Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.64K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 6

2023-06-08 06:41:49
800 views03:41
Buka / Bagaimana
2023-06-08 05:29:41
Tahniah kepada semua calon SPM 2022! Pencapaian anda dalam menghadapi dan menamatkan peperiksaan SPM adalah sesuatu yang patut diberikan penghargaan. Anda telah menunjukkan kegigihan, keberanian, dan kesungguhan yang tinggi dalam menghadapi cabaran ini. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk kejayaan yang lebih besar di masa depan. Selamat dan teruskan usaha yang gigih!

Jangan biarkan hidup anda ditentukan oleh sekeping sijil!
883 views02:29
Buka / Bagaimana
2023-06-08 05:03:15 "Pernah jumpa orang buat macam ni untuk join pelaburan atau bisnes mereka?"

Tonton video ini di https://vt.tiktok.com/ZSLYv4PGj/
929 views02:03
Buka / Bagaimana
2023-06-07 10:25:40 “Kenapa gaji kita selalu tak cukup?

Sebabnya, bila income kita naik. Kita naikkan sekali lifestyle kita.

Income naik, lifestyle pun naik. Kdg, tak perlu pun ikut apa orang ada. Kita perlu ada kekuatan untuk menahan kepuasan yg sementara ni.”

Saya selalu pesan: Untuk meningkatkan ekonomi dan kewangan bukan mulakan dengan tambah pendapatan tapi dengan tambah ilmu dahulu.

Jika tambah pendapatan tapi tak tambah ilmu kewangan, maka masalah kewangan yang ada ketika gaji sedikit, tetap akan ada walaupun gaji dah banyak.

Ketika gaji sikit, susah nak menyimpan. Nanti kalau gaji dah makin besar pun susah juga nak menyimpan.

Akhirnya, terperangkap dalam “rat race”, waluapun gaji dah makin besar, rumah dah makin besar, kereta dah makin besar – tetap mempunyai mindset dan ilmu kewangan yang sama ketika gaji kecil.

Inilah dipanggil middle class trap atau rat race. Kita tetap berada di takuk yang sama walaupun gaji semakin besar.

Jadi, step yang sepatutnya untuk perbaiki kewangan ialah

1. Letakkan target/ matlamat yang jelas.

2. Tambah ilmu kewangan untuk mengubah mindset kewangan

3. Buat plan tindakan menggunakan ilmu yang diperoleh dalam langkah kedua utk capai matlamat yang diletakkan dalam langkah pertama

4. Tambah pendapatan

5. Kawal perbelanjaan

6. Apabila berjaya lakukan step 4 dan 5, maka kita akan ada lebihan untuk buat simpanan dan pelaburan.

7. Kukuhkan pertahanan kewangan melalaui zakat, sedekah, cukai, takaful dan perancangan pusaka.

Perasan tak, ramai yang skip langkah 2 dan 3, iaitu terus ke langkah ke-4 untuk tambah pendapatan. Apabila ia berlaku, maka tidak berlaku langkah-langkah seterusnya.
1.2K views07:25
Buka / Bagaimana
2023-06-07 10:25:33
992 views07:25
Buka / Bagaimana
2023-06-07 09:18:52 Review buku Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Duit dan buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)

Tonton video baharu saya di https://vt.tiktok.com/ZSLY9rD5d/
1.0K views06:18
Buka / Bagaimana
2023-06-07 06:04:26 Orang kaya tak suka sangat tunjuk kereta apa mereka pakai.

Selalunya orang yang acah-acah kaya sahaja yang suka tunjuk kereta apa mereka pakai.

Setuju tak?

Sebenarnya fenomena ini adalah fenomena jutawan-jutawan sejagat. Tengok Sdra Khairul Aming, hanya pakai Perodua Bezza sahaja walaupun jualan Sambal Nyet cecah RM7.5 juta setahun!

Bukan setakat Khairul Aming, malah para jutawan lain di Malaysia dan di seluruh dunia pun sama tabiat mereka, seperti Syed Mokhtar Bukhary, Pn Ainon Mohd, Dato' Ali Mydin, Warren Buffet, Bill Gates Dan lain-lain.

Di mata orang biasa yang tidak tahu hujung pangkal mungkin akan menganggap, jika orang kaya beli kereta murah bermakna mereka kedekut, kufur nikmat, taik hidung masin dan seumpamanya.

Walhal, itulah dia salah satu daripada 9 identiti yang menjadi mindset dan habit seorang jutawan, MENANGGUHKAN KEPUASAN atau DELAY GRATIFICATION.

Perkara ini dikongsikan dalam buku F.I.R.E aka Financial Independence Retire Early atau #BukuFIRE.

Dalam buku ini dikongsikan bagaimana untuk mencapai FIRE dengan mendidik minda dan tabiat sebagaimana jutawan-jutawan lakukan, kita akan lebih mudah untuk mencapai tahap merdeka wang dan seterusnya bersara awal.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:

www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com

1.0K views03:04
Buka / Bagaimana
2023-06-07 06:04:24
834 views03:04
Buka / Bagaimana
2023-06-07 05:35:36
Tak sangka betul! Buku Financial Independence Retire Early a.k.a #BukuFIRE ini sold out di 2 daripada 3 reruai PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lalu!

