Get Mystery Box with random crypto!

Harith Faisal

Logo saluran telegram harithfaisal — Harith Faisal H
Logo saluran telegram harithfaisal — Harith Faisal
Alamat saluran: @harithfaisal
Kategori: Politik
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 51.02K
Deskripsi dari saluran

Tip Hartanah Santai, Motivasi Kewangan Sentap & Inspirasi Anak Muda.
0193897934 (WhatsApp Only)

Ratings & Reviews

3.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 5

2023-03-30 07:17:40 Kalau tentang kewangan, antara tips supaya kau rasa tenang adalah dengan konsisten simpan 50% daripada gaji bulanan kau.

Contoh kau bergaji RM4,000 kau punya lifestyle tu biar macam orang bergaji RM2,000. Automatik kau dapat simpan RM2,000.

Jangan kata tak logik dulu. Cuba tengok orang sekeliling kita. Ada yang bergaji RM2,000. Mereka masih hidup, sihat walafiat kan.

Iya! Kau mungkin hanya pakai kereta murah, rumah pun kecil atau mungkin masih menyewa, baju murah, lifestyle pun tak best.

Tapi, kau akan rasa tenang ya amat. Sebabnya,

1. Simpanan kau akan bertambah RM2,000 setiap bulan. Kalau letak dalam bank pun, selepas 5 tahun dah ada RM120,000. Letak dalam Tabung Haji, boleh dapat lebih lagi.

2. Kau tak risau sangat kalau dibuang kerja. Jadi, tak resah gelisah kalau ekonomi gawat ke, company tutup ke, pandemik COVID-19 ke, kau steady. Simpanan banyak, kan.

3. Andai dibuang kerja bergaji RM4,000 tu pun, mudah untuk kau cari kerja lain. Walau ditawarkan gaji lebih rendah, kau okay. Dapat gaji RM3,000 pun kau sauk. Masih boleh simpan RM1,000.

4. Kalau tiba-tiba kau rasa tak nak kerja setahun dua pun tak ada hal. Contoh, ada simpanan RM50,000 kau boleh hidup tanpa kerja 2 tahun, masih ada baki RM26,000.

Tapi, saya tak maksudkan kau yang duduk rumah besar tu tak bagus, kau yang beli kereta mahal tu membazir, kau yang beli barang branded tu saja nak menunjuk-nunjuk.

Bagi saya, setiap apa yang orang lain buat, itu hak masing-masing. Pasti mereka dah timbang tara keputusan nak beli itu ini sesuai dengan poket dan tujuan dia.

Kita yang tengok ni yang sebenarnya perlu selalu bersih hati, latih diri sangka baik, tak dengki iri hati, tak rasa diri kita lebih baik. Jangan mudah nak judge orang itu ini.

Elok kita boleh hidup tenang-tenang, sibuk pula nak banding-banding dengan orang lain. Sudahnya, resah juga. Kita bahagia dengan cara kita, orang lain bahagia cara mereka! - HF

#harithfaisal
2.6K views04:17
Buka / Bagaimana
2023-03-27 07:07:31 Alahai! Benda ni senang je.

1. Tak mampu travel luar negara, travel je dalam Malaysia. Kalau rasa tak mampu juga, duduk je rumah. Travel-lah ke toilet, ke dapur.

2. Nak pergi umrah, simpanlah duit sikit-sikit. Contoh simpan RM300 sebulan ke. Tiga tahun cukuplah. Takkan ibadah pun berhutang.

3. Mulakan bisnes dengan apa yang kau ada sekarang. Contoh kau ada RM1,000. Paling tak, kalau bisnes lingkup kau rugi RM1,000 je.

4. Kawal nafsu tu dan mula simpan duit. Kalau ada duit sikit, boleh buat majlis kecilan. Kalau rasa nak simpan duit pun malas, tak yah kahwin.

5. Paling mengarut kalau buat personal loan untuk beli handphone dan perabot. Siapa yang buat, memang pendek akal. Ha! - HF

#harithfaisal
1.2K views04:07
Buka / Bagaimana
2023-03-27 07:07:26
1.1K views04:07
Buka / Bagaimana
2023-03-23 07:36:42 Yang dah kahwin, wajibkan diri tu buat simpanan 10%-30% daripada gaji. Yang bujang pula simpan 30%-50% daripada gaji.

As usual, kalau lagi banyak lagi bagus. Sebab lagi cepatlah kau dapat create dana kecemasan yang cukup untuk 3 bulan, 6 bulan belanja.

Bila cepat kau cukupkan dana kecemasan 6 bulan, cepat juga kau boleh ada dana untuk mula melabur, create modal beli rumah dan kahwin.

Kau boleh pilih, masa kau cemas nanti kau nak menyusahkan orang lain, ataupun kau susah-susah simpan duit sekarang supaya nanti kau tak perlu susahkan sesiapa.

Tapi malangnya mesti ada yang ambil pilihan pertama. Nak juga menyusahkan orang lain. Sebab tu asal ada duit, perabih tak berbaki pada hujung bulan.

