Get Mystery Box with random crypto!

Himpunan DOA

Logo saluran telegram kitabdoa — Himpunan DOA H
Logo saluran telegram kitabdoa — Himpunan DOA
Alamat saluran: @kitabdoa
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 30.65K
Deskripsi dari saluran

Doa-Doa Daripada al-Quran & al-Hadis
Disusun & Dikumpul Daripada Pelbagai Sumber Rujukan. Saranan Berdoa Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya.

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 8

2023-04-20 03:38:00 Doa di akhir Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Rahman.. ya Rahim

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yg terakhir dlm hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yg dirahmati, bukan puasa yg sia-sia.

Seandainya masih ada pd kami dosa yg belum Engkau ampuni dan dosa yg menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar mlm ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yg Paling Pengasih dari semua yg mengasihi.

Ya Allah, terimalah puasa kami dgn sebaik2 penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan mu Ya Allah.. Sehingga Engkau memenangkan kami dgn segala kebaikan yg dituntut, segala anugerah yg Engkau curahkan dibulan ini.

Selamatkan kami didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yg mengancam dan dosa yg berterusan. Demikian jua dgn rahmat Mu, golongkan kami kedalam golongan org2 yg mendaptkan (keutamaan) dimalam al-Qadar. Mlm yg telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dgn Ramadhan ini bukanlah perpisahan utk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dpt kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dlm keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار؛
(سورة البقرة: ٢٠٠؛)

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمَعُ العَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَوَّابُ الرَّحَيْمُ؛
(سورة البقرة: ١٢٧؛)

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ؛

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

@kitabdoa
1.6K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:38
Buka / Bagaimana
2023-04-19 03:49:07 Ampuni oleh mu ya Allah akan dosaku
Demikian lagi dosa ibubapaku
Sekelian muslimin kaum kerabatku
Sekelian jamaah dari ahliku..

Ya Allah turunkan rahmat
Ampuni dosa umat muhammad
Lelaki perempuan aman selamat
Mendapat syafaat dihari kiamat..

Ya rabbi ya rabbi ya Allah
Ampuni dosa mana mana yang salah
Kurniakan kami ilmu yang indah
Iman dan taat pula bertambah..

Ya Allah ya Allaah ya Rahman
Tambahi negara ini selamat dan aman
Menuntut mengajar sepanjang zaman
Akhirnya matikan kami didalam iman..

Ya rabbi ya tuhanku makbulkan
Panjang umur kami dalam kebajikan
Dalam husnul khatimah minta matikan
Siksa akhirat minta lepaskan..

Ya Allah azza wa jalla
Sabarkan kami menanggung bala
Mendapat nikmat syukurkan pula
Sekelian hukumMu ridhakan segala..

Ya Allah tuhan yang esa
Kekalkan taat kami sentiasa
Jauhkan daripada maksiat dan dosa
Selama hidup setiap masa..

Ya Allah tuhan yang bari
Ilmu sebenar silalah beri
Lepaskan kami sesat kafiri
Datangkan ibadah yang iklas setiap hari..

Ya rabbi yang sangat penyayang
Kuatkan ibadah kami malam siang
Menuntut ilmu puasa dan sembahyang
Kepada dunia jangan lah sayang..

Ya Allah ya rabbal izzati
Baikan akhlak terangkan hati
Mudah mendapat ilmu sejati
Fiqh tasawuf terang mengerti..

Ya rabbi ya Allah ya Allah
Terangkan hati kami fasihkan lidah
Membaca kalammu kurniakan mudah
Serta kuat mujahadah berzikrullah..

Ya Allah khaliqul alamil alam
Berkat syafaat nabi alaihis salam
Kuatkan ibadat kami siang malam
Yakin iklas hati didalam..

Jauhkan daripada ujub dan riya
Takbur dan hasad kasihkan dunia
Suma'ah pemarah jauhkan bahaya
Zuhud dan wara inilah kurnia..

