Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.57K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 70

2022-08-30 10:22:22 Copy drp FB Mohd Zailee

Tengok video Ryanbakery tadi. Yang anak kawan mak dia tu tayang mainan. Tapi bila nak join main, terus tutup pintu.

Aku lepas tengok video tu rasa nak nangis. Sebab benda tu aku pernah lalui dulu masa kecik-kecik. Sampai sekarang aku ingat benda yang orang buat tu.

Kecik-kecik dulu susah. Takde bapak. Takde mainan. Kebanyakan mainan buat sendiri saja. Semua DIY. Guna kayu, guna besi. Lagi puas hati kalau besi tu boleh bengkok. Ikat dengan dawai. Asalkan nampak rupa robot, kira puas hati dah tu. Yang paling power ni buat jentera pembajak guna todong botol, getah, lidi, dan batang benang. Kalau ada benda tu depan mata, sekarang jugak aku boleh tunjuk bendanya.

Disebabkan takde mainan tu jugalah aku lebih terdedah dengan permainan kampung. Lawan biji getah, lompat getah, laga gambar, tepuk gambar, mandi sungai, main lastik, merayau-rayau, panjat pokok, etc.

Tapi naluri kanak-kanak ni, tak kiralah betapa seronoknya dan mencabarnya main permainan kampung, tetap akan tertarik dengan permainan moden seperti video game dan patung superhero.

Biasanya yang ada mainan-mainan gitu mak ayah jenis makan gaji. Kerja majlis daerah dan kerja kerajaan. Kita anak orang kampung yang bertani dan menoreh getah tak ada mainan gitu. Nak main benda gitu, terpaksalah tumpang mainan orang lain. Tapi 99% budak lain tak bagi tumpang main mainan dia.

Down kot bila nak tumpang main tapi orang tutup pintu, tak nak main dengan kita. Rasa down yang paling down ialah bila tumpang nak tengok tv dekat rumah jiran. Masa tu ada rancangan Flashman. Sekali mak bapak dia suruh tutup pintu sebab tak nak kita tengok tv dia. Terpaksalah mengendap celah tingkap. Itu pun kalau tingkap tak tutup. Ya, kita masih kecik masa tu tapi benda tu kekal dalam ingatan sampai sekarang.

Aku rasa RyanBakery tu pun pernah lalui pengalaman tu dan dia ingat sampai sekarang. Sebab tu dia boleh buat content tu.

Seingat aku, kawan zaman kecik yang bagi aku main mainan dia ni si Firdaus Pauzi dengan Azlan Fadzlullah je. Ada sesetengah mainan tu diorang bagi terus sebab mak ayah diorang yang suruh bagi. Sebagai balasan, aku bawak diorang ponteng kelas KAFA dan pergi mandi sungai.

Sekarang ni aku dah ada duit sendiri dan anak sendiri, aku tak nak anak aku rasa apa yang aku rasa masa aku kecik-kecik dulu. Aku tak nak anak aku jadi orang yang meminta-minta dengan orang lain. Aku tak nak dia dipandang rendah.

Dia nak apa-apa, mintak terus dengan aku. Kalau kawan dia nak main mainan dia, aku bagi. Aku nak ajar dia untuk berkongsi. Bukan mementingkan diri. Bukan memandang rendah orang lain. Aku nak jadi macam mak ayah dua orang kawan aku tu.

Cukuplah kita saja yang “damaged”. Bukan anak-anak kita. Hentikan kitaran memandang rendah orang lain hanya kerana dia seorang kanak-kanak dari keluarga miskin. Kita tak tahu dia dewasa nanti jadi apa.

Nota kaki : Lakonan Wanchai tu on point betul. Geram aku nak tunjal-tunjal muka dia. Sebijik macam anak kawan mak aku dulu.
.
Kredit: Mohd Zailee
619 viewsedited  07:22
Buka / Bagaimana
2022-08-30 10:22:09
https://t.me/AfyanIFP/8094
389 viewsedited  07:22
Buka / Bagaimana
2022-08-30 10:00:00 ERTI MERDEKA berbeza-beza setiap individu.

Erti MERDEKA bagi rakyat Malaysia apabila dapat membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah.

Erti MERDEKA kedua bagi rakyat Malaysia ialah dapat buang pemimpin yang “menjajah” selama 65 tahun.

Erti MERDEKA bagi seorang kanak-kanak ialah dapat main sesuka hati tanpa dihalang oleh ibu bapa.

Erti MERDEKA bagi seorang pelajar ialah apabila berjaya siap assignment yang lecturer bagi. MERDEKA juga bermaksud tamat final exam. MERDEKA juga bermaksud sudah grad!

Erti MERDEKA bagi seorang graduan apabila dapat melangsaikan hutang PTPTN / hutang JPN / hutang MARA dan segala jenis hutang.

Erti MERDEKA bagi seorang penganggur ialah apabila mendapat peluang pekerjaan.

Erti MERDEKA bagi seorang pekerja ialah apabila bosnya tiada atau dapat jadi boss.

Erti MERDEKA bagi seorang suami apabila dapat membebaskan diri dari kawalan sang isteri (Hehe...gurau saja)

Erti MERDEKA bagi seorang isteri pula ialah dapat belanja duit suami sesuka hati. Hoho!

