Get Mystery Box with random crypto!

Himpunan DOA

Logo saluran telegram kitabdoa — Himpunan DOA H
Logo saluran telegram kitabdoa — Himpunan DOA
Alamat saluran: @kitabdoa
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 30.65K
Deskripsi dari saluran

Doa-Doa Daripada al-Quran & al-Hadis
Disusun & Dikumpul Daripada Pelbagai Sumber Rujukan. Saranan Berdoa Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya.

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 3

2023-07-03 22:00:06 Waktu Solat Bandar Utama
Selasa, 04 Julai 2023
15 Zulhijjah 1444H

01 Johor
02 Kedah
03 Kelantan
04 Melaka
05 Negeri Sembilan
06 Pahang
07 Perak
08 Perlis
09 P. Pinang
10 Sabah
11 Sarawak
12 Selangor
13 Terengganu
14 Kuala Lumpur
664 viewsMY Waktu Solat (Channel), 19:00
Buka / Bagaimana
2023-07-02 02:38:15 Ya Allahu Ya Lathif..
Wahai tuhan yang Maha Lembut,
Lembutkanlah hatiku seperti mana Engkau lembutkan hati pada kekasihMu,
Lembutkanlah hati ini untuk sentiasa ingat padaMu,
Untuk sentiasa bermunajat padaMu,
Sepertimana kelaziman para kekasihMu.

Ya Lathif...
Aku berlindung dari keras dan matinya hatiku.
Ya Lathif...
Wahai yang Maha Lembut,
Berlembutlah denganku sewaktu hari pengadilan nanti,
Aku bermohon dengan sifat Maha LembutMu,
Agar Engkau mengasihaniku dan mengampuniku.
Ameenn...

@kitabdoa
1.6K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 23:38
Buka / Bagaimana
2023-07-01 02:41:53 Ya allah.....

Jika suatu saat aku
Kehilangan harapan dan tujuan
Kau berikanlah kepada aku
Keyakinan bahawa takdir MU
Lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan....

Sesungguh segala ape yg telah engkau takdirkan buat aku....aku redha ya ALLAH....
Hanya engkau kekasih ku DUNIA dan AKHIRAT....

AMINN YA RABBAL ALAMIN....

@kitabdoa
1.8K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 23:41
Buka / Bagaimana
2023-06-30 02:16:13 Assalamualaikum & Selamat Pagi ...

Mulakan pagi kita dgn surah Al-Fatihah & doa
Semoga segala urusan kita pada hari ini Dipermudahkan olehNya & dilimpahi rezeki
Seperti air mengalir yg mengalir deras...

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

Aamiin³ Ya Robbal A'alamiin...

@kitabdoa
2.0K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 23:16
Buka / Bagaimana
2023-06-27 06:53:31 DOA ARAFAH

1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7 Ya Rabb, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).

14. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan RezekiMu.

15. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah Ya Rabb, Sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, Berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, Lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, Berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Rabb, Selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


Aamiin..

@kitabdoa
3.8K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 03:53
Buka / Bagaimana
2023-06-25 02:21:18 Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami menerima segala ilmu dgn kefahaman, curahkanlah hidayahMu untuk kami jadikan sebaik-baik penghayatan bersama keluarga kami pada hari ini. Perindahkanlah hari ini dgn berita yang membahgiakan dan menceriakan kami Ya Allah..agar kami dapat menghayati rahmatMu dengan sebaik-baiknya.

Allahumma Ya Rahmanur Rahim..
Jadikanlah Al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkan jalan yang benar untuk kami ikuti, perkara yang bathil agar kami jauhi; corakkan akhlak kami dgn sifat-sifat MAHMUDAH dan lindungilah kami dari sifat-sifat MAZMUMAH, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Ghaffar... kami memohon keampunan dari segala dosa n kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami, anak2 dan pasangan kami, kaum keluarga kami, ustaz n guru2 kami dan seluruh mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Aamiin ya rabbal Alamin....

@kitabdoa
3.3K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 23:21
Buka / Bagaimana
2023-06-23 10:51:28
@kitabdoa
3.7K viewsHamba ALLAH, 07:51
Buka / Bagaimana
2023-06-23 03:57:58 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Yaa اَللّهُ.
Tetapkanlah hati kami di atas agama MU.
Kami bermohon ke hadrat Mu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Yaa Allah.
Kami memohon kepada Mu berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak2 yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Yaa Allah.
Jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.

Yaa اَللّهُ .
Ampuni dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak2 isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami serta sekalian muslimin dan muslimat.


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

@kitabdoa
3.2K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 00:57
Buka / Bagaimana
2023-06-22 06:06:44 Untuk sahabat maya ku....

Ya Allah..panjangkanlah umur sahabat ku, karuniakanlah kesehatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.

Ya Allah.. tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya dari kejahatan, tunaikanlah segala hajatnya.... Dan permudahkan urusannya dijalan yang engkau redhai dunia mahupun akhirat..

Ya Muhaimin...jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalanMu..

Ya Allah.. karuniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan,kebahagiaan, dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Robbul Izzati.. bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati hambaMu yang lain"

aamiin ya rabbal alamin...

@kitabdoa
3.0K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 03:06
Buka / Bagaimana
2023-06-21 06:16:35 Assallamualaikum....

ALLAHUMMA LAKALHAMDU.WA ILAIKAL MUSTAKA.WA ANTAL MUSTA'AAN.WA LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAHIL'ALIYYIL ADZHIM

"ya Allah.segala puji bagimu.hanya kepadamu Ya Allah.kami berkeluh kesah.engkaulah tempat meminta pertolongan.tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."

Ya Allah Hajja Waja Alla..
Himpunkanlah gugusan2 doaku dan angkatkanlah dan sibakkanlah ia ke altar cakrawa dan tembusilah ia kelangit menujumu..

Ya Mutakabbir..yang Maha melengkapi segala kebesarannya...

Bantulah aku Ya Rabb!! Dan Permudahkan urusanku dunia mahupun akhirat..

Ya Razzaq..yang Maha pemberi rezeki..
Hanya engkau Maha mendengar..limpahi aku dengan rezeki yg luas,Rezeki yg tidak disangka-sangka Dan hujani aku dengan derasan titisan-titisan
Rezeki umur yg panjang,tubuh yg sihat,akal yg bersih,jiwa yg elok,kebahagian berkekalan..

Ampuni dosa2 ibubapaku
Ampuni dosa2 kami iaitu umat Nabi Muhammad SAW

Ya Rahim!..yang Maha mengasihani..
ilhamkan aku agar aku sentiasa bersyukur atas nikmat,rahmatmu yg akan engkau kurniakan kepada aku..

Ya Rahman..yang Maha pemurah..aku yakin kala tiada satupun jalan keluar..dan aku Yakin dan percaya doa dapat mengubah segala-galanya

Ya Malik!..yg Maha menguasai dan teragung....

Sesungguhnya engkau Maha mengetahui dan Maha pemurah..

BaraqAllahufikum
Aamiinn Ya Aziz!!..
Aamiinn Ya Wahhab!!..
Aamiinn Ya Basit!!...

@kitabdoa
3.2K viewsFarah Wahida Ab Rahim, 03:16
Buka / Bagaimana