Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.64K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 72

2022-08-26 11:16:01
Dalam muamalat Islam, yang penting adalah kontrak/aqad bukannya niat.

Belajar ilmu kewangan bermodul menggunakan Buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu
1. Aliran Tunai
2. Aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Dapatkan promosi TERKEJUT #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM29 sahaja! Harga biasa RM49, tapi sempena musim pesta buku, saya buat PROMOSI TERKEJUT RM29 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
http://bukubmw.com/
http://bukubmw.com/
http://bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.

*Dalam pakej ini mengandungi
- Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
- Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
- Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
- Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
- Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja
479 views08:16
Buka / Bagaimana
2022-08-26 11:01:42 Saya telah menganut agama Islam dan ibubapa masih beragama Buddha. Adakah ibu bapa saya akan mewarisi harta pusaka saya selepas saya meninggal dunia nanti?

https://afyan.com/soal-jawab-pusaka-berbeza-agama-penceraian-anak-angkat.html/
440 views08:01
Buka / Bagaimana
2022-08-26 09:00:00 Mana-mana pelanggan atau ejen insurans / takaful yang masih percaya takaful atau insurans mampu digunakan untuk membuat simpanan, dana persaraan – boleh rujuk kes ini.

Real case, polisi insurans yang sudah sampai tempoh matang 20 tahun.

Kes ini berlaku di Singapura, tapi releven buat pengajaran untuk kita semua.

Abaikan nama syarikat, ia bukan isunya.

Melanggan takaful dengan harapan ia mempunyai simpanan untuk kita gunakan pada waktu persaraan bukanlah tindakan yang bagus.

Ada banyaaaaaak medium pelaburan lain untuk persaraan.

Takaful untuk perlindungan. Full stop.

Kpd ejen, anda mungkin boleh gembira apabila dapat award, trip luar negara, MDRT, TOT, LOL dengan mempromosi produk takaful dgn cara ini.

Tapi belum tentu klien gembira apabila tahu hakikat sebenar.

Pemilik FB ini menguruskan pengeluaran nilai tunai (yang selalu disebut sebagai saving / simpanan / pelaburan) polisi ayahnya.

Polisi yg dilanggan dari tahun 1994 dgn jumlah simpanan yang diletakkan dalam polisi berjumlah $42,000 SGD yg sepatutnya pelanggan terima apabila matang.

Namun menghampakan apabila hanya separuh sahaja yang diterima hanya $20,000 SGD +++

Caruman polisi berkenaan $116 SGD sebulan selama 20 tahun.

Boleh klik link yg saya sertakan utk bacaan selanjutnya.

https://afyan.com/takaful-untuk-simpanan-kes-berlaku-di-singapura.html/
554 views06:00
Buka / Bagaimana
2022-08-26 07:13:12 Ini antara kes rare yang saya terima aduan melalui FB.

Saya pernak kongsikan sebelum ini, dan sekali lagi saya kongsikan memandangkan sekarang kadar OPR meningkat.

Saya kongsikan selepas mendapat keizinan daripada beliau.

Seorang rakan berkongsi terang perihal loan perumahannya yang sudah dibayar selama hampir 15 tahun tapi baki pokok terkini lebih besar dari amaun awal pinjaman.

Terkejut beruk saya membacanya! Kes yang biasa saya terima, ia kurang sedikit sahaja atau tidak berkurangan dalam tempoh tertentu.

Tapi kalau ini bukan sahaja baki pokok hutang rumah tidak berkurangan, malah meningkat pula!

Tuan-Puan boleh baca sendiri mesej yang beliau hantar.

Rujuk gambar-gambar yang disertakan, ada penerangan disertakan.

Dalam kes ini, beliau melanggan perbankan konvensional. Dalam perbamnkan Islam, tidak kan berlaku kenaikan harga jualan yang telah dimetrai dalam kontrak. Jiga

Saya kongsikan perkara ini supaya rakan-rakan alert dengan pinjaman perumahan Tuan-Puan, terutama pinjaman perumahan melalui bank. Jika LPPSA, mungkin tidak timbul isu sebegini.

Jika pinjaman bank, perlu berhati-hati dengan “default clause” yang menjadi perangkap samar pinjaman Tuan-Puan.

Sekurang-kurangnya semak setiap tahun supaya anda tahu ke mana wang ansuran itu pergi.

