Get Mystery Box with random crypto!

Channel Afyan Mat Rawi, IFP

Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP C
Logo saluran telegram afyanifp — Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Alamat saluran: @afyanifp
Kategori: Blog
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 24.64K
Deskripsi dari saluran

Tip-tip kewangan dan kehidupan oleh Afyan, IFP

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 7

2023-06-06 06:41:23
773 views03:41
Buka / Bagaimana
2023-06-06 06:29:54 Antara kesan apabila mempromosi hibah kononnya lebih baik daripada faraid.

Komen ini datang daripada posting saya sebelum ini, tidak pasti sama ada dia ni ejen takaful atau bukan.

"Tujuan utama orang agama mencipta sistem hibah adalah untuk mengatasi ketidak adilan faraid. Ironinya kalau ditanya moslem, apakah faraid adil ? semua akan jawap faraid adil. Inilah sindrom penafian yang dialami oleh moslem. Mereka sedar faraid tidak adil tetapi sama sekali takkan mengakui kerana tak mahu menunjuk perundangan islam itu bermasalah. Mereka cipta sistem baru hibah guna istilah arab kononnya ia juga sistem islam.

Selain permasalahan ketidak adilan pembahagian tidak sama antara anak lelaki dan anak perempuan, faraid adalah mimpi ngeri kepada pasangan yang hanya ada anak perempuan atau tiada anak kerana hartanya akan diperoleh oleh adik beradiknya "

Inilah sebab saya seru kepada rakan-rakan ejen takaful, elakkan sebarang promosi yang memberi persepsi negatif terhadap faraid.

Memamg la dalam promosi tidak ada ayat yang memburukkan faraid secara direct sebagaimana komen ini.

Tapi banyak contoh marketing yang downgrade faraid apabila membuat perbandingan dan hanya menunjukkan hibah atau hibah takaful lebih baik daripada faraid.

Kononnya jika menggunakan instrumen hibah, harta tidak perlu melalui proses faraid maka ia lebih bagus berbanding faraid.

Kononnya, jika faraid isteri hanya dapat 1/8 berbanding hibah isteri dapat 100%

Perbandingan tidak adil ini untuk menunjukkan hibah adalah "pemenang" berbanding faraid dan wasiat.

Kesannya, akan timbul persepsi negatif dalam masyarakat terhadap instrumen faraid.

Tidak dapat dinafikan, ada beberapa kes faraid yang menimbulkan perbalahan dan ketidakadilan apabila penerima faraid tidak menunaikan hak.

Tapi ia adalah berpunca daripada sikap dan kelemahan manusia dan undang-undang yang ada, bukannya berpunca daripada kelemahan hukum faraid.

Istilah hibah dan hibah takaful mula popular sejak Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) digezetkan.

Sebelum itu ia cuma dipopulaekan oleh ejen-ejen syarikat amanah dan wasiat, tapi sejak wujudnya IFSA ia mula dipopularkan oleh ejen-ejen takaful.

Sejak itu, istilah "hibah takaful" mula popular dan seolah-olah ia adalah produk, walhal tidak wujud pun produk hibah takaful.

Hibah dalam takaful adalah salah satu instrumen pengagihan harta pampasan akibat kematian. Tanpa hibah dalam takaful, produk yang sama masih boleh wujud.

Satu sudut, ia bagus untuk kesedaran tentang peri pentingnya perancangan pusaka bagi seseorang Muslim.

Namun pada masa sama, kita tidak mahu umat Islam memandang faraid sebagai tidak adil dan lemah berbanding hibah. Kita tidak mahu misleading sebegini rupa terus-menerus dibiarkan berleluasa dalam masyarakat.

Justeru, adalah tidak wajar untuk merendah-rendahkan faraid demi untuk mempromosi hibah dan hibah takaful.

Bayangkan sekiranya perkara ini tidak dibendung daripada awal?
733 views03:29
Buka / Bagaimana
2023-06-06 06:29:30
585 views03:29
Buka / Bagaimana
2023-06-06 06:24:08
BANYAK BEZANYA

Kalau suami meninggalkan wang RM1,000,000,
- Bahagian balu RM500,000

Itulah harta sepencarian.

Baki RM500,000 lagi akan difaraidkan.
- Bahagian balu RM62,500 (menjadikan total RM562,500)
- Bahagian anak lelaki RM180,556
- Bahagian anak perempuan RM90,277
- Bahagian ibu RM83,333.5
- Bahagian bapa RM83,333.5

Itulah faraid. Panduan daripada Allah.

Kalau suami meninggal, tinggalkan hibah RM1,000,000 untuk isteri,
- Bahagian balu RM1,000,000
- Bahagian anak lelaki RM0
- Bahagian anak perempuan RM0
- Bahagian ibu RM0
- Bahagian bapa RM0

Itulah hibah.

Mana lagi adil dan saksama? Masing-masing ada peranan dan kelebihan tersendiri.

Faraid panduan ulung daripada Allah, ia datang dengan tanggungjawab.
593 views03:24
Buka / Bagaimana
2023-06-06 05:53:27 Jarang salesman kereta boleh bagi advise macam ni….

Beli kereta tak salah. Tapi ramai orang beli kereta yang salah.

Bagus juga kalau salesman kereta berikan 8 advise berikut kepada pembeli.

1. Kereta ialah aset. Ya, aset bank. Tapi ia bebanan untuk kita jika tak bijak menguruskannya.

2. Kereta adalah jalan mudah untuk menuju ke #NerakaWang.

3. Berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi tahun 2019, hutang kereta adalah punca utama kes bankrapsi di kalangan orang muda.

4. Kereta adalah alat untuk bergerak, bukan matlamat. Tanpa kereta atau kereta mahal pun kita masih lagi boleh bergerak.

5. Beli kereta tak salah, tapi ramai orang beli kereta yang salah.

6. Biar pakai kereta murah di waktu muda, asalkan hidup selesa di hari tua. Daripada beli kereta mahal di waktu muda tapi menyesal di hari tua.

7. Untuk mengelakkan masuk #NerakaWang disebabkan kereta, pastikan harga kereta jangan lebih daripada setahun gaji.

8. Nak beli kereta mahal? Mahalkan gaji dan pendapatan kita dulu, barulah beli kereta mahal.

Amacam? Berani tak salesman kereta berikan nasihat di atas? Hahahaha!

Ilmu beli kereta adalah sebahagian daripada ilmu kewangan.
622 views02:53
Buka / Bagaimana
2023-06-06 05:53:24
616 views02:53
Buka / Bagaimana
2023-06-06 04:16:57 "Asal mahal je riba? Asal riba je mahal?"

Tonton video baharu saya di https://vt.tiktok.com/ZSLYRLnTe/
722 viewsedited  01:16
Buka / Bagaimana
2023-06-04 19:01:01
Seluruh warga INFAQ Consultancy merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.

Daulat Tuanku.

INFAQ Consultancy Sdn Bhd
"Plan Your Wealth, Change Your Life"
"Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan"
1.0K views16:01
Buka / Bagaimana
2023-06-04 07:39:27
1.1K views04:39
Buka / Bagaimana
2023-06-04 07:39:18
Terima kasih semua yg support
1.0K views04:39
Buka / Bagaimana