2023-04-02 02:55:46
Ya Allah.. Jadikanlah aku seorang yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah aku miliki..agar jadi modal untuk berubudiyah kepadaMu.
Ya Allah sedarkanlah bahawa hidup hanyalah masa yang dipinjamkan dan ada amanah yang dipertanggungjawabkan..
Ya Allah aku...
1. Bersyukur atas nikmat nafas yang masih Kau pernafaskan.
2. Bersyukur atas keluarga yang Kau anugerahkan..
3. Bersyukur atas setiap pekerjaan yang telah Kau galaskan.
4. Bersyukur atas kesihatan yang masih baik hingga saat ini.
5. Bersyukur atas rahmat serta nikmat kesedaran dan kefahaman yang Kau berikan.
6. Bersyukur kerana dapat bersyukur walau masih ada lompang....agar Kau pelihara aku dari sifat sombong dgn apa yg Kau berikan.
7. Bersyukur atas apa yang telah Engkau perjalankan dalam hidup selama ini.
Ya Allah sentiasa sedarkan bahawa semuanya bukan milik aku, semuanya milik Kau Ya Allah.. Aamiin Ya Allah.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah....
Ya Allah kau jauhkan aku dari sifat bersangka buruk dan jadikan aku insan yang selalu berfikiran negetif dan memandang kebaikkan hambamu,
Ya Allah hanya kau tempat aku memohon kebaikan dan belajar menjadi hamba yang selalu bersyukur dengan pemberian mu,
Aamiin ya rabbal alamin..
@kitabdoa
689 viewsFarah Wahida Ab Rahim, 23:55