Berikut beberapa panduan untuk rakan-rakan

1. Pastikan bayaran ikut jadual.

2. Pastikan jangan lewat.

3. Biar bayar lebih jangan bayar kurang.

4. Alert dengan pengumuman naik turun OPR yang akan memberi kesan.

5. Tahun-tahun awal memang akan lebih bayaran untuk keuntungan bank atau dipanggil interest atau riba dalam konvensional.

6. Jika OPR naik, pastikan bayaran ansuran ditambah seiringan.

7. Jika OPR turun, walaupun diberi pilihan untuk kurangkan bayaran, tapi sebaiknya kekal sahaja bayaran kita supaya ia banyak kepada bayaran pokok.

8. Bayaran lebihan, pastinya masuk ke bayaran pokok. Kena rujuk bank untuk memastikan ia berjalan begitu.

9. Bayaran lebih yang tidak dibayar kepada bakik pokok hanya sekadar bayaran advance sahaja.

10. Kadangkala, bank kenakan caj untuk fire insurans yang ditolak dari ansuran bulanan, jadi secara automatik bayaran ansuran ke atas baki pokok berkurangan.

11. Selain itu, semak juga MRTT yg cover pinjaman perumahan yg tidak seiring dengan coverage, jadi perlu sediakan back up dengan melanggan MLTT.

Untuk MLTT, tak mahal mana pun. Jika umur 30 tahun, sumbangan bulanan hanyalah RM40++ bagi manfaat RM200,000 yg akan dapat kepada waris apabila penghutang meninggal dunia.

Jika berminat, klik
https://wassap.my/60192667025/MLTT200K
https://wassap.my/60192667025/MLTT200K
https://wassap.my/60192667025/MLTT200K

Sebaiknya pilih perbankan Islam supaya ia bebas daripada riba, namun sebagai entiti bisnes ia tetap mempunyai kadar keuntungan tertentu dalam setiap pembiayaan perumahan.

https://t.me/AfyanIFP
568 views04:13
Buka / Bagaimana
2022-08-26 07:13:07
433 views04:13
Buka / Bagaimana
2022-08-26 06:20:26
Orang yang menuntut ilmu itu dijanjikan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11:
“Nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat”

Moga Allah kurniakan kita rezeki yang baik, ilmu yang bermanfaat dan amal yang diterima.

INFAQ Consultancy Sdn Bhd
"Plan Your Wealth, Change Your Life"
"Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan"
581 views03:20
Buka / Bagaimana
2022-08-25 11:57:41
Pelan hibah berganda.

Pelan ini sesuai untuk semua.

Sesuai untuk anda yang hanya mempunyai medical card.

Sesuai untuk anda yang ingin menghadiahkan sejumlah tunai buat seseorang apabila meninggal.

Sesuai untuk pasangan suami isteri untuk saling menghibahkan.

Sebagai pengganti pendapatan untuk ahli keluarga.

Pelan hibah ini juga boleh anda peruntukkan sehingga 30% untuk diinfakkan.

Menyumbang & Melindungi Pendapatan.

Tanya saya untuk maklumat lanjut.

Klik https://hibah1mil.wasap.my/
764 views08:57
Buka / Bagaimana
2022-08-25 11:00:00 5 TIPS UNTUK CAPAI MATLAMAT

Tapi kali ini, saya fokus untuk capai matlamat kewangan.

Matlamat kewangan atau financial goals yang jelas sangat penting dalam perancangan kewangan.

Lebih jelas dengan apa yang saya mahukan, lebih mudah untuk saya capai apa yang saya impikan.

Daripada saya asyik cakap “saya nak buat simpanan” “saya nak ada simpanan” lebih baik saya terjemahkan dalam bentuk tindakan/action.

Saya gunakan teknik S.M.A.R.T Goals untuk fix matlamat kewangan saya.

S = Specific

Matlamat kewangan mestilah jelas dan spesifik supaya saya fokus dengan apa yang saya perlu capai.

Contoh, “Saya nak simpan RM3000” adalah lebih sepesifik berbanding “Saya nak simpan duit yang cukup”.

M = Measurable

Matlamat kewangan haruslah boleh diukur dengan jelas. Hal ini dapat membantu saya mengukur sejauh mana matlamat itu telah dicapai dan mengukur progress saya.

Contoh, “Saya perlu simpan RM300 sebulan” adalah lebih baik daripada “Setiap bulan saya perlu menyimpan.

A = Achievable

Matlamat kewangan yang baik mestilah mampu dicapai. Apa guna saya buat matlamat kewangan yang mustahil untuk dicapai? Bukankah itu sesuatu yang buang masa?

