Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.57K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 71

2022-08-29 10:29:58 "Saya kadang-kadang menyesal pula melabur dalam ni"

Ini antara mesej yang pernah saya terima suatu ketika dahulu, seorang pelanggan menyatakan penyesalan selepas 4 tahun melanggan takaful dengan sumbangan RM100 sebulan mendapati nilai tunai hanya RM1,000.

Asalnya klien diapproach oleh ejen mengatakan produk takaful tersebut mempunyai simpanan untuk beliau menunaikan haji dan lebih baik daripada menyimpan di Tabung Haji. Kata ejen, jika di TH hanya ada simpanan sahaja, tapi dengan produk takafulnya, pelanggan bukan sahaja dapat simpanan macam di TH, malah dapat perlindungan.

Saya hanya geleng kepala mendengar luahannya. Bukan salah produk. Produk dah sah dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Silapnya ialah klien tak baca betul-betul kandungan product disclosure sheet (PDS) apabila ejen mengatakan bahawa ia lebih baik daripada Tabung Haji dan ada perlindungan.

Produk tak ada masalah. Yang jadi masalah ialah apabila produk tak sesuai dengan keperluan untuk pelanggan.

Sudah banyak kali saya tegaskan, takaful untuk perlindungan dan bukan simpanan atau pelaburan.

Tak percaya apa saya cakap pun takpa, rujuk polisi. Rujuk kontrak. Rujuk PDS.

Jika ada ejen kata ia untuk simpanan dan pelaburan, lebih baik dari tabung haji, lebih baik daripada simpanan bank – minta ejen tunjuk celah mana dalam polisi yang mengatakan sedemikian rupa.

Oh ya, yang kata “takaful adalah perlindungan dan bukan untuk simpanan dan pelaburan” sebenarnya ialah Bank Negara Malaysia, bukan saya yang kata.

Jika nak menyimpan boleh gunakan akaun simpanan bank, Tabung Haji atau ASB.

Jika nak melabur, gunakan unit trust, saham, emas, ASB Financing, private mandate, hartanah dan sebagainya.

Jika nakkan perlindungan kewangan apabila berlaku musibah seperti kematian, lumpuh, sakit kritikal, masuk hospital, kemalangan dan sebagainya, gunakan takaful.

Bukan semua benda sekali harung dalam takaful. Masing-masing ada fungsi dan keperluan tersendiri.

Jika ada takaful yang dikatakan ada simpanan dan pelaburan, sebenarnya lebih sesuai dipanggil NILAI TUNAI. Ia berfungsi untuk menstabilkan sumbangan bulanan apabila berlaku kenaikan caj tabarruk. Bukan untuk buat untuk sebagaimana pelaburan sebenar.

Tapi kalau masih ada ejen takaful yang berkeras mengatakan takaful untuk simpanan dan pelaburan, saya angguk sahajalah dan berkata:

"Ya, ia memang simpanan dan pelaburan untuk ejen".

Kesian, terima kasih.

Nak advise takaful berdasarkan keperluan? Klik http://wasap.my/60192667025/SayaNakAdviseTakaful
627 views07:29
Buka / Bagaimana
2022-08-29 10:29:58
469 views07:29
Buka / Bagaimana
2022-08-29 09:13:59
Suka saya ingatkan, kenali fungsi takaful sebenar.

Belajar ilmu kewangan bermodul menggunakan Buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu
1. Aliran Tunai
2. Aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Dapatkan promosi TERKEJUT #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM29 sahaja! Harga biasa RM49, tapi sempena musim pesta buku, saya buat PROMOSI TERKEJUT RM29 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
http://bukubmw.com/
http://bukubmw.com/
http://bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.

*Dalam pakej ini mengandungi
- Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
- Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
- Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
- Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
- Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja
535 views06:13
Buka / Bagaimana
2022-08-29 08:59:58 Cuba semak.

Antara perkara penting dalam melanggan polisi takaful ialah berapa lama tempoh polisi tersebut berkuatkuasa.

Secara idealnya, bagi tujuan untuk melindungi pendapatan (income protection), tempoh perlindungan yang perlu kita langgan ialah sehingga umur persaraan iaitu sehingga usia kita 60 tahun.

