Get Mystery Box with random crypto!

Harith Faisal

Logo saluran telegram harithfaisal — Harith Faisal H
Logo saluran telegram harithfaisal — Harith Faisal
Alamat saluran: @harithfaisal
Kategori: Politik
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 51.02K
Deskripsi dari saluran

Tip Hartanah Santai, Motivasi Kewangan Sentap & Inspirasi Anak Muda.
0193897934 (WhatsApp Only)

Ratings & Reviews

3.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 6

2023-03-06 07:12:38 Kalau ikut logik akal kita bila lahir saja anak, maka banyak kos jadi bertambah contohnya susu, pampers, nurseri, pakaian, stroller, car seat.

Tapi, kita tetap kena percaya yang setiap anak ni lahirnya dia dengan bawa rezeki. Kita sebagai ibu bapa ni syukur dapat tumpang rezeki anak.

“Eh! Tadi kata kos banyak bertambah. Lepas tu cerita anak ni bawa rezeki pula?”

Macam ni. Lepas kita ada anak, automatik otak kita ligat nak cari duit lebih, kita akan kerja lebih kuat, kita semakin bijak urus kewangan keluarga.

Sebenarnya, bukan selepas ada anak je kita macam tu. Once kita tahu isteri kita pregnant, kita dah mula fikir tentang kos tambahan ni semua.

Automatik jadi bijak cari duit. Mulakan fikir nak jual macam-macam, nak buat Foodpanda, nak jadi driver Grab, nak jual burger malam-malam.

Bila dah lahir si anak, tau-tau semua dah cukup, tak terasa pun hadirnya anak tu sebagai beban. Malah anak menjadi antara asbab bertambah rezeki kita.

Namun, janganlah kita anggap dengan usaha keras saja kita akan dapat duit lebih. Kena doa dan tawakal juga. Allah jua adalah pemberi rezeki. - HF

#harithfaisal
1.0K views04:12
Buka / Bagaimana
2023-03-03 07:32:17 Masa bujang, tak dapat simpan duit sebab katanya gaji kecil. Sebenarnya, bujang ke kahwin ke, tetap kena simpan duit. Tak perlu tunggu-tunggu.

Bukan apa. Dah kahwin nanti, tak dapat simpan duit juga sebab katanya bila dah berdua ni makin banyak keluar belanja dapur. Lagipun dah tak boleh sewa bilik, kena sewa satu rumah. Kampung pun ada dua dah. Kos lagi tu.

Bila dah ada anak, tak dapat menyimpan juga sebab bertambah-tambah komitmen dengan susu, pampers, pengasuh, toys. Sampai ke tualah macam tu.

Nasib baiklah ada potongan EPF setiap bulan wei. Tak ada EPF tu, memang ramailah yang bersara miskin papa kedana, mengharap duit anak-anak. Itu pun kalau dapat anak mengenang budi.

Kalau tak, silap-silap tak boleh bersara, kena kerja sampai dijemput Tuhan.

#harithfaisal
1.2K views04:32
Buka / Bagaimana
2023-03-03 07:32:11
1.2K views04:32
Buka / Bagaimana
2023-03-01 08:06:02 "Kalau orang bergaji RM3K, kerja pagi sampai petang atau sampai malam dah siap buat OT pun hanya ada extra RM500, ada adik beradik yang tengah belajar, ayah pun tak berapa kuat income, macam mana nak simpan lebih?"

"Asasnya, kena tambah income. Keluarga dia adalah motivasi terkuat untuk dia kerja keras. Kalau dia rasa majikan tak cukup bayar gaji, tak setimpal dengan kerja yang dia buat, mulakan bisnes kerana bayarannya infiniti."

"Tapi dia dah buat OT. Tak ada masa dah."

"Buat bisnes atau kerjaya yang akan membina passive income. Jadi, income per hour dia akan meningkat nanti. Cuba kira semula bayaran OT yang dia dapat, mana lagi berbaloi. Buat OT atau buat side income lain tu?"

"Betullah tu. Tapi tak semua orang nak buat bisnes. Ada yang takut, pemalu dan lain-lain. Bagilah teknik kewangan apa pun, at last berbalik kat individu itu juga. Ada ramai mmg tak mampu nak lari dari tempat kerja semasa."

"Jadi, itu memang masalah kat diri dia sendiri. Untuk orang macam ni, kalau kita nak bantu, kita yang kena transfer RM5K setiap bulan ke akaun dia lah tuan. Saya tak sanggup. Tuan sanggup?"

"Err."

Kawan, kalau boleh kita memang nak bantu semua orang jadi kaya. Tapi kita tak boleh nak paksa orang tu jadi kaya. Keinginan dan kesungguhan untuk berubah tu kena datang daripada dia sendiri. - HF

#harithfaisal
2.6K views05:06
Buka / Bagaimana
2023-02-27 07:17:43 Terdetik saja nak mula jaga kewangan, simpan duit, teruslah buat. Tak payah nak tunggu awal tahun ke, awal bulan ke, lepas kucing beranak ke.

Yang paling popular, tunggu gaji besar baru nak mula simpan duit. Macam ni, gaji kecik, simpan sikit dulu. Nanti gaji besar, simpan amaun lebih besar.

Simpan duit ni adalah habit dan amalan. Diadun sekali dengan mindset yang betul, bersulam pula matlamat jangka masa pendek dan panjang.

Kalau gaji kecik pun kau tak teringin simpan duit, macam mana kau nak harap bila gaji kau besar nanti terus dapat hidayah. Bukan senang.

You decide, nak start simpan ONE DAY nanti atau pun jadikan hari ini adalah DAY ONE.

"Bila gaji aku dah naik ke RM5,000 nanti, aku akan belanja macam orang bergaji RM2,000 je. Jadi, saving aku waktu tu akan jadi RM3,000 setiap bulan."

