Get Mystery Box with random crypto!

KASIHAN bah jadi orang Sabah. Hari ini, bekas Menteri Pengangk | Sabah Info

KASIHAN bah jadi orang Sabah. Hari ini, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tampil mempertikaikan harga tiket penerbangan yang terlalu mahal dari Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Ka Siong melalui twitternya berkata hasil semakan mendapati tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April 2023) menjangkau RM3,138.
"Macam mana keluarga B40 & M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak beraya tahun ni?"
"Pada masa ini bukan waktu berlakunya pandemik COVID-19! Sektor penerbangan beransur pulih, kebanyakan pesawat tidak lagi didaratkan “grounded” seperti waktu pandemik." Tulisnya lagi
"Tambang terlalu tinggi membebankan rakyat jelata. Jangan sampai seluruh rakyat membuat andaian bahawa 'airline' tertentu dilihat mengeksploitasikan keadaan dengan mengaut keuntungan tinggi untuk memulihkan semua kerugian yang ditanggung semasa COVID19 dalam tempoh yang singkat."
"Dijangkakan jawapan standard kerajaan adalah “dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana “dynamic pricing mechanism”.
"Apa pun, tak kira zaman siapa memerintah, acap kali MOT menjawab sebegitu, rakyat sukar menerima jawapan standard tersebut. Kepada syarikat penerbangan, tolonglah rakyat." - Katanya