Terima kasih Tn Poksu Mirul Al-Hafiz dan Tn Amirul Akmal Zakaria yang memaklumkan perkara ini.

Syukur Alhamdulillah!

Terima kasih buat semua yang sudah mendapatkannya.

Ada sesiapa lagi yang nak dapatkan naskah terbaru saya ini?

Stok ada juga sikit dengan saya.

Detail kandungan buku ini di

www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
964 views02:35
Buka / Bagaimana
2023-06-06 06:41:32 Saya geleng kepala melihat poster promosi takaful ini.

Kenapa perlu ada ayat
"Meninggal, perlu FARAID"?
"Tidak perlu FARAID"?

Teruk sangat ke faraid ni di mata segelintir ejen takaful?

Selagi hayat dikandung badan, saya tidak akan menutup mata apabila melihat misleading sebegini rupa.

Selagi itu saya akan berikan teguran sebegini, walaupun dipandang serong oleh segelintir ejen yang menggunakan sales idea sebegini.

Jika nak promote takaful, tak perlu nak downgrade faraid sehinggakan orang nampak buruk kepada faraid.

Tidak dapat dinafikan, ada segelintir ejen baru yang naif, diajar oleh ejensi cara marketing sebegini rupa. Maka lahirlah bahan-bahan marketing sebegini.

Percayalah, poster sebegini bukan dikeluarkan oleh pihak syarikat secara rasmi. Ia adalah rekaan ejen dan ejensi.

Tidak dapat dinafikan, dalam masyarakat terdapat segelintir kes faraid yang menimbulkan masalah apabila penerima faraid tidak menunaikan amanah.

Jadi, yang perlu diberi kesedaran ialah tentang tanggung jawab terhadap faraid, bukan dengan memburukkan faraid.

Ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Yang salah ia sikap segelintir umat Islam yang abuse faraid, tapi yang disalahkan ialah faraid.

Lebih malang lagi apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan mengejar sales takaful dengan memburukkan faraid.

Walhal, ada banyak kelebihan lain faraid berbanding hibah takaful.

Saya berikan beberapa situasi di bawah untuk menunjukkan bahawa hibah takaful pun boleh berlaku masalah.

Contoh 1: Pemilik polisi ada hutang tapi letak nama pasangan sebagai penerima hibah 100%, dan kemudian meninggal dunia.

Penerima hibah tidak wajib membayar hutang piutang pemilik dan pasangan yang hidup memilih untuk tidak membayar hutang arwah si mati, atas sebab tertentu.

Harta lain yang ditinggalkan tidak mencukupi untuk membayar hutang.
Maka menimbulkan masalah terhadap waris-waris yang masih hidup.

Contoh 2: Pemilik polisi letak nama pasangan sebagai penerima hibah 100%, dan kemudian meninggal dunia.

Pasangan yang menerima hibah 100% berasa seronok, tapi malangnya waris lain yang tidak menerima hibah berkecil hati.

Berbanding sekiranya takaful diagihkan mengikut faraid, semua waris akan dapat bahagian masing-masing berdasarkan syariat dan tidak ada yang berkecil hati.

Contoh 3: Bayangkan jika suami meletakkan nama hibah takaful 100% kepada isteri, dan masih ada ibu bapa yang di dalam tanggungannya yang tidak ada peruntukan hibah takaful.

Bayangkan pula ketika hidup hubungan menantu dengan mentua memang tak berapa ngam.

Kemudian si suami tadi meninggal dunia dan meninggalkan hutang yang tidak cukup untuk dibayar dengan harta pusaka yang ada?

Contoh 4: Suami berkahwin lebih daripada 1, tapi hanya meletakkan nama seorang isteri sahaja. Sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap isteri yang tidak diletakkan nama.

Contoh 5: Isteri letak nama anak-anak sahaja sebagai penerima hibah. Suami yang masih hidup tidak puas hati.

Apa kesimpulannya?

Kesimpulannya, faraid, hibah, wasiat, harta sepencarian dan seumpamanya adalah alat dalam pengurusan kewangan dalam merancang pusaka.

Baik buruk tidak ditentukan oleh instrumen yang digunakan, tapi ditentukan oleh manusia-manusia yang berhadapan dengan situasi tersebut.

Sebab itu dalam perancangan pusaka, sangat penting untuk memberi kesedaran kepada semua ahli waris dan keluarga tentang ilmu pusaka. Bukan hanya fikir hak masing-masing selepas pemilik harta meninggal dunia.

Faraid yang diturunkan Allah, sudah tentu ada hikmahnya dan ia datang dengan tanggungjawab. Bak kata Ben Parker; Great power comes great responsibility.
853 views03:41
Buka / Bagaimana