Get Mystery Box with random crypto!

Sabah Info

Logo saluran telegram mysabahinfo — Sabah Info S
Logo saluran telegram mysabahinfo — Sabah Info
Alamat saluran: @mysabahinfo
Kategori: Berita
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 41.36K
Deskripsi dari saluran

Segalanya Info mengenai Negeri Sabah (Trending Info: #COVID19)

Ratings & Reviews

2.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 2

2023-04-29 07:25:59
LIMA kawasan dalam negara merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga iaitu di Kubang Pasu (Kedah), Tangkak (Johor), Raub (Pahang), Nabawan (Sabah) dan Mukah (Sarawak)

Menurut MET Malaysia, Tahap 1 merupakan Tahap Berjaga-Jaga dimana Suhu maksimum harian mencecah 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Bah, kurangkan aktiviti di luar ya gaisss dan banyakkan minum air putih.
25.6K views04:25
Buka / Bagaimana
2023-04-25 14:36:58
DUA remaja 13 tahun disambar petir ketika bermain bola di padang Pekan Papar, petang tadi.
Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa Muhammad Zulqilfle Redzwan, 13, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian.
Seorang lagi yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh pihak Bomba dan telah dihantar ke Hospital Papar.

Takziah buat keluarga mangsa.
29.9K views11:36
Buka / Bagaimana
2023-04-20 06:21:30
Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi ini. Be safe warga Beluran
31.5K views03:21
Buka / Bagaimana
2023-04-16 04:46:10
KASIHAN bah jadi orang Sabah. Hari ini, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tampil mempertikaikan harga tiket penerbangan yang terlalu mahal dari Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Ka Siong melalui twitternya berkata hasil semakan mendapati tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April 2023) menjangkau RM3,138.
"Macam mana keluarga B40 & M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ni?"
"Pada masa ini bukan waktu berlakunya pandemik COVID-19! Sektor penerbangan beransur pulih, kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan “grounded” seperti waktu pandemik." Tulisnya lagi
"Tambang terlalu tinggi membebankan rakyat jelata. Jangan sampai seluruh rakyat membuat andaian bahawa 'airline' tertentu dilihat mengeksploitasikan keadaan dengan mengaut keuntungan tinggi untuk memulihkan semua kerugian yang ditanggung semasa COVID19 dalam tempoh yang singkat."
"Dijangkakan jawapan standard kerajaan adalah “dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana “dynamic pricing mechanism”.
"Apa pun, tak kira zaman siapa memerintah, acap kali MOT menjawab sebegitu, rakyat sukar menerima jawapan standard tersebut. Kepada syarikat penerbangan, tolonglah rakyat." - Katanya
34.5K views01:46
Buka / Bagaimana
2023-04-12 17:05:55 .....kami sebagai keluarga keliru. Kenapa pula sesuatu yang jelas atau tidak membabitkan keselamatan nasional atau kepentingan awam diklasifikasikan sebagai rahsia," katanya ketika dihubungi BH.
Donald yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), berkata jika laporan itu dikemukakan selepas siasatan mengenai nahas berkenaan selesai pada 1976, ia tidak menimbulkan banyak tohmahan atau prasangka.
Katanya, jika laporan itu dikeluarkan empat dekad lalu, ahli keluarga mangsa juga lebih cepat menerima hakikat mengenai nahas yang menyedihkan ahli keluarga dan seluruh rakyat Sabah itu.
"Sekarang apa yang saya lihat, ia menimbulkan lebih banyak persoalan pula, bukannya jawapan," katanya.
Sehubungan itu, Donald berkata selaku ahli keluarga mangsa tragedi itu, beliau mencadangkan kerajaan membentuk satu pasukan untuk mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul.
"Antaranya kenapa laporan yang tiada kontroversi ini dirahsiakan selama ini atau mungkinkah ada sebab lain. Ini harapan kami selaku ahli keluarga.