Erti MERDEKA juga ialah apabila kita mendapat kebebasan kewangan.

Erti MERDEKA KEWANGAN juga ialah bebas hutang.

Erti MERDEKA juga ialah apabila kita menjadi bos untuk diri sendiri.

Erti MERDEKA juga ialah apabila kita bebas mengatur masa tanpa terikat office hour.

Erti MERDEKA yang sebenar bagi seorang MUSLIM ialah apabila dapat membebaskan dari azab api neraka!

Salam MERDEKA!

P/S; Apa erti kemerdekaan Sdra/i?

Afyan Mat Rawi, IFP
439 views07:00
Buka / Bagaimana
2022-08-30 09:15:00 Info RM | Sempena MERDEKA

Tahap kewangan yang masih DIJAJAH ialah perbelanjaannya melebihi pendapatannya.

Tahap kewangan yang STABIL ialah pendapatannya melebihi perbelanjaannya.

Tahap kewangan yang MERDEKA pula ialah pendapatan pasif melebihi perbelanjaan.

Manakala, suami yang MERDEKA pula ialah pendapatannya melebihi perbelanjaan isterinya.

Manakala isteri yang MERDEKA ialah yang mempunyai suami seperti di atas.

Hoho!
454 views06:15
Buka / Bagaimana
2022-08-30 09:00:00
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 tahun.

Semoga kita terus menjaga kedaulatan dan keharmonian tanah tumpah darah kita.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

INFAQ Consultancy Sdn Bhd
"Plan Your Wealth, Change Your Life"
"Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan"
477 views06:00
Buka / Bagaimana
2022-08-30 07:00:00
Jangan lupa temujanji kita Khamis ini.

Tempoh hari kecoh di semua social media berkenaan QM ini.

Ada apa sebenarnya dengan QM ni?

Jangan terlepas untuk join program #BorakMembaWang bersama seorang tokoh QM dengan topik Ada Apa dengan Quantum Metal (QM)

Klik link untuk join https://fb.me/e/5sXJSTVGj
526 views04:00
Buka / Bagaimana
2022-08-30 05:44:20
Sempena Hari Merdeka, kami kongsikan doa bebas hutang.

Erti MERDEKA KEWANGAN ialah bebas hutang.

Ramai orang terpedaya dengan cara hidup bermewah-mewah yang tak diperlukan hingga menyebabkan berhutang untuk urusan yang tidak diperlukan. Moga Allah mengurniakan kita dengan limpah kurniaNya agar terselamat dari musibah ini.

INFAQ Consultancy Sdn Bhd
"Plan Your Wealth, Change Your Life"
"Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan"
575 views02:44
Buka / Bagaimana
2022-08-29 15:30:10 Konsep takaful ni adalah menyumbang dalam 1 tabung untuk kegunaan org ramai..

Siapa yang memenuhi syarat, boleh menyertai takaful. Dan jika ditakdirkan insan tersebut ditimpa musibah contohnya kematian, akan diberikan pampasan kepada warisnya.

Ataupun jika dia pemilik medikal kad, dan ditimpa musibah untuk menjalankan pembedahan, kos tersebut akan ditanggung oleh syarikat takaful melalui tabung tabaru’ tersebut..

https://afyan.com/macamana-konsep-takaful-tu.html/
717 views12:30
Buka / Bagaimana
2022-08-29 11:59:58 Strategi beli rumah idaman sebelum usia 30.

Andaikan korang mula bekerja pada umur 23 tahun, dengan gaji permulaan RM3000. Sewa rumah anggaran 600-700/Bulan .

Simpan setiap bulan tanpa gagal RM500 di dalam instrumen tabung haji/asb dengan anggaran pulangan pelaburan 5% setahun.

Selepas 5 tahun, anggaran simpanan lebih kurang ±RM33k.

Jumlah ini mencukupi untuk pembelian rumah pertama ber'harga' sekitar 200k-250k. Sekarang dah ada rumah pada umur 28-29 tahun.

Gaji pon mungkin dah ada peningkatan masa ni.

Duit sewa sebelumnya boleh buat sebagai ansuran rumah. Mungkin perlu tambah sedikit. Anggaran dalam 1k ~ 1.3k sebulan.

Rumah dah ada. Sekarang bina keluarga bahagia.

Sekiranya mampu, kekalkan simpanan 500/bulan. Buat tabung kecemasan 3-6 bulan gaji. Rancang dan urus kewangan dengan baik.

Lebih baik lagi, buat perancangan untuk selesaikan hutang-hutang pembiayaan lebih awal.

Hutang tiada, tidur lena.

Jangan lupa, dapatkan perlindungan pendapatan untuk urus risiko kewangan korang. Nak info habaq mai, aku bantu.

7 langkah asas dalam membina kejayaan kewangan.

Matlamat
Mindset
Perancangan
Tindakan
Pengurusan
Pembinaan
Perlindungan

Ada apa lagi ke perlu tulis?

#tentangcinta
#ikhlasbersama

Kredit: Alif Ahmed
INFAQ Consultancy
823 views08:59
Buka / Bagaimana
2022-08-29 11:59:58
552 views08:59
Buka / Bagaimana