Ya Allah turunkan rahmat
Atas penghulu kami nabi muhammad
Keluarga dan sahabat sekelian umat
Sekelian yang mengikut hingga kiamat..

Amiin


@kitabdoa
462 viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:49
Buka / Bagaimana
2023-04-18 05:10:04 Ya Allah ya Tuhanku..
Diatas sajadah ini Hamba sujud seraya memohon dgn segenap hati dan jiwaku..

Berikanlah segala kemudahan bagi saudara/i dan sahabat-sahabatku sebagaimana Engkau berikan kemudahan bagi orang-orang yg sholeh sebelumnya..
Luaskan rezekinya sebagaimana Engkau luaskan bumi
beserta isinya...

Percantiklah akhlaknya dgn ketaqwaan...
Indahkan lisannya dgn kesantunan..
Lisan yg selalu basah menyebut nama-MU ya Allah..
Kuatkan badannya dgn kesehatan...

Jagalah hati serta jiwanya agar senantiasa terhindar dari segala kesalahan...
Peliharalah ia dari siksa dunia dan akhirat-MU ya Allah..
Anugrahkanlah ia sifat pemaaf kpd orang-orang yg pernah menyakitinya...

Golongkanlah ia ke dalam golongan orang-orang yg sholeh agar bisa mempersembahkan yg terbaik untuk-MU ya Allah

Jauhkanlah ia dari sifat lalai dalam mengingat-MU...
Berikanlah rasa kesabaran dalam dirinya...
Dan jadikan pula ia orang yg pandai bersyukur atas segala ni'mat-MU ya Allah...

Karuniakanlah kepadanya hati yang jauh lebih indah dari seindah apapun penampilannya..
Hati yang jauh lebih kaya dari sebanyak apapun harta yang dimilikinya...
Lembutkanlah hatinya ya Allah...

Duhai Yang Maha Menatap lagi Maha Mendengar..
Sungguh...

Rahmat-MU tiada terbatas...
Kasih sayang-MU tiada bertepi...
Cinta-MU seluas langit dan bumi...
Ampunan-MU menutupi murka-MU...

Maka berikanlah semua itu padanya ya Allah...

Ampunilah dosa-dosanya...
Ampunilah kesalahannya...
Ampunilah atas kealpaannya...

Rabb...
Jika ada kata-kata lebih dari sekedar permohonan..
Jika ada kata-kata lebih dari sekedar pertobatan...
Pasti ku akan menyebutnya untuk-MU ya Allah...

Ya Allah ya Tuhanku...
Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Sungguh...
Jika bukan Engkau yang kutuju...
Dan jika bukan Engkau yang mengabulkan do'aku..
Maka siapa lagi yang dapat mengabulkannya selain Engkau
Maka kabulkanlah Ya Allah..do'aku untuknya...
...aamiin..Ya Rabbal alamin.


@kitabdoa
482 viewsFarah Wahida Ab Rahim, 02:10
Buka / Bagaimana
2023-04-17 05:27:40 Ya Allah..

Ramadan ini kami memohon.

Susurkan kami di jalan mereka yang Kau limpahi cinta, dalam sempit atau lapangnya, dalam senyum atau lukanya.

Ya Allah, walau hati tak seteguh nabi Nuh a.s, kuatkanlah kami atas jalan dakwah. Jalan kebaikan, jalan kebenaran, jauhkan kami dari terjatuh dalam kesesatan.

Ya Allah, walau tak diuji segelap rasa nabi Yunus tatkala ditelan oleh ikan, namun kami juga turut diuji dengan kehilangan, kesakitan, kemiskinan, kekurangan dan kesilapan.

Bantu kami untuk sentiasa berzikir memohon doa seperti Nabi Yunus memohon ampunan.

Bukakanlah cahaya dan petunjuk yang terang sepertimana Kau berikan pada para sahabat nabi terdahulu.

Cantikkanlah kami dengan kesabaran, Indahkanlah akhlak kami dengan al-Quran.

Amin ya Rabb.


