Get Mystery Box with random crypto!

.....kami sebagai keluarga keliru. Kenapa pula sesuatu yang je | Sabah Info

.....kami sebagai keluarga keliru. Kenapa pula sesuatu yang jelas atau tidak membabitkan keselamatan nasional atau kepentingan awam diklasifikasikan sebagai rahsia," katanya ketika dihubungi BH.
Donald yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), berkata jika laporan itu dikemukakan selepas siasatan mengenai nahas berkenaan selesai pada 1976, ia tidak menimbulkan banyak tohmahan atau prasangka.
Katanya, jika laporan itu dikeluarkan empat dekad lalu, ahli keluarga mangsa juga lebih cepat menerima hakikat mengenai nahas yang menyedihkan ahli keluarga dan seluruh rakyat Sabah itu.
"Sekarang apa yang saya lihat, ia menimbulkan lebih banyak persoalan pula, bukannya jawapan," katanya.
Sehubungan itu, Donald berkata selaku ahli keluarga mangsa tragedi itu, beliau mencadangkan kerajaan membentuk satu pasukan untuk mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul.
"Antaranya kenapa laporan yang tiada kontroversi ini dirahsiakan selama ini atau mungkinkah ada sebab lain. Ini harapan kami selaku ahli keluarga.

Sumber: BH Online