Get Mystery Box with random crypto!

Himpunan DOA

Logo saluran telegram kitabdoa — Himpunan DOA H
Logo saluran telegram kitabdoa — Himpunan DOA
Alamat saluran: @kitabdoa
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 30.65K
Deskripsi dari saluran

Doa-Doa Daripada al-Quran & al-Hadis
Disusun & Dikumpul Daripada Pelbagai Sumber Rujukan. Saranan Berdoa Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya.

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 5

2023-05-21 22:00:10 Waktu Solat Bandar Utama
Isnin, 22 Mei 2023
02 Zulqaedah 1444H

01 Johor
02 Kedah
03 Kelantan
04 Melaka
05 Negeri Sembilan
06 Pahang
07 Perak
08 Perlis
09 P. Pinang
10 Sabah
11 Sarawak
12 Selangor
13 Terengganu
14 Kuala Lumpur
843 viewsMY Waktu Solat (Channel), 19:00
Buka / Bagaimana
2023-05-21 03:30:46 *ASSALAMU'ALAIKUM WBT.*

*JOM KITA SAMA-SAMA BERDOA DULU.*

*Dengan nama الله yang maha pengasih lagi maha penyayang.*

*Aku memohon kepada Mu Ya اَللّهُ، permudahkanlah urusan kami hari ini، muliakan dan lapangkanlah kehidupan kami, bahagiakanlah keluarga kami, dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang engkau ciptakan.*

*Kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala :*

• *Penyakit.*
• *Fitnah.*
• *Prasangka Keji.*
• *Berkata Kasar.*
• *Dan Mungkar.*
• *Jauhkan kami dari segala musibah.*

*Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan guru-guru kami، serta kaum muslimin & muslimat keseluruhannya.*

*Ya الله sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami.*

*Ya الله. tutupilah aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang dan tenteramkan kami dari rasa takut.*

*Terimalah semua amal ibadah kami, dan kelak jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.*

وصل الله َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله وصحبه وسلم والحمدلله رب العلمين.
آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَالَمِيْن

@kitabdoa
1.2K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:30
Buka / Bagaimana
2023-05-20 02:46:54 *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*

_*Selamat Pagi & Salam Sejahtera*_

_Didoakan semoga kita dn keluarga semua :_
* Dipanjangkan umur*
* Diluaskan rezeki yg halal dn barokah*
* Ditetapkan keimanan*
* Dikurniakan akal yg baik*
* Kesihatan yang baik*
* Berjaya di dunia & akhirat*
* Sentiasa dirahmati oleh Nya*
* Diampunkan dosa kita*.

_Semoga silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya._

*آمِيّنْ آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن*
1.3K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 23:46
Buka / Bagaimana
2023-05-20 02:00:44
Rabbana taqabbal minna ... ♡

@kitabdoa
1.3K viewsHamba ALLAH, 23:00
Buka / Bagaimana
2023-05-19 03:04:38 *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ*

_Ya ALLAH.._
_AlhamduLillah Atas titipan nafas ini_
_Dibangkitkan.._
_Dalam keafiatan_
_kedamaian_
_Iman dan islam._
_Moga keberkatan_
_Mengiringi di setiap langkah Kehidupan.._

_Terima kasih Ya Allah_
_Satu hari baru lagi untuk ku nikmati._
_Anugerah-Mu tak pernah berhenti_
_meski kadang diri ini alpa_
_untuk mensyukuri.._

@kitabdoa
302 viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:04
Buka / Bagaimana
2023-05-18 03:09:53 Ya Allah aku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar

Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil ‘adziimi

Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan aku Ya Allah

Ya Allah Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan

Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu

Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu




@kitabdoa
1.1K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:09
Buka / Bagaimana
2023-05-17 03:32:22 Ya Allah.. Jadikanlah aku seorang yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah aku miliki..agar jadi modal untuk berubudiyah kepadaMu.

Ya Allah sedarkanlah bahawa hidup hanyalah masa yang dipinjamkan dan ada amanah yang dipertanggungjawabkan..

Ya Allah aku...
1. Bersyukur atas nikmat nafas yang masih Kau pernafaskan.
2. Bersyukur atas keluarga yang Kau anugerahkan..
3. Bersyukur atas setiap pekerjaan yang telah Kau galaskan.
4. Bersyukur atas kesihatan yang masih baik hingga saat ini.
5. Bersyukur atas rahmat serta nikmat kesedaran dan kefahaman yang Kau berikan.
6. Bersyukur kerana dapat bersyukur walau masih ada lompang....agar Kau pelihara aku dari sifat sombong dgn apa yg Kau berikan.
7. Bersyukur atas apa yang telah Engkau perjalankan dalam hidup selama ini.

Ya Allah sentiasa sedarkan bahawa semuanya bukan milik aku, semuanya milik Kau Ya Allah.. Aamiin Ya Allah.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah....


@kitabdoa
1.4K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:32
Buka / Bagaimana
2023-05-16 02:47:36 ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


*اَللّٰهُمَ صَلِّى عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد*ٌ.


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Alhamdulillah kami bersyukur dan berterima kasih kpd Mu Ya Allah di atas nikmat kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami, kebahagiaan kami, keselamatan kami, kesejahteraan kami, kesihatan kami, yang telah Engkau limpahkan kpd kami.

Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa.

Ya Allah jadikanlah hari ini penuh semangat buat kami, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah kami memohon kepada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

Ya Allah tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.

Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami, semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan rezeki kami, Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah, janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman, berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya Allah Ya Rahman, tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezekikan kepada kami utk kami melakukannya. Ya Allah Ya Aziz tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil itu adalah Bathil, dan rezekikan kepada kami agar kami tidak melakukannya.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa anak2 kami, dosa kaum keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, pemimpin-pemimpin kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yg masih ada hidup atau telah meninggal dunia.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.


‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

@kitabdoa
1.5K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 23:47
Buka / Bagaimana
2023-05-15 16:37:14 COME JOIN AND ENJOY

@kitabdoa
HIMPUNAN DOA

@quotephotovideo
Nasihat² KEHIDUPAN

@MovieClubNaz
Download Movie BDRip/BRRip/BluRay

@VideoTazkirahQnA
Koleksi VIDEO Tazkirah & Soal Jawab Agama

@bicaradankata
Healing quotes here

https://t.me/kitabdoa

Group Discussion @quotephotovideochat

SEMOGA BERMANFAAT
TERIMAKASIH!
309 viewsQPV6, 13:37
Buka / Bagaimana
2023-05-15 03:04:23 Ya Allah, kurniakan kepada kami sebelum kematian taubat, ketika kematian syahadah, setelah kematian jannah.

Ya Allah kurniakan kepada kami husnul khatimah, Ya Allah kurniakan kepada kami saat kematian itu kami sedang sujud kepada kamu ya rab.

Ya Allah, kami pohon kepada Mu di tetapkan pendirian kami saat di soal oleh malaikat munkar dan nakir itu

Ya Allah, jadikanlah kubur kami diantara taman kepada taman syurgaMu dan usahlah kamu jadikan kubur kami diantara gaung diantara gaung neraka Mu Ya Allah..


ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

@kitabdoa
877 viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:04
Buka / Bagaimana