Get Mystery Box with random crypto!

Ini antara kes rare yang saya terima aduan melalui FB. Saya | Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Ini antara kes rare yang saya terima aduan melalui FB.

Saya pernak kongsikan sebelum ini, dan sekali lagi saya kongsikan memandangkan sekarang kadar OPR meningkat.

Saya kongsikan selepas mendapat keizinan daripada beliau.

Seorang rakan berkongsi terang perihal loan perumahannya yang sudah dibayar selama hampir 15 tahun tapi baki pokok terkini lebih besar dari amaun awal pinjaman.

Terkejut beruk saya membacanya! Kes yang biasa saya terima, ia kurang sedikit sahaja atau tidak berkurangan dalam tempoh tertentu.

Tapi kalau ini bukan sahaja baki pokok hutang rumah tidak berkurangan, malah meningkat pula!

Tuan-Puan boleh baca sendiri mesej yang beliau hantar.

Rujuk gambar-gambar yang disertakan, ada penerangan disertakan.

Dalam kes ini, beliau melanggan perbankan konvensional. Dalam perbamnkan Islam, tidak kan berlaku kenaikan harga jualan yang telah dimetrai dalam kontrak. Jiga

Saya kongsikan perkara ini supaya rakan-rakan alert dengan pinjaman perumahan Tuan-Puan, terutama pinjaman perumahan melalui bank. Jika LPPSA, mungkin tidak timbul isu sebegini.

Jika pinjaman bank, perlu berhati-hati dengan “default clause” yang menjadi perangkap samar pinjaman Tuan-Puan.

Sekurang-kurangnya semak setiap tahun supaya anda tahu ke mana wang ansuran itu pergi.

Berikut beberapa panduan untuk rakan-rakan

1. Pastikan bayaran ikut jadual.

2. Pastikan jangan lewat.

3. Biar bayar lebih jangan bayar kurang.

4. Alert dengan pengumuman naik turun OPR yang akan memberi kesan.

5. Tahun-tahun awal memang akan lebih bayaran untuk keuntungan bank atau dipanggil interest atau riba dalam konvensional.

6. Jika OPR naik, pastikan bayaran ansuran ditambah seiringan.

7. Jika OPR turun, walaupun diberi pilihan untuk kurangkan bayaran, tapi sebaiknya kekal sahaja bayaran kita supaya ia banyak kepada bayaran pokok.

8. Bayaran lebihan, pastinya masuk ke bayaran pokok. Kena rujuk bank untuk memastikan ia berjalan begitu.

9. Bayaran lebih yang tidak dibayar kepada bakik pokok hanya sekadar bayaran advance sahaja.

10. Kadangkala, bank kenakan caj untuk fire insurans yang ditolak dari ansuran bulanan, jadi secara automatik bayaran ansuran ke atas baki pokok berkurangan.

11. Selain itu, semak juga MRTT yg cover pinjaman perumahan yg tidak seiring dengan coverage, jadi perlu sediakan back up dengan melanggan MLTT.

Untuk MLTT, tak mahal mana pun. Jika umur 30 tahun, sumbangan bulanan hanyalah RM40++ bagi manfaat RM200,000 yg akan dapat kepada waris apabila penghutang meninggal dunia.

Jika berminat, klik
https://wassap.my/60192667025/MLTT200K
https://wassap.my/60192667025/MLTT200K
https://wassap.my/60192667025/MLTT200K

Sebaiknya pilih perbankan Islam supaya ia bebas daripada riba, namun sebagai entiti bisnes ia tetap mempunyai kadar keuntungan tertentu dalam setiap pembiayaan perumahan.

https://t.me/AfyanIFP