Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.57K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 65

2022-10-05 04:24:30 Apabila ada ejen takaful mendakwa sesuatu produk itu ialah "pure investment", perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah pengesahan perkara tersebut berdasarkan maklumat di dalam PDS (product disclosure sheet).

Apakah itu PDS?

PDS ialah helaian keterangan produk takaful berkenaan. Ia mengandungi maklumat-maklumat penting sesuatu produk kewangan yang perlu pelanggan baca dan ketahui sebelum sign up.

Bank Negara Malaysia mewajibkan semua produk kewangan sama ada bank atau takaful / insurans untuk menyediakan dokumen berkenaan. Jika dalam pelaburan unit trust, dokumen hampir serupa dipanggil sebagai "fund fact sheet".

Contohnya dalam kes ini, seorang ejen takaful mendakwa produk takaful sekian-sekian adalah "pure investment".

Tapi apabila disemak dalam website rasmi syarikat berkenaan, ia tidaklah sebagaimana didakwa malah ada DISCLAIMER oleh kompeni berkenaan bahawa ia bukan "pure investment" sebagiamana unit trust.

Jadi bagaimana ejen takaful boleh mendakwa bahawa produk syarikatnya ialah produk "pure investment"?

Jangan fokus kepada nama syarikat sebab ia boleh berlaku dalam semua kompeni takaful, termasuk yang saya wakili. Ejen yang mengatakan sedemikian biasanya diajar oleh leader atau senior dalam ejensi.

Jadi, wujudkan produk takaful yang "pure investment"?. Saya belum jumpa lagi. Jika Tuan-Puan jumpa, tolong kongsikan.

Jika posting ini bermanfaat, tolong klik share.
339 views01:24
Buka / Bagaimana
2022-10-05 04:24:26
367 views01:24
Buka / Bagaimana
2022-10-05 04:23:12
Taktau nak gelak atau nak marah dengan komen ni

PESANAN PENAJA: Sedang mencari kelengkapan perkahwinan dengan harga berbaloi? Klik https://shp.ee/4unwxvm
387 views01:23
Buka / Bagaimana
2022-10-01 03:50:56
Selepas membaca posting CikPuan Bella Leana tentang MRTT vs MLTT vs Life Takaful, saya mengakui apa yang ditulisnya lebih tepat berbanding dengan apa yang saya pernah kongsikan tentang perkara tersebut selama ini.

Dalam posting-posting berkaitan MLTT yang saya tulis selama ini merujuk kepada konsep MLTT, bukan produk MLTT. Sama seperti saya terangkan konsep Income Protection, konsep Loving Couple Policy dan seumpamanya. Semuanya adalah konsep dalam melanggan takaful, bukannya nama produk.

Manakala apa yang ditulis dalam posting beliau, mengasingkan antara polisi MLTT dengan polisi takaful (life policy) yang berfungsi mirip MLTT iaitu untuk perlindungan hutang rumah.

Apa yang diterangkan oleh beliau lebih tepat iaitu tentang perbandingan antara produk MLTT dgn produk takaful yang berfungsi untuk perlindungan hutang rumah.

Dalam banyak posting saya terdahulu, hanya kongsikan tentang konsep MLTT dan tidak terangkan...

Sambungan di https://www.facebook.com/1683130978637183/posts/3478845919065671/
1.2K views00:50
Buka / Bagaimana
2022-09-29 17:50:23
Next topik live Borak dan MembaWang. On tak on?
407 views14:50
Buka / Bagaimana
2022-09-28 16:05:17 https://fb.watch/fQ00Mk9mXa/
291 views13:05
Buka / Bagaimana
2022-09-28 13:59:43
Malam ini. https://fb.me/e/38Fijm2yn
466 viewsedited  10:59
Buka / Bagaimana
2022-09-27 18:17:27
Bukan semua orang perlukan takaful...
145 viewsedited  15:17
Buka / Bagaimana
2022-09-27 01:42:39 Phatta. Orang Nepal. Cleaner di tempat kerja lama. Baru dua tahun kerja di Malaysia dah sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Sepanjang 8 tahun kerja, sudah ada bersilih ganti cleaner di awalnya. Rata-rata cleaners kurang komitmen kerja, lepas mengemas, lebih banyak duduk di pantry main telefon.

Tetapi apabila diganti dengan Phatta, dia bekerja umpama tak ada waktu rehat. Tenaga dan fokusnya luar biasa.

