Get Mystery Box with random crypto!

LAPORAN akhir nahas pesawat GAF-Nomad dalam Tragedi Double Six | Sabah Info

LAPORAN akhir nahas pesawat GAF-Nomad dalam Tragedi Double Six yang dikeluarkan hari ini lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding jawapan, kata Datuk Donald Peter Mojuntin.
Beliau yang juga anak kepada mendiang Datuk Peter Mojuntin, antara pemimpin Sabah yang terkorban bersama Ketua Menteri, Tun Fuad Stephen dalam nahas itu, berkata pelbagai persoalan muncul selepas membaca laporan berkenaan.
Katanya, apa yang dirahsiakan selama lebih empat dekad berhubung tragedi itu bukanlah sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara, berbeza berbanding sangkaan ahli keluarga yang berfikiran sebaliknya.
Berikutan itu, beliau menyifatkan laporan dikeluarkan hari ini bersifat antiklimaks, selain menimbulkan lebih banyak persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut daripada kerajaan.
"Laporan itu antara lain menyatakan bahawa lebih muatan dan juruterbang yang tidak cukup pengalaman, jadi bagi saya ia sesuatu yang bersifat antiklimaks dan menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan.
"Kenapa laporan itu selama ini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)...