Sebab, fungsi "income protection" adalah ketika kita mempunyai pendapatan. Jika sudah tiada pendapatan, ia tidak lagi relevan.

Manakala bagi medical card dan coverage penyakit kritikal pula, sehingga akhir hayat.

Sebab, kita memerlukan medical card dan coverage penyakit kritikal tidak kira jika mempunyai pendapatan atau tidak.

Begitu juga jika anda melanggan polisi takaful sebagai persediaan pusaka atau hibah untuk diwariskan kepada anak-anak, perlu tempoh sehingga akhir hayat.

Sebab, supaya ia berfungsi sebagai manfaat pusaka untuk waris tidak kira waktu kita meninggal dunia, sama ada sebelum atau selepas bersara.

Berapakah jangka hayat umur kita? Tiada siapa yang tahu kecuali Yang Maha Esa.

Secara purata, jangka hayat rakyat Malaysia;

Umur 73 tahun bagi lelaki
Umur 79 tahun bagi wanita.

Satu sudut positif, ia menunjukkan rakyat Malaysia semakin panjang usia mereka.

Tapi satu sudut lain, berapa ramai yang bersedia untuk menghadapi hari tua mereka?

Selain merancang untuk mengumpul dana persaraan, antara persediaan penting ialah untuk merancang plan takaful.

Dalam merancang berapa banyak coverage takaful yang perlu dilanggan, kita perlu merancang dengan baik berapa lama tempoh polisi yang dilanggan.

Jika tempoh polisi di bawah 70 tahun, berhati-hati. Lebih-lebih lagi medical card dan sakit kritikal.

Malah jika anda merancang takaful untuk manfaat hibah atau pusaka kepada ahli waris pun perlu pertimbangkan faktor ini.

Bayangkan, jika coverage hanya sampai 70 tahun sahaja?

Apa yang terjadi selepas usia itu?

Polisi medical card anda akan tamat pada usia 70. Jika penyakit anda berterusan, kos rawatan selepas umur 70 terpaksa gunakan wang dari poket sendiri.

Polisi takaful "hibah" anda juga akan tamat pada usia 70. Bermakna, jika berlaku kematian pada usia 71 tahun, tidak ada sebarang manfaat/pampasan hibah takaful untuk ahli keluarga.

Ada pro dan kontra di sini.

Kalau ditanya tentang berapa lama tempoh polisi takaful yang ideal, bagi saya sekurang-kurangnya 80 tahun. Lagi panjang lagi bagus.

Sebab, ia berbalik kepada tujuan kita melanggan polisi takaful.

Tujuan kita melanggan adalah untuk menghadapi musibah terutama 3 musibah utama iaitu kematian, lumpuh & sakit kritikal. Dan, kita tidak tahu bila musibah itu berlaku.

Kematian itu pasti, tapi kita tidak tahu bila kita akan mati.

Atas sebab itu, tempoh polisi sebaiknya ialah semaksimum tempoh yang boleh dilanggan.

Sebab musibah pasti akan berlaku; cepat, lambat, lambat-laun.

Berapa cepat? Mungkin beberapa saat, beberapa minit, beberapa hari, beberapa bulan selepas kita sign up polisi.

Berapa lambat? Mungkin setahun, dua tahun, 5 tahun, 10 tahun selepas kita sign up polisi.

Berapa lambat-laun? Mungkin 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun. Siapa tahu?

Jadi, apabila melanggan polisi perlu mengambil sebarang kebarangkalian ini.

Cuba kita semak semula polisi yang kita ada dan tujuan kita melanggan Takaful. Jika ingin bantuan untuk semakan semula, boleh pm saya.

Kredit: Amirudin Rahman
INFAQ Consultancy
507 views05:59
Buka / Bagaimana
2022-08-29 08:59:58
462 views05:59
Buka / Bagaimana
2022-08-29 07:29:58 Setiap kali saya posting pasal fungsi sebenar takaful adalah untuk perlindungan, bukan simpanan atau pelaburan - PASTI akan ada ejen takaful yang sentap.

Siap iklan dekat komen promote produk mereka yang ikatkan ada simpanan dan pelaburan. Ini contoh kes yang pernah berlaku sebelum ini.

