Get Mystery Box with random crypto!

'Kalau orang bergaji RM3K, kerja pagi sampai petang atau sampa | Harith Faisal

"Kalau orang bergaji RM3K, kerja pagi sampai petang atau sampai malam dah siap buat OT pun hanya ada extra RM500, ada adik beradik yang tengah belajar, ayah pun tak berapa kuat income, macam mana nak simpan lebih?"

"Asasnya, kena tambah income. Keluarga dia adalah motivasi terkuat untuk dia kerja keras. Kalau dia rasa majikan tak cukup bayar gaji, tak setimpal dengan kerja yang dia buat, mulakan bisnes kerana bayarannya infiniti."

"Tapi dia dah buat OT. Tak ada masa dah."

"Buat bisnes atau kerjaya yang akan membina passive income. Jadi, income per hour dia akan meningkat nanti. Cuba kira semula bayaran OT yang dia dapat, mana lagi berbaloi. Buat OT atau buat side income lain tu?"

"Betullah tu. Tapi tak semua orang nak buat bisnes. Ada yang takut, pemalu dan lain-lain. Bagilah teknik kewangan apa pun, at last berbalik kat individu itu juga. Ada ramai mmg tak mampu nak lari dari tempat kerja semasa."

"Jadi, itu memang masalah kat diri dia sendiri. Untuk orang macam ni, kalau kita nak bantu, kita yang kena transfer RM5K setiap bulan ke akaun dia lah tuan. Saya tak sanggup. Tuan sanggup?"

"Err."

Kawan, kalau boleh kita memang nak bantu semua orang jadi kaya. Tapi kita tak boleh nak paksa orang tu jadi kaya. Keinginan dan kesungguhan untuk berubah tu kena datang daripada dia sendiri. - HF

#harithfaisal