Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.97K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2023-07-25 11:31:37 Ini saya nasihat saya kepada beliau.

https://afyan.com/nasihat-kepada-anak-muda-yg-bergaji-rm1500.html/
185 views08:31
Buka / Bagaimana
2023-07-25 11:27:15 Pengalaman menggunakan Twitter Blue

https://afyan.com/pengalaman-menggunakan-twitter-blue.html/
208 views08:27
Buka / Bagaimana
2023-07-25 10:59:21 APA YANG AHLI POLITIK BOLEH BELAJAR DARIPADA KEJAYAAN BELL Ngasri DALAM ABPBH?

1. JANGAN MUDAH MENABUR JANJI.

Tak dapat tunaikan JANJI, Bell terus minta maaf waluapun bulan Ramadan lambat lagi. Malah sebenanrnya ketika beliau melancarkan "manifesto" untuk belanja makan di tengah hari bulan puasa, kita tahu ia adalah gurauan.

Gurauan itu adalah refleksi watak Barkoba yang mempopularkan beliau dalam dunia hiburan sehingga membawa kepada kemenangan dalam ABPBH 2023.

Apa yang ahli politik boleh belajar? Jangan mudah berikan janji palsu. Jika terlajak janji banyak kali tapi tak mampu ditepati, mengaku salah sahaja dan usah berikan seribu satu alasan apatah lagi menyalahkan parti lawan.

2. TIDAK OVER CONFIDENT .

Sebelum diumumkan sebagai pemenang, gelombang sokongan terhadap Bell Ngasri sangat tinggi, sehingga orang yang tidak pernah mengundi dalam ABPBH pun turut menyuarakan sokongan dan undian mereka di medsos.

Namun Bell tetap tenang dan tak menunjukkan yang beliau yakin menang.

Apa yang ahli politik boleh belajar? Jangan over confident.

Biasa kita dengan ahli politik yang asyik-asyik mengulangi "kami mampu buat kejutan dalam pilihanraya akan datang", pada setiap kali musim pilihanraya walaupun setiap kali mengundi memang kalah.

Itulah bezanya ahli politik, yakin mesti lebih

3. TIDAK BERGANTUNG KEPADA PENYOKONG TEGAR

Rata-rata yang menyokong dan mengundi Bell bukanlah penyokong tegar Bell. Malah Bell mengakui bahawa beliau tidak ada kelab penyokong atau dan club.

Sokongan beliau adalah daripada rakyat jelata yang bukannya daripada kalangan penyokong tegar beliau.

Apa yang ahli politik boleh belajar? janganY semata-mata bergantung kepada undi ahli dsn penyokong tegar untuk menang.

4. KUASA VIRAL

Tidak dapat dinafikan, kemenangan Bell banyak dipengaruhi oleh mood daripada pengguna media sosial yang selalu berkongsi petikan-petikan lakonan Bell dan ditambah pula penampilan beliau muncul banyak kali dalam iklan terutama Pak Mart Western.

Apa yang ahli politik boleh belajar? Jangan pandang rendah kepada kuasa viral. Ia boleh menaikkan dan menjatuhkan.

5. TIDAK TRY HARD MENGANGKAT DIRI SENDIRI DAN MEMBURUKKAN PIHAK LAWAN

Sepanjang kempen, tak nampak beliau "try hard" untung menang ABPBH. Beliau juga tidak pernah memburukkan pesaing-pesaing beliau.

Apa yang ahli politik boleh belajar? Berpada-pada dalam berkempen, jangan try hard sangat dan jangan burukkan lawan apatah lagi fitnah.

Senarai ini bertambah dari masa ke masa bergantung kpd respon pembaca.

Ada lagi nak tambah? Yang terpilih saya akan masukkan.

Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
270 viewsedited  07:59
Buka / Bagaimana
2023-07-25 10:59:18
260 views07:59
Buka / Bagaimana
2023-07-25 10:07:02 10 KEUTAMAAN ILMU BERBANDING HARTA

1. Ilmu adalah warisan para Rasul dan Nabi,
Sedangkan harta pula adalah warisan Firaun dan Qarun

2. Ilmu melindungi pemiliknya,
Sedangkan harta memerlukan pemilik untuk melindunginya.

3. Orang berilmu akan ada ramai kawan,
Sedangkan orang yang banyak harta akan ada banyak musuh.

4. Ilmu, semakin digunakan akan semakin bertambah,
Sedangkan harta makin dipergunakan makin berkurang.

5. Ilmu tak mungkin diambil orang,
Manakala harta sangat boleh dicuri.

6. Pemilik ilmu selalu disebut sebagai orang yang mulia dan terhormat
Sedangkan pemilik harga disinonimkan dengan tamak haloba.

7. Ilmu tak akan musnah ditelan zaman,
Sedangkan harta boleh sahaja musnah.

8. Ilmu akan menyinari dan melapangkan hati,
Sedangkan harta akan menggelapkan dan meresahkan hati.

9. Pemilik ilmu akan diberi syafaat di hari kiamat,
Manakala pemilik harta pula akan dihisab.

10. Pemilik ilmu diberi kemuliaan walaupun sedikit ilmunya,
Sedangkan pemilik harta selepas banyak baru disebut-sebut.

Kesimpulannya, ilmu lebih penting daripada harta.

Alangkah bagusnya kita memiliki ilmu mengurus harta dengan baik.

Supaya kita dapat letakkan harta dan dunia di tangan agar mudah dilepaskan, dan kita letakkan akhirat di hati agar kekal hingga ke mati.

Kesimpulannya adalah ilmu lebih berharga dari harta. Berusahalah mencari ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
352 views07:07
Buka / Bagaimana
2023-07-25 10:06:59
322 views07:06
Buka / Bagaimana
2023-07-25 04:49:40
Cukupkah RM240,000 untuk bersara?

Andaikan kita bersara umur 60.

Jika kita perlukan purata RM1,000 sebulan, ia boleh bertahan selama 20 tahun yakni sampai umur 80 tahun.

Jika kita perlukan purata RM1,500 sebulan , ia boleh bertahan selama 13 tahun yakni sampai umur 73 tahun.

Jika kita perlukan purata RM2,000 sebulan, ia boleh bertahan selama 10 tahun yakni sampai umur 70 tahun.

Jika kita perlukan purata RM2,500 sebulan, ia boleh bertahan selama 8 tahun yakni sampai umur 68 tahun.

Jika kita perlukan purata RM3,000sebulan, ia boleh bertahan selama 6 ke 7 tahun yakni sampai umur 66 - 67 tahun

Jadi apa pilihan yang kita ada?

1. Bekerja selepas umur 60 tahun
2. Jangan hidup terlalu lama selepas bersara
3. Rancang plan persaraan daripada sekarang

Anda nak pilih yang mana?

Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
685 viewsedited  01:49
Buka / Bagaimana
2023-07-25 04:48:39
Hahahaha! Cara baru kutip hutang.

Saya ada beberapa kawan yang berhutang daripada zaman belajar, tapi buat tak tau je sampai sekarang.

Pernah saya minta tapi dia boleh kata tak ingat Saya pun tak ada bukti hitam putih, sebab masa tu zaman belajar kan...

Siapa boleh rekomen mana-mana bomoh yang trusted dan ada track record yang bagus?

Ia mungkin boleh mengembalikan ingatan beliau.

PTPTN boleh gunakan cara yg sama ni

PERINGATAN: Jangan ada yang pembaris. Cara ini adalah syikin.

Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
593 viewsedited  01:48
Buka / Bagaimana
2023-07-24 04:42:53
Lambat pula keluar meme ni...

Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
1.0K viewsedited  01:42
Buka / Bagaimana
2023-07-24 04:41:02
Masalah sejagat rupanya. Ingatkan dekat rumah saya je

Ada tak mesin lipat baju yang boleh bantu? Masukkan je baju selonggok lepas tu keluar berlipat elok.

Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
964 viewsedited  01:41
Buka / Bagaimana