Get Mystery Box with random crypto!

Apabila saya kongsikan tips membeli kereta dan kos sebenar mem | Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Apabila saya kongsikan tips membeli kereta dan kos sebenar membeli kereta, ialah adalah untuk golongan majoriti rakyat Malaysia.

Inilah golongan sasaran saya apabila saya menulis tip-tip kewangan terutama apabila masuk bab beli kereta.

Kenapa saya banyak fokus kepada bab beli kereta?

Pengalaman saya, banyak masalah kewangan berpunca daripada kereta.

Bukan semua, tapi banyak. Terutama bagi kaki tangan awam.

Ini disokong oleh statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia beberapa tahun lalu, kes bankrapsi di kalangan orang muda, berpunca dari hutang kereta.

Atas dasar itu saya bangunkan modul kewangan untuk golongan majoriti rakyat Malaysia ini, iaitu untuk golongan M40 dan B40.

Termasuk tips membeli kereta, tip berbelanja, tip mengurus gaji dan sebagainya.

Sebagai contoh, tip kereta, pastikan tak lebih daripada setahun pendapatan.