Get Mystery Box with random crypto!

- Saya jadi ejen unit trust pertama kali sejak 2009, tapi seta | Channel Afyan Mat Rawi, IFP

- Saya jadi ejen unit trust pertama kali sejak 2009, tapi setahun je la lepas tu stop, sebelum aktif balik 2016 dan kemudian slow down pada tahun 2019 sehingga kini. Saya naik dari satu anak tangga ke satu anak tangga, daripada peringkat ejen hingga ke GAM.

- Pengalaman saya, memang dalam mana-mana pelaburan (dan bisnes) tidak kira unit trust, saham, hartanah, Kripto, emas, private mandate, I RPS dsb, majoriti akan balik modal atau rugi. Hanya minoriti sahaja yang berjaya buat untung.

- Apa yang membezakan semua? Ilmu

- Saya tahu, ramai ejen akan kongsikan keuntungan klien mereka. Saya pun begitu. Banyak kali tunjukkan perihal keuntungan pelaburan. Tapi saya amalkan dan galakkan, kongsikan juga perihal kerugian unit trust, termasuk posting ini.

- Saya mula aktif kembali pada tahun 2016 melalui platform Single License Investment yang memasarkan produk unit trust daripada lebih 30 kompeni pelaburan dengan beratus fund.

- Biasanya orang hanya kenal 2 ke 4 kompeni unit trust. Tapi dengan platform ini, pelabur boleh melabur dalam lebih 30 syarikat unit trust di Malaysia. Rujuk https://afyan.com/single-license-investment.html/

- Melalui platform Single License Investment Ini, klien boleh pilih dan compare fund yg terbaik daripada pelbagai kompeni. Yang bestnya lagi, klien boleh switch dari satu fund ke satu fund tanpa sebarang caj.

- Namun ia bukan jaminan keuntungan. Platform tetap sebuah alat. Bak kata Ejen Aliya kepada Ejen Ali, "Iris memang mampu meningkatkan keupayaan seseorang ejen, namun ia tetap sebuah gajet. Yang tentukan keberkesanannya ialah pemakainya".

- Sama juga dgn platform Single License Investment, Ia tetap sebuah alat, bukan penentu keuntungan.

- Jika tidak monitor, switching, cut loss dan lock profit, agak sukar untuk membuat untung. 4 perkara ini sangat penting untuk memastikan kelestarian keuntungan.

- Rujuk posting https://afyan.com/strategi-yang-sepatutnya-dilakukan-untuk-pelaburan-unit-amanah.html untung keterangan lanjut strategi ini.

- Saya selalu pesan kepada rakan-rakan pelaburan, lakukan monitoring sendiri dan jangan harapkan ejen. Ejen hanya pemudah cara. Hampir mustahil untuk ejen monitor SEMUA klien serentak untuk memastikan keuntungan.

- Sepanjang saya mempromosi unit trust, banyak kali saya dedahkan sisi gelap dalam industri unit trust ini yang jarang diceritakan, sehingga ramai juga ejen-ejen yang tidak selesa dengan cara saya.

- Saya kongsikan misleading dan misselling ejen-ejen contohnya di https://afyan.com/ajaran-sesat-dalam-industri-unit-trust-kalau-guna-cara-kiraan-ajaran-sesat-ini-return-asb-kwsp-th-pun-boleh-dapat-12-setahun.html/

- Tujuan saya adalah untuk memberi awareness kepada orang awam supaya berhati-hati dalam membuat pelaburan. Jangan mudah percaya dengan janji bulan dan bintang oleh segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab.

- Saya juga pernah kongsikan satu berita yang jarang dikongsi oleh mana-mana ejen unit trust berkenaan majoriti pencarum KWSP yang keluarkan daripada akaun KWSP mereka hanya balik modal dan mendapat pulangan yang kurang daripada pulangan KWSP. Rujuk https://afyan.com/tip-pelaburan-unit-trust-melalui-kwsp.html/

- Namun cara saya agak agresif, sehingga saya diambil tindakan oleh autoriti selepas ada pihak yang membuat laporan kepada FIMM dan saya dikenakan public reprimand. Saya menginsafi perkara ini dan menerima dengan hari terbuka.

- Selepas itu, saya mula perlahan mempromosikan unit trust sehingga sekarang. Saya explore peluang pelaburan lain, selain unit trust.

Nak saya sambung cerita ni?

IKLAN: Belajar ilmu-ilmu kewangan secara advance untuk mencapai financial freedom, menggunakan Buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:

www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com
www.bukuFIRE.com