Contoh, “Saya akan menyimpan 10% daripada gaji saya setiap bulan” adalah sesuatu yang mudah untuk dicapai berbanding “Saya akan menyimpan 50% daripada gaji saya setiap bulan”.

R = Realistik

Matlamat kewangan perlukah realistik dengan kemampuan kewangan saya. Saya mampu capai. Sesuatu matlamat kewangan yang realistik berbeza antara individu.

Contoh, pendapatan saya RM3000 sebulan dan ingin menyimpan RM300 sebulan bersamaan 10% daripada gaji saya. Jumlah itu realistik bagi saya.

T = Timely

Yang terakhir dan terpenting, matlamat kewangan mestilah mempunyai tempoh masa yang jelas. Tempoh masa ini sangat membantu untuk saya tahu bila matlamat kewangan saya dapat dicapai.

Sebagai contoh, “Saya akan ada simpanan RM3000 dalam tempoh 10 bulan”.

Akhir sekali, menyimpan bukan sesuatu yang mudah, tapi kalau kena caranya, menyimpan akan lebih mudah.

Gaji banyak, gaji sikit. Kita wajib simpan duit. Bila nak mula menyimpan? Sekarang.

Bagi lah banyak mana pun tips, tak akan jalan kalau kita sendiri tak mulakan. Jom! start.

Kredit: Elen Nia
INFAQ Consultancy
626 views08:00
Buka / Bagaimana
2022-08-25 11:00:00
524 views08:00
Buka / Bagaimana
2022-08-25 08:59:59 Hibah bukan untuk bayar hutang. Hibah adalah hadiah. Dah bagi hadiah duit kat orang, takkan nak suruh orang tu bayar hutang kita?

Yang popular disebut sebagai "hibah takaful" itulah merujuk kepada penamaan hibah. Hibah takaful bukan produk.

Ia adalah kaedah pembahagian pampasan dan apabila hibah, ia dah jadi milik penerima hibah dan tidak ada kewajipan untuk waris yang menerimanya membayar hutang si mati.

Berbeza dengan penamaan biasa, waris yang dinamakan adalah pemegang amanah sahaja dan pampasan tersebut bukan miliknya mutlak. Harta tersebut akan jadi pusaka arwah.

Adalah tidak sesuai untuk menjadikan "hibah takaful" untuk tujuan pembayaran hutang. Dah bagi hadiah kepada pasangan, kemudian minta pasangan untuk bayar hutang kita? Ia jadi buruk siku.

Jadi, apa alternatif yang ada? Jika tujuan untuk melangsaikan hutang dengan institusi kewangan, sewajarnya kita menyediakan dokumen “absolute assignment” atau serah hak polisi takaful.

Absolute assignment ialah dokumen persetujuan pemilik polisi untuk menyerahkan hak pampasan takaful kepada pihak lain, seperti bank, institusi kewangan, institusi waqaf dan sebagainya.

Secara umumnya, ada 3 pihak yang terlibat dalam penyediaan dokumen absolute assignment ini.

1. Peserta takaful
2. Penerima serah hak.
3. Syarikat takaful

Dalam konteks hutang dengan bank , pemilik polisi membuat absolute assignment atau serah hak pampasan polisi takaful kepada bank.

Dokumen tersebut perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu pemilik polisi dan bank, dengan makluman syarikat takaful.

Dokumen asal perlu dimatikan stem sebanyak 3 salinan untuk simpanan peserta takaful, bank dan syarikat takaful.

Tidak seperti hibah, hanya perlukan tanda tangan peserta takaful sahaja tanpa perlu persetujuan penerima hibah.

Absolute assignment juga tak boleh dibatalkan kecuali dengan persetujuan semua pihak terlibat, tak seperti hibah dalam takaful yang boleh sahaja dibatalkan oleh peserta sebelum meninggal dunia.

Selain untuk tujuan penyelesaian hutang, absolute assignment juga digunakan untuk tujuan perancangan waqaf melalui takaful. Nama institusi waqaf diserahkan hak melalui absolute assignment ke atas polisi takaful.

Nak langgan takaful bersama absolute assignment?

Klik
http://wasap.my/60192667025/absoluteassignment
http://wasap.my/60192667025/absoluteassignment
http://wasap.my/60192667025/absoluteassignment
Nak hibah takaful berganda sehingga 1 juta dengan sumbangan RM99 sebulan bagi peserta berusia 30 tahun?

Berminat? Klik link di bawah:

https://hibah1mil.wasap.my/
https://hibah1mil.wasap.my/
https://hibah1mil.wasap.my/
613 views05:59
Buka / Bagaimana