Saya yakin ramai yang mula buat simpanan bila dah pernah lalui situasi macam yang brader ni cerita. Tapi kan lagi bagus kau ambil pengajaran awal-awal. Jadi, tak perlu kau hadap sendiri nanti.

Brader ni siap nasihat kat anak muda macam kau, yang baru nak kahwin dan yang dah kahwin, belajarlah simpan tiap bulan. RM50 pun okay kalau gaji tak besar. Dia sendiri tak nak kau jadi macam dia.

Okay! Deal! Simpan duit mulai bulan ni ya.

#harithfaisal
1.7K views04:36
Buka / Bagaimana
2023-03-20 07:10:53 Bila masuk isu kahwin ni, nak tak nak kita cuba tengok balik pasal hukum perkahwinan. Tak silap saya ada diajar dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 5.

Hukum kahwin ni setiap orang lain-lain. Ikut situasi kau. Harus ke, wajib ke, sunat ke, makruh ke, haram ke? Jom kita buat ulangkaji. Ramai dah lupa.

Harus
- Orang yang tak ada tuntutan mendesak untuk kahwin dan tak ada perkara yang mengharamkannya kahwin.

Wajib
- Orang yang mampu tunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan dan dikhuatiri terjerumus kepada zina sebab tak dapat kawal nafsu.

Sunat
- Orang yang mampu tunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan dan ada keinginan untuk kahwin, tapi tak dikhuatiri terjerumus kepada zina dan buat kezaliman kat pasangan.

Makruh
- Orang yang tak mampu beri nafkah tapi ada keinginan untuk kahwin.

Haram
- Orang yang tak mampu beri nafkah zahir dan batin atau diyakini akan buat kezaliman kat pasangan.

Semua orang nak kahwin, tapi kalau benda asas macam tempat tinggal, kereta, duit nafkah pun kau tak dapat nak sediakan, kau fikir sendiri kau berada dalam situasi yang mana. Hukum sunat dan wajib adalah untuk orang yang mampu. Mampu kah engkau?

Kahwin akan buka pintu rezeki. Tapi itu bukan alasan untuk kau kahwin dalam keadaan kau tak ready.

Iya, memang ada orang yang kahwin dalam keadaan tak cukup serba serbi, tapi kini hidup kaya dan bahagia, sebab kita banyak disaji oleh kisah-kisah viral yang macam tu. Cerita penuh inspirasi, mestilah netizen gigih untuk share dan share sampai viral seantero Malaysia.

Tapi, kita tak boleh nafikan yang ramai juga kahwin tanpa ready, dan lepas kahwin hidup makin susah, sampai bercerai berai sebab masalah kewangan. Bukan sikit kes cerai yang penyebabnya adalah masalah kewangan.

Iya, kahwin memang buka pintu rezeki bagi orang yang merancang dan berusaha. Kalau lepas kahwin, kau jadi makin pemalas, tak cari jalan tambah pendapatan, tak jadi juga. Bertawakal saja tak boleh, usaha kena ada.

Tak cukup dengan hanya berdoa, “Ya Allah, aku sudah berkahwin, jadikanlah aku kaya sepertimana janjiMu.” Lepas tu, kau sambung tidur, malam tengok drama walaupun duit dalam bank tinggal RM100 saja.

Iya, kahwin memang buka pintu rezeki, sebab mungkin rezeki itu adalah milik anak yang bakal kau lahirkan. Kadang-kadang kita mendabik dada mengaku ini rezeki aku, itu rezeki aku. Padahal kita tak sedar sebenarnya kita menumpang rezeki anak-anak kita.

Well, semua orang dalam hati nak letak impian berkahwin dengan pasangan yang stabil kewangan, memang itu jalan short cut. Tapi, tak ramai yang nak usaha stabilkan kewangan diri sendiri dulu. Biasalah. Ha! - HF

#harithfaisal
2.7K views04:10
Buka / Bagaimana
2023-03-20 07:10:46
2.5K views04:10
Buka / Bagaimana
2023-03-16 07:17:36 Kalau nak cerita pasal masalah, semua orang tengah hadap masalah masing-masing. Kita semua diuji Tuhan. Tak bayar PTPTN sebab tak dapat kerja lagi, nama blacklisted tak bayar bil internet pun ada.

Kena scam dengan skim cepat kaya berpuluh ribu, menanggung mak bapak sakit dan sekolah adik beradik kat kampung, majikan bagi gaji ciput bonus pula tak dapat dan macam-macam lagi.

Tapi malangnya, bank tak peduli tentang masalah dan cerita sedih kita tu. Kalau kita dilihat tak mampu dari segi kewangan, bank takkan luluskan untuk beli rumah. Merayulah macam mana pun.

Ada masalah yang kita tak dapat nak elak, tapi kita tetap kena hadap juga. Ada masalah yang memang kita sengaja cari, contohnya fresh graduate gaji RM3,000 mengada beli Honda City. Ha! - HF

#harithfaisal
1.7K views04:17
Buka / Bagaimana
2023-03-13 07:05:18 Nasihat untuk anak muda.