Seawal 8 pagi sudah mula mengemas pejabat lain. Kadang dia terpaksa tunggu lama depan pintu pejabat sebab lewat dibuka, dia menunggu lama depan pintu, tanpa sedikitpun dengar dia mengeluh.

Sejurus masuk ke pejabat kerjanya tangkas, tanpa henti. Pernah pulang lewat selepas maghrib, nampak dia sedang bersihkan kawasan parking, menghabiskan syif 8 pagi - 8 malam.

Yang paling membekas dalam memori ialah pernah lihat dia guna berus gigi untuk hilangkan kesan kotor degil di karpet pejabat, lap bahagian belakang langsir. Vakum surau dan lap bawah meja!

Seakan semua tempat di pejabat, telah ada cap jari Phatta.

Saya rasa malu setiap kali lihat Phatta bekerja, rasa seolah dia kerja lebih kuat, lebih banyak. Saya selalu ambil peluang berbual dengan Phatta di pantry, nak kenal beliau lebih lanjut.

Selepas setahun tinggalkan pejabat. Sedikit terputus hubungan. Saya pernah banyak kali ajak beliau makan tengah hari bersama, tetapi dia menolak, bawa bekal masak dari rumah katanya. Hari terakhir di pejabat saya kata nanti kita perlu keluar makan sama ya.

Hari ini dapat mesej (yang dipanjangkan kepada saya oleh sahabat di pejabat lama), sangat mengejutkan dan menyedihkan.

"𝘋𝘦𝘢𝘳 𝘢𝘭𝘭, 𝘢𝘴 𝘺𝘰𝘶 𝘮𝘢𝘺 𝘬𝘯𝘰𝘸, 𝘗𝘩𝘢𝘵𝘵𝘢 - 𝘰𝘶𝘳 𝘰𝘧𝘧𝘪𝘤𝘦 𝘤𝘭𝘦𝘢𝘯𝘦𝘳, 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘭𝘭 𝘦𝘢𝘳𝘭𝘪𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘸𝘦𝘦𝘬. 𝘏𝘦 𝘸𝘢𝘴 𝘣𝘳𝘰𝘶𝘨𝘩𝘵 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦 𝘤𝘭𝘪𝘯𝘪𝘤 𝘰𝘯 𝘛𝘶𝘦𝘴𝘥𝘢𝘺 𝘢𝘯𝘥 𝘸𝘢𝘴 𝘳𝘦𝘤𝘶𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘵 𝘩𝘰𝘮𝘦.

𝘜𝘯𝘧𝘰𝘳𝘵𝘶𝘯𝘢𝘵𝘦𝘭𝘺, 𝘺𝘦𝘴𝘵𝘦𝘳𝘥𝘢𝘺 𝘩𝘪𝘴 𝘤𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘸𝘰𝘳𝘴𝘦𝘯𝘦𝘥, 𝘩𝘦 𝘴𝘵𝘢𝘳𝘵𝘦𝘥 𝘤𝘰𝘯𝘷𝘶𝘭𝘴𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘥 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘯𝘵𝘰 𝘤𝘰𝘮𝘢 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘢𝘧𝘵𝘦𝘳𝘯𝘰𝘰𝘯. 𝘚𝘢𝘥𝘭𝘺, 𝘐 𝘸𝘢𝘴 𝘫𝘶𝘴𝘵 𝘪𝘯𝘧𝘰𝘳𝘮𝘦𝘥 𝘣𝘺 𝘩𝘪𝘴 𝘴𝘶𝘱𝘦𝘳𝘪𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘩𝘦 𝘱𝘢𝘴𝘴𝘦𝘥 𝘢𝘸𝘢𝘺 𝘦𝘢𝘳𝘭𝘪𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘷𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨.

𝘔𝘢𝘺 𝘩𝘪𝘴 𝘴𝘰𝘶𝘭 𝘣𝘦 𝘨𝘳𝘢𝘯𝘵𝘦𝘥 𝘦𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘱𝘦𝘢𝘤𝘦."

Phatta bukanlah Muslim, tetapi berkenalan dengannya mengajar diri saya tentang maksud amanah dalam kerjaya.

Credit Ezry Fahmi
150 views22:42
Buka / Bagaimana
2022-09-27 01:42:35
139 views22:42
Buka / Bagaimana