@kitabdoa
796 viewsFarah Wahida Ab Rahim, 02:27
Buka / Bagaimana
2023-04-16 03:05:05 "Ya Allah ya Tuhan kami. Ampunkan semua dosa-dosa kami yang telah kami lakukan secara sengaja atau tidak secara sengaja. Yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Kami adalah hamba-hamba-Mu yang lemah dan dhaif yang sentiasa melakukan kesalahan dan dosa, sentiasa melangar peraturan dan suruhan -Mu, yang selalu leka dan lalai untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan terhadap-Mu. Jika kami bersalah ampunkanlah kami , maafkanlah kami sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Pemaaf.

Ya Allah ampunkan dosa kedua ibu bapa kami, kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil, ampunkan juga dosa isteri dan akan-anak kami, kaum keluarga , jiran tetangga dan sahabat-sahabat kami.

Ya Allah, dibulan Ramadan yang penuh berkat ini rahmat dan pengampunan-Mu amat luas sekali kepada hamba-hamab-Mu yang berpuasa. Ya Allah terimalah ibadah puasa kami, amal ibadah kami, sedekah kami dan jihad kami. Berikanlah kami rahmat-Mu, pengampunan-Mu dan bebaskanlah kami daripada seksaan api neraka.

Ya Allah pilihlah kami semua untuk memasuki syurga-Mu melalui pintu Ar-Rayyan khusus untuk orang-orang berpuasa. Pintu Ar-Rayyan hanya Kau peruntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. Sesungguhnya bila Kau telah pilih kami memasuki syurga sebenarnya kami telah berjaya. Tunaikan hajat dan permohonan kami ini ya Allah.

Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan kami tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia dan berjaya di hari akhirat, maka tetaplah kami di dalam keadaan itu. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan kami di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan-Mu.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau berilah sihat sejahtera kepada kami , jauhkan kami daripada mala petaka bencana dan penyakit. Jauhkan kami daripada seksaan api neraka Jahanam, seksa kubur, , fitnah hidup ada mati, pilihlah kami dapat menyebut kalimah syahadah di akhir hayat kami dan mendapat husnul khatimah, jadikanlah lubang-lubang kubur kami adalah daripada taman-taman syurga.

Ya Allah bersihkan akidah kami daripada syirik kepada-Mu, sucikan hati-hati kami daripada sifat hasad dengki, riak, sombong, bongkak, takbur, iri hati dan sifat-sifat keji yang Kau benci , dan tanamkan di dalam hati-hati kami sifat iman, takwa, sabar, syukur, lemah lembut dan jadikan hati-hati kami memiliki sifat mahmudah.

Ya Allah pertemukanlah kepada kami dengan lailatul qadar, malam kemuliaan yang lebih baik daripada 1000 bulan, temukanlah kami dimalam al-qadar dengan malaikat-Mu yang mulia Jibril a.s yang membawa rahmat dan rezeki pada malam itu dan berikanlah kepada kami tanda-tandanya. kerana kami yakin dengan sabda Rasul-Mu Nabi Muhammad SAW. " Sesiapa menghidupkan malam kemuliaan (Lailatul Qadr ) kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Ya Allah izinkanlah kami bertemu Ramadan yang akan datang dan jadikanlah hati-hati kami sentiasa mengingati-Mu samaada ketika kami berseorangan atau dengan orang lain. Jadikan kami sentiasa berbaik sangka dengan qadak dan qadar-Mu dan sentiasa reda dengan takdir yang telah Kau tetapkan.

Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksaan Neraka."


@kitabdoa
1.3K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:05
Buka / Bagaimana
2023-04-15 05:49:26 JOM AMINKAN DOA

Ya Allah, ampunkan dosa kami. Peliharalah diri kami dari godaan nafsu & syaitan. Panjangkan umur kami dalam bulan Ramadhan, Berikan kami sifat syukur, sabar dan taat dalam setiap perintah Mu.

Jadikan Ramadhan kali ini menjadikan kami insan yang lebih baik. Tambahkan iman dan takwa kami kepada Mu. Jadikan setiap perlakuan dan tindakan kami sbg amalan yang Kau redhai.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin.