Besar periuk, besarlah keraknya. Maksud peribahasa ni, kalau gaji kau besar, komitmen kau pun akan ikut besar. Kalau boleh, jangan jadi macam ni.

Gaji sekarang RM2,000 tapi tak nak mula menyimpan, taknak belajar ilmu urus duit. Dengan alasan, gaji kecik lagi. Tak mampu simpan duit.

Setiap kali hujung bulan, baki gaji tinggal RM10. Lagi malang, awal-awal dah angkat kereta dengan bayaran bulanan tinggi sekitar RM500-RM600.

Walau berapa pun gaji kita sekarang. Latih diri simpan dan urus gaji tu. Kecik pun takpa. Bila dah biasa, gaji naik RM5,000 pun tak terkejut beruk.

Nak senang, kira ikut peratuslah. Simpan 30% gaji. Makin naik gaji, makin naik simpanan. Gaji RM2,000 simpan RM600. Gaji RM5,000 simpan RM1,500.

Waktu kau masih bergaji RM2,000 bolehlah kau cakap nak kekalkan gaya hidup macam orang bergaji RM2,000 walau gaji besar nanti. Sebab tak rasa lagi.

Nanti bila dah merasa gaji besar, semua bapak mak nenek kereta kau beli, semua bank kau jelajah nak amik personal loan. Rabak poket wei. Ha! - HF

#harithfaisal
2.3K views04:17
Buka / Bagaimana
2023-02-27 07:17:37
2.2K views04:17
Buka / Bagaimana
2023-02-24 07:28:27 Simpan duit dan buat tabung kecemasan memang bagus. Tapi tabiat tu takkan jadikan kita kaya pun. Sebab simpanan kita tu hanya akan bertambah saja tapi takkan berkembang.

Dengan inflasi, pakej sekali kenaikan kos sara hidup dan kuasa membeli kita yang makin berkurang, kita kena buat sesuatu. Melaburlah. Dengan melabur, simpanan akan berkembang.

Tak payah fikir jauh-jauh. Kalau nak pelaburan yang risikonya rendah, tapi pulangan okay. Boleh park simpanan kat Tabung Haji atau ASB. Up sikit, boleh belajar buat ASB financing.

Kalau rasa nak pelaburan yang high risk, bolehlah cuba melabur saham pula. Kena ada skill dialah. High skill, high return. Saya pun tak pernah lagi melabur dalam saham macam tu. Tak cukup ilmu.

Dah cukup modal, bolehlah melabur dalam hartanah juga. Subsale, lelong atau rumah baru. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan jiwa. Paling penting, kena sesuailah dengan poket kau.

Melaburlah dengan bijak di tempat yang betul. Jangan melabur kat belanja makwe saja. Melabur kat makwe bertahun-tahun, sejak zaman PMR, SPM, universiti, tapi belum tentu kau merasa hasilnya.

Entah-entah kau tengah jaga jodoh orang lain.

Kbai! Haha! - HF

#harithfaisal
2.2K views04:28
Buka / Bagaimana
2023-02-22 07:11:41 Alangkah bahagia dunia kalau kita semua fikir berapa banyak nak bagi kat orang lain. Bukannya asyik fikir apa yang kita akan terima.

Budaya sedekah dan infaq subur. Tiada lagi fakir miskin. Zakat dah memang wajib. Namun, mesti susah nak cari asnaf penerima zakat nanti.

Hubungan suami isteri sangat baik dan harmoni. Dua-dua pihak berebut nak bahagiakan pasangan, nak berikan khidmat dan kasih sayang terbaik.

Tiada rasuah dan penindasan. Kita jaga rezeki supaya dapat dari sumber halal. Iyalah, takkan kita sanggup sedekah dengan duit kotor, kan.

Majikan hargai pekerja dan wujudkan win-win situation. Pekerja tak kisah kerja lebih untuk company. Majikan tak berkira dengan pekerja.

Semua orang ada toleransi tinggi, selalu akan melebihkan orang lain, sentiasa nak buat yang terbaik, tak pentingkan diri sendiri. Allahu.

Seronok hidup macam ni. Tak ada dengki iri hati, tak ada syak wasangka, tak ada tikam belakang member, tak ada bergaduh kat media sosial.

Aman! - HF

#harithfaisal
856 views04:11
Buka / Bagaimana
2023-02-22 07:11:38
832 views04:11
Buka / Bagaimana
2023-02-20 10:12:12 Hidup sederhana untuk setiap orang berbeza. Jadi, kita jangan suka judge judge bila tengok orang lain berbelanja. Poket kita semua tak sama, hutang dan komitmen kita semua juga lain-lain.

Ada orang, bayar kereta RM500/bulan itu sederhana untuknya. Gajinya mungkin RM6,000/month. Tak ada hutang lain. Mampu pula simpan 30% gajinya.

Ada orang, bayar kereta saja RM9,000/bulan, itu pun sederhana juga. Mungkin dia CEO Megah Holding. Gajinya RM60,000. Sedekah 10% daripada gajinya.

Orang nampak macam dia terlampau bermewah dengan kereta. Padahal komitmen kereta hanya 15% daripada gajinya. Banyak lebihan lagi.

Rumah banglonya harga RM2juta. Sebulan bayaran cuma RM10,000. Bagi kita rakyat marhein nampak macam besar angka tu. Tapi untuk dia, CUMA RM10,000 kerana ia hanyalah 17% daripada gajinya.

Jadi, bila kita nampak orang berbelanja, jangan kita berlumba-lumba ikut sama. Mungkin memang gajinya besar, mungkin juga dia personal shopper. Ha! - HF

#harithfaisal
1.7K views07:12
Buka / Bagaimana