Saya hanya minta detail produk dan product disclosure sheet (PDS) untuk saya semak sejauh mana kebenaran dakwaan bahawa produk takaful yang dia promote mampu berikan pulangan sehingga 20% sebegini.

Siap buat comparison dengan SSPN-i dan ASB!

Tup-tup terus delete. Mujur saya sempat simpan. Terlajak perahu, boleh berundur. Terlajak komen, kena screenshot.

Kemudian saya terus ajukan ke syarikat berkenaan dan tanyakan. Bukan apa, kalau betul ada produk takaful sehebat itu, saya pun nak langgan.

Ini respon yang diberikan oleh syarikat:

"Salam Afyan, terima kasih atas pertanyaan anda. Harap maklum bahawa brosur di atas tidak sepatutnya diiklankan. Kami telah pun mengarahkan supaya iklan tersebut diturunkan.

Untuk menjawab pertanyaan anda, kami tidak mempunyai pelan yang memberi jaminan pulangan sebanyak 20% seperti di atas. Pulangan dana akan berubah setiap tahun berdasarkan prestasi aset-aset"

Aiseh... Baru saya nak jadi klien, rupanya tak wujud pun produk sebegitu rupa.

Kepada pelanggan, jangan percaya apa yang saya tulis sebab saya pun ejen takaful. Jangan terus percaya kepada apa ejen takaful cakapkan. Bukan sekadar ejen takaful, malah juga ejen unit trust, ejen emas, banker, IFP, RFP, broker saham dan seumpamanya - jangan terus percaya bulat-bulat apa yang mereka cerita.

Buat DUE DILIGENCE, contohnya cara saya di atas, tanyakan direct dengan syarikat takaful yang ejen wakili. Paling mudah, minta PDS produk.

https://t.me/AfyanIFP
603 views04:29
Buka / Bagaimana
2022-08-29 07:29:58
599 views04:29
Buka / Bagaimana
2022-08-26 12:30:18 Kelebihan dan fleksibliti MLTT berbanding MRTT

Satu kelebihan yang paling utama MRTT ialah ia lebih murah dengan coverage yang sama bagi MLTT.

Namun MLTT ada kelebihan tersendiri.

Sesuaikan sama ada MLTT atau MRTT, dgn situasi kewangan masing-masing.

1. Jika berlaku kematian atau lumpuh, pampasan yang akan diterima ialah total sum cover yang dilanggan dari awal. Jadi tak akan timbul risiko coverage tak mencukupi sebagaimana yang pernah berlaku jika melanggan MRTT.

2. Jika pelanggan refinance rumah, MLTT tidak terbatal sebagaimana MRTT terbatal jika rumah refinance.

3. Begitu juga jika pelanggan jual rumah, MLTT tidak terbatal sebagaimana MRTT.

4. Jika pelanggan buat early settlement, MLTT tidak terbatal dan boleh digunakan untuk rumah lain.

5. Boleh gunakan satu polisi MLTT untuk lebih daripada satu rumah. Contohnya, selepas 20 tahun pembiayaan, hutang rumah tinggal RM100,000 dan coverage MLTT masih kekal RM250,000. Jadi dia boleh beli rumah lain dan gunakan MLTT yang sama.

6. Polisi MLTT , boleh tambah coverage untuk penyakit kritikal jika mahu dan akan ada bayaran tambahan.

7. Polisi MLTT juga gunakan produk yang ada nilai tunai yang membolehkan pemegang polisi dapat sedikit tunai di akhir polisi, dan harganya lebih tinggi.

Untuk MLTT RM200,000 bagi usia 30 tahun, hanya RM40+++ sumbangan sebulan.
https://wassap.my/60192667025/SayaBerminatPlanMltt200k

https://t.me/AfyanIFP
657 views09:30
Buka / Bagaimana
2022-08-26 12:30:18
418 views09:30
Buka / Bagaimana
2022-08-26 12:24:28 Mana-mana pelanggan atau ejen insurans / takaful yang masih percaya takaful atau insurans mampu digunakan untuk membuat simpanan, dana persaraan – boleh rujuk kes ini. Real case, polisi insurans yang sudah sampai tempoh matang 20 tahun. Kes ini berlaku di…
419 views09:24
Buka / Bagaimana