@kitabdoa
779 viewsFarah Wahida Ab Rahim, 02:49
Buka / Bagaimana
2023-04-14 02:57:30 Ya Allah, izinkan bulan Ya ini bagi kami penuh kedamaian dan keimanan penuh keselamatan dan keislaman serta taufik untuk melakukan apa sahaja yang Engkau sukai dan redhai. Wahai Tuhan Zat yang Maha Besar dan Mulia.

Ya Allah, bantulah kami untuk berpuasa dan menunaikan solat di bulan ini.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dari golongan yang berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan ini dengan penuh keimanan dan harapan.

Ya Allah, selamatkan kami untuk bulan Ramadan dan selamatkan Ramadan untuk kami dan terimalah amal Ramadan kami dengan penuh keredhaan.

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan bulan kemuliaan untuk agama Islam dan umat Islam.

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan ini bulan kemenangan dan keagungan untuk agama Islam dan orang-orang Islam di mana sahaja. Wahai Tuhan Semesta Alam.__

@kitabdoa
468 viewsFarah Wahida Ab Rahim, 23:57
Buka / Bagaimana
2023-04-13 03:17:55 Ya Allah, izinkan bulan Ya ini bagi kami penuh kedamaian dan keimanan penuh keselamatan dan keislaman serta taufik untuk melakukan apa sahaja yang Engkau sukai dan redhai. Wahai Tuhan Zat yang Maha Besar dan Mulia.

Ya Allah, bantulah kami untuk berpuasa dan menunaikan solat di bulan ini.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dari golongan yang berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan ini dengan penuh keimanan dan harapan.

Ya Allah, selamatkan kami untuk bulan Ramadan dan selamatkan Ramadan untuk kami dan terimalah amal Ramadan kami dengan penuh keredhaan.

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan bulan kemuliaan untuk agama Islam dan umat Islam.

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan ini bulan kemenangan dan keagungan untuk agama Islam dan orang-orang Islam di mana sahaja. Wahai Tuhan Semesta Alam.__

@kitabdoa
594 viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:17
Buka / Bagaimana
2023-04-12 06:31:25 Ya...Allah Ya...Rahman Ya...Rahim..

Kami mohon pada Mu Ya Allah dengan penuh rasa kehambaan....di hari yang mulia ini...!!!
Kau berikan lah pada kami semua kebaikan dan Kau jauhkan dari keburukan.

Kau berilah rezeki yang baik dari rezeki yg tidak disangka sangka
Kau berikan kesihatan dan Kau jauhkan segala penyakit yang merbahaya samada penyakit rohani dan fizikal
Kau berikan kami ketenteram kedamaian
Kau berikan kami mati didalam Husnul Khotimah.

Kau jauhkankan seksaan kubur dan seksaan api neraka
Kau mudahkan dan Kau kecualikan dari dihisab
Kau beratkan pahala timbangan Mizan
Kau mudahkan kami meniti Siratal Mustaqim
Kau berikan kami minum air Kalkausar
Dan Kau masukkan kami semua kedalam Janatul Firdaus yg terbaik lagi terbaik
Hidup Aman tenteram, bahagia, penuh kegembiraan utk Abadi selama lamanya...

Aamiin... Aamiin... Aamiin...
Ya rabbal Aa'laamiin...


@kitabdoa
1.2K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 03:31
Buka / Bagaimana
2023-04-11 04:27:20 COME JOIN AND ENJOY

@kitabdoa
HIMPUNAN DOA

@quotephotovideo
Nasihat² KEHIDUPAN

@MovieClubNaz
Download Movie BDRip/BRRip/BluRay

@VideoTazkirahQnA
Koleksi VIDEO Tazkirah & Soal Jawab Agama

@bicaradankata
Healing quotes here

https://t.me/kitabdoa

Group Discussion @quotephotovideochat

SEMOGA BERMANFAAT
TERIMAKASIH!
682 viewsQPV6, 01:27
Buka / Bagaimana