golongan sasaran saya apabila saya menulis tip-tip kewangan terutama apabila masuk bab beli kereta.

Kenapa saya banyak fokus kepada bab beli kereta?

Pengalaman saya, banyak masalah kewangan berpunca daripada kereta.

Bukan semua, tapi banyak. Terutama bagi kaki tangan awam.

Ini disokong oleh statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia beberapa tahun lalu, kes bankrapsi di kalangan orang muda, berpunca dari hutang kereta.

Atas dasar itu saya bangunkan modul kewangan untuk golongan majoriti rakyat Malaysia ini, iaitu untuk golongan M40 dan B40.

Termasuk tips membeli kereta, tip berbelanja, tip mengurus gaji dan sebagainya.

Sebagai contoh, tip kereta, pastikan tak lebih daripada setahun pendapatan.
935 views02:18
Buka / Bagaimana
2023-07-04 04:24:03
Tahniah diucapkan buat rakan-rakan perunding INFAQ dari #TeamTakaful yang mendapat pencapaian terbaik Top Achievers dan Top Achievers - New Recruitment & Rookie untuk bulan Jun 2023

Barisan Top Achievers #TeamTakaful

Nama pemenang
1 Syafiq Ashraff bin Abdul Malik
2 Roswani binti Liman
3 Elen Nia Sari binti Muhamad Arif
4. Mohd Akif bin Mohd Radzi

Barisan Top Achievers - New Recruitment & Rookie
Nama pemenang
1 Mohammad Baihaqie bin Abd Razab
2 Muhammad Tamimi bin Jaafar
3 Muhammad Safuan bin Adnan
4. Mujiburrahman bin Muhammad Saleh

TAHNIAH!
TAHNIAH!
TAHNIAH!

Berminat ingin menyertai kami membina kerjaya dan menambah pendapatan di INFAQ Consultancy?

Boleh isi form di link ini

https://infaq.my/kerjayatakaful/
https://infaq.my/kerjayatakaful/

INFAQ Consultancy Sdn Bhd
"Plan Your Wealth, Change Your Life"
"Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan"
855 views01:24
Buka / Bagaimana