1. Jangan tunggu kerja gaji RM3,000 baru kau nak terima. Kalau mula dengan yang RM1,500 pun okay. Terima saja untuk sementara.

2. Dapat gaji pertama, belanjalah mak bapak. Dorang dah susah payah besarkan kita. Bila lagi nak bagi dorang rasa duit kita.

3. Jangan berkira dengan mak bapak. Pastikan setiap bulan kirimkan duit belanja untuk dorang. Tak banyak, sikit pun tak apa.

4. Wajib simpan minima 30% daripada gaji. Takkan dapat gaji semua kau nak joli. Hujung bulanan nanti kau juga yang makan maggi.

5. Beli kereta kecik dulu. Tak payah terburu-buru. Nanti bila dah stabil kau tukarlah kereta mahal dengan teknologi terbaru.

6. Kalau belum beli rumah sendiri, sewa rumah dan bilik ala kadar sudahlah. Duit lebih boleh kau masukkan ke tabung untuk beli rumah.

7. Beli rumah ikut kemampuan kau. Rumah kecil pun takpa. Belajar jadi tuan rumah muda-muda. Dah tua nanti kutip sewa saja.

8. Rumah yang bagus, harganya tak turun. Beriya-iya tunggu harga rumah turun. Bila ditanya berapa simpanan, takda RM500 pun.

9. Yang dah mohon kad kredit tu, gunakan dengan cerdik. Lepas guna bayar terus, jangan bayar sikit-sikit. Nanti kau tercekik.

10. Kad kredit tu bagus. Boleh bagi banyak kelebihan untuk kau. Yang tak bagus tu kau. Pakai kad kredit, belanja macam kena pukau.

11. Dapat kerja buat tabung kahwin segera. Belum ada calon pun kau mulakan saja. Bila jumpa saja calon yang sesuai bolehlah kau masuk meminang bila-bila masa.

Bakal mertua senyum sampai ke telinga bila dia tau kau ada rumah tiga, duit gaji disimpan tak habis guna, berakhlak dan beragama. Dorang taknak anak dorang sengsara.

Impian saya, nak tengok lebih ramai anak muda bijak kewangan. Jangan malu tak bergaya macam kawan-kawan. Satu hari nanti dorang akan cari kau minta panduan. - HF

#harithfaisal
1.7K views04:05
Buka / Bagaimana
2023-03-10 07:23:54 Kalau kau bergaji RM5,000 tapi rasa tak cukup, cuba kau jumpa orang bergaji RM2,500 dan tanya macam mana dia masih boleh hidup.

Kalau kau bergaji RM2,000 tapi rasa tak cukup, cari orang yang bergaji RM1,000 dan tanya pula macam mana dia lalui hari-hari dia.

Kalau ikut matematik, bila kita berbelanja macam orang yang bergaji separuh daripada gaji kita, kita akan dapat simpan 50% gaji.

Kalau ikut nafsu, gaji RM10,000 pun tak pernah cukup. Duduk rumah harga sejuta ringgit, pakai kereta 3 biji, melancong setahun 5 kali.

50% gaji tu kau boleh letak kat tabung rumah, masuk tabung kahwin, tabung haji, atau buat ASB Financing sebagai force saving.

Dapat kan poin utama saya kali ni? Kalau rasa tak cukup duit, belajar macam mana orang bergaji separuh gaji kita boleh hidup.

Jangan kau ikut cara hidup kakak-kakak kat ofis kau tu. Dorang kerja dah lama. Gaji dorang bukan macam kau yang fresh graduate tu.

Dorang kalau shopping online, dah memang macam shopping kat mall betul. Sekali datang parcel kat ofis, bertimbun-timbun. Haha! - HF

#harithfaisal
2.3K views04:23
Buka / Bagaimana
2023-03-08 08:07:37 Anak muda yang bergaji RM2,000 tak nak lagi fikir langsung pasal simpan dan labur. Nak enjoy dulu katanya.

Setakat manalah kau nak enjoy dengan gaji RM2,000 tu dik. Tapi abang yakin satu hari nanti, kau akan berubah.

Macam biasa, masa dapat hidayah untuk berubah tu, mesti kau akan termenung dan bermonolog sendiri.

“Kenapalah aku tak simpan duit daripada dulu. Nak kahwin pakai duit, nak beli rumah lagilah banyak duit kena ada. Kalaulah aku simpan duit sejak dulu, sekarang banyak dah duit aku.”

Itu cerita dia kalau kalau kalau.

Jadi, sebelum kau berkalau-kalau, baiklah kau jumpa personally dengan kawan kau yang umur sekitar 40-an dan tanya pengalaman mereka.

Mesti ramai yang cakap,

“Itulah bro. Baik kau simpan duit daripada sekarang. Kau muda lagi. Nanti bila dah kahwin, lagi susah nak simpan duit. Kau jangan jadi macam aku, lambat sedar.”

Benda ni sama ada kau nak belajar daripada pengalaman orang lain atau kau sendiri buat silap dan kerugian masa muda kau.

Pilihlah.

#harithfaisal
1.7K views05:07
Buka / Bagaimana