Sumber: BH Online
25.7K views14:05
Buka / Bagaimana
2023-04-12 17:05:34
LAPORAN akhir nahas pesawat GAF-Nomad dalam Tragedi Double Six yang dikeluarkan hari ini lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding jawapan, kata Datuk Donald Peter Mojuntin.
Beliau yang juga anak kepada mendiang Datuk Peter Mojuntin, antara pemimpin Sabah yang terkorban bersama Ketua Menteri, Tun Fuad Stephen dalam nahas itu, berkata pelbagai persoalan muncul selepas membaca laporan berkenaan.
Katanya, apa yang dirahsiakan selama lebih empat dekad berhubung tragedi itu bukanlah sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara, berbeza berbanding sangkaan ahli keluarga yang berfikiran sebaliknya.
Berikutan itu, beliau menyifatkan laporan dikeluarkan hari ini bersifat antiklimaks, selain menimbulkan lebih banyak persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut daripada kerajaan.
"Laporan itu antara lain menyatakan bahawa lebih muatan dan juruterbang yang tidak cukup pengalaman, jadi bagi saya ia sesuatu yang bersifat antiklimaks dan menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan.
"Kenapa laporan itu selama ini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)...
21.8K views14:05
Buka / Bagaimana
2023-04-05 11:17:20
KECURIAN kabel menjadi punca Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah iaitu Menara Kinabalu mengalami gangguan bekalan elektrik.
Difahamkan, SESB terpaksa menempatkan 6 janakuasa mudah alih (Genset) untuk membekalkan elektrik ke bangunan berkenaan, hari ini.
Genset tersebut dihantar hari ini bagi memastikan operasi bangunan setinggi 33 tingkat yang turut menempatkan Pejabat Ketua Menteri Sabah dan beberapa kementerian negeri tidak terjejas.
Selain itu, difahamkan penyediaan janakuasa mudah alih itu juga bagi memastikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri yang diadakan pada setiap Rabu berjalan dengan lancar.
Difahamkan lagi, gangguan elektrik berlaku sejak ahad baru-baru ini dan menjejaskan beberapa perumahan dan premis komersial di kawasan berdekatan.
Hasil siasatan pasukan teknikal SESB mendapati kerosakan ke atas talian 33 kilovolt (kV) yang membekal elektrik ke kawasan itu disebabkan cubaan memotong dan mencuri kabel terbabit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kami dapati ada kesan potongan dan terbakar yang bertujuan untuk mencuri kabel milik SESB. Perbuatan itu menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan di Alam Mesra, Likas dan Menara Kinabalu.
Tambahnya, tindakan segera SESB berjaya memulihkan bekalan elektrik di semua kawasan yang terjejas pada hari yang sama, Ahad lalu.
Bagaimanapun, bekalan elektrik ke Menara Kinabalu masih terjejas berikutan berlaku lagi kerosakan kabel yang membekalkan elektrik ke bangunan terbabit lewat malam tadi.
"Kerosakan kedua ini disyaki disebabkan kerja-kerja penimbusan tanah di laluan utama kabel bawah tanah. Kerja-kerja pemulihan bekalan sedang giat dilaksanakan," katanya.
24.8K views08:17
Buka / Bagaimana
2023-04-01 16:28:58
SETELAH berpuluh tahun menderita melalui jalan gravel dan berhabuk, jalan raya sepanjang 3KM ke Kg Bunga Raya, Bingkor, Keningau akhirnya siap di'aspal'.
Rata-rata penduduk menarik nafas lega apabila usaha mereka menuntut jalan raya bertar tersebut akhirnya didengari walaupun beberapa kali tukar kerajaan dan pemimpin.
"Umpama mimpi jadi kenyataan. kita mengadu sana sini Viral sana sini. Minta perhatian kepada pihak-pihak berwajib supaya rintihan dan masalah kami didengari. Sampai satu tahap ada orang rentang kain "ADA ASPAL ADA UNDI" Tulis Vyne Lawrence
"Akhirnya diturap juga jalan ke mukim Bunga Raya. Terima kasih Datuk Robert Tawik kerana bertungkus lumus menjadikan jalan raya berturap jadi realiti...Saia barani sakap...ALL UNDI is STAR now untuk di mukim bunga raya." tambahnya lagi.
Walaupun baru dilantik sebagai wakil rakyat bagi Dun Bingkor, YB Datuk Robert Tawik dilihat berjaya menyelesaikan masalah infrastruktur asas seperti jalan bertar dan jambatan konkrit yang dinantikan oleh penduduk di sana.
25.1K views13:28
Buka / Bagaimana
2023-03-21 11:46:53
Waktu Berbuka Puasa bagi hari pertama, 1 Ramadhan, 23 Mac 2023, Khamis.

*Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
30.2K views08:46
Buka / Bagaimana
2023-03-21 11:45:05 Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Seluruh Negeri Sabah 2023
23.7K views08:45
Buka / Bagaimana