Get Mystery Box with random crypto!

Kalau tentang kewangan, antara tips supaya kau rasa tenang ada | Harith Faisal

Kalau tentang kewangan, antara tips supaya kau rasa tenang adalah dengan konsisten simpan 50% daripada gaji bulanan kau.

Contoh kau bergaji RM4,000 kau punya lifestyle tu biar macam orang bergaji RM2,000. Automatik kau dapat simpan RM2,000.

Jangan kata tak logik dulu. Cuba tengok orang sekeliling kita. Ada yang bergaji RM2,000. Mereka masih hidup, sihat walafiat kan.

Iya! Kau mungkin hanya pakai kereta murah, rumah pun kecil atau mungkin masih menyewa, baju murah, lifestyle pun tak best.

Tapi, kau akan rasa tenang ya amat. Sebabnya,

1. Simpanan kau akan bertambah RM2,000 setiap bulan. Kalau letak dalam bank pun, selepas 5 tahun dah ada RM120,000. Letak dalam Tabung Haji, boleh dapat lebih lagi.

2. Kau tak risau sangat kalau dibuang kerja. Jadi, tak resah gelisah kalau ekonomi gawat ke, company tutup ke, pandemik COVID-19 ke, kau steady. Simpanan banyak, kan.

3. Andai dibuang kerja bergaji RM4,000 tu pun, mudah untuk kau cari kerja lain. Walau ditawarkan gaji lebih rendah, kau okay. Dapat gaji RM3,000 pun kau sauk. Masih boleh simpan RM1,000.

4. Kalau tiba-tiba kau rasa tak nak kerja setahun dua pun tak ada hal. Contoh, ada simpanan RM50,000 kau boleh hidup tanpa kerja 2 tahun, masih ada baki RM26,000.

Tapi, saya tak maksudkan kau yang duduk rumah besar tu tak bagus, kau yang beli kereta mahal tu membazir, kau yang beli barang branded tu saja nak menunjuk-nunjuk.

Bagi saya, setiap apa yang orang lain buat, itu hak masing-masing. Pasti mereka dah timbang tara keputusan nak beli itu ini sesuai dengan poket dan tujuan dia.

Kita yang tengok ni yang sebenarnya perlu selalu bersih hati, latih diri sangka baik, tak dengki iri hati, tak rasa diri kita lebih baik. Jangan mudah nak judge orang itu ini.

Elok kita boleh hidup tenang-tenang, sibuk pula nak banding-banding dengan orang lain. Sudahnya, resah juga. Kita bahagia dengan cara kita, orang lain bahagia cara mereka! - HF

#harithfaisal